Isnin, 23 Julai 2007

I'm Bushed!!!

Haaaaaaaahhhhhhh.. 1 hari yang panjang hari ni. I'm BUSHED!!! Malam semalam tido lambat, las tres y pico de la manana.. Kol tiga lebih macam tu. Bila dah menatap laptop, aku memang tak ingat dunia! Sampai roommate aku kata aku tengah menulis NOVEL! Ah, yo lar tu.. Pastu, set hp kol 4 pagi, tapi bila FIRE ALARM aku dah memekak, aku tercari-cari mana hp aku. Rupa-rupanya masuk bawah katil.. Hurm, aku terpaksa meneruskan tido aku, tak jadi bangun sebab hari ni hari aku banyak kelas!

Bangun pagi, aku tak dapat menahan amarah. Ye, la.. Pendatang-pendatang floor lain sedap-sedap jer duduk berangan dalam bilik mandi floor aku. Wey, orang lain nak mandi tau!!! Terhegeh-hegeh.. Dah tau al banyo korang tu berdaki, pergilah cuci. Aku macam biasa - TULIS MEMO DAN TAMPAL kat pintu bilik air. Bla bla bla... ~Toilet Lover~ kata aku. Sambil tunggu dorang dok berejam dalam bilik air tu, aku minum Nescafe dulu. Meredakan api kebengangan yang menguasai hati. Lepas tu, kol 8 lebih aku terpaksa keluar, anto fotostat nota OA yang Puan bagi semalam. Pastu, fotostat lesen memandu n IC untuk lengkapkan form Kembara Borneo tu. Alamak, tak sempat nak gi Kampung E anto form. Ah, nanti aku bagi kat Nyonya je la. Dan aku tak sempat nak gi Dewan Canselor, uruskan tentang peralatan-peralatan untuk Family Day spanish club. Relax, relax.. Aku boleh kejar tu.

Sebelum Sensei masuk, aku sibuk membahagi-bahagikan nota ADL en wan. Kutip duit, tick nama. Dan seterusnya. Malas aku nak simpan lama-lama, berat tau.. Keluar kelas jipun 10.30 pagi, tapi aku duduk kat kaki lima Bilik Bahasa, uruskan benda alah tu sume. Sampai tersalah masuk kelas Spanish. Dan aku dengan selambanya, say sorry! (Entah kali ke berapa aku tersalah masuk kelas kat PPIB ehk??..) Masa kelas spanish, pinky pulak call n msg aku. Memang 'kacau' sikit masa tu, tak dapat concentrate apa senora ajar. Semuanya gara-gara LARIAN AMAL S.O.S. HEART FUND tu.. Lepas abes kelas, senora buat meeting jap, untuk family day. Ah, si Shaw Nee n sorang apek tu berlagak nak mampus!! Nyampah aku.. Alamak, dah pukul 1 lebih.. Aku ajak Dan n Cheryl pergi Kampung C ambik Nota-nota OA!!! Kalo kelas lain, boleh gak aku berdondang sayang dengan selambanya, tapi kol 2 - KELAS PUAN! KELAS PUAN!!!! Tak berani aku nak bermain api, kelak terbakar diri!!!

Lepas ambik nota-nota kat A&R Photocopy, aku gi tapau nasi. Mak aiiii, arini aku akan makan dalam suasana tak tenteram.. Untuk mengelakkan aku makan lambat, maka aku pilih sayur bayam + sosej + sambal je tadi! No chicken 4 today! Takkan sempat nanti. Dan kata boleh makan dalam kelas. Apa-apa je la Dan.. Dah la lambat, machine mashed potato pulak buat hal.. Gravy sauce dia tak keluar. Hohoho.. Aku kena tunggu. After dat, aku, Dan n Cheryl trus ke SSS. Aku mintak Zida tolong bagikan nota-nota OA, sambil aku makan. Uiishh, dah tak tahan dah.. Tangan hampir nak menggeletar. Jarang aku macam ni. Mungkin banyak sangat nak buat dalam sehari kot. Family Day Spanish Club - nak kena gi DC. Family Day IR Club - urus penginapan. Larian Amal - kena urus surat untuk library n bas. Public Speaking - teks lom ready 100%. Borang Kembara Borneo. Tak masuk minit mesyuarat n report LASBELA yang belum siap lagi tu.. Test Spanish.. Lepas abes kelas OA, kena buat meeting untuk group APEC lak.. Pastu gi jumpa Pinky kat DKP.. Tapi aku sempat baca paper tadi, budak SMK LAKSAMANA, KOTA TINGGI mati lemas sebab dia berkorban selamatkan kawan dia. Hurm, ni kena tanya Cikgu Yati lebih lanjut ni..

Ermm.. I'm mentally tired.. 'Kusut' macam lagu Nita ke? Dah la, lepas ni kena arrange balik jadual.. Tengah aku taip ni, makcik Izah lak datang, nak baca.. Nak baca.. Oh, no! Por que no? Sebab kang ko ngamok lak, Izah.. Hehehe.. Aku memang macam ni, suka menyakat orang. Tak tahan la tengok bunga kat jaket dia.. Jadi modal ketawa aku dengan si Sutri jek.. Hahahahah.. Erm, Chik gi skola tadi. Aku tak tahu sejauh mana dia akan bertahan. Sebenarnya, hari ni bukan hari yang cukup baik untuk aku. Aku tak puas hati dengan diri aku hari ni. Belum jumpa momentum yang sebenar. Banyak jugak benda yang kena muhasabah malam ni. Ada lagi hari yang aku lebih penat. Tapi aku penat sebab ada benda aku tak dapat. Ye ke?? Macam tu la.. Balik ni kena terus mandi, kasi fresh semuanya.. Dah, aku dah takde masa lagi ni. Semua kena kejar!!!

Kato Sensei no Kurasu

Tadi adalah kelas jipun pertama. Minggu lepas dah la aku semangat nak masuk kelas, bersiap awal, tapi rupanya kelas start minggu ni.. Huhu.. Pagi tadi aku gi kelas dengan Jida San. Sampai foyer PPIB, tanya abang guard, mana Bilik Bahasa 2? Baik bertanya sebelum sesat kan.. Jumpa si Rebekah San sekali. Jadi kami bertiga masuklah ke BB2, PPIB dengan persoalan yang bersarang di kepala - MACAM MANA GAYANYA KATO SENSEI???

Group 1 kumpulan jipun tak ramai macam Group 3 kelas Maeda Sensei tahun lepas. Rosa, Atiey, Nyonya Chan, aku, Bell, Zida, Rebekah, Scott, Dan, Ednna, Hayati, Cheryl, Ijan, Jamal, John, Salleh.. Dan dua orang yang En Wan panggil IT - si Izah n Rosmini. Ada ka patut dorang datang pukul 9.30 pagi??? Lambat lagi! Kato sensei kelakar orangnya. Cute jugak.. Dah kahwin, ada 2 orang hero. Bila dia kata rumah dia kat Menggatal, aku pun angkat tangan dan kata, "Can we go there sensei?" "Yes, be my baby-sitter." Hehehe.. Ye la, sensei baru je lepas bersalin anak kedua. Anak pertama dia hero gak, 4 tahun..

Apa yang aku perasan tentang SENSEI baru aku ni??? Ermm.. Englishnya lebih baik daripada Maeda Sensei yang dia kata "no longer." NO LONGER? Heheheheh, banyak maksud tu, sampai kitorang sume berdekah ketawa! Lepas tu, lepas sensei cakap dan bercakap, dia selalu tarik nafas (dalam-dalam) dan ketawa.. How cute.. Yang best jugak bila Dan tanya, "Can u speak Malay sensei?" "SIKIT-SIKIT," jawab Kato Sensei. Tapi paling berdekah bila dia kata kat Multi-Purpose Room yang khusus untuk budak-budak IR, "MANY 'KIPAS'!" Kahkahkah.. Lipas, sensei. Bukan KIPAS.. Pastu lagi, dia macam SENORA KASMA - selalu tanya ada soalan ke tak. "SHITSUMON?" "SHITSUMON?" Mungkin nilah STYLE lecturer2 perempuan, terlalu caring..

Babak yang paling aku suka kat kelas jipun pertama tadi adalah babak memperkenalkan diri. Berlinda - aku kata kat sensei: BERU SAN. Ijan pulak kami kenakan dengan JURU SAN (JURU-HA-JAN). Scott - jadi SUKOTTO SAN. Bila tiba kat aku - HAJI SAN (Haziq) sensei panggil.. Macam 'HAJI' gelaran orang Melayu dia kata. Eh, mana boleh! NAMA JIPUNKU - HAJIKA NASHIRA. HAJIKA to yonde kudasai!!! Apa-apapun, kelas jipun Kato Sensei BEST SANGAT!!! Walaupun dia tetap meneruskan LEGASI Maeda Sensei yang rajin memberi kami KUIZ dan KUIZ dan KUIZ.. tapi cara mengajar dia sedikit berbeza dengan Maeda Sensei. Lebih segar. Tapi antara MAEDA dan KATO SENSEI, masing-masing ada kelebihan.. dan.. masing-masing CUTE!!! Hehe.. Harap-harap KECERIAAN pada kelas pertama ni akan berterusan. Dan harap-harap kami boleh bercakap jipun.. Kelas tadi pun Kato Sensei dah banyak membuat pembaharuan. ARIGATO GOZAIMASHITA, KATO SENSEI!!! Ja, mata!

Berenam Lebih Baik

DULU.. Aku pernah tulis tentang roommate aku yang bikin aku pening. Ya, AIN. Lupa aku nak ISYTIHARKAN yang Ain masih jadi roommate aku untuk TAHUN KEDUA ni! Aku pernah cakap (tak berjanji atau bersumpah) yang aku akan buat surat mintak tukar bilik kalo aku ditakdirkan DAPAT BILIK YANG SAMA dengan Ain. Nah, ambik ko!!! Aku dapat BILIK YANG SAMA – B.03 & ROOMMATES YANG SAMA – Ain, Za & Tie + 2 orang jiran lama – Ju & Siti. Hah, BONUS buat aku. Semua jiran-jiran dan geng lama (Rein, Mala, Yah, Janah, Fei) naik ke tingkat atas, tapi aku masih mendiami lantai bawah untuk tahun kedua bersama adik-adik junior yang panggil aku – KAKAK OTAI!


SEKARANG.. Aku dah pun mengimplementasikan PELAN DAMAI dengan Ain. Semuanya kerana PESAN MAK. Mak kata masa pagi nak hantar aku ke airport, “Iqa dah besar. Pandai-pandailah bawak diri. Ingat tujuan kat sana nak belajar kan..” Walaupun malam sebelum aku berangkat ke Sabah aku tensen gilerrr (lepas Aimi melaporkan kepada aku calon-calon roommate aku), sampai tak bercakap dengan sesapa malam tu, tapi sekarang aku mula menuai hasil daripada sikap BERALAH yang aku lakukan. FORGIVE AND FORGET. Aku terpaksa memulakan sesi ‘perkenalan semula’ dan meringankan mulut dengan Ain. Act like nothing happen before. Hasilnya, tak mendukacitakan. Dia mula-mula sibuk nak TUKAR BILIK jugak. Tapi bila aku dah mula tanya itu, tanya ini dengan dia, sejuk la sikit segala rasa yang menggelegak kat hati dia kot. Hehehe..

Sebenarnya, AIN adalah satu-satunya roommate yang paling panjang jodohnya dengan aku. Dialah roommate PERTAMA aku masa MSM bersama-sama Neeza Klate n Ida Ganu. Lepas pecah bilik, dia masih jadi roommate aku untuk tahun yang pertama. Dan lepas TIDAK BERTEGUR SAPA akibat PERANG SEBILIK, dia TETAP roommate aku!!! Dah la tarikh lahir pun cuma beza 1 hari. Alahai Mala, betul-betul Ain jadik ‘kawan baik’ kite ni! Huhuhu.. Aku BERAZAM dan BERTEKAD CEMERLANG, untuk TAHUN KEDUA ni, aku mahu lebih matang dalam segala hal. Aku masih menyimpan PESAN MAK dan memegang kata-kata Cikgu Aishah: AWAK DAH BESAR. Hehehe.. Aku dapat sesuatu dari apa yang aku lalui. BELAJAR UNTUK MEMAAFKAN. Hasilnya, AKU BISA MENYEDUT KETENANGAN UNTUK SETIAP HARI YANG MENDATANG.

Sebenarnya jugak, aku KURANG BERPUAS HATI dengan Pengurusan Kolej aku ni. Budak-budak Kolej yang asal yang AKTIF dalam aktiviti kolej ditempatkan di bilik 6 ORANG! Tapi pendatang-pendatang (dengar macam kasar, tapi betullah BMnya, orang yang ‘mendatang’ – ‘pendatang’ kan???) dari KF diberi bilik 2 ORANG! Tak ACI! Tapi aku malas nak BERPERANG dengan ORANG ATAS. Apa dorang dah bagi, aku AMBIK je. Bukan nak jadi LEMBU YANG DITARIK HIDUNGNYA, tapi kadang-kadang kita perlu BERSYUKUR dengan nikmat yang diberi. Macam kata SUPERMUM: REDHA, PERCAYA, SABAR. Tak gitu?

REDHA: bila dibagi bilik berenam dengan katil 2 tingkat
PERCAYA: akan datang LOCKER dan MEJA secepat mungkin
SABAR: buku kena taruk bawah katil, baju kena simpan dalam luggage, takde GOBOK!


Apa-apapun, aku HAPPY dengan BILIK B.03 aku! 2 orang MEK KLATE – Za n Tie, budak Seni yang ‘innocent’. Kata Mala: tido bersama, mandi berdua. Sem ni dorang kurang makan Maggi Tomyam hari-hari. Belum lagi kot. 2 orang MINAH GANU – Ju n Siti, macam kembar yang tak boleh berpisah walau sehari. Dua-dua Psikologi. Samala dengan Ain. Aku sorang yang Sains Sosial ni harus tahu membawa diri. Ju macam kakak Siti. Siti ni, alahai manja! Kalo sakit sikit, aku dah hafal ayat dia, “Mok, Siti sakit ni mok!” Kihkihkih.. Ain pulak, tekun dok kat meja study sem ni. Bagus la tu.. Bagi cabaran sikit kat aku. 2 KLATE + 2 GANU + 1 KL + aku = BERENAM. “Berenam lebih baik.” Ya, dan lebih banyak ragam yang akan aku rakam! Awal-awal lagi aku terpaksa menahan hidung dengan bau LULUR yang oghe klate n ganu dok LUMUR... Tensen ke? Tak la, aku GELI HATI!!!

Kucing Garong dan Erti Cinta

Aku tengah syok membalut buku (rimas tengok buku dalam beg, entah bila la nak dapat locker!!!) masa Mala tiba-tiba terjengul depan pintu bilik aku. “Haziq, Zarin pengsan!!!” Tulah yang Mala cakap. Aduh, camne boleh pengsan ni??? Aku tau yang Zarin selalu pengsan sejak dua tiga menjak ni. Pernah dia naik kereta TNC (yang bujang trang tang tang. Hehehe..) masa pengsan kat IP. Tapi tak sangka dia pengsan kat depan bilik Mala (bilik Zarin dan Mala bertentangan) masa tengah dok berlegar-legar. Baru tadi Mala masuk bilik aku kata yang dia macam tengah susah hati. Si A tak pick up phone.

Aku apa lagi, tanpa berlengah terus berlari ke tingkat atas. Masa aku terpacul kat situ, Neeza n kawan dia (kenal dah lama, tapi lupa tanya nama walau 1 sekolah. Sori ye beb!), Izah, Eton, Rein dan Jana tengah angkat Zarin masuk bilik. Pastu, dorang baringkan si Zarin kat lantai. Tau apa aku terfikir masa tu? Isshh, pengsan ni nak kena buat CPR ke??? Hahahahhh.. Mentang-mentanglah baru gi seminar pengenalan CPR semalam, cepat sangat nak mempraktikkan sejemput ilmu yang baru dikaut! Aku mintak air, renjis kat muka Zarin. Masa tu aku teringat, Mr Thava (yang bagi ceramah CPR) kata panggil nama kuat-kuat. Then, aku pun panggil la, “Zarin! Zarin! Zarin!” Tapi aku perasan yang mata dia gerak, macam dah sedar, tapi tak nak sedar. Buat-buat tak sedar macam tu la. Ah, kacau. Jana try call si A pakai hp Zarin, tapi A tak angkat!

Aku terpaksa turun ke bilik aku, ambik hp, call si A. “Hallo Zack,” kata si A. “Hello A. Wey, ko ada kredit tak? Call me back, urgent. Zarin pengsan!” Aku terpaksa ‘paksa’ dia call aku balik, ye la, ari Ahad, kedai A&R kat Kampung CD tutup. Top up RM10 semalam untuk sehari je. Hehe.. Mana aku nak cari top up. Pastu, A call aku balik. “Ko tak angkat hp ke masa Zarin call ko tadi?! Zarin pengsan tau. Kak Win (roommate Zarin) takde ni. Isshh, apa aku nak buat?” Tak pasal-pasal kena sergah dengan aku. “Ala, Zack. Ko tak payah bawak dia ke hospital ke.. apa ke. Ko selimutkan dia je. Nanti dia ok la tu.. Bla bla bla....” Tuuuttt. Alamak, putus lak. Mesti kredit si A tetiba abis. Aku sempat check CPR Handbook jap, just want to answer my curiosity. Oh, no need to do CPR! We have to do CPR when the victim is not breathing and has no pulse e.g. HEART ATTACK, STROKE, ACCIDENTS and NEAR DROWNING. Erm, pengsan tak payah. Takpe, next time aku boleh praktikkan! =)

Bila naik balik, member-member yang lain tengah memicit si Zarin. Buat la apa yang patut kengkawan oiii.. “Pengsan je ni, tak payah buat CPR tau,” aku memecahkan kepanikan member2 semua. “Zarin pengsan depan bilik Mala pasal tak tahan bau Mala yang tak mandi lagi!” Aku saja kacau si Mala. “Ye la, bau busuk sebab baru balik dari bilik Haziq ler ni..” Hwahahaha. “Sempat korang nak buat lawak ar,” kata Jana. Hehehe.. Neeza kata, Zarin tak makan daripada petang semalam. Semalam pun dia cuma makan Maggi kosong (tanpa letak perasa). Jana pulak kata, Zarin cakap dia takkan makan selagi si A tak jawab panggilan dia. Oh, shit! Patutlah masa aku masuk bilik dia untuk penyertaan Larian Amal, dia macam ‘semacam’. Rupa-rupanya tengah berkonflik dari semalam. Tup tup, Kak Win pun sampai (dari rumah pakciknya). Aku tolong angkat beg Kak Win. Kak Win lak buat muka macam terkejut dan tergesa-gesa. Lepas tu, terus mendakap si Zarin. “Zarin, bangun Zarin. Tak baik tau macam ni...” kata Kak Win lembut. Hahaha, hati kecil aku kata, macam adegan DRAMA la! Huhuhu.. “Woit! Aku nak keluar la, TERHARU..” Memang terharu tengok apa yang Kak Win buat kat Zarin. Macam adegan filem Castello gitu – masa Castello pangku bini dia yang mati kena bunuh. Takpun macam cite Hindustan – Kabhi Kushi Kabhi Gham. Babak Shah Rukh Khan peluk adik dia yang tembam tu. Tapiiii.. sebenarnya aku... aku NAK TERGELAK!! Sebab masing-masing macam tengah berlakon babak SEDIH. Ye la, kalau dah memang dasar geng kaki ketawa, dalam keadaan genting jadi hay-pening jugak. (Aku ketawa menonggeng bila tiba-tiba perut Kak Win berbunyi masa cakap dengan aku! Ingatkan perut aku yang bunyi. Pelik jugak, perut aku kan dah lama ‘bisu’. Hehehe..)

Berbalik kepada cerita Zarin. ¿POR QUE? ¿POR QUE? Zarin sebenarnya MAKAN HATI BERULAM JANTUNG. Si A adalah ‘first love’nya (Sumber: Kak Win). Tapi si A telah mempersundalkan segala harapan yang telah Zarin patri. Zarin terlibat dalam cinta tiga segi. A tiba-tiba mengundur diri ketika Zarin dah betul-betul sayang (dan selalu berkorban) kepada A, tapi alasan A - setia pada yang satu lagi. Zarin tak boleh terima sebuah hakikat PERPISAHAN kerana OBSESnya kepada A. A pulak? Hurm, KUCING GARONG yang akan menggesel kat badan orang mintak dimanjai. Tapi, lepas dah kenyang dan dapat apa yang dihajati, tangan orang yang memberi tu pulak disengamnya! Sampai luka berdarah. Bisa dari luka tu terasa hingga ke tangkai jantung. Mana tak, taring dan kuku KUCING GARONG kan KOTOR dan penuh BAKTERIA. Dengan taring tu, dia makan tikus. Dengan kuku tu, dia korek tanah untuk mem’berut’. Lepas tu, dia timbus balik taik dia tu. Eeeee..

KUCING GARONG.. KUCING GARONG.. Senang betul ko mengundur diri kan? Kalo dah tahu diri tu tak layak nak bermain api, kenapa ko main jugak? Mungkin ke kerana CINTA PLASTIK MATERIALISTIK barangkali? Ko ada kepentingan dengan kawan aku.. ooppzz, kawan KITORANG tu kot? Untuk pengetahuan kucing garong, kalo setakat badan ko yang sekeping tu, aku boleh bagi KNOCK OUT tau! Ko pun tau aku dah praktis main boxing kat CP kan. Sampai bergegar mesin boxing tu aku kerjakan. AKU: pakar tumbuk menumbuk. Hah, tu tak masuk dengan penglibatan member2 aku yang lain – MALA: pakar sepak menyepak. JANA: pakar lipat melipat. REIN: pakar hembus menghembus. ETON: pakar kuis menguis. SOLEH: pakar tanduk menanduk. KAK WIN pulak: pakar ‘mencuci’, ‘membasuh’ dan ‘membahasa’. Tunggu la ko kucing garong. Akan kami hambat ko sampai BERAIR MATA KUCING! (Gulp, terliur teringat air mata kucing yang sedap diminum ketika buka posa!)

Buat Zarin, ayo, BANGKIT! Ko tau kan betapa Kak Win risaukan ko. Kitorang pun. Kak Win kan kakak kita semua. Maka, ko kena la dengar cakap orang yang banyak pengalaman tu ok? Kitorang yang lain ni semua memberi sokongan padu kepada Kak Win. Ko kena makan, beb! Badan ko lemah. Kak Win risaukan pointer ko. Sebelum tu, ko kena pulihkan ‘dalaman’ ko dulu ok. Jangan kerana KUCING GARONG, ko merana sampai MENGONG. Dah, dah.. Ramai lagi yang tengah ‘pandang’ ko tu.. Nanti kita jalan-jalan lagi ha.. RUSA sentiasa tunggu kita semua. Hehe.. Kita jalan ke Kundasang sampai Simpang Mengayau nanti.. Jangan ko risau, SUPIRmu ini kan setia memandu ditemani TEMAN-TEMAN yang lain! Aku kagum dengan pengorbanan dan kekuatan cinta ko kepada A, tapi aku lebih kagum kalo ko berjaya menutup kisah cinta korang dengan ‘bergaya’ tanpa menyeksa diri sendiri. Ingat AYAT POWER kita Zarin: “REZEKI MASING-MASING!”
*Ketika aku dah menulis entri ni, tapi belum publish, aku tengok Zarin dah OK dengan si A. Ahhh??? Si, claro!! Dorang dah berbaik.. Aku terus tak boleh nak kata apa. Inilah ERTI CINTA atau....... ah, biarlah Zarin bersama Kucing Garongnya..

Sabtu, 21 Julai 2007

20072007

Semalam - 20072007. Tarikh yang HEBAT selepas 070707! Masa 070707 ari tu, TUAH menyebelahi aku. Antaranya - hentam VIOS tapi tak KEMEK! Hahaha.. 20072007 pulak, macam-macam jugak. Manis, pahit, masam, kelat. Ia cuma sehari, tapi aku rasa bagai PERJALANAN YANG PANJANG!

PAGI: Aku bangun awal jugak la. Erm, rasanya malam semalam MANDI. Jangan marah mak, iqa tak mandi bukan sebab iqa tak nak mandi, tapi U yg tak bayar BIL AIR. Hehehehe.. Air pun takde. Ari tu lagi teruk. Air takde, Letrik takde! Biasa le, U tercantik di Asia.. Kuang kuang kuang.. Ok, lepas mandi apa semua, aku teruskan rutin harian, NESCAFE! Kalo sehari takde Nescafe, rasa ada kekurangan dalam hidup ni. Hee.. Sambil tu, aku selongkar Nota Dasar Luar Malaysia yang ditulis oleh Cikgu Jamal - cikgu Pengajian Am 1 aku kat LaXmana dulu. Ye la beb, nak masuk kelas En Wan kol 10, matilah aku kalo tak prepare apa2! Sambil tu, aku dengar lagu J.Lo - ADIOS. Best sangat lagu tu sampai buat aku terangkat. Masa tengah dok selak buku Joshua S. Goldstein, pang! Aku tersinggong se'mug' Nescafe aku! Adusss, habis satu mug tumpah! Handphone pun kena, nota Cikgu Jamal pun kena, buku-buku BBC kena dan ntah apa-apa lagi khazanah aku yang ada atas meja study semua kena tumpahan Nescafe! Jeans yang aku pakai pun dah bau Nescafe dah! Mati la aku - dah pukul 9 pagi dah. Kang lambat pulak gi kelas. Masa tu, Tie n Siti je yang ada dalam bilik, Za n Ju dah gi kelas. Dorang pun tekezut. Aku? Apalagi, pagi-pagi dah jadi CINDERELLA, ambik tuala, lap lantai dengan terbongkok-bongkok.. Waaaaaaaa...

Lepas dah hampir nak bersih lantai bilik, aku pun tarik la kerusi. Praaaaannnggg!! Alahai, aku kan taruk mug atas kerusi tadi, tak pasal-pasal mug jatuh n pecah. Baki Nescafe dalam mug tumpah lagi. Nilah dia kalo kelam kabut. Masa kutip serpihan kaca, hati aku jadi tak sedap. Ishh, kalo dalam drama, kalo ada benda2 terpecah, maka ada alamat tak baik!!! Tak boleh jadi ni, aku kena call mak. Dalam otak teringat Chik. Jangan la jadi apa-apa kat dia! Menggelatat aku bersiap. Aku kena bawak nota en zaini yg aku fotostat utk kawan-kawan. Tanggungjawab! Lepas tu pasang MP3, lagu-lagu Professor Avril Lavigne, apalagi, goyang la! Hehe.. Bukan apa, lagu ni ubat untuk hati yang gundah. Masa tgh tunggu bas, aku call mak, tapi Afiy yang jawab. Tengah makan dia. Hmmm.. Aku tengah bayangkan muka dia time makan. Afiy, i miss u!!! Dengan suara yang cute, Afiy bercerita. Macam-macam yang dia nak cite dengan ayong dia ni. Sampai tak nak letak telefon. Aku terpaksa matikan perbualan setelah bas UMS sampai. Alhamdulilah, nothing happen to my family. Nescafe tumpah dengan mug pecah (untuk kali ke-2 dalam 2 semester) adalah kebetulan. Nak test aku sabo atau tak je.. Huhu..

KULIAH: Wow, kuliah en wan best! Aku suka Analisis Dasar Luar! Teringat aku kat Dr Md Noor n Cikgu Jamal bila belajar ADL. Tapi en wan ada bikin gempak sikit la. Dia cerita pasal Lady Diplomat dengan kitorang. B4 dat, dia bagi contoh sorang diplomat lelaki yang down to earth. Diplomat pompuan tu kata en wan, berlagak gilerrr. Bagi respon kat en wan (masa sesi interview) pun yang tak betul. En wan meluahkan gelodak jiwanya. Hihihi.. Tiba-tiba, aku dengan gatalnya mengangkat tangan, mencelah. "En wan, barangkali en wan interview perempuan tu pada 'bulan' yang salah!" Hwahahahahah.. Satu kelas berderai dengan ketawa. En wan ada jawab lagi, tapi aku tak ingat. Memang kelas macam nak pecah dengan ketawa masa tu. Ye la, memang perempuan diplomat tu berlagak, tapi sebagai perempuan, aku faham 'masalah-masalah teknikal' kaum aku ni. Pastu, en wan bagi title IT (ibu tunggal) kat si Izah (minah bunga IR) dan Rosmini (mek klate) yang datang lewat gilerrr.. Aku tak rasa yang en wan maksudkan sesape tapi masa tu, aku pandang nad yang duduk kat belakang aku dengan tercengang bangang! Kitorang teringat satu cerita. Forget it. Tak baik berburuk sangka kan.(Wey Izah, aku rasa ko patut buat 'sesuatu dengan fashion ko. Memang aku ni bukan jenis orang yang vogue wahima perfect dalam fashion, tapi pada pandangan mata aku yang rabun ni, gaya ko tu lebih makcik daripada makcik tau. Tuko la sikit beb.. Jangan marah.) Ada orang yang boleh berlagak pro, mengasingkan masalah peribadi dengan masalah kerja, tapi tak semua boleh buat macam tu, kan? Lepas abis kelas, en wan bagi nota. Macam biasa, aku la 'tukang tolong potosetet'nya.. Nyonya (jessie) tolong collect duit. Thanx nyonya!

TENGAH HARI: Lepas cucuk duit, aku n scott gi makan kat belakang library. Nak makan nasi ayam sebab macam best, tapi tukang potong ayam gi solat. Terpaksalah makan nasi putih dengan ayam masak kurma. Kitorang dok semeja dengan del n nad. Macam biasa, aku minum lebih dari segelas. Air bandung, air kosong n teh ping. Uekk, air dia sume tak sedap. Bandung cair hembeh. Teh rasa macam keladak! Pas makan, terjumpa si Fran, budak sejarah. Dia tanya aku pasal Gegar U! Lepas dah bual agak panjang, aku masuk library balik, sambung baca 'Ingin Jadi Pujangga' sementara tunggu kol 2 untuk sesi post mortem LASBELA Indonesia. Masa tu, sambil baca, sambil pasang telinga. Aku 'menangkap' perbualan budak sebelah aku tentang FACIAL. Ada sorang tu, penampilan taklah hebat mana, tapi bercerita macam Joyah yang jual Avon. Eeee, bulu roma aku tegak 90 darjah kerana kegelian yang terlampau terhadap si budak tu. Dalam hati terdetik, kat U pun ada minah-minah yang jual produk macam ni yek. Ingatkan U adalah gedung ilmu, rupa-rupanya gedung jual produk kecantikan. Aku tak menentang, cuma aku sedar diri, loan yang dapat patut banyak diperhabis untuk buku dan benda-benda sewaktu dengannya tapi bak kata en wan, budak-budak U ni kalo dengar buku berpuluh-puluh ringgit, rasa macam nak pengsan. Contohnya si Izah, masa Q nak cucuk duit, pucat muka dia aku tengok lepas beli buku RM73 yang en wan wajibkan. Seboleh-boleh dia kata dia nak photocopy je. "tak pakai buku ni nanti.." kata dia dengan yakinnya. Lantak ko la Izah....

BTG 8, SSS: Masa ni la ada kejutan. Janji post mortem kol 2, tapi macam biasa janji adalah sekadar kata-kata kosong. Aku duduk kat area Aim, Suzie, Eli n Scott. Then, ntah camne ntah, si Aim bukak cite (untuk pengetahuan SUPERMUM, gosip yang saya btau dulu adalah benar!) pasal DILEMA SANG LELAKI. Dia bercerita mula-mulanya, tapi aku buat tak paham dalam paham. Psssttt, itu adalah TEKNIK MENGOREK CERITA LIPAS KUDUNG ya:) So, aku suruh dia lukis gambar rajah dalam notebook aku. Peh, dah macam penganalisis politik dah kitorang dari jauh.. Ehehehe.. Dia tak cite secara direct, tapi dengan beranalogi. LELAKI, PEREMPUAN dan X. Aku tau siapa ketiga-tiganya, walaupun Suzie n Eli tercengang bangang. Haha.. Aku kesian kat 'PEREMPUAN' yang aku cukup kenal tu. Tapi, aku rasa tak boleh nak salahkan 'LELAKI' 100 %. Cuma, aku rasa bersyukur sebab 'LELAKI' sedar yang 'X' patut diutamakan. Kata Aim, DILEMA 'LELAKI' adalah 'X'-penting, 'PEREMPUAN'-sangat baik dan perlukan perhatian. Aku tahu yang 'PEREMPUAN' akan bertindak di luar jangkaan kalo kehilangan 'LELAKI', tetapi 'LELAKI' dah ada 'X'. 'LELAKI' nak jaga 'X'. Ah, aku cakap dengan Aim, kalo macam tu, biarlah 'LELAKI' ambil kedua-duanya sekali, 'PEREMPUAN' + 'X'. Boleh kan??? Tapi aku tetap tak sangka yang Aim akan berani bercerita tentang ketiaga-tiga watak tadi. Tapi dia berani kerana aku kenal 'perempuan' kot.. Wow, aku tak boleh nak cakap apa, tapi aku bersyukur kerana apa yang telah aku dengar sebelum ni, diperkuatkan lagi dengan apa yang aku dengar tadi. Pasal post mortem, malas aku nak komen masa ni, tapi en wan n en zaini meletakkan 2 CABARAN DI PUNDAKKU! 1-LASBELA akan datang. 2-MENGEPALAI aktiviti penulisan buku/catatan semasa di Indonesia. Tapi, masa post mortem juga, aku dapat tau satu cerita tentang 'seseorang'. Betapa MULUT YANG BERKATA-KATA PADAKU TAK SAMA DENGAN APA YANG AKU DENGAR SEMALAM. Tapi, orang yang berkata=kata semalam pun ada salahnya, jadi, 'seseorang' pun tak patut dipersalahkan. Tak kisah, cuma aku dah semakin masak dengan PERMAINAN 'seseorang'.

MALAM: Aku naik bas kampung E. Macam biasa, buat dono kalo bas E tak berenti kat simpang kampung CD. Masa budak-budak kampung E turun, aku pun turun sekali dengan yakin. Tapi lepas tu, naik balik n buat muka kesian, pancing simpati abg bas mintak berenti kat bus stop luar kampung C. Hehehe.. Sampai kampung, terus gi fotostat nota ADL. Pastu, malam aku tak mandi. Dan aku tak dapat nak lelap mata walaupun rasa mengantok gilerrr.. Dan aku juga rasa tak sedap hati tentang seseorang. Aku msg la. Erm, telahan macam tepat. Seseorang berada dalam situasi geram dan marah yang teramat. Untuk seseorang, aku akan sentiasa doakan kebahagiaan, keceriaan, ketabahan dan segala macam ke.....an untuk beliau.

20072007 : ada sesuatu yang bertambah dalam diari hidupku. Dan aku akan terus berfikir untuk sesuatu..

Khamis, 19 Julai 2007

PERNYATAAN TERBUKA UNTUK CHIK


ayong chik mintak maaf sbb x boleh jage mak dengan keadaan chik yang asyik nak mengaruk je. tadi chik pukul mak ..entah x tau nak cakap arini chik dok kat umah satu hari asyik mengacau orang ,mengaruk..iiiss x tau ah tadi chik maki ayah, baling mak dengan kerusi, koyakkan songkok afiy, blok sim card yaya, baling yassin....chik pun x tau setan ape yang chik bela kat dalam badan.ayong kalo nak mrah chik marah ahhh. chik dah x kisah dah.. marah tu dah lali ngan chik dah biase.chik pun bukannye baik sangat......

chik dah x tau nak jadik ape dengan keadaan diri yg x leh dikawal..... agaknye chik memang dilahirkan kat duniee nie untuk menyakitkan hati orang..bagi orang menderita sbb chik, pegi skola `BYE-BYE'!!!! semue yang jadik kat chik x de ape-ape hikmah... chik rase baik chik hilang ke , mati ke baru semue orang yang chik sakitkan boleh hidup senang..... ye la kalo chik tulis panjang -panjang pun kalo ayong ingat bende nie hanye stakat perkataan yang tidak membawa maksud dan hanye stakat tulisan je,, x pe chik x kisah.. yang penting chik dah luahkan perasaan chik yang tidak akan mendapat simpati daripadee sesiape.....

okey ayong, jangan pulak ayong rase nak muntah lepas bace emel niee...

assalamualaikum....
:-(

Emel kat atas adalah emel yang aku dapat daripada CHIK atau MOHAMMAD ZULHASIF, adik lelaki aku merangkap anak ketiga merangkap anak lelaki sulung dalam keluarga. SEDIH. SIMPATI. TERGURIS. 3 perkataan yang kalo boleh menggambarkan perasaan aku ketika ini. Chik, jangan marah sebab ayong bawak Chik dalam blog ayong ni ok..

Chik,

Hidup ini adalah PERMAINAN. Hidup penuh PENIPUAN. KEPLASTIKAN. Hidup penuh KEJUTAN. Dunia kita ini dipenuhi oleh manusia-manusia bertopeng dan dilumuri oleh SELUT dan DEBU yang kotor. Manusia hidup dengan berbegai-bagai CORAK dan WARNA. Tapi Chik, dunia kita ni masih ada MANUSIA atau INSAN yang masih berada pada jalan yang benar. Dont get me wrong. Ayong tak kata Chik terpesong, ok.

Chik kata: "ayong kalo nak marah chik marah ahhh. chik dah x kisah dah.. marah tu dah lali ngan chik dah biase." Marah adalah HAK ayong, sebagai kakak sulung Chik. Kalau ayong marah Chik tak tentu pasal, yup, Chik boleh kata ayong JAHAT, ayong KEJAM. Tapi, ayong marah Chik kerana sesuatu yang Chik lakukan SALAH pada kaca mata ayong. Jom, kita flashback balik apa yang kita dah lalui bersama. Erm, Chik ingat tak yang ayong selalu bertikam lidah, bertegang urat dan berdebat dengan MAK kerana Chik? BUKAN sebab AYONG TAK SAYANG CHIK, tapi sebab AYONG TAK SUKA TENGOK CHIK 'BULI' MAK. Yelah, janji dengan mak nak gi skola, tapi lepas tu, Chik hanyut dengan janji-janji yang Chik dah taburkan. Itu yang ayong cukup MARAH. Tapi kalo Chik ke skola, ayong tak MARAH kan?

Kenapa kena SKOLA??? Dalam umur 14 tahun, SKOLA adalah FITRAH! U have 2 go 2 school, no matter what!!! Bukannya ayong atau mak atau ayah nak tengok Chik berjaya dengan sebakul 'A' dalam periksa, tapi kami mahu Chik ke skola, menimba ilmu atau dalam konteks pemikiran ayong, Chik kena ke skola untuk BERSOSIAL! BERGAUL DENGAN MASYARAKAT! Chik kena KELUAR DARI DUNIA 'BLUR' CHIK TU! Ayong n mak, (dengan ayah kot) dah buat dan usaha macam-macam benda untuk Chik. Ayong bukan nak MEMBANGKIT atau MENGUNGKIT, tapi Chik kalo nak bercakap, Chik kena fikir, Chik kena IMBAU balik apa yang orang lain dah buat untuk Chik. Kalaulah AIR MATA mak boleh dikumpul, mungkin dah BERBALDI-BALDI mak nangis kerana Chik agaknya kan? Masa ayong kerja lepas form 6 dulu, ayong rela balik rumah semata-mata Chik buat hal! Anto Chik berubat sana sini. Bibir ayong berdarah sebab kita BERTUMBUK. LEBAM tu dah belakang kira.

Untuk pengetahuan Chik, ayong SUKA UNTUK BERTUMBUK dengan Chik dalam keadaan Chik tak sedar tu. ADVENTURE. Ayong kan suka action movies, jadi boleh ayong PRAKTIKKAN apa yang ayong dah tengok. 'What you see, what you get.' Tapi, ayong SAYANG kat Chik. Chik TAK TAHU kan, AYONG SELALU MENYESAL bila ayong dah 'belasah' Chik. Ayong pun ada EGO, takkan la ayong nak tunjuk PERASAAN MENYESAL ayong tu kat adik-adik. Ayong dah CUBA MELETAKKAN DIRI AYONG dalam diri dan situasi Chik. SEBAK. Chik adalah DARAH DAGING ayong. KESAKITAN CHIK adalah KESAKITAN AYONG. Jangan ingat kalau ayong MARAH, ayong tak ada seberkas SIMPATI untuk Chik. Mungkin BETUL apa yang Cikgu Kamidah kata pada ayong yang ayong takkan LUPA. "Awak dah buat macam-macam dan awak BERJAYA. Tapi awak BELUM BERJAYA melenturkan hati ADIK AWAK..." Ayong ingat kata-kata tu Chik. Ayong rasa TERCABAR bila cikgu cakap macam tu. Chik adalah TANGGUNGJAWAB. Chik adalah CABARAN buat ayong!

Chik nak tahu satu cerita tak? Masa ayong tengah bergelut dengan FINAL EXAM semester 1 dulu, tengah berjuang dengan PAPER PENGANTAR HUBUNGAN ANTARABANGSA - subjek baru yang menuntut kesungguhan, ayong BERDEPAN dengan satu BERITA SEDIH yang membuatkan ayong TAK TIDUR SEPANJANG MALAM. Tahu apa tu? Berita dari MAK, Chik tiba-tiba LARI DARI RUMAH selepas MENGARUK dan MENGAMUK! Dan yang paling buat ayong tak senang duduk, tak sedap hati, Mak kata Chik lari ke arah Sungai Johor. Chik ingat lagi kan? Sekuat-kuat ayong, ayong MENGGIGIL bila dengar apa yang mak cerita! Keja-kejap ayong telefon Kota, tanya pasal Chik. Ayong SOLAT HAJAT, BACA YASSIN mintak Chik dijauhkan daripada BALA, mintak ayong diberi kekuatan dan mintak MAK diberi KETABAHAN. Chik, AYONG TAK RELA KEHILANGAN CHIK!!! Chik ingat dengan MENGHILANGKAN DIRI, dengan MENAMATKAN RIWAYAT DIRI, Chik boleh membuatkan orang lain terutama orang-orang di keliling Chik HIDUP DENGAN AMAN DAN TENTERAM??? Chik BETUL-BETUL SALAH!!!

Chik, ayong dah merasa satu perasaan yang SEDIH, satu KEHILANGAN bila Chik 'Hilang Sekejap' masa tu. Ayong TAK MAHU merasa satu perasaan macam tu lagi, Chik. Ayong SAYANG CHIK. Cuma mungkin dengan keegoan yang masih MENGUASAI ayong, ayong tak menunjukkan RASA SAYANG tu. Mungkin Chik tak dapat gambarkan situasi ayong pada malam menjelang peperiksaan, malam Chik hilang tu kan. Ayong KALUT Chik. Ayong nak dapat A dalam paper tu. Pada masa yang sama, ayong tak mahu APA-APA BERLAKU kat adik kesayangan ayong ni. Chik tahu kan, ayong Chik ni bukan kakak yang LEMBIK, tapi BRUTAL. Jadi, ayong TAK RETI nak 'melese-lese' bila bercakap. Tapi sebrutal ayong, ayong TAK PERNAH HENTAM Chik kalau takde alasan (macam AKAK buat kat Chik) kan?

BANGUN, CHIK! BANGUN! Kalau cakap tentang HIDUP, mungkin ayong dah mengalami banyak PENGALAMAN PAHIT, MASAM, MANIS. Ditambah dengan cerita-cerita dan pengalaman-pengalaman orang-orang lain yang ayong kenal, ayong jadi MATANG dalam mengharungi ARUS KEHIDUPAN yang MENGGILA ni. Kenapa ayong sebagai PEREMPUAN boleh melawan rasa NEGATIF dalam DIRI, tapi Chik LELAKI, Chik rasa semua MUSTAHIL??? Chik TAK MALU? NEVER GIVE UP!!! ALLAH SAYANG CHIK, sebab tu Allah turunkan DUGAAN untuk Chik. Ada orang lain yang MENDERITA LEBIH TERUK DARIPADA CHIK, tapi dorang BOLEH BANGKIT! Kerana adanya SEMANGAT JUANG, Chik! Chik cuma DIMOMOKKAN oleh DOKTOR dengan DEPRESSIVE DISORDER. Sebenarnya, Chik yang KAWAL diri Chik! Chik BOLEH! Percayalah Chik.

Chik tahu kan, ayong pun beberapa kali TERJATUH ketika BERLAWAN DALAM GELANGGANG GUSTI KEHIDUPAN ni. Tapi AYONG BANGKIT Chik, Ayong bangkit! Ayong bangkit kerana ayong MASIH MEMIKIRKAN ORANG-ORANG YANG AYONG SAYANG. MAK terutamanya. Jadi, kalau DAH BERHENTI MEMIKIRKAN TENTANG DIRI CHIK, maka MULALAH BERFIKIR TENTANG DIRI ORANG YANG CHIK SAYANG, ok? Tak salah kalau KITA BERKORBAN demi orang yang kita sayang Chik. Ayong pun masa form 2 dulu bukannya SERIUS belajar. Ayah nak TETAK BASIKAL ayong dengan PARANG. Ayah gi MENGAMUK kat skola jumpa cikgu tingkatan ayong. Tapi, ayong buat DEK je. SELAMBA. Lepas tu, ayong bangkit dari LELAP dan MIMPI INDAH, ayong kejar PMR. Ayong dapat 6A masa tu. Ayong rasa KEMENANGAN PERIBADI buat orang yang dah JATUH macam ayong. Tapi, PAK UCU kata, "...ingat boleh dapat 7 atau 8A.." LANTAKLAH. Orang tak merasa apa yang kita rasa. Tapi ayong rasa apa yang Chik rasa walaupun Chik rasa ayong tak tahu apa yang Chik rasa!

Chik, ayong akan SUPPORT Chik. Berubah lah Chik. Biar apa orang nak kata. Ingat apa yang ayong kata dan membebel ni. Chik kan IQA JUNIOR? Semua cikgu kata Chik macam Ayong. Dan Chik dah ikut jejak ayong, wakil sekolah dalam deklamasi sajak. Ayong JELES dengan Chik, ayong bermula lambat, tapi Chik seawal tingkatan 2 dah dapat PENDEDAHAN kan. CONGRATZ bro! Otak kita pun tak jauh beza. Akak n Yaya selalu kata kita sama, baca sikit dah masuk otak. Dorang study maut, tapi tak dapat macam kita kan. Bersyukurlah Chik dengan KURNIAAN ni. Apa yang ALLAH bagi untuk kita sepatutnya kita KONGSI dengan orang lain. Bukan dengan MEMBINASAKAN diri kita sendiri. OK Chik? Kalau Chik TAK NAK CAKAP dengan ayong, takpe. Chik emel lah banyak-bayak kat ayong ok? Nanti ayong emel gambar-gamabar baru ayong yek. SENYUMLAH SIKIT. ALA, TOMEL TOMEL.. ;)

JANJI PADA DIRI, CHIK AKAN BERJUANG. JANGAN TABUR JANJI KEPADA ORANG, KELAK CHIK AKAN BERGELUMANG DENGAN DOSA-DOSA DAN KEMUNAFIKAN CHIK TU. LOVE U!

Selasa, 17 Julai 2007

Kelas Pertama Yang Menggegar Jiwa

Semalam kelas pertama aku untuk International Organizations. Lecturer: Puan Marja Azlima Omar. Fuuhh, awal-awal dah kena kejutan! KUIZ! Adui, OPEC pun aku lupa! OPEC! Negara-negara OPEC - aku hentam letak SINGAPURA, MALAYSIA n apa lagi entah. Belum lagi masuk yang aku tinggal kosong. Belum campur jawapan salah. Hilang ingatan aku kat situ. Bagi jawapan yang bodoh. It really sucked!!! Kesilapan pada kelas pertama yang tak akan mungkin aku lupa. Pengajaran beb! Ya ALLAH! Betapa enaknya aku diulit mimpi indah semester lepas. Rileks je masa ambik subjek En Rizal. Nah, ambik kau! Semester ni, kena lah kau dengan BOM TIGA SERANGKAI (Pak Jaini + Pak Wan + Ibu Marja). Bergegar JIWA!!!

Aku TOBAT! Memang tobat! Lepas ni aku akan make sure siapkan diri dengan baju kalis peluru, kereta kebal dan peluru-peluru yang cukup sebelum masuk ke medan pertarungan Hubungan Antarabangsa. Ngeri! Mendebarkan! Tapi aku akan lalui semua ini dengan SEMANGAT! Lagi susah, lagi perlu kerja keras! Aku di sini bukan hanya untuk melihat diri aku tumbang sebelum berjuang, tetapi aku di sini kerana mahu berjuang untuk jadi terbilang! "NO SACRIFICE, NO VICTORY".
Biarlah yang pertama jadi mimpi ngeri, asalkan akhir nanti result berseri. Aku NEKAD! Aku cabar diri sendiri. Dan aku KEJAR 1st degree!

Ingin Jadi Pujangga

"Kita harus membuang kata-kata lama untuk diganti dengan kata-kata baru. Kita harus jangan diikat oleh jalan bahasa lama, nahu lama; lemparkan semuanya itu. Jiwa mesti bebas menurunkan di kertas putih tiap gerak hati kecil, tiap hasrat dan cita-cita yang meronta-ronta untuk lepas keluar."

MENARIK petikan kata di atas kan. Aku dapat dari Antologi Cerpen "Ingin Jadi Pujangga" tulisan wartawan dan penulis tersohor yang aku kagumi, Pak A. Samad Ismail. Masa aku tengah gila baca novel dulu, aku baca juga novel beliau, antara yang masih aku ingat - TEMBOK TAK TINGGI dan KAIL PANJANG SEJENGKAL. Aku suka tulisan Pak Samad. Inilah yang membuatkan aku akan jadi rajin ke kutub khanah UMS ni. Tarikan terbaru. Bosan dengan meeting untuk buat aktiviti, tapi terpesong dari tujuan asal jadi entah apa-apa.

Mak, Iqa Sakit Hati!

Masa tengah bawak member2 aku 'melencong' ke Summer Bay ari AHAD lepas, mak ucu telefon aku. Handphone mak HILANG! KENA CURI! Tadi Tok Yet, sepupu arwah Tok Bah datang dengan anak-anak dan cucu-cucu serta maidnya dari JB. Yaya letak handphone mak atas esbok. Tup tup bila mak nak guna, dah takde! Peh, aku terus rasa sakit hati! Macam nak beli tiket balik Johor hari tu jugak. Aku nak pergi ATTACK, pergi BOM satu family Tok Yet tu. Suspeknya, tak lain tak bukan, MAID n CUCU dia! SHIT! Kuang ajo betol. Kat umah sedara pun nak mencuri ke???? Mana taknya, handphone Sony Ericson mak tu adalah birthday present yang aku hadiahkan kat mak tahun lepas. Penuh dengan sentimental value. Mak pun memang sayangkan handphonenya tu. Ye la, anak kesayangan yang hadiahkan, kan mak? Hehehe..

Mak, iqa memang sakit hati! Dah la masa kat Summer Bay tu mood tengah baik. Tiba-tiba dapat berita macam tu. Orang kata, handphone je. Memang. Tapi mak tau perangai iqa kan, BARANG YANG LAGI LAMA, LAGI IQA SAYANG! Kalau barang baru nak hilang, tak kisah, banyak lagi boleh cari ganti. Tapi kalau barang lama, boleh melalak iqa. Macam mak jual suratkhabar Utusan Jawi yang iqa kumpul dulu kan. Iqa melalak sampai tak makan malam. Hehehe.. Lagi masa tok jual LOCENG BASIKAL TEMBAGA arwah tok bah. Isshh, sedihnya, tak sape yang tau. Masa banjir dulu tu, mak naik meradang jugak bila iqa asik tanya pasal BUKU-BUKU LAMA ARWAH TOK BAH kan??? Hehehe..

Sayang kan mak, handphone tu.. Tapi takpe, kalo iqa dapat duit terpijak ke, iqa hadiahkan mak dengan yang lagi best. Tapi mak ngah dah bagi mak handphone baru dulu daripada iqa. Hmmm, jangan lupa aktifkan GPRS, nanti mak boleh MMS iqa selalu ok? Kalo dapat no lama lagi bagus. Cepat-cepat mak sesuaikan diri dengan Nokia tau. Hehe.. Suruh je Chik buat. Dia tau sume. Dia kan IQA JUNIOR!

By the way mak, WELCOME TO MY BLOG!!! Iqa sengaja tak clearkan 'history' address blog iqa kat komputer umah sebelum balik Sabah. Iqa tau, Chik akan cari dan baca blog iqa punya.. Kan iqa dah cakap dengan mak, baca lepas iqa takde kat Kota kan.. Kan.. Lepas laptop iqa ok nanti, iqa nak buat comeback dalam dunia penulisan. Dun worry, study tetap priority. Menulis ni cabang seni, kan? Mak tunggu je ok! Iqa tak nak tulis yang merepek-repek. Iqa akan tulis tentang mak - dilema, cabaran dan ujian seorang ibu yang mempunyai anak lelaki yang ada DEPRESSIVE DISORDER macam Chik. Hah, Chik kalo baca ni jangan nak terguris ok. Take it as a challenge! Ayong cabar chik ni! Orang yang belajar dari pengalaman sendiri adalah ORANG BIJAK. Orang yang belajar dari pengalaman orang lain adalah LEBIH BIJAK.

Iqa sakit hati lagi mak. Tapi the past is past. Apa pun yang terjadi, jauh mana pun iqa pergi, iqa tetap SAYANG MAK! Luv u!!! Te amor!!! Sebab tu sampai sekarang telefon mak hari-hari kan? Daily report. Enjoy reading my blog ye.. I'll teach u then how to make ur own blog, ok??? Kita taruk nama 'MAK APO'. Glamer tu mak.. Hehehe..

Tok Kena Bedah

Semalam (ISNIN, 16 JULAI 2007), nenek kesayangan aku (aku panggil TOK) kena bedah kat Hospital Pakar Puteri, JB. Dah lama tok sakit lutut. Mula-mula tok pergi inject kat Klinik Pakar Raj. 3 kali inject dah beribu. Tapi lepas tu, sakit lagi. Tok pergi Hospital Sultanah Aminah. Berulang dengan doktor pakar kerajaan. Tok dapat pil mahal dengan free. Tapi dah elok-elok kat sana, misi kata fail rekod tok hilang pulak lepas tu! Erm, apa la kan.. Tok ada buat rawatan Cina - Long Heh jugak. Lepas Chong tutup kedai kat Kota Tinggi, tok sakit balik. 'Minyak pelincir' kat lutut tok dah habis! Hari Sabtu (07/07/07) masa aku hantar Hazirah ke Kolej YPJ dulu, mak ucu suruh aku cakap dengan mak ngah pasal tok. Mak ucu kata mungkin mak ngah akan dengar cakap aku. Aku pun cakap la. Mula-mula mak ngah kata tok yang degil, banyak buat kerja, gerak sana-sini. Aku kata, taklah, tok memang perlu gerak, kalo tak, tok langsung tak boleh jalan nanti. Mak ngah diam. Mak ngah kata lagi, tulah, tok suka baring kat lantai, tu yang sakit tu. Aku kata, orang tua mak ngah, susah nak cakap. Kita kena alihkan tumpuan tok dari memikirkan tentang SAKIT! Kita kena buat sesuatu. Pastu aku cerita kat mak ngah perihal Rafidah Aziz dan kedua-dua belah lututnya yang kena pasang besi. Dah ok pun dia sekarang. Akhirnya, mak ngah kata - suruh mak ucu bawak tok pergi Pakar Puteri besok. Hehe.. Tuah 07/07/07 kot.

Tok masuk hospital hari Ahad, 15/07/07. Darah tinggi tok naik masa tu. Mungkin nervous kot. 1st time kena operate. Pagi-pagi semalam, aku call mak ngah. Jam 8 lebih macam tu. Tok dah masuk operation room. Lama jugak. Lepas aku abis kelas Spanish, jam 1, tok tak keluar lagi. Malam semalam mak ucu call, aku sempat cakap dengan tok. Suara tok lemah lagi. Tok demam kata mak ucu. Lutut tok bisa lagi, kata tok. Masa aku call tok ari Sabtu, tok suruh aku doakan tok. Ye tok, iqa doakan tok dari jauh. Semoga semuanya selamat. Alhamdulilah, tok dah selamat. Tak ada apa yang buat aku happy selain tengok tok happy. Lepas ni, harap-harap tok boleh naik flight datang Sabah! Aku nak bawak tok jalan-jalan. Macam kat Johor. Cepat baik ye tok! Sayang tok!

*Aku takkan lupa TOK BAH ketika mengingati TOK. Mata pun rasa 'pedih' masa tulis entri ni. Dah 2 tahun Tok Bah pergi. Aku akan sentiasa merindui Tok Bah. Ah, nantilah aku akan tulis tentang Tok Bah. Mata aku dah berair ni.

Hati Bagai ABC

Bengang. Geram. Marah. Terkilan. Kecil Hati. Sakit Hati. Muak. Menyampah. Tension. Ah, semualah! Hari ni hati aku bagai ABC. Semangkuk hati yang penuh dengan berbagai-bagai rasa. Rasa negatif. Entah macam mana aku boleh hilang mood. Senang kata BAD MOOD. Tapi takde la sampai hentak pintu, terajang tong sampah atau maki hamun orang. Tak. Aku under control lagi. Aku simpan dalam hati. Aku akan ubati hatiku sendiri. I'm a FIGHTER!!!

Eh.. Eh.. Jangan salah sangka. Aku bukan putus cinta atau kehilangan mata air. Ishh, bukan! Aku sedang berperang dengan gelodak hati. Tentang sesuatu. Semuanya bermula selepas kelas Teori Hubungan Antarabangsa tadi. Aku dah mula 'kacau'. Terlintas satu perasaan 'tak sedap' dalam hati. Lepas meeting MT LASBELA tadi, aku terus balik kolej. Hah, masa dalam bas la aku terperasan akan seseorang. Seseorang yang cukup aku kenal. Seseorang yang pernah aku tulis dalam entri sebelum ni. Seseorang yang menyebabkan aku dalam dilema. Dilema! Entah ya, kenapa bila aku nampak dia, aku rasa betul-betul tak selesa? Adakah kerana KEPLASTIKAN nya dah aku tahu? Erm, mungkin.

Aku balik bilik dah lewat. Lepas makan, aku tido sekejap. Tido dengan HATI BAGAI ABC. Bukan selalu aku bad mood. Tapi kalau bad mood, banyak benda yang terganggu. I need to talk to someone. Mak? Ini bukan masalah peribadi. Tapi mak mungkin dah tahu pasal 'dia'. Aku nak cerita dengan seseorang, tapi aku TAKUT. Aku takut disalahtafsir. "Alah, ko macam bagus!" "Erm, ko yang salah." Jadi, aku NEKAD. Biarlah aku pendam. Walaupun hati bagai ABC akan 'cair', tapi aku biarkan proses 'pencairan' tu tidak menjadi satu proses yang mudah! Buat apa nak sibuk cerita pasal si dia kat orang kan. Orang takkan faham apa yang kita lalui, apa yang kita rasa. Kalau aku tulis di sini, kalau aku cerita kepada sesiapa, aku percaya, semua akan TERKEJUT! Orang nampak sesuatu tu lain, tapi aku merasa sesuatu yang lain. Jadi, janganlah tertipu dek MATA. Lihatlah dengan MATA HATI.

Sabtu, 7 Julai 2007

DJ Myra @ Suria FM

Semalam.. Eh, semalam, semalamnya.. Kelmarin la tu kan. Aku msg Myra, host Gegar U! Hmmm.. Dia sekarang 1 phenomenon dalam family aku. Mak minat Myra, Adeq minat Myra. So, aku cuma sampaikan salam mak kat Myra.
Msg punya msg, aku tanya dia pasal Konsert Suria FM kat Bukit Jalil. Dia g atau tak? Tergerak nak tanya. Ye la, dia kan reporter Beat TV. . Lagi pulak, dia pernah btau aku n cempo yg dia suka gilerrr radio Suria. Dia kata, yup.. pergi. Tapi yang TAK SANGKA, MYRA sekarang DJ SURIA FM beb!!! Fulamak, caya la Myra! Slot DJ Myra dari jam 10 pagi sampai 1 petang. Suara dia lebih matured dalam konti.
Aku dengar Suria pun dah lewat tadi. Tapi sempat dengar suara Myra n sempat msg masa dia tgh duty.. Best gilerrr la Suria ni. Sampai aku tak berhenti-henti 'bergoyang'! Memang masa kat KK, aku pernah dengar Suria. Tapi tak sebest sekarang! Ntah bile ek dorang buat konsep baru semua tu.. Aku akan KEMPEN PERCUMA untuk Myra N SURIA balik kampus nanti! Kerana SURIA FM memang RANCAK! HIDUP PASTI RANCAK, BUMI PASTI RANCAK!!! Yeaw.. Yeaw..

Jumaat, 6 Julai 2007

Pagi GILA

6/7/2007. Pagi ini menjadi SEJARAH. Aku tidur dengan nyenyaknya. Malam semalam aku tak BERGELUMANG dengan Internet seperti kebiasaan. Ngantok gilerr setelah ari sebelumnya 1 malam aku tak tidur.


Pagi tadi, aku pergi ke KUBUR TOK BAH seperti yang aku dah plan malam sebelumnya. Lama aku tak pergi ke kubur Tok Bah.. Lepas anto Afiy n Yaya ke skola, aku mandi n makan pagi la! Tapi pagi-pagi sempat jugak msg SUPERMUM.. Hehe.. Aku pakai BAJU KURUNG MERAH HITAM (merah: favr8 kaler aku). Sebelum ambik Afiy dari skola agama, aku kena anto ayah ke Kota Jaya. Jadi, pergi sekali la. Hurm, bila tiba kat Jalan Tajul (simpang masuk skola agama), AKU CUKUP GERAM DAN BENGANG dgn SORANG MAMAT ni!!! Tak gheti2 nak masuk simpang.. Terkial-kial! Aku yang kat belakang keta dia pun FED UP tggu lama-lama. Hey, kalo kaum sejenis dgn aku, boley la dimaapkan. Ye la, ayah selalu bising, kata orang perempuan kalo bawak keta LEMBAB! Tapi HAKIKATNYA sekarang ni, LEBIH RAMAI LELAKI LEMBAB yang bawak kereta daripada PEREMPUAN. Tak TERCABAR ke kejantanan kalo bawak kereta menyusahkan PENGGUNA JALAN RAYA yg lain???


Nak dipendekkan cerita, aku dgn TAK SABARNYA, 'GOSTAN' kereta.. REVERSE la.. Ya, di tgh2 jalan raya tu.. Lepas tu, aku terus masuk simpang walaupun kereta dari arah berlawanan datang dengan laju. KAMIKAZE!!! Ayah kat sebelah dah memekakkan telinga aku. Aku kata, "ala,takpe la. Iqa yang bawak kan.." Hahaha.. Eh, ni bukan nak jadi anak DERHAKA, tapi PEMBELA NASIB KAUM HAWA! Kekeke..


Lepas anto ayah ke Kota Jaya, aku n Afiy terus ke Tanah Perkuburan di Kampung Makam. Terlajak lagi skali sebelum masuk simpang kubur. Hee.. Lepas abes baca Yassin dan apa semua, aku tergerak nak bawak Afiy ke MAKAM SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG. Wow, dari jauh dah nampak sebuah masjid baru yang tersergam indah! Masjid SULTANAH ROGAYAH yang ada di hadapan Makam Sultan Mahmud telah dirobohkan pada tahun 2005. Tapi, gate masjid kunci. Aku cuba gate lagi satu. Hmm, terbuka separuh. Apa lagi, aku dengan yakin dan pasti terus drive kereta masuk ke perkarangan masjid. Beberapa orang kat situ tengok je. Err, buat bodoh dah la! Lepas ambik gambo (Afiy tak nak turun, aku tak ley buat apa2), aku pun keluar balik. Larrr, rupa-rupanya ada jalan lain nak masuk ke situ. Patut la orang tengok aku tadi. Huhuhu..


Sebelum sampai jambatan Kampung Makam, aku tiba-tiba teringat pada ALEEYA, anak sedara 3 pupu aku. Mak Aleeya dgn aku 2 pupu, tok Aleeya dgn mak aku sepupu. Jadi aku dgn Aleeya 3 pupu lah! ;) Aku tanya Afiy, nak gi umah Aleeya tak? Afiy angguk. Alamak, dah terlepas simpang masuk umah Aleeya. Hmmm, takpe. Aku meneruskan KEGILAAN aku di JALAN dengan GOSTAN kereta dekat 100 meter. Hahahah.. Gostan lagi. Nak hidup, mesti berani.. Lama gak aku kat umah Aleeya. Main n dukung dia. Punyalah dia suka.


Bila aku sampai kat umah, mak dah siap sedia menunggu. Aku pasti lama sangat dah mak menunggu aku! Tadi aku janji nak anto mak ke Klinik Kesihatan, wat check-up. (Blood pressure mak naik tadi! Tu la, mak ni tak nak rehat-rehat. Ada je yang nak dibuat..) Tapi aku terlupa pukul berapa. Tu yang pergi MELENCONG ke tempat lain tu! Kebetulan terlupa bawak handphone. Selamat seketika. Hahah, aku selamba je bila mak dah berkata-kata. Ye mak, Iqa yang salah! Lepas dah anto mak ke klinik, aku anto si budak bucuk-adik aku no 2 yang memang aku panggil ADEQ! Besok Adeq nak g daftar Kolej YPJ. So, dia nak g stationary Pustaka Buku Kota, tempat kami berdua pernah KERJA. Masa dok sedap borak dgn Kak Anne kat dalam kedai, tiba-tiba aku nampak SI PENGUATKUASA yg DAH TULIS BUKU SAMAN DEPAN KERETA AKU sebab aku TAK LETAK KUPON PARKING!


"Err, Shidi. Sori. Sori. Boleh kan kan? Kejap je ni.." spontan mulut aku berkata. Si Shidi, yang keje jadi penguatkuasa parking tu TERKEBIL-KEBIL. Dia terus tutup buku saman. "Boleh kan, member skola lama ni.." Hwahahaha.. Aku terus masuk kereta. Tak tau nak pergi mana, tapi start kereta dan terus blah dengan bangganya.. AH, SELAMAT! TERIMA KASIH MULUT.. Kerana SPONTANEOUS, aku selamat. Bila aku cerita dengan adeq, adeq berdekah-dekah ketawa! Dia punya pasal la tadi! Yang aku takkan LUPA, MUKA TERPINGA-PINGA si Shidi.. Aduhai, mesti dia kata aku GILA kan..


Pagi tadi memang PAGI GILA.. Sesuka hati mak bapak aku je nak buat apa ya?? Buat jalan raya macam jalan sendiri.. Tapi, pagi aku tambah Gila lepas kena GEGATA! atau gatal-gatal yang warna merah kat badan! Lengan aku dah bengkak dengan bintik-bintik! Waaaaaaaa... Ni sebab BAJU KURUNG la niii... Aku dah kata, AKU DAN BAJU KURUNG MEMANG TAK SEJIWA!!!

Khamis, 5 Julai 2007

Cikgu Aishah dan Kenangan

Masa tengah tengok GEGAR U!, masuk satu msg kat hp aku. "Amboi, x brubah pun.cmtu je.." Eh, CIKGU AISHAH! Cikgu Aishah pun tengok jugak anak murid dia ni.. Hmmm.. Bila msg kedua Cikgu Aishah, "....wah,maintain gitu.mesti tringat kayak kat sg johor kan...", aku dah TERSENYUM KAMBING! Hahaha.. KENANGAN oh KENANGAN!!! Kadang ia datang, kadang ia pergi, tapi tetap bersemadi jauh di lubuk hati.. Er, msg cikgu betul-betul dah membuatkan saya memanggil kenangan untuk datang bertandang. Bolehkan saya 'simpan' msg cikgu kat blog saya ni? Hehe.. CIKGU AISHAH yang saya KENAL, bukan setakat GURU, tetapi SAHABAT, KAUNSELOR malah IDOLA saya!


Cikgu tau apa msg cikgu yang buat saya TERGELAK BESO?? "Hah,dats my girl! baru la best. sntiasa bsmangat wpun gagal.idup jgn cpt ngalah dan apa yg blaku mesti ada hikmahnya.x tido lg ke?tp awak mmg mcm dulu.x brubah lgsung.tringat ms awk f1.hehe.dah beso pun skrg.hehe." Ya ampun, cikgu! Cikgu mengingatkan saya tentang 8 tahun dulu! Masa saya form 1.. Ishhh, tak sangka kan, dah 8 tahun jugak saya KENAL cikgu!!! Daripada title 'CIK AISHAH BANTING' sampailah ke PUAN AISHAH hingga dah ada baby Mawaddah. Dari cikgu duduk kat Taman Kuso (ke Taman Kemang?) sampailah ke Jalan Remia, Taman Kota Jaya. Daripada saya budak skema n innocent masa form 1, MASUK ANGIN masa form 2, abes tingkatan 5 n g matrik, masuk balik Laksamana sehinggalah saya dah kat Sabah sekarang.. Hai, saya baru PERASAN saya dah beso! Selama ni takde PERASAAN.. Thanx 4 remind me, cikgu.. Hihihi..


Kalo nak cerita tentang cikgu, rasanya terlalu BANYAK! Selama 8 tahun saya kenal cikgu n cikgu kenal saya, erm, bukan tempoh yang singkat kan.. Saya mula dengan form 1. Er, rasanya macam takde ape yang best sangat. 1999-cikgu baru posting kat Laksamana kan.. Saya pulak Pengawas merangkap Monitor yang strict. Saya jadi rapat dengan cikgu selepas cikgu jadi FASILITATOR Kumpulan 4 (kumpulan saya) masa Kem Kepimpinan Pengawas kat Dataran Lembah Panti. Ye kan.. Tahun 2000, masa sibuk Virus Y2K tu adalah TAHUN HITAM untuk saya! Cikgu pun tahu kan.. Daripada ranking ke-2 masa form 1, saya trus jatuh merudum masa form 2! Maths pun boleh dapat 'D'.. Lepas tu, rambut saya tarah PENDEK, sampai 1st time cikgu nampak kat surau, cikgu tekezut.. Ala-ala DEMI MOORE @ G.I. JANE kononnya. Datang skola pulak, suka-suka ati jer lambat. Skola masuk pukul 1, saya paling lambat masuk pukul 4.30 pm.. Hahahah.. Main mercun kat skola, lepas tu bila Cikgu Mazlan tanya, saya kata tak tau!


Saya ingat, masa form 2 lah saya g jumpa cikgu kan?? Jumpa mintak kaunseling.. Padahal, cikgu bukan kaunselor kan.. Ishh, satu-persatu gambo muncul kat otak saya ni, macam slide show! Mungkin cikgu je yang tau apa yang saya buat masa form 2.. MAK-orang paling rapat dengan saya pun tak tau RAHSIA tu kan? Cikgu lupa ek.. Ala, 'kotak'.. Hehe.. Sampai ke hari ni, kalo bercerita kisah lama, mak akan persoalkan PERUBAHAN TERBESAR SIKAP saya masa tingkatan 2! Cikgu Faridah Bujai, sepupu ayah pun mintak cikgu nasihatkan saya kan masa tu.. Cerita saya masuk masuk bilik guru, cikgu kata dulu.. Huhu.. Cikgu Sulor pulak pernah panggil saya sebab KES MAIN ROKET dari blok 3 tingkat dekat dengan surau tu. Dia ragu-ragu dengan saya, takut OTAK saya TAK BETUL sebab saya terlalu BANYAK BACA NOVEL! Cikgu Nordin pulak, bawak saya ikut dia ke Kelas Peralihan, denda.


Hurm, rasanya MASALAH saya masa form 2 berkait rapat dengan KES SURAT LAYANG yang saya bagi kat Cikgu R, dengan nama samaran 'NAZI MALAYA'.. Saya pos surat tu ke alamat skola, taip pakai type writer lama. Siap bersarung tangan tau cikgu masa saya taip tu! Mana la tau kalo dia nak ambik CAP JARI.. Tapi saya cukup YAKIN, cap jari saya takde kat surat tu! Heheh.. Kalolah saya dikenakan tindakan masa tu, memang kena BUANG SKOLA jawabnya! Cikgu Nordin selaku Guru Disiplin memang tahu saya yang TULIS SURAT LAYANG tu. Tapi dia tak buat apa-apa.. Dia kata sebab saya jek satu-satunya student yang dia tahu boleh buat 'surat layang'. Haiii.. Entah apa-apa la saya masa dulu kan cikgu? Kalo cikgu ingat lagi insiden-insiden yang saya tak sebutkan kat sini, silalah tambah yek;)


Then, masuk form 3. Tahun 2001. Saya sesi pagi, cikgu sesi petang. Tapi masa ni, cikgu mula-mula jadi CHAPERON untuk SOFTBALL TEAM LAKSAMANA kan?? Masa tu cikgu ikut kitorang ke Semenchu kan? Tahun ni jugak cikgu DRIVE keta ke skola. WIRA aeroback, biru laut, JGA 57**.. berapa ye, kurang ingat!


Tahun 2002. Saya tingkatan 4. Erm, masa ni kita start Xchange SMS kan.. Saya ingat lagi sebab ayah bagi saya HP lepas PMR.. Lepas tu, cikgu still jadi CHAPERON SOFTBALL Laksamana.. Yang paling BEST, tahun ni cikgulah yg turut jadi CHAPERON SOFTBALL KOTA TINGGI. Ingat lagi, cikgu jaga saya n Kayun kat SM TEKNIK? Ada kes SKODENG sampai kena buat KAWAD CAM kan.. Hp Kayun pun kena curi.. Kejohanan Softball masa tu buat kat SMK Tun Mamat, Tangkak.. Team Kota Tinggi g Tangkak naik bas persiaran kan. Kita dapat no. 4 masa tu kalo tak silap. Lepas abes kejohanan, kita sama-sama g AIR TERJUN GUNUNG LEDANG. Betul tak?


Tahun 2003. Tahun saya periksa SPM. Masa ni saya PENCEN main SOFTBALL sebab cikgu pun tau kan, MULUT CELUPAR pakcik saya tu! Kita sama-sama bz kan, tapi SMS tetap SMS.. Saya tau perkembangan semasa cikgu.. PALING SAYA TAK BOLEH LUPA: BEKAS BAKAL MAKCIK! Cikgu ingat istilah tu? Pakcik saya yang perasan kan.. Ish, macam mana la kalo cikgu dengan si 'dia'? Tak dapat saya bayangkan.. Hahahah.. Cikgu pun pernah bawak saya, Anuar Musran n Syahmi ke Sekolah Menengah Tan Sri Syed Jaafar Albar, Sedili bersama-sama makcik saya (cikgu mala) masa tu! Kitorang kan wakil Laksamana ke Pertandingan Reka Cipta Sains. Buat apa tu, 'Magnetic Kitchen Board' kalo tak silap.. Kita selalu BERGOSIP kan DULU! Tuko-tuko CERITA pasal PERKEMBANGAN SEMASA. Tu ja.. Heee..


Lepas saya abes SPM, dapat g matrikulasi kat Pusat Asasi Sains UM.. Masa nak pergi, BERIA-IA.. Lepas berapa hari kat sana, SAYA CONTACT CIKGU SEMULA.. NAK BALIK KOTA!!! HOMESICK! Kekekeke.. Cikgu pun masa tu, cerita kat saya perihal junior cikgu masa MRSM dulu yang homesick jugak.. Tapi TAK JALAN untuk saya. MASALAHNYA, bila saya dah TERFIKIR, maka saya NEKAD nak buat! Jadi, baliklah ke Kota Tinggi semula, ke pangkuan keluarga dan sekolah tercinta! Hee..


Masuk form 6 pun tak semudah disangka. Nak tuko aliran dari science ke art stream, punyalah banyak prosedur dan cerita! 2 kali mencuba tuko aliran sampai ke JPNJ, saya tak berjaya. Bila ada campur tangan politik, barulah dapat tuko. Terpaksa! Masa form 6 BANYAK CERITA juga. Hmmm, masa nilah saya dah beso sikit. Boleh bawak kereta g skola. Boleh ajak cikgu g makan luo.. Dan tengah menggila dengan GAJET-GAJET n KOMPUTER! Kalo saya jadi YB, saya nak bagi cikgu LAPTOP paling advance kat market, saya kata kan.. Yang saya ingat, cikgu pertama kali cakap cikgu nak TUNANG masa kat KFC.. Cikgu tunjuk gambo hubby cikgu sekarang ni kat saya. Saya ingat lagi:) Saya pun ingat KISAH cikgu dengan hmmm.. hmmm.. PENTADBIR yang admire kat cikgu tu.. Hehe.. Masa lower 6, saya main softball.. Kat SM Teknik, cikgu pun ada sama kan.. Paling best masa form 6, saya jadi editor. Persaraan Tuan Haji Mahjom dan sebagainya, saya datang sama sebab buat berita untuk Majalah Laksamana. Dapatlah jadi saksi betapa cikgu MAUT BERGAYA! Hehe.. Tulah tahun terakhir cikgu kat Laksamana kan.. Sama juga macam saya!


Kenangan.. Kenangan.. Sesuatu yang pasti saya takkan lupakan! Biarpun sekarang CIKGU AISHAH jauh di mata, tetapi KEHADIRAN cikgu tetap saya RASA. Tengok, bila tiba-tiba CIKGU msg saya, BESAR IMPAKNYA.. Sampai boleh ditulis dalam blog saya tau! Dari saya form 1, sampai dah nak masuk 21.. Macam membeso depan mata cikgu. Hehe.. Semoga kita ketemu kat PENANG bulan OGOS nanti ye cikgu! Dah lama kita tak berborak panjang. Salam saya buat baby Mawaddah n Hubby cikgu.. SELAMAT BERBAHAGIA, dari MURID TUA cikgu:) Hehehe..

Gegar U! Colurs of Our Nation

SEND A MESSAGE TO THE NATION
Be part of history. Be heard.

C'mon guyz, DROP ur MESSAGE NOW!!!

http://www.penyayang.org.my/gegaruV2/index.html

Catatan Panjang Gegar U!


Dah tengok rancangan Gegar U! jam 9.30 malam tadi? Episod yang ada budak-budak UMS, SKUAD SABAH tu la. Peserta-pesertanya: HAI (Sains Marin, tahun 3), CEMPO (Teknologi Tumbuhan, tahun2), PINKY (Bioteknologi, tahun 2), JUM (Komunikasi, tahun 2) dan HAZIQ (Hubungan Antarabangsa, tahun 1). Eh, eh.. Haziiiqqq??? Macam kenal je.. Hwahaha..

Macam mana aku boleh TERJEBAK dengan GEGAR U! ni ehk? Hmmm.. Ceritanya aku dah cerita kat blog Friendster, tapi takpa, untuk yang tak pernah ke sana, aku btau sikit. Bulan 12 dulu, 27/12/2006 (confirm! sebab aku ada catat) aku g ke 'Audition Misi Suara Hati 4'. Aku tau pasal audition ni setelah baca MEMO Kelab Penyayang UMS di bus stop Kampung CD. Aku memang PANTANG TENGOK memo sejak sem 2, dah mewarisi 'MINAT' AJ (ketua aku di Majalah De'College) agaknya. Mula-mula aku nak g selepas kelas Sepanyol, dalam kol 11 pagi macam tu. Aku ajak Dan, Dan kata malu la! Pastu ajak member sekampung-Zuhri. Zuhri ON, tapi teman je la. Ah, tak jadi pergi la.. Tapi, lepas balik bilik, sebelum pergi ke kuliah Statistik, aku tiba-tiba 'digerakkan' untuk ke audition. Mala n Sera teman aku!

Bila sampai kat Anjung Siswa, tempat audition, ada la 2, 3 orang Mamat lembut yang bajet bagus dan over confidence.. Antara kata-katanya yang aku ingat, "...sape tak bangga masuk TV..." Ishh, dia konpiden dia boleh dapat! Lantaklah.. Aku, Mala dan Sera dok sibuk isi borang Kelab Penyayang sementara tunggu bos-bos ASTRO sampai. Lepas tu, aku diberi nombor, NOMBOR 17! Dua orang member aku tu, kedua-duanya budak Geografi, tak nak isi borang untuk audition. Segan. Gerun. Malu. Tapi dorang SETIA melayan kerenah aku dan tunggu aku masa audition sampai lambat ke kuliah Statistik! MUCHAS GRACIAS MIS AMIGAS!!!

Hey, kenapa aku nak g audition Misi Suara Hati 4 @ Gegar U! tu??? Pertama, aku nak MENCABAR sejauh mana KEMAMPUAN aku. Kedua, aku dahagakan PENGALAMAN. Ketiga, aku suka dan rela untuk MEMBANTU ORANG. Keempat, AKU MUKA TAK RETI MALU. Hehe.. Hmmm, nak glamer?? Terus terang, aku tak meletakkan apa-apa HARAPAN pada mula audition tu. Prinsip aku: BUAT YANG TERBAIK! Kalah atau menang, terpilih atau tidak - perkara belakang. Yang penting, aku puas hati dengan apa yang dah aku lakukan. Kita adalah penilai diri kita sebenarnya. Aku juga PERCAYA pada REZEKI. Masa audition, nasib baik Abang Budi (produser) tak suruh aku MENYANYI! (ni audition untuk charity show, bukan cari PENYANYI. Kalo audition program nyanyian, HIDUP SEMULA pun aku tak rela!) Sebaliknya, dia tanya aku tentang diri aku. Bila dah tanya tentang diri, entah macam mana, melencong la cerita tentang politik, perjuangan, bangsa dan sewaktu dengannya. Yang aku ingat, aku kata "Saya lebih suka berenang melawan arus daripada berenang mengikut arus." Abang Budi pulak kata, "..tapi kita mesti sedar, kalau kita berada di bawah, kita harus patuh kepada orang atas. Kita tak selalunya boleh melawan arus..." dan macam-macam lagi. Hari tu, aku cukup puas sebab dapat 'cerita' baru bila bergebang dengan abang-abang ASTRO. Koleksi pengalaman aku-TAMBAH LAGI SATU: AUDITION!

28 Disember 2006: Aku dapat satu mesej. "Congratulations, anda terpilih utk misi suara ht 4. So, esok dtg d bilik seminar anjung siswa utk briefing. Tq" Pendek je SMS tu, tapi cukup untuk membuatkan aku terbuai dengan bermacam-macam jenis rasa. Orang yang aku beritahu, tak lain dan tidak bukan MAK! Pastu, semestinya Cikgu Yati. Esoknya, aku g ke Anjung Siswa sorang diri. Masa tu, pertama kali jumpa Kak Jum, Fakri, Zuhdi, Pei Er @ Pinky dan Cempo. Paling tak sangka, Kak Hai pun ada. Aku memang tak kenal langsung dengan dorang. Almaklum, akulah paling junior, tahun 1 antara semuanya. Aku cuma kenal dan biasa dengan Kak Hai-jiran seblok di BLOK A dan Kapten aku masa main HOKI untuk team Kampung CD. Hari tu cuma taklimat dan sesi kenal-kenal je. Abang Budi ucap Tahniah kerana terpilih ke TOP 7. Tapi ASTRO akan pilih 5 orang sahaja untuk GEGAR U! nanti. Cuma 5! Adakah aku terpilih? Erm, tak pasti...

Tak lama selepas tu, Hakim-Pengerusi Kelab Penyayang minta kitorang semua biodata n jadual kuliah. Untuk disusun oleh ASTRO katanya. Tapi selepas tu, terus tak dengar apa-apa cerita tentang Gegar U! Beberapa bulan berlalu, aku pun tak meletakkan harapan lagi. Ye la, tak diberitahu apa-apa perkembangan pun. Aku pun bukan kaki M*P, jadi tak berapa kenal dengan orang atas tu. Bukan "KAKI BODEK"! Lagipun bz dengan hal-hal kelab, cari sponsor LASBELA, kem motivasi, balik banjir, E-Commerce dan paling utama: penubuhan PENGAKAP KELANASISWA UMS! Tiba-tiba, masa tengah sibuk dengan FINAL EXAM, Robin, orang kuat Kelab Penyayang telefon. Berkumpul di Rumah Tamu UMS di Kingfisher pukul 4 petang, 16 April 2007. Masa tu aku blur lagi, apa la yang dorang nak buat ek? Lagipun, masa tu aku ada satu paper exam lagi-International Political Economy atau IPE pada 16 April pagi. Paper Encik Rizal. Akibatnya, aku tak tenteram nak buat revision IPE. Masa jawab exam pun, KAMIKAZE! Atau bahasa lembutnya, ikut logik akal! Teori entah ke mana. Ah, terlalu banyak persoalan tentang pertemuan dengan orang ASTRO di Rumah Tamu dalam benak aku waktu tu. Tak keruan aku dibuatnya!

16 April 2007. Lepas abes exam IPE, aku dah senang hati. MERDEKA! Walaupun jawab bukan dengan 100% keupayaan diri. Main hentam. Susah kalo paper last macam tu, tumpuan dah terbang! Ikut rancangan, Nad nak tolong antar aku ke rumah tamu. Baik tanya budak-budak KF daripada aku termangu-mangu kat situ. Tapi Nad wakilkan housemate dia, Zam untuk ikut aku sebab dia ada hal lain. Lepas tanya sana, tanya sini, barulah aku n Zam jumpa RUMAH TAMU UMS. Kami orang pertama yang sampai. Kemudian, Pinky, Cempo, Kak Jum, Kak Hai dan Hakim muncul. Krew ASTRO datang lambat daripada waktu dijanjikan. Mula-mula dorang sampai, mak aiiii, sampai 2 buah van sekali!!! Aku tak sangka ramai krew Gegar U! Abang Budi briefing kitorang berlima, dia kata esok start shooting selama seminggu! Uisshh, dah konpem ke aku masuk ni? Yup, kelima-lima orang TOP 7 yang datang hari tu, secara automatik terpilih sebagai wakil pasukan Sabah! kemudian, kami diperkenalkan dengan setiap orang krew Gegar U! Alamak, ramainya, tak ingat la..

Bila dah terpilih, maka aku TERPAKSA TUKAR TIKET balik ke Johor! Sepatutnya aku balik 19 April, tapi terpaksa balik 24 April. Aku terus masuk website AirAsia, tukar tiket serta-merta. Thanx ye MAK UCU, bagi pakai kad kredit Mak Ucu. Ehmm, patut la aku tak rasa nak KEMAS BARANG-BARANG kat bilik! Orang lain beria-ia packing itu ini, aku buat dono je. Hahaha.. Instinct. (Cikgu Aishah mesti dah terbiasa dengar aku cakap pasal benda ni. "Welcome to my blog cikgu!") Untuk profile shoot esoknya pulak, kitorang berlima perlu bersiap sedia dengan sesuatu yang melambangkan kursus yang dipelajari di UMS. Kak Hai-Sains Marin, jadi dia kena menyelam di ODEC. Pinky-di makmal. Cempo-di nursery. Kak Jum-konti. Tapi aku? Abang Salimin, pengarah suruh aku buat ala-ala conference. International Relations la kononnya. Tapi kat mana? Mula-mula terfikir Bilik Mesyuarat Utama di SSS. Boleh ke tak ek? Pening aku...

THANX TO PUAN MARJA sebab tolong menyelesaikan keserabutan yang berselirat dalam otak aku waktu tu. Tanpa idea n petunjuk yang puan cetuskan masa kat Multi Bake, tak dapat la saya berfikir sesuatu yang glam untuk menaikkan prestij IR di mata penonton Gegar U! Err, thanx 4 d orange juice too, puan.. Hehe.. 17 Aril 2007: Pagi-pagi buta aku n Kak Hai menapak (jalan kaki) dari Kampung CD, UMS ke Taman Kingfisher! Nampak macam jauh, tapi dekat. Rasa dekat, tapi jauh. Huhu.. At last, shooting untuk profil aku dibuat di Bilik Nobel Laurate, Perpustakaan UMS. Wow, bilik tu memang cukup ke-leyz! Sesuai la untuk berlakon ala-ala DIPLOMAT. Aku ajak ramai jugak member-member IR untuk join. Tapi cuma Ijan, Erlina n Teddy je yang dapat enterprem dengan aku. Hurm, masa tu jugak, muka aku ditepek-tepek dengan bedak, dibubuh gincu oleh AMY, jurumekap ASTRO. Ijan, Erl n Teddy pun kene sapu mekap jugak ye! Doomo arigatoo gozaimasu! Nad pun tak dilupakan, thanx ar bawak aku g jumpa Kak Radziana naik motor! Preng preng preng.. Lepas shooting di Nobel Laurate, aku g angkut khazanah-khazanah aku dari bilik untuk dibawa ke tempat kami berlima berkampung-RUMAH TAMU UMS!

18 April 2007: CABARAN PERTAMA. Hah, cabaran ni lah yang korang semua saksikan malam tadi! Kitorang tak diberitahu pun nak dibawa ke mana pagi tu. Lepas sarapan kat Kingfisher, terus dibawa ke UMS. Jeng jeng jeng.. Sampailah ke ODEC! Masa dapat task tu, cuak la jugak. Tapi lepas je Cempo baca, aku terus xcited! Apasal? Sebab kena BERKAYAK! Aku memang minat bab-bab macam tu.. Lagipun, dah rasa MANISNYA BERKAYAK di Sungai Johor. Cuma berkayak kat LAUT, belum pernah aku buat. Tasik.. Sungai.. Ok la. Laut? 1st time tau! Seperti yang Myra (host) cakap tadi, cuma aku n Kak Hai yang ada pengalaman berkayak dalam team Sabah. Tahu cara-cara berkayak. Yang lain-zero. Tapi, masalah yang kitorang hadapi: CEMPO BERLAGAK MACHO! Dia seboleh-boleh nak bawak kayak single! Dia kata dia LELAKI. Ishh, tensen aku dengan MAMAT sorang tu!

Memang la, mula-mula, kitorang dikehendaki berkayak solo. Maksudnya, semua bawak kayak Dancer tu.. Berkayak seiring dan sejalan. Tapi, RISIKO beb! Jadi, terpaksa la guna 2 kayak double + 1 kayak single (Dancer). Aku n Kak Hai perlu tunjuk ajar kat 3 orang - Pinky, Kak Jum n Cempo. Aku ambik Kak Jum, Kak Hai ambik Pinky. Tapi boleh jugak kalo salah seorang antara kami: aku atau Kak Hai yang bawak Dancer. Aku masa tu lebih percaya pada Kak Hai. Tapi Cempo, bak kata Kak Jum, "Nda mahu dengar cakap orang. Kepala batu!" Dia volunteer nak bawak Dancer. Nah, sampai kena marah dengan Kak Hai. Lepas je mula berkayak, as xpected, si Cempo buat hal! Ya Allah, terpusing sana, terpusing sini! Geram ada. Nak ketawa pun ada. Bila tengok visual Cempo berkayak sorang diri dek kena tinggal, ditambah dengan MUZIK KENDUR yang Astro pasang, aku memang KETAWA BERGULING!!! Wey Cempo, family aku semua PECAH PERUT ketawa sebab ko tau!!!

Aku n Kak Jum yang pertama sampai ke Pulau Sepangar, diikuti oleh Pinky n Kak Hai. Itupun sebab Kak Jum tak tahan, nature's call! Cempo orang terakhir tiba kat pulau. Lepas je Cempo sampai, aku n Kak Hai buat perhitungan: siapa yang akan bawak DANCER balik ke pantai UMS? Aku atau Kak Hai. Kak Hai try, aku pun try Dancer. Oleh kerana Kak Hai hilang tenaga sebab lama sangat tunggu Cempo, maka akulah yang akan bawak Dancer pulang! Masa kat tasik dulu, ada cuba bawak kayak single, tapi malangnya TERLUNGKUP! Takpe, steady beb! Pengalaman tuh.. Mula-mula bawak Dancer, memang susah nak handle, macam Cempo kata. Dancer adalah kayak lumba. Bentuk pun lain. Tapi berbekalkan PENGALAMAN, KESABARAN, KEYAKINAN dan yang paling penting KEAZAMAN, maka aku teruskan berkayak solo sampai ke pantai UMS. Perkara PERTAMA yang aku lakukan memang tersangat indah untuk dikenang. Masa aku berkayak sorang, aku cuma fikir yang aku kena SURVIVE untuk diri aku sendiri. Aku kena motivasi diri sendiri. Hey, kata nak jadi PENGEMBARA WANITA SOLO MALAYSIA YANG PERTAMA MENGELILINGI DUNIA???

Alhamdulilah, CABARAN PERTAMA kitorang BERJAYA! Bendera ASTRO dan GEGAR U! dapat dibawa dari Pulau Sepangar dan dipacakkan di pantai UMS. Makcik Lamniah pun akhirnya dapat dibantu dengan pelbagai alat-alatan membuat kuih yang diharapkan dapat meringankan beban ibu tunggal tersebut dalam menyara keluarga. BEST GILERRR cabaran pertama sampai aku tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata. Team SABAH? Semua ada KEISTIMEWAAN dan KEKUATAN masing-masing! Satu-satunya KUMBANG dalam skuad (Cempo), nampaknya tak mampu untuk menjaga 4 kuntum BUNGA yang ada. Jadi, terpaksalah kami, BUNGA-BUNGA ni yang menjaga Cempo, si KUMBANG JANTAN UMS! Apa-apapun yang terjadi masa melaksanakan CABARAN PERTAMA, TEAM SABAH tetap BERSATU! Kami cakap apa yang kami mahu cakap.. Lepas abes cabaran, semua 0-0. Kata realiti kan?? :)

Sekian, CATATAN PANJANG GEGAR U! Jangan lupa SAKSIKAN kitorang menyelesaikan CABARAN KEDUA & KETIGA dengan AKSI lebih DRAMATIK lagi pada 25/07/2007 dan 15/08/2007 nanti.. Chau!


"Kita Boleh Buat! Kita Sabah Team! Boleh! Boleh! Boleh! Bulih Ba Kalo Ko!!!"

Malam Rabu dan Sabtu, Bandarku Penuh Hantu

Bencana yang dah melanda. Perlu tunggu bencana kali
KETIGA baru kita nak buat apa-apa???


Rabu! Sabtu! Ishh, benci gilak kalo keluar malam ke bandar Kota Tinggi! (bandarku Kota Tinggi, bandar mana lagi..hehe..) Apa taknya, kenderaan BERSIMPANG SIUR. Kalo tak hati-hati, motor boleh masuk bawah lori, pejalan kaki kena langgar lari.. Kenapa? Sebab ada PESTA setiap malam RABU dan SABTU. Maka HANTU-HANTU pun berlegar-legar dengan tak tahu MALU.

Aku bukan cakap pasal hantu yang betul-betul hantu. Tapi pasal 'hantu' NOMBOR EKOR. Masyaallah!!! Iye, aku tak tipu. Buanglah malu sebagai anak Kota Tinggi, aku cakap tentang sesuatu yang pasti, REALITI. Masa aku tengah cuci gambar kat Pusat Foto Cemerlang (kedai Aunty Ah Fong yang selalu bagi aku special price), kedai gambar paling glamer kat bandar Kota Tinggi tu, ramailah 'hantu-hantu' turun membeli keputusan nombor ekor. MAGNUM. TOTO. Entah apa-apa lagi la. Tak kira bangsa - MELAYU, CINA dan INDIA. Huii, BERSATU-PADU! Tak payah NAJIB dok sibuk tukar istilah BAHASA MELAYU kepada BAHASA MALAYSIA atas alasan PERPADUAN. Main nombor ekor pun dah BERPADU apa..............

Haiiii.. Kalo Cina atau India, bolehlah diberi maaf lagi. Tapi ini MELAYU. Kat Malaysia ni dah tentulah MELAYU=ISLAM (erm, tak pasti kalo ari ni semua Melayu=Islam), Pak Lah pulak mencetuskan satu revolusi ISLAM HADHARI. Tapi orang kat Kota Tinggi dan juga tempat-tempat lain ni, BUAT TAK GHETI aje! Eh, Pejabat Islam.. Jabatan Agama Johor (kenapa tak disebut Jabatan Agama ISLAM Johor @ JAIJ? sebaliknya cuma Jabatan Agama Johor @ JAJ!) pun tak buat apa-apa. Macam HALAL je berjudi ni yerk.. Sampai meriah bandar Kota Tinggi. 'Hantu" sana sini. Tak takut ke bagi makan anak bini dengan duit judi??? Kedai gambar pun ambik kesempatan, jual keputusan judi: 1 keping 20sen! 20 sen! 20 sen!

Tak taulah apa nak jadi. Ingatkan lepas Kota Tinggi hampir KARAM akibat bencana banjir, orang-orang kat sini dah mula MUHASABAH diri. Tapi, degil lagi! Tetap di TAKUK YANG SAMA. Kalo Allah nak turunkan BALA untuk MENCUCI DOSA, tak kira yang baik atau yang jahat, semua jadi mangsa. Hah, kepada SAUDARA MOHD FEROZ HASSAN, temanku yang aku HORMATI, bila ko akan MELANCARKAN PERANG HABIS-HABISAN ke atas 'hantu-hantu' yang BERMAHARAJALELA di bandar kita setiap MALAM RABU dan SABTU??? Jangan tengok aje, buat sesuatu!


*FEROZ: Teman seperjuangan kala masih menuntut di SK Bandar, Kota Tinggi. Dia Ketua Pengawas, aku pembantunya. Dia Tukang Baca Doa kat perhimpunan, aku MCnya. Cuma dia ke SMKA Bandar Penawar, aku tak menurutinya. Sekolah asrama tak cocok dengan jiwa aku yang dambakan KEBEBASAN HAKIKI. Selepas belajar di DARUL QURAN, FEROZ sambung PERUBATAN. Ye, bakal DOKTOR! Dia ni ORANG KUAT TABLIGH!!! Jangan main-main. Ayuh Feroz, kitalah yang patut menukar landskap bandar kita ni, agar tak menjadi 'BANDAR YANG KUCINgTAIk'!!!

Universiti Mee Maggi

Fuuhhh.. Akhirnya! Akhirnya aku makan MAGGI. Setelah lama cuti dengan famili, MEE MAGGI dpandang sepi. Tapi godaan bau kari tak tertahan lagi. 2 mangkuk MEE MAGGI lagi tadi! Mee MAGGI KARI yang mak masak sendiri, untuk anak yang lapar lagi walaupun baru tolak pinggan nasi. Opp, yang pasti bukan MAMEE Slurrppp MAWI!

Ada apa dengan Universiti? Ada apa dengan Mee Maggi? Di universiti, siswa siswi melantak mee Maggi sebab PTPTN tak cukup-cukup lagi. Saban hari makan Maggi. Perasa ayam, tom yam, veggie atau kari. Opppzzz, PEMBETULAN - bukan PTPTN tak cukup untuk diri, cuma tak pandai nak buat belanjawan sendiri! Duit habis dilabur kat CP..

Apa salahnya sarapan dengan roti, tengah hari makan nasi, malam pula carilah capati. Tapi budak-budak Universiti, dari pagi hingga dinihari semuanya MEE MAGGI! Stok berlonggok-longgok dalam laci, atas almari.

Apa WAJIB ke MEE MAGGI? Tepuk kepala renung sendiri. Dah tahu MEE MAGGI tak elok untuk diri, mudharat buat pelajar universiti, tapi tetap dibeli. Konon nak jimat duit, tak nak susahkan famili. Tapi kalau sakit nanti, famili yang terpaksa buat itu dan ini.
Mari mari mari! Kita renung sendiri. Bebaskan diri dari tabiat buruk sebegini. Usus merintih sebab MEE MAGGI. Rambut akan gugur, hilanglah seri. Muka toya sebab tolak nasi. Bila disoal jawapan lambat diberi, kepala sakit bahana MSG. Nah, APA LAGI - "UNIVERSITI MEE MAGGI", KITA TOLAK TEPI!

Rabu, 4 Julai 2007

SUPERMUM

SUPERMUM msg kol 9 lebih tadi, pernah baca buku "jiwa kacau"? Bunyi memang BEST. BEST GILERRR.. Aku terbayang-bayang BUSKERZ yang berambut panjang, misai panjang, janggut panjang, berjambang.. Rambut ala-ala Whoopi, badan hapak tak mandi, baju lusuh sekali.. Itu ke JIWA KACAU? Kebetulan malam tadi jiwa aku sedikit kacau. Entah kenapa, tiba-tiba PERUT MERAGAM sampai tak abes MAKAN.


Dah tu, sorang mamat yang tak dikenali (spesies main tekan no tel orang lain, kemudian buat-buat salah no..) yang msg aku malam semalam msg lagi. Dah tak dilayan, pun kacau lagi. Banyak kali gak aku kena, no berbeza. (paling klako-ramai jugak dulu yang kalo telefon aku, tanya HARIAN METRO la.. BERITA HARIAN la.. Sampai ada tak puas ati, telefon berkali-kali! Ya Allah, rupa-rupanya, 7 digit paling belakang kat no hp aku sama dengan PEJABAT BERITA HARIAN CAWANGAN TERENGGANU!!! yang tak tekan KOD NEGERI, ha, masuk la ke hp aku..) Hmmm.. Tak kuasa la aku nak melayan spesies KUREEENG KASIH SAYANG macam tu.. Tak kisah le nak kawan.. Sape-sape boleh jadi kawan aku, tapi PANTANG aku no. 1: MANUSIA KAKI TAMBIRANG! (Temberang) Tapi KESIAN jugak dengan orang-orang macam tu.. Mungkin dari golongan2 manusia pendiam, pasif, lack of confidence, malu, takut dsb. yang cuma tahu guna HP sebagai saluran untuk KELUAR DARI KEPOMPONG.. Hah, tak salah bagi LABEL BARU: Manusia JIWA KACAU.. Boleh kan SUPERMUM? Hee..


Errr, SUPERMUM.. SUPERMUM.. SUPERMUM.. Pertama kali aku baca blog SUPERMUM, ada sesuatu yang aku rasakan. Tulisan SUPERMUM kalo dibaca adalah tulisan tanpa ayat-ayat bombastik. Cetusan hati seorang mummy. Tapi dalam tulisan SUPERMUM terletak PERASAAN, sehingga membuatkan aku TERKESAN. Ya, Ya.. Cukup TERKESAN.. Entah kenapa, aku tak dapat nak HURAIKAN sejauh mana.. dan apa yang aku 'TERKESAN' melalui wadah TULISAN.. Tak KESAMPAIAN.. Sesuatu yang tak mampu untuk DIEKSPRESIKAN.. SUPERMUM sebetulnya ada PENANGAN, AURA yang KURASAKAN.... (bukan Mawi je ada AURA)


Hmmm.. Korang kenal ke SUPERMUM ek? Tanyalah SUPERMUM siapa 'SUPERMUM'.. Hehe.. Isshh, aku kan, 'macam' TAKUT dan KECUT dengan SUPERMUM yang sebenarnya-benarnya. Almaklum, SUPERMUM di luar internet adalah seorang WANITA BESI yang aku HORMATI. Berilmu tinggi.. Berperibadi.. Punya gaya tersendiri.. Hebat semua segi.. SUPERMUM = SUPERWOMAN aku beri! Tapi SUPERMUM belum aku KENALI secukupnya lagi. Masih diselubungi MISTERI.. Jadi, tak boleh nak gebang lebih-lebih ni.. Nanti SUPERMUM terasa hati.. Habis kene saman nanti! Hihihi..


*(kalo SUPERMUM terbaca tulisan ni, silalah nyanyi tulisan hijau ala-ala TOO PHAT @ EMINEM. bagi mengurangkan TENSEN dengan segala macam keje.. bulih ba kan..)


Lirik lagu BIARKU MENJADI LILIN (Kumpulan Pelangi) rasanya cukup COCOK dengan SUPERMUM, seorang ibu dan seorang guru yang berbakti kepada anak bangsa.
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Di saat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan
Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri