Rabu, 14 Oktober 2009

Berhabuk...

Alamak, blog ni macam dah berhabuk.... lama tak masuk sampai dah lupa password. Kawan-kawan, kalo blog ni berhabuk, cari saya kat Facebook atau Wordpress (haziqahnasirah.wordpress.com). Chau!!!

Ahad, 22 Mac 2009

Kembali Pulang

Seorang Haziqah Nasirah.. kembali pulang! Pulang dalam diri sendiri untuk kembali juang dalam medan pertarungan yang tinggal sebulan dua cuma..

Dari Februari.. saat aku pulang ke Kota Tinggi untuk menghadiri peperiksaan PTD hingga kembali semula di Kota Kinabalu untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar tahun akhir, aku tidak lari dari ujian, cabaran dan dugaan. Mac menjadi kemuncak segala-galanya. Satu ketika, aku terasa bagai lemas di lautan yang luas, seorang diri. Aku bagai tidak bernafas dan akhirnya derai-derai jernih jatuh jua.. Namun, airmata itu hanya aku yang merasa kerana aku tidak akan menunjukkan gundahku pada sesiapa. Ini perjuanganku! Satu ketika juga, aku benar-benar dicabar sehingga kekuatan dan motivasi tinggi yang ada dalam jiwa hanya tinggal 1%, senipis kulit bawang! Macam-macam terlintas di fikiran.. loser, down, seorang yang tewas dan gagal! Ah, aku ketika itu benar-benar merindui Haziqah Nasirah, aku merindui kemenangan dan aku merindui diri aku yang sebenar!

Dan akhirnya.. kerana kasih Allah dan kerana kuasaNya juga, aku bangkit! Aku kembali.. Airmata yang cuma sekali adalah terapi, dan aku kembali membetulkan niat dan matlamat perjuangan, berdoa dan terus berdoa. "Hidup memang perlukan cabaran. Manusia perlu menghadapi cabaran itu, tidak kira dia akan menang atau tewas di kemudian hari. Hanya manusia yang lari dari cabaran sahaja yang dianggap GAGAL!" Itulah yang aku pegang.

Saat aku menulis ini, aku berada di landasan yang sebenar dengan momentum yang telah aku jumpa. Alhamdulilah, syukur aku pada Allah! Segala yang aku lalui terasa begitu indah. Benarlah kata orang: "Yang pahit jangan terus diluah, yang manis jangan terus ditelan!" Segala bebanan kecil telah berjaya diselesaikan. Yang tinggal hanya TESIS dan PEPERIKSAAN AKHIR. Dada yang lapang, hati yang riang adalah tonik untuk kejayaan. Itulah yang aku cari..

Aku jadikan 'kesengsaraan' kecil yang aku lalui sebagai batu loncatan untuk aku mempelajari dan menghayati erti hidup. Melalui kesengsaraan, aku kenal diri aku. Aku seorang yang berdikari dan susah untuk menerima bantuan dari orang lain kerana aku punya harga diri yang begitu tinggi. Dan aku sentiasa memikirkan yang aku SEORANG PEJUANG!

Hari Khamis lepas, aku ke KK dengan menaiki City Bus dari 1Borneo. Aku duduk di kerusi, dan kemudian bangun untuk memberi tempat kepada seorang makcik. Walaupun aku terpaksa berdiri, aku rasa benar-benar lapang dan gembira, hanya Allah yang mengetahui perasaan aku ketika itu. Kemudian, aku berkenalan dengan seorang adik yang amat peramah bersama ibunya. Adik itu kemudian memberikan aku tempat duduk selepas dia dan ibunya turun di Masjid Likas. Ya Allah, betapa aku rasakan hidup ini benar-benar indah. Bila kita belajar untuk memberi, Insyaalah, kita akan diberi lebih daripada apa yang telah kita beri. Itulah yang aku belajar..

Aku juga ingin memberi dan terus memberi selepas ini. Kalau aku punya ruang dan peluang, aku ingin sesekali melakukan sesuatu untuk bangsaku, agamaku dan negaraku. Buat masa ini memang aku menumpukan kepada tesis dan pengajian. Tetapi sebaik sahaja aku pulang ke Kota Tinggi nanti, aku ingin menulis. Bukan menulis pengalaman atau kisah hidupku, tetapi menulis kisah hidup orang lain yang tidak sebangsa atau seagama denganku Semuanya kerana satu: KEMANUSIAAN. Ya Allah, berikan aku kekuatan, berikan aku Nasirah dan jadikan aku Haziqah! Amin...

Sabtu, 17 Januari 2009

Jalan.. Makan.. Wayang..


Semalam 1 lagi perjalanan yang cool utk aku. Hehe.. Entah kenapa, sepanjang kelas Puan Marja, aku asyik teringat tentang donat Big Apple! Baju puan yang hijau tu macam donat Green Tea. Hehe.. Lepas habes kelas, misi perut bermula! Aku nak tengok wayang sebenarnya. Ye la, wayang paling akhir tengok dgn adik-adik kat Leisure Mall, Histeria. Tu pun cite hantu, tutup-tutup muka jugak la.. Aku pergi dgn Jana, Ketua Blok A merangkap ahli kumpulan 9 JAHANAM. Pergi 1 Borneo je, paling dekat. Jana tak nak gi KK.

Ermm.. Australia memang takde kat GSC, so tengok la cite Hong Kong. Kitorang masih memboikot produk-produk yang ada kaitan dgn Amerika, Yahudi dan sewaktu dengannya. No more McD, no more KFC, no more Pizza Hut, no more Coca Cola! Selamat tinggal lemak dan kegemukan! Kihkihkih.. Beli tiket untuk filem LADY COP, PAPA CROOK lakonan mantap Sammy Cheng. kelakar habes dgn watak selekeh dan 'serombang serembeh' (meminjam kata-kata Tok) Sammy Cheng, polis kurus yang cuba selesaikan kes penculikan anak seorang ketua kongsi gelap. Mak, jangan marah mak.. Ni utk tujuan pembelajaran. Ada unsur-unsur Hubungan Antarabangsa, jenayah transnasional! Hehe..

Nak dijadikan cerita, 1st time lakononnya gi tengok wayang kat 1B, aku tak jumpa pintu keluar! Jana nak buang air, jadi kitorang pun gi toilet dulu. Tuptup, tak bole keluar. Dgn selamba badak dan yakinnya, aku dan jana pun masuk ke teater yang sedang main wayang. Yakin habes, macam orang beli tiket. Cite tu pulak memang best! RED CLIFF 2! Strategi perang yang mengagumkan! Mak, sekali lagi, cerita ni ada hubungan dengan strategi perang. Jadi, masih dalam lingkup pembelajaran kan??? Hehe..

Disebabkan masuk wayang 'free', maka aku n jana dapat 'pembalasan'. Bas 1Borneo ke UMS penuh! Perghh.. terpaksa jalan kaki.. Balik bilik, sambung tengok Mega Movie: The Medallion lakonan Jackie Chan. Fuh, marathon tgk filem berwajah Asia Timur! Tapi, jalan..makan..wayang, aku masih waras, BELAJAR TETAP BELAJAR. Isnin ada presentation subjek En Wan. Artikel tu 40 mukasurat lebih. Pening-pening lalat. Tapi, ini CABARAN utk aku! CABARAN MEMULIHKAN REPUTASI YANG TERCALAR.

Jumaat, 16 Januari 2009

IMPAK KETEWASAN (MAKSIMA)

Aku TEWAS. Tapi aku MENANG! Bukan aku tewas di Gaza, bukan juga aku menang di Tel Aviv. Kata Encik Wan, REPUTASI aku tercalar (ala-ala lagu Bunkface ni). Teruk betul result aku semester lepas. Aku dapat B- utk ASEAN. Ye, memang salah aku. Sape suruh tak hantar ulasan artikel? 20% hilang. Sape suruh tak baca artikel betul2 utk oral? Salah aku tu. Sape suruh study last minute? Salah aku jugak tu.

Tapi, aku ambik kisah dgn ketewasan aku. Semester ni, aku berada di landasan yang terbaik. Fokus. Motivasi. Berhati-hati. Kata En Wan lagi, "Enough is enough!" Otak ni kadang-kadang penuh idea utk aktiviti itu ini, tapi aku terpaksa korbankan. Biarlah idea tu pergi. Datang tak diundang, pergi tak dihalang. Dan aku rasa aku betul-betul berada di tahap terbaik walaupun hari pertama masuk kelas En Rizal, aku rasa betul2 BODOH! Aku rasa takut. Orang kata, takut itu tanda taqwa. Takut itu petanda awal yang baik utk aku yg jarang-jarang takut!

Impak ketewasan maksima ini, aku bangun untuk memperbaiki reputasi yang tercalar. Aku rasa macam baru masuk U, baru semester 1, tahun 1. Aku akan pastikan, sepanjang semester ini aku tidak akan balik KOta Tinggi atau ke mana-mana. Aku dah penat melawan arus. Aku akan berenang mengikut arus utk semester akhir ini..