Sabtu, 25 Oktober 2008

Kak Nazliah Ali



Gambar ni gambar lama yang diambil di Pekan Kundasang, sewaktu perjalanan pulang ke UMS setelah berakhirnya Program KEMMP 2007 (Program Ke Arah Meningkatkan Motivasi Pelajar) di SMK Lohan, Ranau. Masa tu, rombongan UMS terserempak dengan rombongan PUTERI UMNO yang juga bertolak pulang ke KK selepas program di BTN Kundasang.


Jengjengjeng.. yang paling kiri adalah KAK NAZLIAH ALI, orang kuat Puteri Tawau. Masa penutup Kembara Ramadhan Puteri Johor di Kluang tempoh hari, aku berjumpa lagi dengan Kak Nazliah! Lepas beberapa SMS, rupa-rupanya Kak Nazliah nilah yang membantu Encik Zaini Othman a.k.a Daddy Cool menguruskan penginapan fieldwork kursus Keselamatan Antarabangsa aku dan kawan-kawan Hubungan Antarabangsa di Tawau. Cuma sewaktu kami ke Tawau, Kak Nazliah terbang ke Permatang Pauh, membantu jentera pilihanraya BN di sana. Hehehe.. Jodoh la dikatakan. Kan kak? Kebetulan lagi, Encik Zaini, supervisor tesis aku akan jadi supervisor Kak Nazliah juga nanti! Berkongsi Daddy Cool kita... Hmmm, what a small world!

Payung dan Mentaliti Pelajar U

* ALTERNATIF SETELAH PAYUNG DIKEBAS: Gunakan baju hujan atau payung macam ni!

Payung. Payung. Payung. Nampak masalah ini masalah remeh, tetapi bila difikirkan, besar impaknya.


Cerita tentang payung ni bermula dari aku tahun 1, semester 1 hinggalah ke hari ini, tahun 3. Musim-musim HUJAN macam ni, dah tentulah PAYUNG amat bermakna kepada sekalian warga UMS. Kalau setakat hujan rintik-rintik, tak kisah. Tapi ini dah masuk kes hujan lebat tak henti-henti. Nak dijadikan cerita, semalam aku guna payung ke perpustakaan. Bila balik bilik, aku letakkan payung aku berdekatan dengan bilik. Tuptup, ada la tangan gatal yang menutup payung aku tu. Ok, tak jadi masalah. Tapi lepas Ain, roommate aku balik, aku keluar la untuk mandi. Nah, pastu payung aku terus ghaib! Eh, payung ada sayap boleh terbang ke????



Pagi tadi, hujan masih tak henti-henti. Payung aku tetap takde. Dah la ada KOKUM Golf kat Kolej Yayasan Sabah Driving Range! Ni yang buat aku mula PANAS! Kenapa la payung yang harganya tak seberapa tu pun ada tangan yang gatal nak ambik??? Heh, dapat PTPTN beribu, satu payung takkan tak mampu??? Waktu darurat hujung semester sekarang ni, dah tak sempat nak keluar kampus beli payung lagi dah. Tak sedarkah orang yang ambik payung tu betapa dia telah menyusahkan orang lain??? Tahun 1 dulu, payung yang aku dapat masa pendaftaran Minggu Suai Mesra pun kena KEBAS jugak masa letak di luar perpustakaan. Lepas tu, ada salah sorang kawan aku yang cakap, dia takde payung nak balik ke kolej dari perpustakaan, jadi dia kebas la payung orang. Sorang kawan aku yang lain pulak cakap, dia bawak payung, tapi setelah payung dia dikebas, dia pun kebas payung orang lain!



SHIT! Bak kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri!" Sampai bila episod kebas mengebas, rembat-merembat payung di UMS ni nak berakhir??? Yang memalukan aku, pelajar perempuan pun kaki kebas! Kalau pergi kelas melawa, bedak tebal, bau 10 meter pun dah menusuk hidung, tapi mengambil harta benda orang lain? Kenapa aku kata PAYUNG ni penting? Ini baru kehidupan di kampus. Kalau dah kerja nanti, tak mustahil, 'golongan kaki kebas' ni juga akan meneruskan aktiviti mereka kan? Kebas barang-barang pejabat, kebas alat-alat pejabat atau songlap duit barangkali??? Takkan la nak ditulis dalam AUKU perihal "jangan mengambil barang individu lain", baru pelajar-pelajar U ni nak sedar??? Cis, memalukan sungguh!

Jumaat, 24 Oktober 2008

KERANDA 153???


KERANDA 152

Senjata disandang dijulang
Tekad kukuh tujuan murni
Bahasa Usah dijual beli dangan Mutiara
Atau tolak ansur walau segaris kapur
Kerana ia hak mutlak perairan ini

Bahasa Melayu di keranda
Dada mana yang tak sebak
Telinga mana yang rela mendengar
Mata siapa yang bisa kutup rapat
Sedang kita dilahirkan dengan iramanya

Apa guna janji pada gelombang
Kalau sikap kita cuma ulam
Bahasa di keranda bisa diusung ke lahad
Kelaku itu apa bisa kita ratap dan pinta
Darah yang mengalir berubah warnanya
BIBLOGRAFI

Pernah terdengar sajak ini??? Keranda 152 ditulis pada ketika aku belum lahir lagi ke dunia ini. Ketika kebangkitan kesedaran tentang BAHASA MELAYU memuncak.. Tapi hari ini, ketika ini dan detik ini, aku tertanya-tanya, adakah KERANDA 153 (Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang memberikan tanggungjawab kepada Yang Di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan ORANG MELAYU & penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya disebut BUMIPUTERA) pula yang akan menyusul???

Tak perlu aku memanjangkan apakah yang berlaku tentang Perkara 153, hak istimewa atau kontrak sosial kala ini, cuma aku masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan oleh WAK KHALID SALLEH kepadaku ketika beliau datang ke Kota Tinggi untuk satu bengkel penulisan, "MELAYU adalah tuan rumah di tanah ini. 'Yang lain-lain' adalah ibarat tetamu. Tetamu, walaupun ibubapa atau ibubapa mertua sekalipun, bebas untuk membuat apa sahaja di rumah tersebut tetapi 1 SAHAJA: tidak boleh dan tidak layak sama sekali untuk memasuki bilik tidur utama tuan rumah."

Terharu III: Sidang Redaksi Majalah LAKSAMANA 40

Haziqah Nasirah Zol Bahari (UMS)

Nor Farhana Jamari (UUM)

Syaryati Hanum Ahmad (UUM)

Nooraini Mohd Aziz (UKM)

Charlotte Salome (T.D.K)

Mageswary Silvaraja (T.D.K)

Mohd Zuhri Hussian (UMS)

Mohd Fadzely Sohaaimi (UNIMAS)

Tang Lik Shun (USM)

NOTA: T.D.K=Tidak Dapat Dikesan. Apakata kita BERGABUNG sekali lagi? LAKSAMANA 40 Special Edition ke??? Aamacam korang???

Terharu II

Wey, masa ni kita lower o upper 6 hah? Ko tau ape tajuk gambo ni? "Kayo".. Aku ingat lagi, ko slalu kena 'sound' baik punyer dengan Cik Hawa n Bunda Ruzita kita sebab ZZzzzz dalam kelas. Aku senggol, ko tak bangun. Senggol lagi, tak bangun gak. Yang lawak, ko kasi depan tudung kuning form 6 ko tu, then tido sambil tengok buku! Wakkakakakaa...


Kem Motivasi STPM kat Tiram Indah Village.. Saat-saat hampir lemas masa menyusur sungai ni pun ada kan? Aini, aku, Nana n ko pakai t-shirt kelas yang kita buat. Amoi 2 orang ni, Ong Pei Li (kolar hijau) n Lim Soo Ing(kolar merah). Soo Ing kat UM, Pei Li kat USM.



Ingat tak lagi??? Presentation pertama kita: subjek Makroekonomi Cikgu Norazman. Kita buat slideshow dalam sibuk-sibuk kita practice BOLA BALING peringkat daerah kat SMK Syed Jaafar Albar, Sedili. Paling tak tahan, siapkan kerja dalam kereta! Huhuhu.. Tapi, seperti biasa, WE'RE THE BEST!



Gambar masa Hari Graduasi SMK Laksamana 2005. Muka skema n baik-baik je sume kan.. Aku rasa ada dalam gambar ni yang dah jadi 'mummy' la.. Tunangan orang pun dah ramai. Kehkehkeh..







Khamis, 23 Oktober 2008

Terharu I

Aku, Anom, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, YB Datuk Noraini Ahmad dan
Ketua Puteri Johor, Noraslina Zainal Abidin.

Querido (ke hadapan) ANOM,

Ko terharu tak bila ada gambo ko lagi kat blog aku nih??? Hehehe.. Ko memang tak habis-habis 'terharu' kalo dengan aku ehk.. Kihkihkih.. Nanti aku akan buat ko lebih terharuuu.. Apa dia??? Tunggu la 'Terharu II', 'Terharu III' dan sambungan-sambungannya! Jangan ko tergolek-golek sampai menangis dah ler;) Selamat berbahagia utk ko kat sana n semoga trus ada 'chemistry' antara kita!!!

Basikal Tua Tokbah dan UMNO

Inilah basikal tua Tokbah...

Ada apa dengan basikal tua Tokbah dan UMNO??? Aku betul-betul tertarik dengan kenyataan Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri (juga pernah menjawat kerusi hangat di Kota Tinggi) semalam. "UMNO sedang berhadapan dengan PENYAKIT TUA!" Beliau juga mendakwa bahawa UMNO terlalu INTROVERT dan hanya memfokuskan kepada masalahnya sahaja. Ya, inilah yang berkaitan dengan ISU-ISU yang telah aku tulis semalam. Apa yang Tun Musa perkatakan sama dengan apa yang sedang bermain-main di benak aku..

Tinggalkan Tun Musa dan kenyataannya, berbalik kepada BASIKAL TUA TOKBAH dan UMNO. Selepas episod tragis kematian Tokbah pada tanggal 24 FEBRUARI 2005, basikal tua Tokbah langsung tidak pernah disentuh oleh kami sekeluarga. Tokbah dan basikal tuanya sudah cukup sinonim, seperti Melayu tanpa UMNO dan UMNO tanpa Melayu. Selepas 3 tahun lebih pemergian Tokbah, aku kembali membangkitkan nostalgia dan kenangan terhadap Tokbah dengan memberi 'sentuhan' baru kepada satu-satunya khazanah yang mempunyai 'sentimental value' yang cukup tinggi buat diri aku!

Tokbah bukan sesiapa. Tokbah bukan juga tokoh yang wajahnya menghiasi dada-dada akhbar dan menjadi bahan tulisan sejarah. Tokbah hanya seorang pencinta UMNO dan bangsa. Tokbah yang bersusah-payah dan berkeringat memacak poster-poster dan papan-papan tanda Parti Perikatan. Tokbah juga penyokong kuat SINGA UMNO, Syed Jaafar Albar. Sokongan Tokbah kepada parti bukan kerana not-not merah atau not-not ungu dengan nilai 10, 50 atau 100, tetapi kerana kesetiaan yang datang dari jiwa yang murni. Ya, darah perjuangan Tokbah diwarisi oleh anak ke-4 daripada kesemua 6 orang anak perempuannya, YB Asiah bt Haji Md. Ariff, Exco Negeri Johor merangkap ADUN Johor Lama dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Tinggi. Tapi, Tokbah tetap Tokbah. Ketika penamaan calon di Dewan Jubli Intan suatu ketika dahulu, Tokbah tak minta dijemput atau layanan 1st class walaupun anaknya sebagai calon. Tokbah tetap dengan basikal tuanya, mengayuh tanpa jemu dan letih.

Dulu, pagi-pagi Tokbah akan keluar rumah mengayuh basikal tuanya untuk ke kedai suratkhabar Ah Kow di bawah jambatan. Selepas tu, Tokbah akan ke kedai kopi Hailam, minum kopi dan bergebang barangkali. Kadangkala ke pasar membeli bahan-bahan untuk memasak makanan kegemarannya seperti mee rebus, ikan sembilang asam pedas atau laksa. Berbungkas-bingkis plastik yang tokbah bawa di basikal tuanya, berat, tapi Tokbah tak merungut. Anak-anak semua berkereta, tapi Tokbah tak pernah minta dihantar ke sana sini. Itulah Tokbah dan basikal tua, hidup dengan penuh harga diri. Tokbah bukan memandu Mercedesz mata lalat tapi rupa-rupanya dibeli dengan songlap duit parti! Tokbah tak pakai pun Honda, Toyota atau BMW dengan cermin gelap dan tak nampak orang di tepi. Tokbah tetap dengan basikal tua dengan tayar getah buatan tahun 1985, hujan dan panas Tokbah redahi.

Basikal tua dengan harga diri. Itulah Tokbah yang aku sayangi dan kagumi. Basikal Tokbah sama dengan UMNO (menurut kaca mata Tun Musa), sama-sama TUA. Balik cuti semester nanti, akan aku 'kerjakan' dan beri sentuhan baru kepada peninggalan Tokbah yang satu ini. Di bandar Kota Tinggi, baik Melayu, Cina atau India, semuanya sudah cukup mengenali Tokbah dan basikal tuanya. Suatu ketika nanti, aku akan kayuh basikal tua Tokbah mengelilingi bandar Kota Tinggi dengan penuh harga diri. Begitu jugalah yang aku harapkan kepada UMNO. Berilah UMNO sentuhan baru, tetapi nilai-nilai nostalgia (perjuangan bangsa) tetap tidak dilupakan. UMNO memang sudah dikenali, baik oleh Melayu, Cina mahupun India di seantero negara. Tetapi, mampukah orang-orang muda seperti yang disebut oleh Tun Musa 'mengayuh' UMNO sepertimana aku akan mengayuh basikal tua Tokbah dengan penuh harga diri?

*Sayang sekali, puas aku geledah laptop dan CD-CD gambar, tapi aku tak ketemu gambar Tokbah!

Rabu, 22 Oktober 2008

PERNYATAAN TERBUKA KEPADA UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI

Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Tinggi akan diadakan pada hujung minggu ini. Tak lama lagi. Kepanasan, kehangatan dan kehangitan akibat mesyuarat dan pemilihan kelak tidak mampu diungkap dengan kata-kata lagi. Saya sama sekali tidak akan menyentuh soal siapa yang akan memenangi kerusi panas Ketua Pemuda atau Ketua Puteri Bahagian. Saya juga menulis bukan kerana sesiapa, saya menulis atas kesedaran sebagai ANAK JATI KOTA TINGGI, sebagai generasi muda dan sebagai seorang ANAK MELAYU yang begitu sayang kepada MELAYUnya dan PARTI MELAYUnya iaitu UMNO. Saya adalah seorang yang berkecuali, di atas kapasiti saya sebagai seorang PELAJAR (bukan Mahasiswa kerana dalam AUKU disebut 'pelajar'). Oleh yang demikian, saya bukanlah penyokong kem Dato' Seri Syed Hamid Albar ataupun kem Pak Daeng Malik.

Atas rasa kesedaran yang begitu memuncak di jiwa, saya ingin mengatakan bahawa apa juga persengketaan mahupun perselisihan yang berlaku di dalam UMNO Kota Tinggi pada detik dan saat ini tidak memberikan satu makna sekalipun kepada bangsa MELAYU Kota Tinggi! Ya, pemilihan untuk menentukan pemimpin adalah penting. Pemilihan ini adalah suatu bentuk demokrasi. Tetapi, begitu banyak perkara yang terlepas pandang ataupun terpaksa di'lepas pandang' oleh mereka yang punya kuasa dalam UMNO Kota Tinggi kerana pertandingan merebut jawatan adalah cukup penting, adalah prioriti dan adalah penentu hidup mati (ataupun penentu periuk nasi?).

Lupakan sebentar soal KUASA, JAWATAN ataupun KEM mana kalian: ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, abang-abang dan saudara-saudara saya sekalian sokong. Lupakan. Cuba kalian berjalan-jalan dan ambil angin di sekitar bandar Kota Tinggi. Bukakanlah 'MATA HATI' kalian. Lihat sekeliling. ADA APA DENGAN KOTA TINGGI??? Dulu... Kota Tinggi adalah sebuah pekan koboi barangkali. Kini... Kota Tinggi adalah bandar yang semakin berkembang. TAPI... tidak nampakkah kalian kepada KEBEJATAN-KEBEJATAN SOSIAL yang sedang BERMAHARAJALELA di bandar kita?! Jejakkan kaki ke Plaza Kota Tinggi, Famili Mart mahupun Pasaraya Kini, bilang dengan jari, berapa ramai TOMBOI atau PENGKID yang sedang asyik berkepit dengan pasangan sejenis berkeliaran??? Berapa ramai anak MELAYU yang menjadi MAT GIAN dan mencemari daerah ini dengan kekotoran najis dadah? Berapa ramai anak MELAYU yang sedang berpeleseran tanpa pekerjaan dan memadu kasih bersama pasangan? Berapa ramai pula 'ANAK-ANAK MEE SEGERA' yang dilahirkan tanpa pernikahan?

Tidak kiralah PENGKID-PENGKID dan anak-anak MELAYU tadi berasal dari mana: penduduk bandar mungkin akan menuding kepada FELDA, FELDA pula akan menyalahkan orang bandar. Tapi kita adalah orang-orang KOTA TINGGI! Memang... tanggungjawab untuk memerangi kebejatan sosial ini barangkali bukan hanya dipikul oleh UMNO. Ada Rakan Muda, ada Belia, ada bermacam-macam lagi agensi dan persatuan yang sepatutnya bertanggungjawab berkenaan hal ini. TETAPI, sebagai sebuah PARTI MELAYU, UMNOlah yang perlu berhabis-habisan merawat, memerangi dan mengatasi kebejatan sosial ini! Tapi, UMNO Kota Tinggi tidak bersatu, bukan? UMNO Kota Tinggi tahu dan maklum dengan wabak dan virus kebejatan sosial ini, yang didalangi oleh ANAK-ANAK MELAYU yang warna kulitnya sama dengan warna kulit pemain-pemain politik UMNO Bahagian Kota Tinggi. Tapi, sekali lagi, masalah ini dipandang sepi. Mungkin saya tersilap. Mungkin UMNO Bahagian sedang berhempas pulas dengan pelan-pelan dan rencana-rencana untuk merawat masalah kebejatan sosial ini. Atau mungkin dalam Perhimpunan kelak, pemain-pemain politik UMNO di Kota Tinggi akan berapi-api dan berkobar-kobar berucap, selamatkan anak bangsa kita, buat itu, buat ini! Tapi, pengimplementasiannya? Hanya retorik dan gebang politik sahaja barangkali.

Kenapa perlu saya bangkitkan persoalan ANAK-ANAK MUDA MELAYU? Seperti kalian sedia maklum dan sudah naik muak mendengar ungkapan Presiden Soekoarno: "Berikan aku seribu orang tua, aku hanya bisa mencabut sumur di Gunung Mahameru, tetapi berikan aku sepuluh orang muda, aku bisa MENGGONCANG DUNIA!" Inilah buktinya bahawa kelompok muda yang mungkin dianggap 'sampah' atau 'tiada apa-apa' ini suatu ketika nanti akan mewarisi kepimpinan negara dan bangsanya. Juga akan mewarisi Parti Melayu yang amat disayangi di watan Kota Tingi-UMNO. Tetapi, jika warisan yang ditinggalkan oleh bapa-bapa dan ibu-ibu mereka adalah saka yang bisa memecahbelahkan 7 keturunan, mengapa mereka perlu mewarisinya, bukan? Inilah analogi yang mungkin kalian perlu terjemahkan berdasarkan senario di Kota Tinggi. Biar saya bawa kalian memandang lebih jauh: fikirkan apa yang terjadi kepada UMNO Kota Tinggi seandainya PENGKID atau MAK NYAH yang akan mengisi kerusi NOMBOR 1 UMNO Kota Tinggi kelak. Ataupun, seorang MAT GIAN menjadi Ketua Pemuda dan seorang MINAH REMPIT mengisi jawatan Ketua Puteri? Soal moral pemimpin menjadi pokoknya kerana pemimpin yang tidak bermoral ibarat sebatang pohon yang manaungi sekelompok manusia tetapi sedang menunggu masa untuk tumbang kerana di akarnya beribu-ribu anai-anai berumah.

Laporan dalam HARIAN METRO baru-baru ini tentang seorang pelajar perempuan Matrikulasi yang berasal dari Kota Tinggi ditangkap ketika sedang melakukan hubungan seks dengan pasangannya dalam keadaan mabuk adalah cukup memualkan dan memalukan seantero Kota Tinggi dan warganya (yang masih punya kesedaran). Tidak hanya sosial, kita pandang pula isu EKONOMI ORANG MELAYU KOTA TINGGI. Ya, sehingga ke saat entri ini ditulis, terdapat ramai ahli perniagaan Bumiputera dan usahawan-usahawan MELAYU yang masih survive di Kota Tinggi. Tetapi, apa akan jadi sekiranya jambatan baru yang menghubungkan Pasir Gudang dengan Bandar Penawar (BETULKAN fakta ini sekiranya saya tersilap) siap nanti. Apa akan jadi dengan bandar Kota Tinggi? Akan terus hidup atau menjadi 'hidup segan mati tak mahu'? Sekiranya ditolak perniagaan ORANG-ORANG KAMPUCHEA yang mengaut untung di Kota Tinggi, berapa sajalah kedai yang MELAYU Kota Tinggi ada? Manalah perginya daya saing ORANG-ORANG MELAYU KOTA TINGGI? Perniagaan yang tumbuh bagai cendawan adalah perniagaan makanan. Tetapi, tak disentuh lagi dengan 'PhD' dalam kalangan Melayu yang kalian sedia maklum.

Kita, iaitu saya dan kalian perlu ingat bahawa POLITIK bukanlah KUASA yang sebenarnya dalam dunia ini. Tanpa KEKUATAN SOSIAL, tanpa KEKUATAN EKONOMI, kita tidak akan beroleh KEKUATAN POLITIK. Pemimpin yang bermoral akan menjadi pejuang sejati dalam perjuangan memartabatkan bangsanya. Banyak lagi kerapuhan di Kota Tinggi yang perlu diperbaiki oleh UMNO Kota Tinggi. Pembangunan bukan hanya isu tunggal yang menjadi perdebatan kerana kalau membangun sekalipun Kota Tinggi tetapi diusahakan oleh usahawan-usahawan Cina dan Kampuchea, apalah sangat pembangunan itu? Bangunan sana sini, kemudahan itu ini, apalah sangat sekiranya anak-anak muda Melayunya masih dalam lamunan dan bobrok? Dalam bercakap tentang 'mengubah kepimpinan UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI', jangan lupa berazam untuk melakukan revolusi mental. Siapalah saya dan apalah sangat pernyataan saya ini. Bapa-bapa dan abang-abang mungkin akan mengatakan tulisan saya ini hanya 'sampah', tetapi sebelum 'sampah' dibuang, lihat-lihatlah dulu sama ada 'sampah' ini adalah sampah yang boleh diguna semula atau dihantar ke pusat kitar semula. Saya bukan mahu mengajar kalian yang sememangnya lebih dulu makan garam dari saya, sebaliknya sayalah yang perlu menuntut ilmu dengan kalian. Tetapi demi darah MELAYU yang mengalir dalam jiwa saya, demi juang MELAYU yang sentiasa menjadi degup jantung saya, maka saya menulis catatan usang ini. Bukalah MATA HATI kalian. Pandang-pandanglah isu yang terpinggir ini. Kuasa dalam tangan kalian. Suara adalah suara saya dan sahabat-sahabar seusia saya, yang barangkali terfikir akan hal ini tetapi tidak mampu untuk menyuarakannya.

Banjir besar sebanyak 2 kali telah banyak 'mencuci' kekotoran yang mencengkam KOTA TINGGI. Saya tidak mahu 'banjir besar' lagi. Saya tahu kalian juga begitu, bukan? Menulis memang senang. Berkata-kata dan berucap penuh berapi juga mudah bagi pemimpin dan pemain-pemain UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI, tetapi cubalah untuk melaksanakan sesuatu yang dianggap isu lama dan berhabuk, tetapi tidak pernah selesai. Untuk 'menyedarkan' yang telah terlupa dan lalai dengan harta dunia dan kuasa sementara, bukan tugas semudah menulis dan mengetuk papan kekunci komputer! Cikgu Rosleli (Tuan Haji Rosleli) adalah cikgu yang mengajar saya di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi. Takkanlah saya ingin mengajar Cikgu saya pula, bukan? Tidak terniat pun. Sekiranya terdetik dalam hati politikus UMNO Bahagian Kota Tinggi yang saya TIDAK LAYAK mencoret dan menyentuh apa jua berkaitan UMNO dan kalian, saya TIDAK PEDULI, kerana saya adalah ANAK JATI KOTA TINGGI yang jika dicampak ke hujung dunia sekalipun akan tetap pulang ke daerah tanah tumpah darah yang saya cintai! Jika banjir dan taufan sekalipun yang mendatang, saya tidak mampu lari, kerana KOTA TINGGI adalah pertiwi, rumah, tanah, kampung dan tempat saya sejak dahulu lagi!

Akhirul kalam, biarlah 2 buah sajak di bawah ini yang berkata-kata dan menggambarkan gelora perasaan dan keinginan saya dan umat MELAYU KOTA TINGGI secara keseluruhannya terhadap UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI. Sajak MELAYU JOHOR nukilan Allahyarham Usman Awang, anak kelahiran Sedili, Kota Tinggi dan sajak Lim Swee Tin, bukan seorang Melayu, tetapi mahu kita, umat Melayu, BERSATU!

MELAYU JOHOR

Melayu Johor
telah terlalu banyak kita kehilangan
sawah ladang bertukar tangan
pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
yang tinggal hanyalah pakaian
sedarah sedaging hampir hilang
yang ada hanyalah setulang
Selat Tebrau kian sempit
hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
malah Muallaf bertakrif Malayu.

Melayu itu maknanya bijaksana
"jika menipu pun bersopan",
kurang ajarnya tetap santun
dajalnya cukup selamba
budi bahasa jangan dikira
beraninya cukup benar
tunduk bila bersalah
"lembutnya cukup jantan"
setia sampai ke kubur
biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
luka di Tanjung Putri
parutnya di Parit Raja
muka biar berseri
mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dalam tertawa
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
jiwa Melayu mengangkat persahabatan
kasih sayang kekeluargaan
ringan tulang saling bertolongan
jujur memaafkan, ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
silaturrahim yang murni
di mulut sama di hati
maaf senantiasa bersahut
tangan dihulur bersambut
luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
dalam kekeruhan ini carilah perdamaian
sifat terpuji setiap insan.

Bermuafakat supaya berkat
bersaudara dunia akhirat
berikhtiar dengan tabah
kepada Allah berserah.

USMAN AWANG, 1988


BERSATULAH MELAYU, BERSATULAH

Bersatulah Melayu
kalau nampak ada retak
kerana retak hujungnya belah
bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah!

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
dalam jernihnya kita menilik
kita menilik mencari wajah
wajah Melayu wajah kita!

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
terangi jalan luas terbentang
siapa cuba kuburkan suluh
kelak hilang arah dan tuju.

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
payung jangan carik
carik payung
manakah lagi tumpang berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
akarnya mencengkam bumi
bumi itu pautan kasih
kasih Melayu segala kasih!

Melayu bersatulah
cari dan rangkalah jalan damai
damai membuka pintu pertemuan
pertemuan kelak
merintis padu
berpadu Melayu berpadu semua!

LIM SWEE TIN, UPM, 2008

Selasa, 21 Oktober 2008

Salahkah LIPAS Kerana Menjadi LIPAS


'LIPAS' pun nak bergambar dengan orang no. 1 Puteri UMNO Malaysia.

Haiiii... Lipas. Lipas. Salahkah LIPAS kerana menjadi LIPAS? Hari ni, hari yang ntah apa-apa dalam hidup aku. Pagi2 bangun bukak video Slipping Through My Finger dari filem Mamma Mia sambil dengar rungutan2 callers dalam NTV7 Breakfast Show.. Lepas tu gi HEP, settlekan tuntutan bajet untuk Kembara Ilmu Tawau yg pending, tak diurus2kan oleh AJK-AJK aku walaupun dah dekat 2 bulan program tu.. Aku dah sampai tahap 'tak kuasa' nak menyuruh lagi dah. Baik buat sendiri! Tunggu En Awang berkaitan insurans Arwah Yati, tapi En Awang tak muncul-muncul. Pergi Pusat KOKUM kejap. Pastu turun balik HEP. En Awang belum sampai lagi. Dah tu, aku trus angkat kaki la! Sempat jumpa Puan Marja kejap dan menyebarkan 'demam Mamma Mia' aku.

Habis kelas Encik Zaini, ada meeting Jelajah Kenyalang. Pastu mendaki Canselori dengan jalan kaki semata-mata jumpa Encik Jupily untuk urusan Karnival KOKUM Golf. Turun balik, jumpa Lum n Dhani kat PPIB. Ada 'cerita di sebalik tabir' berkenaan salah satu kursus yg kitorang ambik. Pastu, sampailah aku kat UMTP ni. Pastu, tangan aku tergerak nak bukak blog de'SinggahSini - blog Sekolah Sains Sosial, UMS. Jengjengjeng.. Nak terbeliak jugak mata aku tengok komen WEBMASTER.. Aduhhh, kontroversi yang bukan dicari! ( http://sssums.wordpress.com/2008/10/19/mahasiswa-ums-di-persada-debat-nasional/ )

Aku bukan jenis orang yang 'baling batu sembunyi tangan'.. Jadi, apa pun yang berlaku, masalah macam mana pun yang datang, taufan pun akan aku redah! Banjir besar yang berlaku di Kota Tinggi dan Johor pun aku sanggup balik dan redah, takkan kerana satu komen aku, aku akan bersembunyi malu? Tidak! Hidup ni ada macam2 warna. Manusia pun ada macam2 rupa. Tafsiran terhadap sesuatu perkara, apatah lagi! Jadi, aku kena bertanggungjawab. Webmaster mempersoalkan LIPAS. Tapi aku tak ambik hati pun. Kerana sebelum ni, aku juga pernah dipanggil untuk 'membela diri' kerana LALANG. Kerana sajak aku yang berbunyi "Jadilah seperti lalang..." Tetapi akhirnya, aku diberi ucapan, "tahniah kerana LALANG". Aku tak pernah terfikir atau merencana untuk bermain api, kerana aku insan kecil yang tiada apa-apa. Aku pun bukan mahu menduga lautan dalam, kerana aku tahu, kailku panjang sejengkal.



Hari ini.. Detik ini.. Saat aku belajar. Satu lagi pengalaman tercatat dalam diari hidup aku. Sepanjang aku jadi pelajar, jarang-jarang aku kena marah dengan cikgu kerana... aku memuaskan hati cikgu, barangkali. Tapi aku akan ingat detik-detik aku dimarahi, kerana membuatkan aku sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Tak salah menjadi menjadi LIPAS, kerana blog aku, pendrive dan macam-macam lagi dah aku 'namakan' dengan LIPAS. Dah sebati dengan aku yang dulu peminat nombor 1 PAPA ROACH, sebab tu muncul ziqROACH, dan seterusnya ziqitaLACUCARACHA. Banyak lagi kebenaran tentang lipas yang belum aku cari, jadi jangan salahkan LIPAS kerana aku menjadi LIPAS!

Isnin, 20 Oktober 2008

Mi última clase de español

My last Spanish class. Fuhhh, pertama, lega n puas hati sebab ORAL EXAMEN bersama Hema, Eswary n Clementina berjaya akhirnya. Berapa peratus? Hanya Senora yg tau.. Selepas 4 Level berhempas pulas belajar Bahasa Sepanyol, tadi adalah kelas terakhir. Sedih. Sayu. Terharu. Tapi, ada cerita paling BESTTT!!! Hehehe..


Selepas 4 semester, setelah hampir 2 tahun, barulah aku tau yg sorang classmate aku ORANG KOTA TINGGI!!! LEE SWEET TENG, student SSMP rupanya kakak Lee Sweet Nee, classmate aku dari tingkatan 2 Anggerik hingga 3 UM. Masa SPM, Sweet Nee kelas 5 UM, aku plak kelas 5 UKM. Tingkatan 6, aku n Sweet Nee pernah sekelas dalam kelas Biologi, kemudian aku lompat ke kelas Sejarah. Laaaaaa... terkezuttt monkey aku n Sweet Teng tadi! Rumah aku n rumah Sweet Teng kat Kota Tinggi pun tak jauh, beberapa ratus meter je kot. Huhuhu.. Dia excited, aku pun excited. Sweet Teng siap pelawa makan MEE REBUS kat warung sebelah Shell yang memang dekat giler dgn rumah aku. Nos reunirá en Kota Tinggi, mi amiga!!!


Sedar tak sedar, cepat masa berlalu. Selepas hari ni, aku takkan duduk sekelas lagi dgn 'kakak-kakak cikgu'-Anita, Esther, Mahani n Cecil. Kelas dah tamat, tapi hubungan yang terjalin takkan tamat sehingga ada deru nafas yang masih dihembus....