Selasa, 28 Ogos 2007

Perjuangan, Perjuangan dan Perjuangan

Abang Raj-mantan MPP yang menyedarkan aku masa kursus ari tu.. Betapa aku suka sangat dengan perjuangan. Kalo dikira, ntah berapa banyak perjuangan yang dah tersembur keluar dari mulut aku ntah.. Dari kecik-aku memang dah tunjuk minat dengan perjuangan dan kepimpinan. Aku mula jadi pemimpin sejak aku sekolah tadika (dari tadika jugak aku pakai CERMIN MATA ni..Rabun teruk,tapi sib baik ada cermin ultra thin!.. Sebab tu, bila aku tanya mak pasal penglibatan aku dalam MPP, mak kata:"Mak tau kebolehan Iqa.. tak payah Iqa nak masuk MPP pun mak dah nampak apa yang Iqa dah buat sejak dulu lagi.." Ya, sejak dulu lagi. Aku tak pernah kata aku pemimpin dengan orang, cuma dalam blog ni jek la.. Ni blog aku, bukan soal nak bangga diri atau ujub atau riak..hui,mintak jauh! Tapi, share cite.. Perjalanan aku yang jauh.. Dari aku mula ingat apa yang aku buat, sampai ke hari ni..

Aku rasa macam lega dengan apa yang mak kata. Puan Marja n En Wan pun dah menolong aku.. Aku sebenarnya telah diberi peluang untuk menonjolkan diri dan seterusnya bertanding merebut kerusi MPP. Tapi, aku terpaksa fikir banyak kali. Aku dah TERSADUNG masa STPM dulu.. Luka 2 tahun dulu masih BERDARAH! Pahit yang masih aku terasa! Aku masa tu mungkin terlalu fikirkan ORANG. Apa yang orang mintak, aku buat tanpa bantahan. Buat dengan sepenuh hati. Apa yang aku fikir, aku akan realisasikan. Tak kira apa cara! Tak tido pun takpe. Datang lamabat ke kelas pun takpe. Hasilnya memang, nah, cukup baik! Dapat wakil negeri.. Jalan sana sini.. Nama gah.. Disebut-sebut.. Handphone kena sentiasa bawak. Kejap-kejap cikgu call.. Handphone DIHALALKAN untuk aku. Tapi, keputusan STPM.. Ayam tambatan akhirnya tersungkur. Ye, aku tau, dengan 2A, kira ok.. Tapi orang tau aku boleh dapat lebih. Aku dah SIA-SIAKAN PELUANG tu!!!

Kali ni, aku terpaksa korbankan cita-cita aku untuk jadi wakil pelajar.. Ramai yang suruh aku bertanding masa di kursus tu. Orang yang baru aku kenal. Kawan-kawan yang dah kenal pun suruh aku bertanding.. CDA, kawan sekolah aku dulu pun kata, "Bertandinglah. Mungkin akan bantu ko untuk jadik MB Johor. Ala, masa sekolah dulu pun ko Penolong Pengawas (SU sebenarnya, CDA). Tapi result SPM gempaq." Mereka kata aku ada bakat. Ah, biarlah. Aku ingat apa mak kata: "Iqa nak ke jadik macam dulu, hanya GAH PADA NAMA, tapi lepas tu..??" Aku yakin dengan keputusan ni.. Biarlah aku belajar habis-habisan. Tak lama, setahun lebih lagi. Lepas tu, baru aku akan merencanakan perjalanan politik aku. Bertanding PUTERI ke. Pilihan Raya 5/10 tahun lagi ke.. Biar aku jadi pemimpin berisi, bukan pemimpin yang cakap berdegar-degar jek.

Kenapa aku nak jadi pemimpin? Kenapa aku suka perjuangan? Kenapa aku minat politik? Semuanya bermula dari dulu-dari aku budak hingusan. Masa sekolah darjah 1, ayah tanya, nak sekolah BN atau sekolah Semangat 46? Mungkin juga kerana family background. Aku terdedah. Darah perjuangan meresap dalam tubuhku.. Aku nak jadi pemimpin bukan kerana nak nama atau giler glamer.. Dari aku sekolah rendah aku dah simpan cita-cita nak mengubah apa yang nampak sebagai tak betul! Bukan semua dapat kita ubah, tapi kita berusaha untuk berubah. Kata MR PAUL-tourist guide Gegar U! ke Penang, kitalah yang patut berubah dulu sebelum kita suruh orang untuk berubah. Biar orang ikut apa yang kita buat.. Ye, aku pegang kata-kata MR PAUL. Kawan aku yang special.. Kata En Zaini tadi kepada kelas: "You are agent of change!"

Aku betul-betul BERTERIMA KASIH kepada MAK & PUAN MARJA.. Dua orang wanita yang aku HORMATI, KAGUMI, KASIHI & TAKUTI! Seorang mengingatkan aku kepada masa silam dan sejarah duka, seorang lagi nampak apa yang aku kadang-kadang tak nampak.. Dan terima kasih jugak kepada En Wan-orang pertama yang MENENTANG aku untuk bertanding! Aku BERSYUKUR, aku dah kembali..Kembali untuk BERJUANG di JALAN YANG BENAR, berjuang dalam PELAJARAN! Lepas balik kursus, aku rasa lebih tenang, aku dah jumpa sesuatu yang aku HILANG.. Aku teringat kata-kata sorang cikgu: Apa yang kita idamkan kadangkala akan menyebabkan kita menangis di kemudian hari. Ya, dah terjadi kat aku!!! Dari Matrikulasi, balik ambik STPM, nak tukar dari Science ke Art. Tapi tak dapat tukar setelah naik turun Jabatan Pendidikan Johor. Melalak depan Pegawai Pendidikan Daerah. At last, dapat tukar sebab Mak Uda tolong guna pengaruh dia. Lepas masuk art stream (sains sosial sebetulnya), aku lupa, leka dan lalai.. Ko-kurikulum memang gemilang dan terbilang, tapi AKADEMIK jugak yang dijadikan ukuran. SERIK! Kisah PAHIT STPM akan sentiasa menghantui aku.. Aku takkan benarkan satu kisah pahit lagi tercipta. Ini PERJUANGAN AKU!

Lama Tak Tulis

Lama dah aku tak tulis blog ni.. BZ.. Dari Penang-Konsert Gegar U! ke presen-tension ke PUBLIC SPEAKING RETRO ke IR Talk ke Kursus Kepimpinan UMS..Ah, banyak gilerrr benda yang berlaku kat aku.. Macam-macam orang aku jumpa n tanya, sembang n gebang! Dari makcik tukang sapu, artis, tourist guide, mantan MPP yang dah keje PETRONAS, wahima kawan-kawan baru dari macam-macam background! Wow, sume PENGALAMAN yang takkan aku lupa!!! Otak aku dah macam salad bowl.. Campur baur..

Sabtu, 11 Ogos 2007

Cerita Semalam

Semalam - JUMAAT. Malam sebelumnya aku terlalu penat selepas balik kelas Literature n Gender. Memerap kat library dari tengah hari sampai 7 malam untuk buat presentation ADL. Pagi-pagi rasa tak sedap badan, hurm, patut la, 'dia' datang dah bulan ni.. Hehe.. Bangun je aku terus mentelaah Spanish. Ye la, 3 kuiz aku tak ambik. Kuiz Spanish - tak ambik sebab g Scouting's Sunrise. Kuiz Jipun n Kuiz OA - tak ambik lagi sebab aku cuti, ada MC ok.. Lepas pekena custard biscuits n my favourite drink NESCAFE, aku gi PPIB sebab dah janji dengan senora kasma, aku datang kol 8.30 pagi.. Eh, cakap Sepanyol la - A LAS OCHO Y MEDIA DE LA MANYANA.. Hee.. Aku malas nak pk pasal presentation En Wan lagi, nanti ilang tumpuan kat Spanish.


Sampai PPIB, aku terus buat kuiz. Mak aiii, ingat soalan pasal JAM atau WAKTU (HORA) jek, rupanya ada pasal VERBOS! Matilah aku.. Matilah.. Ah, peduli apa, aku mesti jugak berjuang. Perah otak, ingat-ingat balik. Lepas abes je, senora kasma terus tanda depan aku. Ya Allah, muy nerviosa!! Tapi, Alhamdulilllah, aku dapat 8.33/10. Wow, markah Spanish bagi aku kekuatan baru. Ni aku hentam kan.. Kalo aku baca, Insyaallah bole dapat lebih. Takpe, aku puas hati.. Abes test, rushing ke SSS, PRESENTATION plak. Dah la aku tak baca apa-apa.. Ah, takpe. KAMIKAZE!!!


En Wan kata - "buatlah apa-apa pun. Today, diz iz ur arena.." Maka, aku, JC, Menon, Dell & Bell pun memulakan 'LANGKAH LAKSAMANA' (tajuk lagu Ahli Fiqir ni..) Prinsip aku - MAKSIMUMKAN KELEBIHAN, MINIMUMKAN KELEMAHAN. Jadi, atas kesedaran itu, aku memulakan pembentangan kami tentang ulasan artikel yang bertajuk The Evolution of Decision Making, kalo tak silap, dengan yakin dan selamba (confidence tu penting dalam perjuangan. Inilah senjata yang aku guna dalam DEBAT. Muka biar seposen, biar poyo dan berlagak, kita akan berjaya meruntuhkan kekuatan mental lawan dan mebuatkan dorang kecut perut. Huhu..). JC menyusul. Soalan demi soalan dari kawan-kawan especially from Dan, Rosa n John. Yeah, i love u all buddies. Korang memang ROCK! Lepas tu, turn Dell. Bell sambung diikuti Mr Menon. Pastu turn aku - Decision Making in Crises. En Wan menambah dengan hujah-hujahnya. Pastu kami buat kesimpulan. TAMAT. Memang LEGA, Public Speaking aku yang pertama, presentaion ADL yang pertama. Buat awal, habis awal. Tapi, KOS LEPAS, kekangan masa. Aku buat dengan apa yang ada, tak dapat buat sehabis baik. Tapi 'sehabis baik' dalam erti kata LAST MINUTE!


Tapi aku BENGANG dengan kawan-kawan IR ni!!! Masa aku n John (Kitorang dok paling depan dengan Dan) tengah bertanya En Wan, budak-budak kat belakang BUAT CERITA SENDIRI!!! Bangang betol! Aku GERAM GILERR semalam.. Bising mengalahkan PASAR IKAN TAK LAKU!! Dalam kelas la baru kecoh nak settlekan masalah group. Baru nak wat 'discussion'.. Padahal En Wan tak kata pun 'dismiss' lagi.. En Wan terpacak kat depan. Tengah menerangkan sesuatu dengan kitorang. Kalo tak nak dengar pun, TOLONG LA DIAM! Patut sangat En Zaini sound. Betul kata JOHN - mentaliti DUNIA KETIGA! Kalo aku ada AUTORITI, memang aku BASUH dorang habis-habisan semalam!! Kawan, kawan jugak. Yang TAK BETUL tetap TAK BETUL. Macam la aku n John tak bz?? Macam la kitorang tak ada group discussion? Fed up aku.. Kata John lagi, bila lecturer tanya ADA SOALAN???, semua MEMBATUKAN diri!! Sebab tulah aku tak bole jadi CIKGU atau LECTURER, high blood pressure! MACAM-MACAM..

Aku rasa, sem ni, subjek ADL yang paling aku suka! Subjek lain pun aku cinta, aku cinta semua. Aku suka apa yang aku buat. Tiada paksaan. Bagi aku, bila kita menyintai pekerjaan kita, maka hasilnya akan jadi lebih membanggakan. Satu KEPUASAN. Semalam En Wan banyak bercerita tentang DIPLOMAT, tentang DUTA. Ada DESK OFFICER. Aku rasa ciri-ciri Diplomat yang En Wan cakap, ada dalam diri aku. Eh eh, bukan angkat bakul sendiri! Jauhkan aku dari sifat riak atau takbur! Benda tu yang selalu aku mintak dijauhkan dari dalam diri aku! Tapi, setiap orang HARUS mengetahui kelebihan dan kelemahan diri sendiri, bukan? Itulah yang aku selalu lakukan. Sebelum melihat orang lain, aku analisis diri aku sendiri. Ketika En Wan cerita itu dan ini, API SEMANGAT mula MEMBAKAR JIWA MUDA aku! I'll do it! Aku nak jadi Diplomat. Aku tak mimpikan berkhidmat kat Swiss o Jipun, tapi aku nak ke BENUA GELAP - AFRIKA! Aku nak mencari kehidupan di sana. Aku nak bergelumang dalam rasa kesusahan orang-orang di sana. Aku mahu bertugas di sana!!! Tapi, kalo aku tak jadi Diplomat pun, aku mahu jadi WARTAWAN atau AHLI POLITIK.. Aku MAHU MENYUSAHKAN DIRI AKU dengan MENDEKATI KESUSAHAN ORANG.. Aku mahu membantu mereka keluar dari lorong gelap menuju cahaya. Aku mahu menukar rupa bangsaku!!!


Semalam jugak, aku baru sempat isi borang yang En Wan suruh. Aku tersenyum sendiri bila isi ruang 'keputusan SPM & STPM'. Ye la, dengan 6A SPM (zaman aku, 6A SPM dah kira 'besar'. Lepas zaman Amelina, senang jerk budak-budak ni dapat A berlambak! Tahun yang ada anak Menteri, lagi la senang dapat A!), A1 dalam MATHS dan A2 dalam BIOLOGI SPM, maka aku diterima ke Pusat Asasi Sains UM. Impian aku. Tetapi aku silap pilih. Aku terkongkong dalam bidang Sains. Maka, A1 Sejarah SPM aku jadikan modal untuk keluar matrikulasi dan ambik STPM. Cita-cita aku: LLB! Itulah yang cikgu-cikgu aku nampak - aku sesuai ambik Law. Tak mudah untuk aku tukar aliran Sains ke Sains Sosial. Usaha yang disertai AIR MATA. Terpaksa aku guna 'power' Mak Uda untuk masuk aliran Sains Sosial. Tapi, C+ dalam Sejarah STPM menamatkan cerita dongeng yang aku buat. Padan dengan muka aku, BZ sangat nak capai itu, capai ini. Masa aku hantar borang tu, ROSA tiba-tiba cakap depan En Wan: "Bertandinglah la MPP Ziqa, kami orang akan sokong ko!" Aku kaget. Aku tak penah pun dok cerita dengan dorang atau bagi signal yang aku nak bertanding! En Wan tanya pointer aku. Dia kata, "Mana yang awak nak? MPP atau 1st DEGREE???" Aku kata mestilah 1ST DEGREE!!! En Wan kata, biasanya MPP akan kecundang dalam pelajaran. Selalu kuar kelas. TAPI - DIA CABAR AKU! Kalo aku boleh buat, maka aku akan jadi MPP pertama yang BERJAYA!


Lepas kelas ADL, aku JC, Lum n Teddy dah buat PAKATAN untuk LASBELA. Kami sepakat nak buat 'homework' dulu tentang WESTPHALIA n EUROPE. Nak ke sana. Aku dah jumpa DREAM TEAM aku untuk LASBELA. Cuma KERUSI TIMBALAN PENGARAH II belum terisi. Yang pasti, aku bukan memilih atas DASAR KAWAN! Bukan pentingkan DIRI SENDIRI, tapi demi ORGANISASI. Mereka yang aku sebut di atas, ditambah dengan BELL & DAN, ada kekuatan sendiri. Aku tak ready nak jumpa En Zaini tanpa apa-apa info. Lepas balik dari Penang, aku ingat nak settlekan PROPOSAL n PRESENT depan semua lecturer. Kalo mereka tak setuju? Takpe, ini fasa pertama. Arini aku kena siapkan REPORT LASBELA INDONESIA! Tiada hari cuti untuk aku. Waaaa..


Dan anta balik kolej semalam. Bas takde. Aku beli nasi n PUNTI GINURING. Pas kenyang, tido kejap. Alamak, KUIZ OA!!! Takut gak aku nak buat KUIZ OA PN MARJA. Ramai kata susah! Dah berapa kali aku selak notes pn. Tapi, tak semua melekat ni.. Hwaaa.. Takpe, NO TURNING BACK. Peh, memang susah gak la KUIZ OA. Susah sebab tak menguasai apa yang aku belajar. Usaha lagi, yah, usaha!!! Lepas buat KUIZ OA, aku g office. Mintak surat pengecualian kuliah ari tu. Bila masuk BMU, budak Komunikasi guna. Aikzz?? Kata meeting Family Day IR? Hurm, pukul 4pm baru meeting start kat BTG 8!!! Lama aku tunggu!!! Malas la nak kata GERAM ke BENGANG ke.. Dah selalu sangat macam ni. Memang takde KOMITMEN! AJK-AJK tahun 2 pun hilang ke mana. Meeting ke namanya??!!

Masa meeting, dalam KEBOSANAN tahap MAMA BOSAN, aku dapat msg. Tekezut aku. "Salam dik. Bole tak akak minta no matrik, nama penuh n pointer. Akak nak calonkan adik masuk MPP. Kak jum." Huh??? Apsal ari ni TIBA-TIBA timbul 2 PERSOALAN MPP dalam diari aku??? TIBA-TIBA!!! Pas meeting, aku booking PC kat UMTP. Ntah apsal, hp buat hal! TIBA-TIBA!!! Tekan punya tekan, SIMCARD BLOCKED! Oh, shit!!! Aku terpaksa g KK. Bas pulak buatkan aku bengang. Lama gilerrr. Masuk KF la. Pusing kampung 2 3 kali. Tapi, aku layan perasaan. Aku terfikir, 'KALO AKU TERUS ADA KAT PASUM, AKU DAH JADI APA? AKU KAT MANA SEKARANG?' 'KALO AKU PILIH LAW SEBAGAI PILIHAN PERTAMA DALAM BORANG UPU DULU, MUNGKIN AKU DI UIA.' Mungkin. Tapi, aku menggatal nak pure science! Yang pasti, aku tak berada di BUMI BERTUAH Sabah ni. Pasti! Dan PERSOALAN MPP pun menyesakkan OTAK aku. DILEMA. Antara cita dan cita-cita. "NAK KE TAK NAK?" Mak, help me!! Aku dah tak boleh duduk senang, masih berfikir dalam kehangatan.


Sampai KK, hp aku terus ok. Mak aiii, BENCI aku! BENCI! Maka, aku terus menunaikan rasa tekak yang nak makan IKAN PARI BAKAR & SOTONG BAKAR kat Pasar Philippines.. Sorang. Banyak gak mata yang tengok aku sorang tapi macam makan 2-3 orang. Peduli apa? PERUT AKU!!! Perut, perut.. Sempat plak aku msg SUPERMUM. Tak berani aku nak call mak, sebab BATERY LOW. Aku pasti, mak akan sedikit risau kalo tau aku jalan sorang2 malam-malam. TIBA-TIBA, aku jumpa si Awang n Jes budak Sejarah. Lama giler tunggu bas kat depan Water Front. Maka atas ke'boring'an, kami berjalan sampai bus stand depan Wawasan Plaza. Bateri abes. Bagus betul arini. Macam-macam yang TIBA-TIBA!!!


Tepat pukul 12 malam, aku call mak. Sebenarnya,nak wish HAPPY BIRTHDAY kat TOK! Ke-72 TAHUN. Tok dah tido, tapi aku suh jugak mak kejutkan.. Dari suara TOK, aku tau TOK terharu. Last year, aku sempat pos BIRTHDAY CARD yang besar n ada muzik untuk TOK. Mak kata, TOK nangis bila tengok kad tu.. Aku tak pandai, lemah sikit bab carik HADIAH untuk orang. KUSUT KEPALA. Jadi, kad la paling senang. Hee.. Pastu, call CIKGU AISHAH. Last year pun aku kirim something ke Penang. Tapi tahun ni tak sempat. Cikgu kata suara aku lain. Erm, suara MASUK TV lain ke cikgu?? Hahahah.. Saje gurau. Insyaallah, next week harap-harap aku dapat jumpa Cikgu Aishah kat Penang. Berapa tahun dah tak jumpa.. Tie, roommate aku pun celebrate birthday ari ni (11/8), sama dengan TOK n CIKGU AISHAH. TANJOOBI OMEDETOO GOZAIMASU!

Pagi ni, aku masih berfikir, MPP atau 1st DEGREE??? Cikgu Aishah berpendapat yang sama dengan En Wan. Aku PASTI, mak pun akan kata yang sama. Tapi, aku tak nak tamak, kelak yang dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat! Biarlah, buat apa nak pening-pening kepala. Kalo dah rezeki tak ke mana. Biar
MASA PENENTU SEGALANYA..

Khamis, 9 Ogos 2007

Chingay???

Ni ke kostum yang Skuad Sabah akan pakai nanti?? Ya ampun!!


Aku curi masa tutorial ICT ni untuk xplore pasal CHINGAY - ntah apa benda alah yang akan Skuad Sabah perform on stage kat Penang nanti. Oh man, this task sucks!!! Antara 3 skuad, aku rasa skuad sabah punya performance ni tough! Ya ampun, Miz OLIVE.. Nak tau apa aku dapat pasal CHINGAY PARADE?? Meh, BACA meh..


To the Chinese, the most important festival is Chinese New Year, which falls in either January or February. It is ushered in with the lighting of fire crackers at midnight on the eve of the Chinese Lunar Calendar. The Chingay Parade is an annual street parade held in Penang as part of Chinese New Year festivities, but it's also held in Johor Bahru (2006).The Chingay celebration started in the 19th century. The event was recorded by a European rnissionary and left a vivid description of the 19th century Chingay. There was a 'Chinese decorated float' for which Penang became famous with its giant flags processions. A chingay flag is merely a giant triangular flag, between 25-40 feet in height, made of silk, where, on one side of the flag was fixed to a giant bamboo pole carried perpendicularly by a stalwart bearer with half-a-dozen others taking turn.


The Padang (field) in Georgetown (Penang) is the venue for most of the island's important events, such as the Chingay Parade, during the Lunar New Year. In Johor Bahru deities come together in the 150-year old "Rou Fuo Gu Miao" in Jalan Trus. That's the oldest temple in Johor Bahru. After coming together they are goinf for a 15-km parade around the city. Thousands of people in Johor Bharu from all walks of life, young and old alike, are lined up in the streets to watch and participate in this event, which starts in the evening and ends after midnight.In Hokkien, Chingay (or Chin Gay) means “real art.” Initially, its performances were only confined to the birthday celebrations of Chinese deities. The colourful spectacle of Chinese New Year is evident long before the day of celebration itself. Eager crowds of shoppers can be seen searching for all kinds of seasonal delicacies: oranges for good luck, flowers and kumquat trees to beautify their homes. All debts must be settled and the house spotlessly cleaned before the new year begins.


On the evening of the New Year, family relationships are remembered with a special reunion dinner to usher in the New Year. Younger members of the family visit their relatives, receiving red packets of lucky money (ang pows) while feasting and merrymaking. The Chingay parade adds to the festive atmosphere with stilt walkers, lion and dragon dances, acrobats, and dozens of decorated floats taking to the streets amidst the clashing of cymbals and beating of gongs and drums. Penang is the place to celebrate the Chinese New Year, but you can enjoy the Chingay Parade in Johor Bharu also.Chingay has evolved to be the grandest street parade in Asia showcasing the rich, vibrant multi-cultural of Malaysia, and the exotic and exciting cultures from all over the world. The parade features not only the best local and international performers but also many of Asia's most beautiful and spectacular floats.
Alamak, Kak Hai dah cuak dah pasal CHINGAY ni.. Aku? Takde PERASAAN. Kak Jum mesti gelabah sikit ni. Cempo mesti tetap berlagak macho walaupun habuk pun tarak. Pinky? Hah, memandangkan Pinky le satu-satunya Cina (yang cakap tak macam Cina) maka Pinky boleh digunapakai sebagai pakar strategi kami. Huhu.. Kak Hai suh aku practice pakai kayu. Pinky kata pakai penyapu. Alamak, pakai UMBRELLA tak boleh ke???

Rabu, 8 Ogos 2007

Emel Chik

Mak msg aku malam tadi. Chik buat hal. Main pisau. Nak pukul mak. Bawak Clorox masuk bilik. Hadiah-hadiah yang dia dapat, termasuk dari aku abis dia hancurkan. Aku dah tak sedap ati. Tapi aku masih boleh control. Masa tu kebetulannya, Kak Win datang bilik aku, kami tengah buat HIPOTESIS tentang ZARIN. Antara Chik dengan Zarin - dua-dua ni bertindak ikut perasaan. Dua-dua dah dapat banyak perhatian. Dua-dua suka pendam perasaan. dan yang penting - DUA-DUA DEGIL!!!


Tadi, aku sepatutnya meeting dengan geng APEC, tapi Zarin tiba-tiba pengsan kat library. Naim tak nak ikut naik Ambulans g pusat perubatan. Dia suh aku temankan. Ya, aku rasa apa yang Naim buat betul. Tapi, dah terlewat. Bagus la, dia nak gi jumpa puan. Aku nampak air muka Naim berubah bila aku kata kenapa baru sekarang. Dia kata tak usah bangitkan hal lepas. Hai, ada gak kena penumbuk aku ni. Sejarah adalah cermin diri! Ko tak boleh lari dari sejarah, Naim!


Zarin pulak - tak abis-abis bisik, "NAIM." "NAIM." "NAIM." Pastu, mintak Naim n Kak Win. Aku msg la Kak Win. Bla bla bla.. Ishh, rasa canggung sikit la, aku ni tak gheti nak jaga orang sakit dengan KEMANJAAN. KETELITIAN boleh. Tak gheti aku.. Kalo tok ke, ayah ke, mak ke yang sakit, lain cite.. Apa yang boleh aku kata kat Zarin - "Ko kena kuat, Zarin! Ko kena kuat!" Pastu, empangan yang selama ni dia pertahankan, akhirnya PECAH juga kat Pusat Perubatan UMS tadi. Aku pun lapkan airmata dia. Rasa macam berlakon drama la. Ewah!


Dah la, serius ni. Serius. ok, Dr kat situ pulak macam MULUT MURAI. Ada jek tak kena. Tahap nak MENOPAUS kot. Membebel tak tentu pasal. Skeaping manjang, oopppzzz SPEAKING. Heheheheh.. Dia paksa Zarin cakap. Sampai aku yang tolong jawabkan ni pun kena 'sound'. Dah tu, sampai tarik tirai lagi, tak bagi Zarin tengok aku. Ya Allah, apa ke benda la punya Dr macam ni? Dia ugut Zarin nak anto ke QE. Anto la.. Pastu, dia suh aku tunggu kat luar. "I'm so hot." Dia kata. Ala, cakap jer la suh keluar, tak payah nak pusing-pusing. Masa aku kat luar, dia bebel lagi. "I've so many patients.." Dia blah n tinggalkan Zarin camtu jek. Aku tengok sorang je patient dia. Wah, dr tipu ni.. Lepas dia malas nak layan, misi pun suh Zarin relax kat bilik je. Aku anto dia sampai depan bilik, then cabut g public speaking. Lorrr, duit tak bawak. Sehelai sepinggang. HP je ada. Aku terpaksa jalan kaki ke SSS, sebab tak ingin tunggu bas yang leceh!


Bila aku tenung-tenungkan, bila aku ingat-ingatkan, aku sebagai MASYARAKAT atau ORANG, aku bukan HIDUP semata-mata untuk diri aku. Aku kena HIDUP untuk ORANG. Kena berbakti. Ntah la.. Aku akan lakukan yang terbaik untuk Chik. Untuk Zarin kalo diperlukan sahaja. Aku tak suka nak menyibuk. Biar Kak Win handle. Chik, once again, ayong siarkan email CHIK.


hai ayong..sihat..
ayong chik nak mintak maaf kalau ade salah...chik rase chik bukan lagi adik ayong yang dulu..walaupun chik xberubah dari segi fizikal tapi chik berubah dari segi mental...ayong mungkin ayong x payah balas chik punye emel sebaba lapas nie chik dah nak main internet lagi..kalau chik bukak pun mesti kena marah

ayong..chik rase chik dah banyak berubah..chik dah x takut ngan mak lagi..makin kurang ajar..kalau ayong tanye mak pun mesti mak cakap bende yang same..ntah ah makin hari chik dah x sayang denagan semue ahli keluarge kita..chik makin rase benci sebab ah x tau ah..nagan mak pun chik dah x rase chik sayang mak macam dulu..ayah eemm x payah ceritalah chik buat ayah macam musuh yang chik rase macam nak tikam tikam sampai mati...terima kasih ayong walaupun chik selalu bagi ayong susah tapi ayong tetap bagi chik nasihat...ishhh..nak nangis pun x gune sebab semue dah berubah....chik rase chik x kan dapat kejayaan walaupun kat kayangan sekalipun..chik ingatkan mase naik form dulu semue boleh berubah tapi makin teruk... bile chik ade semangat nak pegi sekolah mesti ade je bende yang mematah kan semangat chik...ingatkan masuk laxmane x de cikgu macam skola rendah..tapi ade ..hay. cg. kamson ngan pak ucu....pak ucu tu lantaklah ..die bukan ajor chik pun..nie cikgu kamson tu..ade sekali tu mase chik datang pastu die boleh cakap hay budak baru ke? kalau nak cakap die gurau muke die serius pastu macam memerli....haiiii

ok lah ayong nie lah emel chik yang terakhir lepas nie chik x kan bukak internet lagi sebab mak dah bising ....


byeeeee....
your brother


P/S: KEPADA CIKGU KAMSON & CIKGU ABDUL AZIZ (pakcik ke macam ni?), TUNGGU KEPULANGAN AKU KE KOTA TINGGI.. AKU AKAN MENUNTUT BELA UNTUK ADIK AKU!!! KALAU AKU BOLEH BUAT SURAT LAYANG DAN MEMPERSIA-SIAKAN MASA AKU DI TINGKATAN 2 KERANA MEMBELA KAWAN, KENAPA TIDAK AKU MEMBELA DARAH DAGING AKU SENDIRI??? Memang Chik ada salah, tapi besarlah kemaluan cikgu-cikgu sebab tak gheti jadik cikgu yang baik!!! Sekarang ni, fikir-fikirkanlah DESTINASI BARU ye. Cikgu macam anda berdua TAK DIPERLUKAN DI SMK LAKSAMANA. INI JANJI ANAK LAKSAMANA!!! We'll see. Chau!

Aku Hidup Lagi:)

Wey, lama dah aku tak menulis kat blog ni. Sedar-sedar dah masuk minggu ke-5 KULIAH! Sedar-sedar 3 KUIZ aku terlepas.. Sedar-sedar setinggi KINABALU dah aku berdiri.. Sedar-sedar, AKU HIDUP LAGI!!!!

Dekat 2 minggu aku menyepi. Menyepi bukan kerana patah hati. Menyepi dengan cerita-cerita SENSASI DAN TERKINI. Hihihi.. Bz. Ya, macam tu la, sampai Abang Nus (senior IR) cakap, "Tak boleh buat bini, laki ari-ari makan MAGGI.." Hahahahah.. Narrow minded tu. Aku cakap - ITZ MY LIFE!!! Bole dok abe nuh? Huhu..

2 minggu lepas, aku TERLARI-LARI, TERKEJO-KEJO dengan segala macam tuntutan. Tuntutan kepada BANGSA DAN NEGARA!! Huh, mantap. AGAMA??? Harus, harus aku perbaiki. Malas nak cite panjang, tapi yang penting apa yang aku buat menyebabkan aku tak duduk diam. LARIAN AMAL S.O.S. HERAT FUND? ALHAMDULILLAH, berjaya mencapai target! Tak sangka aku ramai budak UMS yang sanggup mengorbankan HARI AHAD semata-mata untuk BERLARI 16KM!!! Penyertaan 112 orang, if i'm not mistaken. SATU KEJAYAAN PERIBADI UNTUK AKU. (Sampai Mary Anne dan Puan Eva tersenyum, kembang kempis hidung dorang..) Ye la, si Pinky bagi keje LAST MINUTE. Tu jam la nak urus tu, urus ni.. Tak lupa untuk GENG 9 JAHANAM yang SETIA bersusah senang dengan aku.. Best tak keje dengan aku? Hehe.. Family Day Spanish Club kat Karambunai terpaksa aku KORBANKAN. Tapi aku berjaya melangsaikan tanggungjawabku sebagai AJK Teknikal walaupun aku tak datang. 'NETWORKING' penting. Bukan POLITICIAN je perlu NETWORKING..

Minggu lepas, ari ISNIN sebetulnya. Akhirnya, aku, Lum n Teddy berjaya bawa SEGEROMBOLAN PENGAKAP KELANASISWA UMS menjejakkan kaki ke Kundasang, seterusnya menyertai KINABALU SCOUTING'S SUNRISE 2007, bersempena 100tahun PENGAKAP DUNIA. Sekali lagi, aku diuji dengan BENDA LAST MINUTE! Agaknya, muka aku ni memang COCOK untuk DILAMBAK dengan KEJE LAST MINUTE kot??? Entahlah.. Dapat tau Jamboree ari Selasa, decide nak pergi ari Rabu, ambik form ari Khamis, jumpa Dekan SSS ari Jumaat, bayar yuran n beli baju ari Sabtu, berlari 16km ari Ahad, pergi Kundasang ari Isnin, naik GUNUNG KINABALU ari Selasa, turun ari Rabu, malam gi dinner kat The Pasific Sutera, Khamis g US-Malaysia Relations Talk & JUMAAT - AKU TAK BOLEH JALAN BILA BANGUN TIDO!!!



Tapi aku paksa jugak jalan. Kata MATT, (perempuan tau si Matt ni) biasanya PENDAKI BUKAN TEGAR macam aku, dia dan hampir semua budak UMS, akan ambik masa kira-kira 1 minggu untuk sihat dan baik sepenuhnya. Aku ketawa tertonggeng dengan si Mat ni. Dia tanya, "Hoi Ziq, ko KENCING macam mana??? Ok ka?" "OK," aku kata. "Ko tau aku dulu KENCING TERABUR tau lepas balik dari gunung. Nda bulih cangkung ni..." Hwawawawa.. Gila, memang gila si Matt. Nanti la aku tulis pasal PENGALAMAN BERHARGA aku ketika mendaki, semasa di puncak dan ketika menuruni GUNUNG KINABALU, GUNUNG TERTINGGI DI ASIA TENGGARA!!! Betapa aku belajar erti SURVIVAL. Betapa KAMIKAZE aku naik gunung tanpa PREPARATION. Mujur, aku punya harta - SEMANGAT! Pagi Khamis, kaki aku memang sakit. Tapi aku malas nak kecoh. Aku urut kaki sendiri. Minyak Belut tak boleh jalan, aku mintak minyak Mestika dengan Za. Tapi, tak rasa minyak tu semua. Aku paksa jugak berjalan. Petang Khamis, tengok-tengok kaki aku dah bengkak. Mala, Ju n Siti urut aku. Betis aku tak boleh nak kata. Keras. Urat dalam tegang.

Malam Jumaat, aku ditimpa satu lagi ujian. Tapi kerana ujian di KINABALU MAHA HEBAT, maka aku mampu mengharung dugaan malam Jumaat dengan tenang dan senyuman. Lepas kelas Literature n Gender, aku balik jalan kaki sorang diri. Aku PANTANG dengan sistem bas yang CACA MARBA. Mak risau sangat aku jalan sorang-sorang. Sama la dengan roommates aku. Tapi, aku tak rasa apa-apa pun. Dalam perjalanan di depan Dewan Canselor, tiba-tiba hujan lebat dan angin kencang, MACAM RIBUT!!! Aku terpaksa matikan perbualan dengan Tok yang dah sikit bimbang. Aku nak lari ke bus stop depan SKTM, masakan terdaya, lutut n betis aku sakit giler! Maka, terpaksalah aku meredah hujan dalam kegelapan malam. Sejuk! Aku kata dalam hati, "Kalaulah besok aku DEMAM, maka aku BELUM CUKUP KUAT. Tapi, kalau AKU TAK DEMAM BESOK, bermakna AKU BOLEH MENYAHUT SERUAN DATIN PADUKA SHARIFAH MAZLINA - BAWA BALIK 'KAPSUL MASA' yang dia tanam!!!"

Guess wat? Aku memang TAK DEMAM-DEMAM. Sebab tu, kalo aku demam, teruk! Ari Jumaat aku duduk dalam bilik. Rehat. Baru perasan ada perasaan penat. Ari Sabtu, kaki aku KEBAS-KEBAS. Ah, shit! Aku terpaksa cari tukang urut kampung, tapi tak jumpa. Aku tak nak menyerah kalah di saat aku di ambang kemenangan. Aku tak nak jatuh sebelum tiba medan perang. Apa lagi, g urut la. Sekarang, aku dah ok.. Hehe.. Ari Isnin g Klinik pun sebab rasa kebas. Eh, aku lupa makan ubat la.. Erm, macam biasa, ubat akan jadi perhiasan jer..

SYUKUR, aku hidup lagi..