Sabtu, 11 Ogos 2007

Cerita Semalam

Semalam - JUMAAT. Malam sebelumnya aku terlalu penat selepas balik kelas Literature n Gender. Memerap kat library dari tengah hari sampai 7 malam untuk buat presentation ADL. Pagi-pagi rasa tak sedap badan, hurm, patut la, 'dia' datang dah bulan ni.. Hehe.. Bangun je aku terus mentelaah Spanish. Ye la, 3 kuiz aku tak ambik. Kuiz Spanish - tak ambik sebab g Scouting's Sunrise. Kuiz Jipun n Kuiz OA - tak ambik lagi sebab aku cuti, ada MC ok.. Lepas pekena custard biscuits n my favourite drink NESCAFE, aku gi PPIB sebab dah janji dengan senora kasma, aku datang kol 8.30 pagi.. Eh, cakap Sepanyol la - A LAS OCHO Y MEDIA DE LA MANYANA.. Hee.. Aku malas nak pk pasal presentation En Wan lagi, nanti ilang tumpuan kat Spanish.


Sampai PPIB, aku terus buat kuiz. Mak aiii, ingat soalan pasal JAM atau WAKTU (HORA) jek, rupanya ada pasal VERBOS! Matilah aku.. Matilah.. Ah, peduli apa, aku mesti jugak berjuang. Perah otak, ingat-ingat balik. Lepas abes je, senora kasma terus tanda depan aku. Ya Allah, muy nerviosa!! Tapi, Alhamdulilllah, aku dapat 8.33/10. Wow, markah Spanish bagi aku kekuatan baru. Ni aku hentam kan.. Kalo aku baca, Insyaallah bole dapat lebih. Takpe, aku puas hati.. Abes test, rushing ke SSS, PRESENTATION plak. Dah la aku tak baca apa-apa.. Ah, takpe. KAMIKAZE!!!


En Wan kata - "buatlah apa-apa pun. Today, diz iz ur arena.." Maka, aku, JC, Menon, Dell & Bell pun memulakan 'LANGKAH LAKSAMANA' (tajuk lagu Ahli Fiqir ni..) Prinsip aku - MAKSIMUMKAN KELEBIHAN, MINIMUMKAN KELEMAHAN. Jadi, atas kesedaran itu, aku memulakan pembentangan kami tentang ulasan artikel yang bertajuk The Evolution of Decision Making, kalo tak silap, dengan yakin dan selamba (confidence tu penting dalam perjuangan. Inilah senjata yang aku guna dalam DEBAT. Muka biar seposen, biar poyo dan berlagak, kita akan berjaya meruntuhkan kekuatan mental lawan dan mebuatkan dorang kecut perut. Huhu..). JC menyusul. Soalan demi soalan dari kawan-kawan especially from Dan, Rosa n John. Yeah, i love u all buddies. Korang memang ROCK! Lepas tu, turn Dell. Bell sambung diikuti Mr Menon. Pastu turn aku - Decision Making in Crises. En Wan menambah dengan hujah-hujahnya. Pastu kami buat kesimpulan. TAMAT. Memang LEGA, Public Speaking aku yang pertama, presentaion ADL yang pertama. Buat awal, habis awal. Tapi, KOS LEPAS, kekangan masa. Aku buat dengan apa yang ada, tak dapat buat sehabis baik. Tapi 'sehabis baik' dalam erti kata LAST MINUTE!


Tapi aku BENGANG dengan kawan-kawan IR ni!!! Masa aku n John (Kitorang dok paling depan dengan Dan) tengah bertanya En Wan, budak-budak kat belakang BUAT CERITA SENDIRI!!! Bangang betol! Aku GERAM GILERR semalam.. Bising mengalahkan PASAR IKAN TAK LAKU!! Dalam kelas la baru kecoh nak settlekan masalah group. Baru nak wat 'discussion'.. Padahal En Wan tak kata pun 'dismiss' lagi.. En Wan terpacak kat depan. Tengah menerangkan sesuatu dengan kitorang. Kalo tak nak dengar pun, TOLONG LA DIAM! Patut sangat En Zaini sound. Betul kata JOHN - mentaliti DUNIA KETIGA! Kalo aku ada AUTORITI, memang aku BASUH dorang habis-habisan semalam!! Kawan, kawan jugak. Yang TAK BETUL tetap TAK BETUL. Macam la aku n John tak bz?? Macam la kitorang tak ada group discussion? Fed up aku.. Kata John lagi, bila lecturer tanya ADA SOALAN???, semua MEMBATUKAN diri!! Sebab tulah aku tak bole jadi CIKGU atau LECTURER, high blood pressure! MACAM-MACAM..

Aku rasa, sem ni, subjek ADL yang paling aku suka! Subjek lain pun aku cinta, aku cinta semua. Aku suka apa yang aku buat. Tiada paksaan. Bagi aku, bila kita menyintai pekerjaan kita, maka hasilnya akan jadi lebih membanggakan. Satu KEPUASAN. Semalam En Wan banyak bercerita tentang DIPLOMAT, tentang DUTA. Ada DESK OFFICER. Aku rasa ciri-ciri Diplomat yang En Wan cakap, ada dalam diri aku. Eh eh, bukan angkat bakul sendiri! Jauhkan aku dari sifat riak atau takbur! Benda tu yang selalu aku mintak dijauhkan dari dalam diri aku! Tapi, setiap orang HARUS mengetahui kelebihan dan kelemahan diri sendiri, bukan? Itulah yang aku selalu lakukan. Sebelum melihat orang lain, aku analisis diri aku sendiri. Ketika En Wan cerita itu dan ini, API SEMANGAT mula MEMBAKAR JIWA MUDA aku! I'll do it! Aku nak jadi Diplomat. Aku tak mimpikan berkhidmat kat Swiss o Jipun, tapi aku nak ke BENUA GELAP - AFRIKA! Aku nak mencari kehidupan di sana. Aku nak bergelumang dalam rasa kesusahan orang-orang di sana. Aku mahu bertugas di sana!!! Tapi, kalo aku tak jadi Diplomat pun, aku mahu jadi WARTAWAN atau AHLI POLITIK.. Aku MAHU MENYUSAHKAN DIRI AKU dengan MENDEKATI KESUSAHAN ORANG.. Aku mahu membantu mereka keluar dari lorong gelap menuju cahaya. Aku mahu menukar rupa bangsaku!!!


Semalam jugak, aku baru sempat isi borang yang En Wan suruh. Aku tersenyum sendiri bila isi ruang 'keputusan SPM & STPM'. Ye la, dengan 6A SPM (zaman aku, 6A SPM dah kira 'besar'. Lepas zaman Amelina, senang jerk budak-budak ni dapat A berlambak! Tahun yang ada anak Menteri, lagi la senang dapat A!), A1 dalam MATHS dan A2 dalam BIOLOGI SPM, maka aku diterima ke Pusat Asasi Sains UM. Impian aku. Tetapi aku silap pilih. Aku terkongkong dalam bidang Sains. Maka, A1 Sejarah SPM aku jadikan modal untuk keluar matrikulasi dan ambik STPM. Cita-cita aku: LLB! Itulah yang cikgu-cikgu aku nampak - aku sesuai ambik Law. Tak mudah untuk aku tukar aliran Sains ke Sains Sosial. Usaha yang disertai AIR MATA. Terpaksa aku guna 'power' Mak Uda untuk masuk aliran Sains Sosial. Tapi, C+ dalam Sejarah STPM menamatkan cerita dongeng yang aku buat. Padan dengan muka aku, BZ sangat nak capai itu, capai ini. Masa aku hantar borang tu, ROSA tiba-tiba cakap depan En Wan: "Bertandinglah la MPP Ziqa, kami orang akan sokong ko!" Aku kaget. Aku tak penah pun dok cerita dengan dorang atau bagi signal yang aku nak bertanding! En Wan tanya pointer aku. Dia kata, "Mana yang awak nak? MPP atau 1st DEGREE???" Aku kata mestilah 1ST DEGREE!!! En Wan kata, biasanya MPP akan kecundang dalam pelajaran. Selalu kuar kelas. TAPI - DIA CABAR AKU! Kalo aku boleh buat, maka aku akan jadi MPP pertama yang BERJAYA!


Lepas kelas ADL, aku JC, Lum n Teddy dah buat PAKATAN untuk LASBELA. Kami sepakat nak buat 'homework' dulu tentang WESTPHALIA n EUROPE. Nak ke sana. Aku dah jumpa DREAM TEAM aku untuk LASBELA. Cuma KERUSI TIMBALAN PENGARAH II belum terisi. Yang pasti, aku bukan memilih atas DASAR KAWAN! Bukan pentingkan DIRI SENDIRI, tapi demi ORGANISASI. Mereka yang aku sebut di atas, ditambah dengan BELL & DAN, ada kekuatan sendiri. Aku tak ready nak jumpa En Zaini tanpa apa-apa info. Lepas balik dari Penang, aku ingat nak settlekan PROPOSAL n PRESENT depan semua lecturer. Kalo mereka tak setuju? Takpe, ini fasa pertama. Arini aku kena siapkan REPORT LASBELA INDONESIA! Tiada hari cuti untuk aku. Waaaa..


Dan anta balik kolej semalam. Bas takde. Aku beli nasi n PUNTI GINURING. Pas kenyang, tido kejap. Alamak, KUIZ OA!!! Takut gak aku nak buat KUIZ OA PN MARJA. Ramai kata susah! Dah berapa kali aku selak notes pn. Tapi, tak semua melekat ni.. Hwaaa.. Takpe, NO TURNING BACK. Peh, memang susah gak la KUIZ OA. Susah sebab tak menguasai apa yang aku belajar. Usaha lagi, yah, usaha!!! Lepas buat KUIZ OA, aku g office. Mintak surat pengecualian kuliah ari tu. Bila masuk BMU, budak Komunikasi guna. Aikzz?? Kata meeting Family Day IR? Hurm, pukul 4pm baru meeting start kat BTG 8!!! Lama aku tunggu!!! Malas la nak kata GERAM ke BENGANG ke.. Dah selalu sangat macam ni. Memang takde KOMITMEN! AJK-AJK tahun 2 pun hilang ke mana. Meeting ke namanya??!!

Masa meeting, dalam KEBOSANAN tahap MAMA BOSAN, aku dapat msg. Tekezut aku. "Salam dik. Bole tak akak minta no matrik, nama penuh n pointer. Akak nak calonkan adik masuk MPP. Kak jum." Huh??? Apsal ari ni TIBA-TIBA timbul 2 PERSOALAN MPP dalam diari aku??? TIBA-TIBA!!! Pas meeting, aku booking PC kat UMTP. Ntah apsal, hp buat hal! TIBA-TIBA!!! Tekan punya tekan, SIMCARD BLOCKED! Oh, shit!!! Aku terpaksa g KK. Bas pulak buatkan aku bengang. Lama gilerrr. Masuk KF la. Pusing kampung 2 3 kali. Tapi, aku layan perasaan. Aku terfikir, 'KALO AKU TERUS ADA KAT PASUM, AKU DAH JADI APA? AKU KAT MANA SEKARANG?' 'KALO AKU PILIH LAW SEBAGAI PILIHAN PERTAMA DALAM BORANG UPU DULU, MUNGKIN AKU DI UIA.' Mungkin. Tapi, aku menggatal nak pure science! Yang pasti, aku tak berada di BUMI BERTUAH Sabah ni. Pasti! Dan PERSOALAN MPP pun menyesakkan OTAK aku. DILEMA. Antara cita dan cita-cita. "NAK KE TAK NAK?" Mak, help me!! Aku dah tak boleh duduk senang, masih berfikir dalam kehangatan.


Sampai KK, hp aku terus ok. Mak aiii, BENCI aku! BENCI! Maka, aku terus menunaikan rasa tekak yang nak makan IKAN PARI BAKAR & SOTONG BAKAR kat Pasar Philippines.. Sorang. Banyak gak mata yang tengok aku sorang tapi macam makan 2-3 orang. Peduli apa? PERUT AKU!!! Perut, perut.. Sempat plak aku msg SUPERMUM. Tak berani aku nak call mak, sebab BATERY LOW. Aku pasti, mak akan sedikit risau kalo tau aku jalan sorang2 malam-malam. TIBA-TIBA, aku jumpa si Awang n Jes budak Sejarah. Lama giler tunggu bas kat depan Water Front. Maka atas ke'boring'an, kami berjalan sampai bus stand depan Wawasan Plaza. Bateri abes. Bagus betul arini. Macam-macam yang TIBA-TIBA!!!


Tepat pukul 12 malam, aku call mak. Sebenarnya,nak wish HAPPY BIRTHDAY kat TOK! Ke-72 TAHUN. Tok dah tido, tapi aku suh jugak mak kejutkan.. Dari suara TOK, aku tau TOK terharu. Last year, aku sempat pos BIRTHDAY CARD yang besar n ada muzik untuk TOK. Mak kata, TOK nangis bila tengok kad tu.. Aku tak pandai, lemah sikit bab carik HADIAH untuk orang. KUSUT KEPALA. Jadi, kad la paling senang. Hee.. Pastu, call CIKGU AISHAH. Last year pun aku kirim something ke Penang. Tapi tahun ni tak sempat. Cikgu kata suara aku lain. Erm, suara MASUK TV lain ke cikgu?? Hahahah.. Saje gurau. Insyaallah, next week harap-harap aku dapat jumpa Cikgu Aishah kat Penang. Berapa tahun dah tak jumpa.. Tie, roommate aku pun celebrate birthday ari ni (11/8), sama dengan TOK n CIKGU AISHAH. TANJOOBI OMEDETOO GOZAIMASU!

Pagi ni, aku masih berfikir, MPP atau 1st DEGREE??? Cikgu Aishah berpendapat yang sama dengan En Wan. Aku PASTI, mak pun akan kata yang sama. Tapi, aku tak nak tamak, kelak yang dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat! Biarlah, buat apa nak pening-pening kepala. Kalo dah rezeki tak ke mana. Biar
MASA PENENTU SEGALANYA..

Tiada ulasan: