Rabu, 30 April 2008

Political Cartoons 2008


Bienbenida!



Bienbenida (Selamat Datang) 'N'!!! Hari ni, sorang kawan aku dah ada BLOG.. Congratz.. Pasni bole la meramaikan lagi jemaah blogger.. aku ni kalo FRIENDSTER ke.. MYSPACE ke.. kurang minat sket.. berhabok dah site aku.. suka yang macam orang-orang tua punya.. kahkahkah.. N, jangan lupa cerite ceritet yek.. aku nak pencen bercerite la.. nak bace cerite ko lak.. pujangga dah kehabesan air liur ni.. almaklum, tgh berhempas final exam! hehehe.. all d best 2 u, N! NJOY BLOGGING! daaa:)

Isnin, 28 April 2008

JEJAK DAKSINA 2008

Jejak Pertama: Berjalan kaki ke SMK Laksamana Kota Tinggi dari rumah aku.

Cikgu Yati, Cikgu Hasjazura & Cikgu Che Su dipakaikan Yukata.

Mesra Siswa Hubungan Antarabangsa di Laksamana.


30/01/2008, dalam bas Malaysiaku. Mendengar briefing dari Abang Salim sebelum menuju ke Kampung Johor Lama dari rumah aku.

Duduk semeja dengan Mak Uda yang rasmikan Program Anak Angkat.


Yati dan Yukata.


Kota Johor Lama. Big Family.

Berlatarkan Uncle Bob's Homestay. Cantik kan..

Erlina berkerut-kerut tengok belangkas. Agaknya ni yang dia cakap dengan Cik Nor. "Apa tuh Pah-chekk? Belangkas beranak ka bertelur pah-chekk?"

Crocodile World Telok Sengat. Lepas gambar ni diambil, anak buaya terlepas dari tangan aku! Hwahaha.. Sib baik tokey Buaya tak nampak:p

Kompleks Sekolah Telok Sengat (Sekolah Wawasan Pertama di Malaysia). Yati dengan seriusnya pakaikan cikgu Yukata yang kami bawa dari Sabah.

Bergambar dengan warga Sekolah Wawasan. Sejuk hati melihat sekolah yang jadi 'melting pot' pelbagai kaum dan tinggal harmoni.

Jom Poco-poco! Budak Jejak Daksina memang tak malu. Suruh la buat apa je, semua beres!

Berpencak silat dah pulak! Nilah Johor.


Hanya dengan 3 gambar di atas, impian ke Wisma Putra termakbul! Dato' terus menelefon Mr Melvin n cakap: "Consider as done!"

Gambar kenangan bersama Menteri Luar Negeri Malaysia, Dato' Seri Syed Hamid Albar selepas sesi dialog khas selama lebih sejam di Uncle Bob's Homestay.

Penari-penari bersama Encik Rizal pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin.

Kalau dah jumpa mic!

Sayoonara.. Sayoonara.. Sampai berjumpa lagi..

Makam Laksamana Bentan, Kampung Kelantan, Kota Tinggi, Johor. Laksamana yang
meradak perut Sultan Mahmud ketika Sultan berada di atas julang.

Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor.

Muzium Kota Tinggi. Lum macam Pak Guard la pulak! Kihkihkih..

Bersama MPP UTM, Skudai yang kata kami ni "KAYA". Yes, memang KAYA, sebab
tu tak payah duit HEP! Thanks MPP UTM, layan kitorang 1st claz macam MPP!

Sempat berposing dengan Opie & Wanie. Sengaja nak nampakkan 'UTM' kat belakang tu.
Time kasey ler kat UTM n Pakcik Drebar Bas yang sanggup anto delegasi
Jejak Daksina sampai ke Seremban.

JOTIC, Johor Bahru. Sedang ingin mendapatkan penerangan tentang ISKANDAR MALAYSIA.

"Hurm, nak keje dengan MBJB atau ISKANDAR la.." Itu agaknya yang difikirkan geng Jejak Daksina 2008. Hehe..

"Hah, nilah dia.." Kak Kay dengan bznya menerangkan kami.

Gambar kenangan.

JB Katering, Taman Merdeka, JB. Makan sampai tersandar kekenyangan!

Bandaraya Johor Bahru. Si hitam yang bergaya:)

Sayang Kak Ina, My Secretary.. Enterprem lagi!

Tengah bandar Seremban, dalam perjalanan dari Terminal One ke Stesen Keretapi.
Jenuh jalan di bawah terik mentari. Gurl Power!!!

Membelangkan Jabatan Perdana Menteri. Teringat kat Mat Bangla yang tak reti
ambik gambo tuh.. "Wat to do baiya! Bangla juga mari!"

Gadis-gadis ayu. Waaa.. dalam keterpaksaan pakai baju kurung:'(

Jabatan Protokol, Wisma Putra, Putrajaya. Semua terpaksa berlakon 'skema':D

Wisma Putra, Putrajaya. Impian Jadi Kenyataan. Univerisiti PERTAMA DI MALAYSIA YANG MEMBUAT LAWATAN RASMI DI WISMA PUTRA!

Nampak cool & steady. Masa mata aku ngantok giler. Terpaksa suruh John senggol.
Tu la, sepnjang jalan dari JB ke Seremban bergosip non-stop dengan Mek Lyn!

Briefing dari Pegawai Wisma Putra.

Terima hadiah yang Dato Syed Hamid bagi khusus untuk Jejak Daksina.

Cenderahati dari Jejak Daksina (UMS) kepada Wisma Putra.

Tengku K tunjukkan model bangunan Wisma Putra yang unik dan cantik.

Jumpa IDOLA kali pertama. Bersama Kak Bibi Sharliza Mohd Khalid di Spanish Villa.
Karaoke sampai jam 12 malam. Paling tak boleh lupa, Tan Sri Isa Samad nyanyi lagu
"Bila Mama pakai celana..." sambil geng Jejak Daksina berjoget lambak.

Ek Ajnabee & Cheeni Kum

Filem. Filem. Filem. Dalam satu minggu ntah berapa filem yang aku tengok. Jumaat, Sabtu, Ahad hari-hari terindah dalam hidup. Kalo takde outdoor xtvts, aku lepak dalam bilik, tengok tv! Tengok tv pun adalah learning process gak tau.. Tapi pandai-pandai la, time study, switch off tv! Rutin hari2 aku-BULETIN UTAMA, 8malam setiap hari. Nak2 lagi masa PRU12 dulu. Dari MHI, Buletin 1.30, Berita Terkini, Warta Perdana n segala macam analisis aku tengok..


Sabtu lepas, aku tengok cite Hindustan kat TV2. Minggu sebelumnya, filem "EK AJNABEE" lakonan Amitabh Bachan n Arjun Rampal. Tapi lepas tengok separuh, TV2 buat perangai, filem tu ROSAK!!! Geram! Geram! Geram! Lepas sembahyang Zohor, aku bukak la balik TV2, tengok2 "THE END". Pastu, cari kat internet, nak download free, cite tu takde! Frust! Bile g KK, aku carik gak, takde lagi.. Tensen! Filem tu pasal Amitabh Bachan o BIG B yang jadi bodyguard kepada sorang budak perempuan, anak jutawan India yg tinggal kat Thailand. Mula-mula geram gak, Big B langsung tak layan budak tu, tapi budak tu pandai tackle hati pesara tentera tu. Then, budak tu kene kidnapped n ditembak mati (tapi instinct aku kuat kata yg budak tu tak mati. Sebab tu aku nak tau apa jadi kat si budak tu.) Takde babak lari keliling pokok pun! Caya la cite hindustan baru-baru ni. Sehebat Hollywood. Ransom misalnya.


Cite CHEENI KUM lak, lagi best. Percintaan orang tua. Tangri Kabab @ Nina Varma (Tabu) umur 34 tahun. Buddhadev (Big B) umur 64 tahun. Cite ni shooting kat London. Buddha ada restoran india kat sana - Spice 6. Mak aiii, macam nak keluar air liur aku tengok Indian food yg ada kat restoran tu! Rasa macam nak jadi CHEF la plak.. Buddha ni org yg boring, "one way". Pastu, ego, serius n kaki marah. Paling tak tahan, bapak Nina- yang 6 tahun lagi muda dari Buddha MOGOK LAPAR sebab tak izin anak dia kahwin dgn Buddha. Huh, macho betol Big B dalam cite tu (walaupun tua la).. Exotic! Pastu dia ada ekor rambut (macam rambut aku la..). Setakat ni, dah 2 filem yang 'hero' ada ekor rambut macam aku - Buddha (CHEENI KUM) & King Leonidas (300). Kihkihkih.. Filem ni memang tak boring.. LANGSUNG! Aku kagum dengan seniman-seniman Bollywood. Aku lagi kagum dengan BIG B. Patut pun masa dia sakit dulu, 1 India berdoa untuk dia. Shah Rukh Khan? Nay, tak boleh challenge Big B! Dah la si SRK tu sekular, mempermain Islam lagi.. Huih, jahat bebetol!
Filem. Filem. Filem. Tak sabo nak balik kota tinggi. TV Singapore lagi banyak filem best! Lagi best dari ASTRO! (We Johorean dun need ASTRO) Tapi, aku nak challenge diri sendiri cuti ni.. SIAPKAN SATU NOVEL & HANTAR CERPEN KE SURATKHABAR (last cerpen kena terbit dalam majalah tahun 2003).. Boleh ke aku buat??? BOLEH!!! :)

Jumaat, 25 April 2008

TAHNIAH Kak Bibi!!!


Tadi aku dapat msg dari Kak Ani, P.A merangkap sahabat Kak Bibi Sharliza, Setiausaha PUTERI UMNO MALAYSIA.. bunyi msg tu "layari www.bibisharlizapu3.blogspot.com".. apalagi, dengan rasa terujanya, aku pun gi la Mega-Lab kat library (dgn mek lynn).. wowow.. First impression: CANTIK GILERRRR gambo baru kak bibi (1 of my idol)!!! Hehe.. TAHNIAH untuk Kak Bibi:)

Dah lama aku tunggu blog kak bibi. Dulu masa zaman skola dan lepas election 2004, aku slalu srf website Datuk Azalina. Laman sawang yang best! Laman web DATUK SHAHRIR SAMAD.. Hemm.. zaman ICT n globalisasi ni, blog n laman sawang peribadi betul-betuk penting! Tidak boleh tidak, mesti ada!!! Bukan nak menghentam sana-sini, tapi menggunakan ruang dan peluang yang ada sebijaknya. Walaupun masa menghimpit aku sampai kadang-kadang blog aku pun 'bersawang' (kihkihkih), tapi sekurang-kurang dalam blog aku yang aku ada ni, tak siap boleh marah aku di atas setiap tulisan atau pandangan yang aku tulis. IT'S MY LIFE!!! Selagi aku tak menyebarkan propaganda mengutuk mana-mana pihak, mencetuskan permusuhan atau mengganggu ketenteraman, selagi tu blog aku ni HALAL kan.. hehe..

Ah, membebel plak! TAHNIAH sekali lagi kat kak bibi.. tulislah yang best-best yerk kak bibi... pasni, aku akan rancak menulis dan membaca blog kak bibi.. hehe.. hidup PUTERI! HIDUP MELAYU!

Rabu, 23 April 2008

Heeeeee.. Sape BEKAS MENTERI KANAN TU???

SAPE la bekas menteri kanan yang dituduh MENCABUL tuh??? Aku betol2 nak tau nih.. Tapi tak kedapatan lagi.. Arggghhhh.. Tensen!!!

Isnin, 21 April 2008

Bila Aku Ditipu...

Hidup memang macam-macam.. Aku paling BENCI bila DITIPU dan TERTIPU kerana aku TAK SUKA untuk MENIPU! Simple kan prinsip aku.. Tau apa aku buat bila aku tertipu??? Counter attack!!!!

Senang jek.. aku takkan percaya orang tu lagi. Satu yg susah tentang diri aku - SUSAH NAK PERCAYA DENGAN ORANG. Oppzz, jangan salah sangka, bukan dalam maksud kerja atau kerjasama berpasukan, tapi tentang peribadi. Tak ramai yg tau perangai o diri aku kan.. tak ramai jugak yg aku boleh senang2 cite pasal apa yg berlaku tentang diri aku.. orang yg memenangi hati n kepercayaan aku memang terror la.. kihkihkih..

bila aku ditipu.. aku akan mula rasa tak sedap hati dengan orang yg menipu o tikam aku dari belakang tu.. perasaan tu akan datang dgn sendiri.. tapi at d same time, aku ni pemaaf. cepat lupakan kesalahan orang. tapi kalo 2-3 kali buat benda yg same, sape pun tak BENGKEK kan?? nah, ambik ko!!! dushhh!

susah untuk aku terangkan apa yg bermain dalam otak aku ni. memang tak puas hati.. biasanya aku suka berdepan, tapi kali ni biarlah aku simpan.. orang bukan tau pun kan.. tapi masalahnya, kadang2 aku tak dapat nak control diri. bila aku tak suka, aku akan diam. Rummate aku la selalunya 'takut' bila aku senyap.. tapi yg penting, AKU MEMANG BENCI DENGAN MANUSIA KOSMETIK YANG PLASTIK!!!! "Huiiihhh, jahat bebetol!!! Puihhh.."