Jumaat, 28 Disember 2007

ANGKASAWAN NEGARA di Kota Tinggi

GAMBAR 1: Bersama ANGKASAWAN.
GAMBAR 2: Bersama MENTERI LUAR & ISTERI serta ADUN JOHOR LAMA.

ANGKASAWAN NEGARA - DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR telah diundang khas ke Kota Tinggi bersempena KARNIVAL ISLAM HADHARI PARLIMEN KOTA TINGGI yang diadakan di Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, Johor pada 26 Disember 2007. Apa yang membanggakan aku, KOTA TINGGI merupakan DESTINASI PERTAMA yang dikunjungi beliau sebelum memulakan roadshow Angkasawan Negaranya. Nah, HEBAT TAK HEBAT bukan daerah tanah tumpah darah aku ni!!! Hehe..


Ermm.. aku ni bukannya peminat fanatik Dr SMS (aku bukan pro-pembangkang, aku juga bukan pro-aspirasi membabi buta..). Cuma benak aku masih dilingkari 1001 persoalan dan kritikan pro dan kontra yang aku telah aku baca. Memang, masa Aunty Rai beritahu aku tentang kedatangan ANGKASAWAN ke Kota Tinggi hari tu, memang aku tak minat langsung!Takde cita-cita pun nak g jumpa. Istilah ANGKA(t)SA(ya punya)WAN(g) pun masih menguasai fikiran aku.. Pembaziran! Space tourist! NASA tak iktiraf! Ah, macam-macam lagilah.. Tup tup, 26hb, adik-adik aku beria-ia nak tengok ANGKASAWAN NEGARA dari dekat.. Sementelah ayah uda bermurah hati bagi duit minyak kereta, apa lagi, aku pun bawak kereta ke Felda Simpang Waha, follow ayah yang bawak anak-anak mak long.. Hasrat aku cuma satu, nak tanya macam2 SOALAN!!

Kedatangan DR SMS bersama-sama YBM Dato' Seri Syed Hamid Albar, Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi amat dinanti-nantikan. Konvoi motosikal yang bawak bendera UMNO (macam kempen pilihanraya la pulak) dan Jalur Gemilang ada.. Silat pun ada.. Pendek kata macam nak sambut menantu gamaknya. Kebanyakan yang hadir pakai baju kurung, baju batik. Aku pulak sempoi je pakai jeans n t-shirt.. Uncle Samat Yahya selaku Pengerusi Sambutan memulakan ucapan. Idea nak bawak ANGKASAWAN ni datang dari beliau la.. Kemudian, Dato Seri Syed Hamid Albar pun berucap. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Datuk JJ yang telah membantu usaha membawa ANGKASAWAN ke Kota Tinggi sebelum roadshow rasminya bermula. Walaupun pada mulanya kata beliau, beliau sedar idea Uncle Samat tu tidak mudah untuk dilaksanakan, namun berkat usaha bersama maka idea tersebut telah dilaksanakan. Sesuai sangat dengan tema program Angkasawan tu "IMPIAN MENJADI KENYATAAN."

DR SMS menceritakan pengalamannya dengan menunjukkan slideshow. Kata beliau, beliau telah menanam impian untuk menjadi angkasawan sejak berumur 10 tahun lagi. Namun, setelah 25 TAHUN, barulah impian tersebut menjadi kenyataan! Program Angkasawan ini telah dimulakan sejak 2003 lagi, pemilihannya memang ketat. Ramai pun tau sejarah program ni bertitik tolak dari era Tun Dr M lagi. Jadi, TERIMA KASIH kepada TUN DR M yang IDEALISTIK dan cukup BERKARISMA!!! (sekali lagi, aku bukan penyokong fanatik Tun Dr M, cuma aku berlandaskan KENYATAAN) Apa syarat jadi ANGKASAWAN ehk? Kata DR Sheikh, syaratnya begitu ketat bagi memastikan calon angkasawan memiliki tahap kesihatan yang amat baik sehingga TIDAK BOLEH ADA TAMPALAN PADA GIGI calon!!! Gigi geraham aku berlubang (sebab kadang-kadang tido tak gosok gigi.. wakkakaka), tapi sib baik lum tampal.. Gigi depan jarang tak kira kan? Hehe.. Mata rabun boleh buat operation. Berenang? Boleh belajar tu.. YAKIN BOLEH! :) Alamak, tinggi cukup tak??? Kata Dr Sheikh, beliau yang telah mengikuti latihan selama 1 tahun di Rusia pernah dicampak ke Laut Hitam selama 3 hari bagi latihan SEA SURVIVOR. Ishh, best gilerrr.. MENCABAR!

Selepas beliau menceritakan pengalamannya, maka sesi interaksi atau soal jawab pun dibuka. Aku yang duduk agak belakang pun ke depan. Siap angkat tangan lagi. Aku orang kedua yang tanya soalan. Dato Seri Syed Hamid pula jadi pengantara. Setelah memperkenalkan diri sebagai penuntut UMS, aku pun berkata yang soalan ni dipos oleh sahabat2 dari Sabah (sebenarnya soalan Puan Marja- is it worth 4 malaysia 2 make u as our 1st astronaut). Lepas tu, soalan aku sendiri-bagaimana Dr Sheikh mahu memotivasi dan membuka minda anak-anak muda dan adik-adik yang ada di depan saya ini, terutamanya Melayu dan beragama Islam kerana hari ini mereka berbangga dan teruja dengan kejayaan Dr Sheikh ke angkasa, tetapi esok lusa mereka MEREMPIT..

Masa sebut REMPIT tu aku sengaja pandang audiens yang penuh sesak satu dewan. Sengaja aku tujukan kepada anak-anak muda terutama FELDA yang masih tak tobat-tobat (FELDA SIMPANG WAHA bagus, dapat ANUGERAH BELIA PERINGKAT KEBANGSAAN lagi. TAHNIAH.) Kata adik, budak-budak lelaki (mat rempit-mat rempit kot) yang berdiri dekat tempat kami duduk kata "Rempit mencabar".. Bila aku balik ke tempat duduk, baru dorang terdiam. Kebanyakan yang datang terutama makcik-makcik bagi tepukan gemuruh kat aku, kata adik lagi.. Aku cuma cakap yang benar, kan? Jawapan bagi soalan pertama, tentulah Dr Sheikh kata it worth kan.. Jawapan kedua, antara yang beliau kata, nak jadi seperti Yuri Gagarin untuk Russia dan Neil Armstrong bagi Amerika Syarikat yang masing-masing telah mencetuskan motivasi kepada bangsa mereka untuk ke angkasa lepas. (1 lagi soalan aku pass pada adik lelaki aku-apa pendapat Dr apabila NASA menyamakan Dr sebaris dengan Dennis Tito dari AS dan Ansari dari Iran yang merupakan space flight participant dan bukannya astronaut. Dr Sheikh jawab dengan tenang walaupun air muka sedikit berubah.)


Dr Sheikh ada 2 lagi impian yang belum tertunai. 2012 sasarannya nak jadi PILOT. Satu lagi, beliau mahu berkhidmat selama 2 tahun di Afrika untuk membantu mengubati penyakit yang menyerang kanak-kanak di sana. Herm, aku terkesima kerana impian kami sama, nak berkhidmat di Benua Gelap Afrika. Cuma aku bukan doktor perubatan. Kalaulah aku meneruskan pengajian SAINS HAYAT di PASUM dulukan.... Kalau. Dulu jugak, aku memang pernah bercita-cita nak jadi ahli astrologi sebab kejayaan menggondol JOHAN KUIZ SAINS ANGKASA PERINGKAT NEGERI JOHOR 1998 bersama 2 lagi rakan - Zainul Arifin (budak MEDIC USM) dan sorang lagi classmate. Selepas 10 TAHUN, aku tak sangka, aku dapat berjumpa dengan ANGKASAWAN NEGARA yang pertama. Yang penting, aku belajar 1 perkara - DREAMS ARE POSSIBLE!!! IF DR MUSZAPHAR CAN DO, I CAN DO TOO..

P.S: Terima kasih daun keladi kepada mak uda yang bagi kitorang sesi fotografi khas..

Rabu, 12 Disember 2007

Bahan Eksperimen


Semalam - Selasa 11/12.. Aku jadi bahan eksperimen Hafiy. Mula-mula dia ambik CELAK MEKAH TOK, sapu kat bawah mata aku. Perghhh, sampai meleleh airmata aku, punya la GANAS dia celakkan!!! Sampai kening aku pun habis dia hitamkan.. Bila celak tok dah nak patah, maka dia berlari mintak mak celak mak pulak. Mak aii, tajam hujung celak tu. Mula-mula Hafiy cakap, "Ayong ni MENGGELABAH!" Lepas tu, "Ayong ni MENGGELETIS (gedik)!" Nak ambik hati adik bongsu punya pasal, aku pun merelakan diri aku DIKERJAKAN oleh Hafiy!

Pastu, Hasif datang, dia celakkan aku jadi macam My Chemical Romance.. Gothic kononnya. Lantaklah.. Hafiy pulak terus ambik colour STABILO dia yang bentuk 3 segi n gemuk-gemuk tu, celup dalam air, pastu tonyoh kat muka aku! Mula-mula, pink colour dia letak kat pipi aku. Pink tak kena, dia ambik biru, tonyoh kat bibir aku. "Oh, tak cantik!" Lastly, dia guna Stabilo warna merah n buat macam LIPSTICK kat bibir aku!! HABISLAH MUKA AKU YANG SEDIA ADA JERAWAT BERTAMBAH JERAWAT!!! Hwawawa, PASRAH.. PASRAH.. Yang penting, 2orang adik lelaki BOTAK aku ni HAPPY jadikan aku BAHAN EKSPERIMEN dorang. Huhu..


Gracias, amigas!

Terima kasih la kat kawan-kawan terutama geng dari sabah yang kirim SMS kat aku tanya keadaan banjir kat Kota Tinggi.. Ye la, mungkin dulu aku satu-satunya 'makhluk' dari UMS yang terlepas balik ke Kota Tinggi masa bencana banjir besar awal tahun dulu. 'Cabut' sampai 2 minggu! Hehehe.. Datz y kawan-kawan aku ni ingat kot.. Me kasey kat In, Jana, Arma n Rosa.. Rosa kata risau kat aku sebab nanti dia takde kawan nak naik gunung. Hahaha.. Ingat aku, ingat gunung, ingat gunung, ingat aku yerk Rosa!