Sabtu, 30 Jun 2007

Flight Air Asia AK 5622 - JHB to BKI

Hey hey hey.. Lama dah aku tak tulis.. 17-24 Jun lepas aku berada di Tanah Jawa, ikut LASBELA (lawatan Sambil Belajar) ke Indonesia anjuran Kelab Hubungan Antarabangsa UMS. Wowow, best gilak kat sana. Tu aku tulis nanti lah yek.. Sampai LCCT kol 9.05 malam 24 Jun. Then, took Skybus to KL Sentral. Lepas tu, ambik teksi lak ke Pudu bersama Abang Basri n Nadia. Sampai kat Pudu, bas kol 12 malam takde.. So, kene tunggu bas kol 2.30 pagi. Ok lah tu..
Sampai Terminal bas Larkin kol 7lebih pagi 25 Jun, trus ambik bas Causeway Link ke Kota Tinggi.

26 Jun 2007-aku balik Sabah coz ada shooting Gegar U!. Sorang diri la, macam biasa. Aku independent beb! Haha.. Ya Allah, tahu apa yg jadik pagi tu?? Hampir kene tinggal flight!!!! SHIT! Mak ucu, mak n Afiy yg antar aku. Kalo dgn ayah, dah pasti kene bebel kalo lambat.. Flight kol 7.25am, tp aku sampai airport Senai kol 7.05am!! Rasa mmg nak TERBANG jek dari Hyundai Getz Mak Ucu bile dah lambat macam tu! Tapi apakan daya, aku tidak punya sayap.. Kenapa la Dragon dalam filem Shrek tak tolong aku ehk?? Hwahaha.. Bayangkanlah, kaunter check-in dah pun tutup! CLOSED! Aku merayu dgn staff yg jaga ari tu - Salim ke ape ntah nama die.. Nasib baik boley. Aku tensen gak, ye la, mak, mak ucu n afiy tak masuk pun, dorang berdiri kat kereta.. Aku ni berlari-lari, terkejar-kejar gi kat kereta ambik 3 beg + khemah aku.. Nak cepat sgt sampai tak sempat salam dgn mak ucu.. MP3 aku pulak tercampak sampai earphone sebelah kiri tertanggal, cacat dah..

Bila timbang beg, dah satu hal lagi!!! Overweight! Adusss, 29 kg sume sekali! Tau berapa aku kene bayar?? RM 156, tunai.... Mak aiii, boleh beli tiket baru dah ni.. Apsal ntah berat sgt, buku2 n barang2 aku yg berlambak kot.. Itu tak bawak bet ping pong n raket tenis. Kalo bawak, haii, lagi berkilo-kilo lebihnya.. (dah la kemas barang kol 12am sebelum balik, keje last minute!)Ya Allah, memang hari yg sedikit malang utk aku.. Aku mintak diskaun, kate abang tu, aku dah lewat sgt-TAK BOLEH! Lantaklah bang, janji aku boleh balik KK pagit tu jugak! Lepas jek naik 1st floor dan melepasi pemeriksaan, kedengaran nama aku dipanggil!!! "Miss Haziqah Nasirah" Ye la, ye la.. Aku sampai.. Sibuk je nak wat announcement! Jantung aku mmg berdetak dgn kencang waktu tu.. Dalam masa kurang 10 minit, aku dah masuk ke dalam perut kapal terbang AK 5622..

Aku duduk kat seat no 8, lorong sebelah kiri.. Sebelah aku kosong, tapi sebelah tingkap ada sorang pakcik yg sentiasa bertasbih.. Gaya ala2 orang bisnes, tp simple.. Bile aku dah duduk, rasa tak sedap ati. Ape ehk?? Pk punye pk, baru teringat, aku bagi RM 206 kat abang kaunter tadi, tapi die blom bagi aku duit balik! Adoiii, apo kono la pagi2 buto ni, macam2 hal! Lantas, aku g jumpa ketua pramugari. Die panggil staff Air Asia yg tgh jage kat bawah.. Staff tu rodger la dgn abang kaunter, ye, mmg betol. Abang kaunter suh staff tu pakai duit die dulu kat aku.. Aku pun duduk, dah rasa relax dah. Sambil tu, aku dgr MP3 lagu EBIET G. ADE - Untuk Kita Renungkan.

Anugerah dan bencana adalah kehendakNya,
kita mesti tabah menjalani
Hanya cambuk kecil agar kita sadar, adalah
Dia di atas segalanya
Hohohoo… adalah Dia di atas
segalanya
Lagu Ebiet G. Ade tu macam kene jek dgn aku pada pagi tu.. Pernah dengar lagu tu? Ala, lagu tema untuk iklan Petronas - 2 orang budak nak beli kasut, tapi takde duit. Lepas ade sorang pakcik yg duduk tak jauh dari budak2 tu, kudung kakinya dan sedang tunggu kasutnya digilap bercerita dgn budak2 tu pasal diri dia masa kecik.. Hah, lagu tu lah.. Dah dekat 1 jam lebih dalam perut AK 5622, aku terkezut sket. Tiba2 kapal terbang rasa macam bergoyang-goyang, akibat cuaca kurang baik. Pakcik kat sebelah aku makin laju bertasbih. Jari jemarinya ligat menggerakkan biji tasbih sambil mulut terkumat-kamit. Ya Allah, selamatkanlah aku! Peliharalah aku, Ya Allah! Dalam otak ni, macam2 cerita Hollywood pasal tragedi kapal terbang dah terbayang!! Hisshh, mintak jauh!
Bila dah nak sampai KK, baru la aku lega. Alhamdulilah.. Pagi 26 Jun dan flight AK 5622 (penerbangan ke-11 aku) akan aku ingat sampai bila-bila. Kucar-kacir hidup pagi tu! Inilah akibat terkejar sana, terkejar sini. Kata orang2 Betawi, ko sono ko sono. Betul ke? Ah, macam tulah bunyinya:) Nasib baik aku tak terus balik KK dari Indonesia, kalo tak, lagi besar la masalahnya! 'Hey beb, kalo nak jadi wartawan atau ahli politik, kene la blaja erti kesibukan macam ni!,' bisik hatiku. Yeah, aku sukakan pagi 26 Jun, aku sukakan Flight AK 5622i-kerana tak semua orang merasa sebuah pengalaman menarik macam ni! LIFE IS SO INTERESTING!

PHD & PBB Dalam Kalangan 'Mahasiswa' Sekolah Sains Sosial

SMS daripada Ijan menggegarkan ketenangan malam aku! JAS - budak (POYO) Industrial Realations buat hal lagi!!! Tak abes2 die nak carik pasal dgn geng International Relations! Aku sebagai manusia biasa mmg tersangat SAKIT HATI dgn JAS. I'm so sorry Jas, u're too much!Aku cuma mahu berlaku ADIL kerna aku bukan insan hipokrit!!! Ko nak anggap aku ni jahat sebab outspoken, terserah! Ni Blog aku.. Kan? Kan?

Dulu aku dengar daripada SUMBER aku yang SAHIH-Jas cakap aku penakut! (Budak2 Kampung AB jugak. Ko nak pertikaikan ke?) Ye la, aku pernah borak dgn Jas kat BCB UMS - memang berminat nak berDEBAT dgn dia dalam Pertandingan DEBAT SSS sem lepas. Ijan selaku Timbalan Pengerusi Kelab Hubungan Antarabangsa pun dah bayar yuran pendaftaran. Tapi dia tak tahu @ dat time, aku tgh BZ membantu kakak2 tahun 2 menyiapkan persiapan FAREWELL PARTY untuk ENCIK RAMLI DOLLAH! Aku cuma aku-tak dapat nak join semua benda.. Kena pilih la beb! Tapi JAS tetap JAS - takkan paham2 dgn keadaan orang lain. Cuma die jerk nak MENANG!

Dah la tak bagi aku peluang, lepas tu sibuk MENGUTUK aku kat belakang. Aku tak kisah lagi. Lepas tu, dia MEMPERTIKAIKAN Ijan join MSM. Lantaklah - itu hal peribadi antara dorang. Tapi bile die kate, "LAYAKKAH BUDAK2 HUBUNGAN ANTARABANGSA KE INDONESIA???", aku dah tak sabar lagi... Grrrrr... Hey, aku tak suka nak maki2 atau marah2 orang, itu bukan aku! Tapi cukuplah sekadar aku katakan BILA URAT MUKA AKU DAH BERKERUT KERANA KEMARAHAN, MAKA KESABARAN AKU ADALAH SIFAR!

Kenapa nak sibuk mempertikaikan orang lain? Ada apa dengan PHD (kalao masih blur, PHD=Perasaan Hasad Dengki)??? Macam mana SEKOLAH SAINS SOSIAL nak MAJU ke hadapan kalau 'MAHASISWA' (hurm,layakkah ke kita semua digelar MAHASISWA? PK, PK kan) masih BERGELUMANG dgn PHD masing2??? Shit! Kalo Jas atau konco-konconya terbaca tulisan aku ni, aku mintak maap. Daripada mengata belakang, PENAKUT, baik kita DUDUK SEMEJA - LUAHKAN apa yang TERBUKU dalam hati.. Aku tak nak SERANG peribadi Jas atau konco-konconya, perbuatan yang MAHA ZALIM. Aku pun tak perfect.. Tapi aku akan serang dengan peluru2 hujah! Baru la ada REVOLUSI MENTAL!!!! Yeayeahhh..

PHD satu hal.. PERASAN BAGUS BANGET atau PBB satu hal! CONTOH 1: Kalo ada yg masih ingat dengan KEM BINA NEGARA 'MAHASISWA' SSS kat kundasang dulu, tentu masih ingat peristiwa Abang Basri BTN hentak MICROPHONE kat lantai kan?? Pasal ape? Pasal 'Mahasiswa2' SSS sibuk nak bertekak, bertegang urat leher macam nak putus dan menampakkan riak2 pengaruh mahasiswa Indonesia (zmn reformasi dulu ar) yg FANATIK KERANA sekelumit hal2 kecil yang MAHA TAK RELEVAN! Kawan2, SEMUA ORANG BOLEH BERCAKAP, TAPI TAK SEMUA ORANG BOLEH BERFIKIR SECARA RASIONAL.. Jadi, bukak lah pemikiran kita semua untuk berfikir secara lebih rasional yek.

CONTOH 2: Budak2 DEBAT! Maafkan saya DR RAMZAH, budak2 Debat UMS sekarang ni (yg ada kat SSS. yg lain tak dapat dipastikan) terlalu BONGKAK, ANGKUH dan PBB! Pendebat2 yg aku kenal gemar MEMPERKECILKAN orang lain. Tak payah la aku sebutkan nama, sendiri mau ingat. Semuanya nak tiru GAYA, MUTU & KEUNGGULAN SIFU DR RAMZAH! Tapi tak jadi.. Ini spesies yang ada di SSS sahaja OK! Budak2 DEBAT yang MENANG dan MENGHARUMKAN nama UMS mmg aku tabik!!! KENAPA PBB? KENAPA PHD? Jawab, sapa nak JAWAB???

Bila seseorang mengutuk atau mempertikaikan orang lain, dia sering dikaitkan dengan PERASAAN TAK PUAS HATI kan.. Mungkin JAS pertikaikan IR sebab JAS tak puas hati dgn student atau pensyarah IR.. Tapi apa yang aku katakan tadi BUKAN KUTUKAN, tapi PEMERHATIAN yang aku dapati di SSS.. Aku takde kepentingan dalam pasukan DEBAT, takde MOTIF.. Tolonglah, komuniti SSS sekalian-terutamanya TAHUN 2 (batch aku ler) BUANGKANLAH PHD & PBB kita semua!!! Tak salah jadi macam PADI-makin hebat makin menunduk. Dan tak salah IKUT RESMI LALANG-fleksibel!

BLOG ni jadi SAKSI - aku CABAR semua 'MAHASISWA' SEKOLAH SAINS SOSIAL yang tak puas hati dgn aku, kawan2 aku atau Kelab Hubungan Antarabangsa kesayangan aku, JOM KITA BERDEBAT atau BERTEKAK secara PROFESIONAL! Buatlah debat ke..forum ke.. tiap2 minggu pun takpe. Asalkan kita dapat MENJERNIHKAN KEADAAN, MEMADAMKAN DENDAM & MELERAIKAN KEKUSUTAN.. Ok???

P/S: Kepada kawan2 Sabah, maap la yek kalo terlaser, aku tau aku berkelana kat tempat korang (cis, sedih je ayat!), tapi kita harus mengenepikan kesakitan kalau mahu mendengar kebenaran!

Selamat Balik ke Kota Tinggi!

"Selamat Balik ke Kota Tinggi"
Daripada: Hafiy
Kepada: Haziqah (Ayong)
Aku tersenyum sorang diri bila baca nota kecil berbentuk penanda buku daripada adik bongsu buah hati aku- HAFIY! Hafiy ni banyak persamaan dengan aku-luar nampak keras, brutal, tapi ada jiwa seni, sensitif dalam hal2 tertentu. Masing-masing tak makan ikan.. Ikan pari bakar-yes! :) Tapi dia kuat merajuk, aku ni tak lah.. Hehe.. Kitorang memang rapat, ye la, aku jaga Hafiy sejak dia dalam perut mak lagi!!
Sebenarnya, aku tak plan pun nak balik Kota Tinggi lepas 2 hari shooting kat KK dengar macam artis jek kan.. nak muntah! wawawaaa). Tup tup, mak uda call, katanya nak mintak tolong buat kerja2 jentera pilihanraya yg nak kene submit cepat. Selain tu, mak uda nak kemas ofis, pindah dari Pejabat UMNO Bahagian ke Pusat Aktiviti DUN Johor Lama. Mak uda sponsor tiket aku dari KK ke JB, ok lah tu! Lagipun, tak payah la aku dok mendangok kat KK sementara tunggu sem baru bukak.. Selagi mak uda perlukan aku, aku ok jak!
Jadi, 28 Jun 2007, aku ambik flight kol 9.05pm ke JB. Hasif belikan online.. Pagi tu, lepas antar krew ASTRO balik (flight MAS kol 12pm), aku mintak Kak jum antar aku ke KF, sewa kereta. Aku segan la nak susahkan orang, mintak antar ke sana ke sini. Lepas dapat kereta, aku balik semula ke Marina Court, ambik beg2 aku. Kene check out b4 12pm. Mula2 tak tau nak humban mane semua beg tu, sebab Ijan nak ke Beaufort antar mama dia. Takkan nak ke umah die time die takde. Nak ke Papar umah Leez, jauh sangat.. Nak antar ke umah Datin Zainab, anak sedara Tok Bah-segan.. So, aku tanya la Aimi-kot2 dia dah balik kampus. Pastu, dia bagi aku no. Nada-Jakmas CD. Aku pun dgn tak malunya pun mintak tolong Nada. Sib baik Nada tu baik! Jadi, aku pun antar beg2 aku ke Blok A, Kampung CD.. tumpang untuk seminggu sementara aku balik ke Kota Tinggi.
Lepas antar kereta (sewa 2 jam je), aku naik bas Kampung Likas ke KK. Mula2 g carik aksesori yg mak uda kirim kat Pasar Filipin. Pastu, aku g makan kat City Park. Dgn 1 beg kat pinggang, 1 backpack n beg laptop, aku nampak macam traveller! Hahaha, ye ker? Aku order nasi ayam CP, Sprite large n ABC 'spesial'. Makan sorang2, sambil melayan msg si Ijan.. Aku suka gerak sorang2, bebas. Kebebasan yang tak dapat digambarkan dgn kata2! Adventure beb! Lepas dok makan dekat sejam, aku ambik bas OMO ke Terminal 2.. Then, mak call, tanya aku dgn sape? Aku cakap sorang lar.. Mak kate tok risau aku dok sorang2.. Ala, aku tak apa2 la.. Ini cucu Tok Amah! Hehehe..
Sampai Terminal 2 awal gak, kol 3 lebih macam tu. Lepas dok melangok, aku g Bilik Solat.. Mata memang mengantok gilerr.. Baring la kejap. Malam tadi melayan Faezah, host Gegar U! bercakap. Malam tadi gak, aku nampak Faezah solat.. Dun judge a book by itz cover ok;) Masa mula2 kenal, die 'keret' jugak. Harapkan Myra je yg berbual dgn kitorang. Faezah berlagak star masa mula2 dulu (sory buddy..mmg U macam tu..) Nah, sekarang die yg banyak mulut pulak! Kat bilik solat, aku jumpe MAMA si Leez.. Siap pegang rambut aku, 'cute' katanya. Leez tak dapat dok kolej kata mama die. Ye la, it was a long long story! Aku rase mama Leez tak tau wat happened between Leez n Farah! Sampai nak main BOMOH.. Yg jadik org tengah, AKU! Ye, aku! (dgn Mala n Rein gak). Lepas tu, aku g 'membuang'.. Sib baik toilet Terminal 2 ok.. Kalo tak, terpaksa aku menyimpan sampai balik Kota Tinggi nanti.. Hehe..
Dalam kol 6 lebih macam tu, aku terserempak dgn PAK JAINI, dia antar mak ayah kat airport utk balik KL macam tu la, lepas dorang teman family Pak Jaini semasa ketiadaannya di KK.. Ooppzzz, ENCIK ZAINI la! (Lecturer International Relations a.k.a Kepala Dosen Delegasi UMS) Encik Zaini introduce wife dia dgn aku. Cantik, cerah dan kecil molek wife Encik Zaini. Anak2 Encik Zaini 4 orang 'setakat ini' (ayat Encik Zaini! Macam nak tambah lagi kan..hehe) - 3 hero, 1 heroin.. Tahu apa Encik Zaini cakap dgn wife dia? "Inilah Haziqah, Haziq.. Student i yang interview HANIF BASREE kat airport ari tu.." Hahahahaha.. Itu yang Encik Zaini ingat ehkk.. Tak sangka! But it was nice meeting Encik Zaini's family..
9.05pm ~ berlepas on time. Seat aku tak boleh ke belakangkan! Gilak! Memang sakit belakang arr.. Ntah apa2 ntah Air Asia ni.. Murah, murah gak.. Tapi... Hermm, malas ar nak sambung ayat:( 10.55pm ~ sampai SENAI! Awal 30 minit daripada jadual.. Hasif, Hafiy n Aliff dah tunggu aku kat airport dgn Mummy (Aku jer panggil mak uda-sepupu lain semua panggil mummy) n ayah uda.. Pastu, gi makan kat McD 24hrs.. Konon DIET-tak makan malam (ikut diet Faezah la-nak buat Xperimen), tapi dah orang ajak. Bedal jer! Huhu..
12am macam tu ~ aku sampai umah. Sebelum tu, mak uda pasang CD ucapan Dewan Negerinya.. Teks ucapan mak uda yang aku tolong buat (usul pasal Pendidikan Teknik & Vokasional patut bermula dr Tingkatan 1), mak uda tak edit langsung! Mak uda baca semuanya! I'm so proud! Tak sia-sia ada sedikit idea sebab aku dah salurkan kat tempat yang sepatutnya. Soalan-soalan mulut untuk Dewan Negeri yang aku tolong buat pun mak uda gunakan. Hey, ini semua pengalaman! Pengalaman adalah benda yang kita tak boleh beli dgn duit. Kita harus mengalaminya sendiri.. Tak macam kasih sayang-ari ni kasih sayang boleh dijual beli!! (bagi sesetengah orang la..)
Pagi 29 Jun 2007 ~ ucapan SELAMAT BALIK KE KOTA TINGGI oleh Hafiy menghilangkan rasa ngantok aku! Ya, aku pulang! Aku anak Kota Tinggi.. Harap2 1 julai nanti aku dapat bentangkan usul untuk Mesyuarat Puteri UMNO peringkat Bahagian.. Ucapan Hafiy satu tonik semangat untuk aku, dan satu kejutan.. Ishhh, macam tak percaya balik Kota Tinggi semula.. Seminggu sebelum semester 3 bermula ini begitu BERHARGA buat aku!!! Thanx MUMMY, sponsor tiket:)

Selasa, 12 Jun 2007

Lalang dan Rafflesia

Bersama Sasterawan Negara S. Othman Kelantan
di Perkampungan Penulis Muda Kebangsaan 2005

Sajak ni membawa kenangan manis untuk aku. Selepas LALANG DAN RAFFLESIA, aku dihambat kesibukan dengan hal-hal lain, maka tak sempatlah aku menajamkan mata pena. Mungkin dalam masa terdekat ni, aku akan kembali berkarya. Walaubagaimanapun, rakan-rakan penulis muda Johor 2005 yg sama-sama pergi ke Kundasang cukup aktif dalam menulis. (Syafiqah dan Lela-ke mana korang berkelana tanpa berita???) Syabas kepada ZULFAZLAN JUMRAH dan MOHD FAIRUZ PADOLI yg semakin hari semakin kembang sayap mereka. Insyaallah, kita jumpa lagi dalam lapangan sastera ya!


LALANG DAN RAFFLESIA


Jadilah seperti lalang
terhuyung hayang meliuk lintuk
ke kiri kanan,
depan dan belakang
pabila dihambat kencang tiupan angin
tetap tegar kerna
pasak akar
berpaksi tunjang di tanah glokal
tetapi...
“Usah kau ikut
resmi lalang,
jadi pak turut tiada pegangan.”

Ah, persetan
dengan kata orang!
kerana prinsip, pegangan dan perjuangan
bisa mengaburi
manusia
buta perut pejam mata hati
hingga terguling dari megah panca
persada
bagai Marcos dan Sese Seko
yang menjadi rafflesia
Nabalu
menghembus ambaran busuk
memikat kecil-kecil
serangga
mendebungakan zuriat kronisme dan nepotisme
panjang masanya untuk
mekar
kemudian...
Nah! Hidupmu cuma seminggu...

Lalang tetap
lalang
yang tidak ingin
mendebik mata parang
rafflesia adalah
rafflesia
yang menjadi mainan mulut
besarnya di antara bunga
dunia
tetapi gah reputasi rafflesia
belum pasti menjadi ujana
syurga
dan goyangnya lalang
bukan bererti tiada jati diri
tunduk
menuruti.

HAZIQAH NASIRAH BT ZOL BAHARI
HADIAH
HASIL KARYA TERBAIK
PERKAMPUNGAN PENULIS MUDA BERSAMA SASTERAWAN NEGARA
PERINGKAT KEBANGSAAN 2005

KINABALU PINE RESORT, KUNDASANG, SABAH

ZIQita la CucaRacha @ Si Lipas ZIQ


Hola mis amigos! Erm, ni blog baru aku selepas lama berhibernasi, tak menulis-nulis! Kat U biasa lar, leceh betol... Kalau nak surf internet pakai laptop sendiri, kena buat setting tu, setting ni.. Huh, rasa macam menderma jek kat UMTP pasal aku tak pakai PC yg dorang sediakan. Student beribu-ribu, tp PC ciput! Alahai, nilah nasib mahasiswa U tercantik di Asia!!!! :p

Tahu KENAPA aku pilih LIPAS atau LA CUCARACHA? Pertama, sebab aku kan 'bekas' die hard fan PAPA ROACH. Ala, rock band yg malatop dgn lagu "LAST RESORT" dolu-dolu tu. Sbb tu nickname aku jd ZIQroach..Huhu. Nak lebih sedap lidah menyebut, maka aku ubah jadi ZIQita la CucaRacha, dalam bahasa sepanyol.. Saja jek mempraktikkan seciput ilmu bahasa sepanyol yg ada.

Kedua, TAK KE LIPAS tu serangga yg busuk lg kotor ehk? Herm, itu orang kata. Aku kata, kalau lipas tak berguna, apsal lar nenek moyang dan org dolu2 menggunapakai perumpamaan "seperti lipas kudung" untuk menggambarkan orang yg begitu pantas dalam melakukan pekerjaan? Ye dok? (Nilah trademark cikgu Kimia plg BEST kat SMK Laksamana, Cikgu Mastura. Haiii, rindunya kat sekolah lama, rindunya nak bergosip dgn cikgu2 kesayangan!) Biarlah kalau ada yg geli geleman dgn lipas, yg penting aku mesti jadi LIPAS KUDUNG! Kalau tak, assignment akan datang jadi macam assignment Penulisan Akademik sem lps, tak siap2 sehingglah pukul 5pg hari nak kena antar, aku terpaksa 'recycle' assignment lama.. Kuang kuang kuang..