Khamis, 17 Mac 2011

Kembali.. Merindui Seorang Aku

Entri kedua terakhirku - "Kembali Pulang" bertarikh 22 Mac 2009. Hari ini, 17 Mac 2011. Hampir 2 tahun aku tidak beraku dalam blog Lipas Kudungku - dari seorang mahasiswa kepada seorang pekerja. Tanggal dan detik ini, aku tidak keruan... 'ketidakenakan' dan ketidaksedapan apa yang tiba-tiba saja membelenggu..? Penat barangkali.. atau aku kembali merindui seorang aku? Seorang aku yang punya sebuah erti hidup.

Rabu, 14 Oktober 2009

Berhabuk...

Alamak, blog ni macam dah berhabuk.... lama tak masuk sampai dah lupa password. Kawan-kawan, kalo blog ni berhabuk, cari saya kat Facebook atau Wordpress (haziqahnasirah.wordpress.com). Chau!!!

Ahad, 22 Mac 2009

Kembali Pulang

Seorang Haziqah Nasirah.. kembali pulang! Pulang dalam diri sendiri untuk kembali juang dalam medan pertarungan yang tinggal sebulan dua cuma..

Dari Februari.. saat aku pulang ke Kota Tinggi untuk menghadiri peperiksaan PTD hingga kembali semula di Kota Kinabalu untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar tahun akhir, aku tidak lari dari ujian, cabaran dan dugaan. Mac menjadi kemuncak segala-galanya. Satu ketika, aku terasa bagai lemas di lautan yang luas, seorang diri. Aku bagai tidak bernafas dan akhirnya derai-derai jernih jatuh jua.. Namun, airmata itu hanya aku yang merasa kerana aku tidak akan menunjukkan gundahku pada sesiapa. Ini perjuanganku! Satu ketika juga, aku benar-benar dicabar sehingga kekuatan dan motivasi tinggi yang ada dalam jiwa hanya tinggal 1%, senipis kulit bawang! Macam-macam terlintas di fikiran.. loser, down, seorang yang tewas dan gagal! Ah, aku ketika itu benar-benar merindui Haziqah Nasirah, aku merindui kemenangan dan aku merindui diri aku yang sebenar!

Dan akhirnya.. kerana kasih Allah dan kerana kuasaNya juga, aku bangkit! Aku kembali.. Airmata yang cuma sekali adalah terapi, dan aku kembali membetulkan niat dan matlamat perjuangan, berdoa dan terus berdoa. "Hidup memang perlukan cabaran. Manusia perlu menghadapi cabaran itu, tidak kira dia akan menang atau tewas di kemudian hari. Hanya manusia yang lari dari cabaran sahaja yang dianggap GAGAL!" Itulah yang aku pegang.

Saat aku menulis ini, aku berada di landasan yang sebenar dengan momentum yang telah aku jumpa. Alhamdulilah, syukur aku pada Allah! Segala yang aku lalui terasa begitu indah. Benarlah kata orang: "Yang pahit jangan terus diluah, yang manis jangan terus ditelan!" Segala bebanan kecil telah berjaya diselesaikan. Yang tinggal hanya TESIS dan PEPERIKSAAN AKHIR. Dada yang lapang, hati yang riang adalah tonik untuk kejayaan. Itulah yang aku cari..

Aku jadikan 'kesengsaraan' kecil yang aku lalui sebagai batu loncatan untuk aku mempelajari dan menghayati erti hidup. Melalui kesengsaraan, aku kenal diri aku. Aku seorang yang berdikari dan susah untuk menerima bantuan dari orang lain kerana aku punya harga diri yang begitu tinggi. Dan aku sentiasa memikirkan yang aku SEORANG PEJUANG!

Hari Khamis lepas, aku ke KK dengan menaiki City Bus dari 1Borneo. Aku duduk di kerusi, dan kemudian bangun untuk memberi tempat kepada seorang makcik. Walaupun aku terpaksa berdiri, aku rasa benar-benar lapang dan gembira, hanya Allah yang mengetahui perasaan aku ketika itu. Kemudian, aku berkenalan dengan seorang adik yang amat peramah bersama ibunya. Adik itu kemudian memberikan aku tempat duduk selepas dia dan ibunya turun di Masjid Likas. Ya Allah, betapa aku rasakan hidup ini benar-benar indah. Bila kita belajar untuk memberi, Insyaalah, kita akan diberi lebih daripada apa yang telah kita beri. Itulah yang aku belajar..

Aku juga ingin memberi dan terus memberi selepas ini. Kalau aku punya ruang dan peluang, aku ingin sesekali melakukan sesuatu untuk bangsaku, agamaku dan negaraku. Buat masa ini memang aku menumpukan kepada tesis dan pengajian. Tetapi sebaik sahaja aku pulang ke Kota Tinggi nanti, aku ingin menulis. Bukan menulis pengalaman atau kisah hidupku, tetapi menulis kisah hidup orang lain yang tidak sebangsa atau seagama denganku Semuanya kerana satu: KEMANUSIAAN. Ya Allah, berikan aku kekuatan, berikan aku Nasirah dan jadikan aku Haziqah! Amin...

Sabtu, 17 Januari 2009

Jalan.. Makan.. Wayang..


Semalam 1 lagi perjalanan yang cool utk aku. Hehe.. Entah kenapa, sepanjang kelas Puan Marja, aku asyik teringat tentang donat Big Apple! Baju puan yang hijau tu macam donat Green Tea. Hehe.. Lepas habes kelas, misi perut bermula! Aku nak tengok wayang sebenarnya. Ye la, wayang paling akhir tengok dgn adik-adik kat Leisure Mall, Histeria. Tu pun cite hantu, tutup-tutup muka jugak la.. Aku pergi dgn Jana, Ketua Blok A merangkap ahli kumpulan 9 JAHANAM. Pergi 1 Borneo je, paling dekat. Jana tak nak gi KK.

Ermm.. Australia memang takde kat GSC, so tengok la cite Hong Kong. Kitorang masih memboikot produk-produk yang ada kaitan dgn Amerika, Yahudi dan sewaktu dengannya. No more McD, no more KFC, no more Pizza Hut, no more Coca Cola! Selamat tinggal lemak dan kegemukan! Kihkihkih.. Beli tiket untuk filem LADY COP, PAPA CROOK lakonan mantap Sammy Cheng. kelakar habes dgn watak selekeh dan 'serombang serembeh' (meminjam kata-kata Tok) Sammy Cheng, polis kurus yang cuba selesaikan kes penculikan anak seorang ketua kongsi gelap. Mak, jangan marah mak.. Ni utk tujuan pembelajaran. Ada unsur-unsur Hubungan Antarabangsa, jenayah transnasional! Hehe..

Nak dijadikan cerita, 1st time lakononnya gi tengok wayang kat 1B, aku tak jumpa pintu keluar! Jana nak buang air, jadi kitorang pun gi toilet dulu. Tuptup, tak bole keluar. Dgn selamba badak dan yakinnya, aku dan jana pun masuk ke teater yang sedang main wayang. Yakin habes, macam orang beli tiket. Cite tu pulak memang best! RED CLIFF 2! Strategi perang yang mengagumkan! Mak, sekali lagi, cerita ni ada hubungan dengan strategi perang. Jadi, masih dalam lingkup pembelajaran kan??? Hehe..

Disebabkan masuk wayang 'free', maka aku n jana dapat 'pembalasan'. Bas 1Borneo ke UMS penuh! Perghh.. terpaksa jalan kaki.. Balik bilik, sambung tengok Mega Movie: The Medallion lakonan Jackie Chan. Fuh, marathon tgk filem berwajah Asia Timur! Tapi, jalan..makan..wayang, aku masih waras, BELAJAR TETAP BELAJAR. Isnin ada presentation subjek En Wan. Artikel tu 40 mukasurat lebih. Pening-pening lalat. Tapi, ini CABARAN utk aku! CABARAN MEMULIHKAN REPUTASI YANG TERCALAR.

Jumaat, 16 Januari 2009

IMPAK KETEWASAN (MAKSIMA)

Aku TEWAS. Tapi aku MENANG! Bukan aku tewas di Gaza, bukan juga aku menang di Tel Aviv. Kata Encik Wan, REPUTASI aku tercalar (ala-ala lagu Bunkface ni). Teruk betul result aku semester lepas. Aku dapat B- utk ASEAN. Ye, memang salah aku. Sape suruh tak hantar ulasan artikel? 20% hilang. Sape suruh tak baca artikel betul2 utk oral? Salah aku tu. Sape suruh study last minute? Salah aku jugak tu.

Tapi, aku ambik kisah dgn ketewasan aku. Semester ni, aku berada di landasan yang terbaik. Fokus. Motivasi. Berhati-hati. Kata En Wan lagi, "Enough is enough!" Otak ni kadang-kadang penuh idea utk aktiviti itu ini, tapi aku terpaksa korbankan. Biarlah idea tu pergi. Datang tak diundang, pergi tak dihalang. Dan aku rasa aku betul-betul berada di tahap terbaik walaupun hari pertama masuk kelas En Rizal, aku rasa betul2 BODOH! Aku rasa takut. Orang kata, takut itu tanda taqwa. Takut itu petanda awal yang baik utk aku yg jarang-jarang takut!

Impak ketewasan maksima ini, aku bangun untuk memperbaiki reputasi yang tercalar. Aku rasa macam baru masuk U, baru semester 1, tahun 1. Aku akan pastikan, sepanjang semester ini aku tidak akan balik KOta Tinggi atau ke mana-mana. Aku dah penat melawan arus. Aku akan berenang mengikut arus utk semester akhir ini..

Isnin, 1 Disember 2008

Tak Hebat

Kebelakangan ni.. aku rasa tak hebat. Inferior? Lebih kurang la.. Bila renung-renung balik tentang diri sendiri, aku rasa banyak kesilapan yang aku dah buat. Silap aku paling besar: TAK FOKUS DALAM SATU PERKARA. Selain tu, lemah pengurusan masa. Pasal pengurusan masa jugak la aku pernah naik turun bilik kaunseling dulu. Aku memang perlu kaunselor tapi kaunselor kat U yang aku nampak pada zahirnya tak menambat hati. Jadi, aku tak pergi.

Bila aku ukur dan buat kira-kira tentang kemampuan dan kebolehan diri, aku sebenarnya boleh buat lebih daripada apa yang aku dah buat. Tapi selain daripada TAK FOKUS, aku ni jenis yang macam mana ek nak cakap.. hmmm.. tak ikut peraturan? Ya. Maksudnya tak berdisiplin? Uishhh, perit nak mengaku, tapi ya! Suka buat kerja ikut kepala sendiri. Semua benda nak buat. Semuanya aku kata YA. Silapnya, otak aku ni suka berfikir idea yang macam-macam. Sebab tu tak dapat fokus. Memang dah tetapkan prioriti, tapi... Haaaahhhhhh.. memang separuh gila bila fikir balik benda yang lepas. Bila aku rasa aku dah tak hebat lagi. Ketewasan. Kegagalan. Kekalahan. Kegilaan. Kehancuran. Ah, persetan! Aku perlu keluar dari belenggu 'ketidakhebatan' ni. Aku perlu mendaki puncak kehebatan. Ya! Kerana aku adalah AKU.

Kalau sampai waktuku
Kumau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

Ahad, 23 November 2008

Impak Maksima???

Tadi tok ajak keluar, pegi beli belacan. Hacchummm.. hidung aku yang resdung ni makin gatal lepas Afiy tiba-tiba tonyoh dengan belacan! Nasib baik dalam plastik lagi, kalau tak.. nescaya tercabut ler hidung ni.. Tapi, ceritanya bukan pasal belacan, pasal KERETA dan ADEGAN KEJAR-MENGEJAR. Ala-ala Impak Maksima gitu lerr..

Pertama sekali, aku bukan peminat drama, filem atau teater muzikal Impak Maksima. Geli-geleman. Nak pulak ada Awal berlakon, hermmm, gatal hidung! Tadi.. ada la kereta yang kacau 'jalan' aku. Memang bengang. Beremosi la aku jadinya. Dah la semalam kat traffic light Arked Mara, ada geng Mat Rempit yang berlagak bagus dengan pakai topeng hantu dia orang. Macam jalanraya dia orang yang punya! Ayah tak bagi aku jalan dulu bila lampu dah hijau. "Bagi budak-budak tu jalan dulu. Kang accident," kata ayah. Peduli apa aku, pantang aku DICABAR atas jalan ni! Pagi tadi jumpa pulak orang yang sengal bawa kereta, lelaki pulak tu.. aduhhh.. nasib. Nasib. Itu yang membuatkan aku diimbau kenangan.....

Peristiwa ni mengingatkan aku pada adegan kejar-mengejar masa aku drive Mazda biru berenjin turbo dulu. Fuh, memang 'pergi' kereta tu! Paling best aku boleh 'makan' 160km/j.. Mazda biru, haru biru! Aku balik dari JB dengan mak masa tu. Tiba-tiba, sampai kat Taman Saujana, ada kereta Peugeot putih yang lembab dan sengal! Aku berebut jalan dengan lelaki Peugeot putih tu. Mak sampai berderau darah. Aku potong dia. Tuptup dia potong aku balik. Cis, tercabar kewanitaan aku! Aku pun apa lagi, kejar kereta Peugeot tu sampai ke bandar Kota Tinggi. Sampai kat traffic light Arked Mara, aku pun.. tenung kereta sebelah, kereta Peugeot tadi! Baru dia tau, bukan semua perempuan boleh senang-senang dipotong atas jalan!

Cerita kedua. Juga masa aku masih dengan Mazda turbo. Aku potong kereta Satria yang potong aku. Rupa-rupanya, kereta tu pegawai polis trafik Kota Tinggi. Nah, rasakan. Polis tu siap mengadu dengan ayah. Cis! Kat Sabah pun banyak jugak adegan potong-memotong dan kejar-mengejar ni. Bayangkanlah, aku yang biasanya sewa Kancil, berlumba dengan Storm! Pernah jugak aku main potong-memotong dengan pakcik teksi. Masa tu bawak Rein dan Mala. Yang kelakarnya, penumpang teksi, 2 orang budak lelaki Cina (macam budak UMS jugak) yang terkedu bila tengok kitorang semua ni perempuan! Mwahahahahaha.. Cubalah untuk mencuba drebar-drebar wanita di luar sana.. nescaya akan rasa sesuatu.. Tamparan Wanita!