Rabu, 8 Ogos 2007

Aku Hidup Lagi:)

Wey, lama dah aku tak menulis kat blog ni. Sedar-sedar dah masuk minggu ke-5 KULIAH! Sedar-sedar 3 KUIZ aku terlepas.. Sedar-sedar setinggi KINABALU dah aku berdiri.. Sedar-sedar, AKU HIDUP LAGI!!!!

Dekat 2 minggu aku menyepi. Menyepi bukan kerana patah hati. Menyepi dengan cerita-cerita SENSASI DAN TERKINI. Hihihi.. Bz. Ya, macam tu la, sampai Abang Nus (senior IR) cakap, "Tak boleh buat bini, laki ari-ari makan MAGGI.." Hahahahah.. Narrow minded tu. Aku cakap - ITZ MY LIFE!!! Bole dok abe nuh? Huhu..

2 minggu lepas, aku TERLARI-LARI, TERKEJO-KEJO dengan segala macam tuntutan. Tuntutan kepada BANGSA DAN NEGARA!! Huh, mantap. AGAMA??? Harus, harus aku perbaiki. Malas nak cite panjang, tapi yang penting apa yang aku buat menyebabkan aku tak duduk diam. LARIAN AMAL S.O.S. HERAT FUND? ALHAMDULILLAH, berjaya mencapai target! Tak sangka aku ramai budak UMS yang sanggup mengorbankan HARI AHAD semata-mata untuk BERLARI 16KM!!! Penyertaan 112 orang, if i'm not mistaken. SATU KEJAYAAN PERIBADI UNTUK AKU. (Sampai Mary Anne dan Puan Eva tersenyum, kembang kempis hidung dorang..) Ye la, si Pinky bagi keje LAST MINUTE. Tu jam la nak urus tu, urus ni.. Tak lupa untuk GENG 9 JAHANAM yang SETIA bersusah senang dengan aku.. Best tak keje dengan aku? Hehe.. Family Day Spanish Club kat Karambunai terpaksa aku KORBANKAN. Tapi aku berjaya melangsaikan tanggungjawabku sebagai AJK Teknikal walaupun aku tak datang. 'NETWORKING' penting. Bukan POLITICIAN je perlu NETWORKING..

Minggu lepas, ari ISNIN sebetulnya. Akhirnya, aku, Lum n Teddy berjaya bawa SEGEROMBOLAN PENGAKAP KELANASISWA UMS menjejakkan kaki ke Kundasang, seterusnya menyertai KINABALU SCOUTING'S SUNRISE 2007, bersempena 100tahun PENGAKAP DUNIA. Sekali lagi, aku diuji dengan BENDA LAST MINUTE! Agaknya, muka aku ni memang COCOK untuk DILAMBAK dengan KEJE LAST MINUTE kot??? Entahlah.. Dapat tau Jamboree ari Selasa, decide nak pergi ari Rabu, ambik form ari Khamis, jumpa Dekan SSS ari Jumaat, bayar yuran n beli baju ari Sabtu, berlari 16km ari Ahad, pergi Kundasang ari Isnin, naik GUNUNG KINABALU ari Selasa, turun ari Rabu, malam gi dinner kat The Pasific Sutera, Khamis g US-Malaysia Relations Talk & JUMAAT - AKU TAK BOLEH JALAN BILA BANGUN TIDO!!!



Tapi aku paksa jugak jalan. Kata MATT, (perempuan tau si Matt ni) biasanya PENDAKI BUKAN TEGAR macam aku, dia dan hampir semua budak UMS, akan ambik masa kira-kira 1 minggu untuk sihat dan baik sepenuhnya. Aku ketawa tertonggeng dengan si Mat ni. Dia tanya, "Hoi Ziq, ko KENCING macam mana??? Ok ka?" "OK," aku kata. "Ko tau aku dulu KENCING TERABUR tau lepas balik dari gunung. Nda bulih cangkung ni..." Hwawawawa.. Gila, memang gila si Matt. Nanti la aku tulis pasal PENGALAMAN BERHARGA aku ketika mendaki, semasa di puncak dan ketika menuruni GUNUNG KINABALU, GUNUNG TERTINGGI DI ASIA TENGGARA!!! Betapa aku belajar erti SURVIVAL. Betapa KAMIKAZE aku naik gunung tanpa PREPARATION. Mujur, aku punya harta - SEMANGAT! Pagi Khamis, kaki aku memang sakit. Tapi aku malas nak kecoh. Aku urut kaki sendiri. Minyak Belut tak boleh jalan, aku mintak minyak Mestika dengan Za. Tapi, tak rasa minyak tu semua. Aku paksa jugak berjalan. Petang Khamis, tengok-tengok kaki aku dah bengkak. Mala, Ju n Siti urut aku. Betis aku tak boleh nak kata. Keras. Urat dalam tegang.

Malam Jumaat, aku ditimpa satu lagi ujian. Tapi kerana ujian di KINABALU MAHA HEBAT, maka aku mampu mengharung dugaan malam Jumaat dengan tenang dan senyuman. Lepas kelas Literature n Gender, aku balik jalan kaki sorang diri. Aku PANTANG dengan sistem bas yang CACA MARBA. Mak risau sangat aku jalan sorang-sorang. Sama la dengan roommates aku. Tapi, aku tak rasa apa-apa pun. Dalam perjalanan di depan Dewan Canselor, tiba-tiba hujan lebat dan angin kencang, MACAM RIBUT!!! Aku terpaksa matikan perbualan dengan Tok yang dah sikit bimbang. Aku nak lari ke bus stop depan SKTM, masakan terdaya, lutut n betis aku sakit giler! Maka, terpaksalah aku meredah hujan dalam kegelapan malam. Sejuk! Aku kata dalam hati, "Kalaulah besok aku DEMAM, maka aku BELUM CUKUP KUAT. Tapi, kalau AKU TAK DEMAM BESOK, bermakna AKU BOLEH MENYAHUT SERUAN DATIN PADUKA SHARIFAH MAZLINA - BAWA BALIK 'KAPSUL MASA' yang dia tanam!!!"

Guess wat? Aku memang TAK DEMAM-DEMAM. Sebab tu, kalo aku demam, teruk! Ari Jumaat aku duduk dalam bilik. Rehat. Baru perasan ada perasaan penat. Ari Sabtu, kaki aku KEBAS-KEBAS. Ah, shit! Aku terpaksa cari tukang urut kampung, tapi tak jumpa. Aku tak nak menyerah kalah di saat aku di ambang kemenangan. Aku tak nak jatuh sebelum tiba medan perang. Apa lagi, g urut la. Sekarang, aku dah ok.. Hehe.. Ari Isnin g Klinik pun sebab rasa kebas. Eh, aku lupa makan ubat la.. Erm, macam biasa, ubat akan jadi perhiasan jer..

SYUKUR, aku hidup lagi..

Tiada ulasan: