Isnin, 1 Disember 2008

Tak Hebat

Kebelakangan ni.. aku rasa tak hebat. Inferior? Lebih kurang la.. Bila renung-renung balik tentang diri sendiri, aku rasa banyak kesilapan yang aku dah buat. Silap aku paling besar: TAK FOKUS DALAM SATU PERKARA. Selain tu, lemah pengurusan masa. Pasal pengurusan masa jugak la aku pernah naik turun bilik kaunseling dulu. Aku memang perlu kaunselor tapi kaunselor kat U yang aku nampak pada zahirnya tak menambat hati. Jadi, aku tak pergi.

Bila aku ukur dan buat kira-kira tentang kemampuan dan kebolehan diri, aku sebenarnya boleh buat lebih daripada apa yang aku dah buat. Tapi selain daripada TAK FOKUS, aku ni jenis yang macam mana ek nak cakap.. hmmm.. tak ikut peraturan? Ya. Maksudnya tak berdisiplin? Uishhh, perit nak mengaku, tapi ya! Suka buat kerja ikut kepala sendiri. Semua benda nak buat. Semuanya aku kata YA. Silapnya, otak aku ni suka berfikir idea yang macam-macam. Sebab tu tak dapat fokus. Memang dah tetapkan prioriti, tapi... Haaaahhhhhh.. memang separuh gila bila fikir balik benda yang lepas. Bila aku rasa aku dah tak hebat lagi. Ketewasan. Kegagalan. Kekalahan. Kegilaan. Kehancuran. Ah, persetan! Aku perlu keluar dari belenggu 'ketidakhebatan' ni. Aku perlu mendaki puncak kehebatan. Ya! Kerana aku adalah AKU.

Kalau sampai waktuku
Kumau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi

Ahad, 23 November 2008

Impak Maksima???

Tadi tok ajak keluar, pegi beli belacan. Hacchummm.. hidung aku yang resdung ni makin gatal lepas Afiy tiba-tiba tonyoh dengan belacan! Nasib baik dalam plastik lagi, kalau tak.. nescaya tercabut ler hidung ni.. Tapi, ceritanya bukan pasal belacan, pasal KERETA dan ADEGAN KEJAR-MENGEJAR. Ala-ala Impak Maksima gitu lerr..

Pertama sekali, aku bukan peminat drama, filem atau teater muzikal Impak Maksima. Geli-geleman. Nak pulak ada Awal berlakon, hermmm, gatal hidung! Tadi.. ada la kereta yang kacau 'jalan' aku. Memang bengang. Beremosi la aku jadinya. Dah la semalam kat traffic light Arked Mara, ada geng Mat Rempit yang berlagak bagus dengan pakai topeng hantu dia orang. Macam jalanraya dia orang yang punya! Ayah tak bagi aku jalan dulu bila lampu dah hijau. "Bagi budak-budak tu jalan dulu. Kang accident," kata ayah. Peduli apa aku, pantang aku DICABAR atas jalan ni! Pagi tadi jumpa pulak orang yang sengal bawa kereta, lelaki pulak tu.. aduhhh.. nasib. Nasib. Itu yang membuatkan aku diimbau kenangan.....

Peristiwa ni mengingatkan aku pada adegan kejar-mengejar masa aku drive Mazda biru berenjin turbo dulu. Fuh, memang 'pergi' kereta tu! Paling best aku boleh 'makan' 160km/j.. Mazda biru, haru biru! Aku balik dari JB dengan mak masa tu. Tiba-tiba, sampai kat Taman Saujana, ada kereta Peugeot putih yang lembab dan sengal! Aku berebut jalan dengan lelaki Peugeot putih tu. Mak sampai berderau darah. Aku potong dia. Tuptup dia potong aku balik. Cis, tercabar kewanitaan aku! Aku pun apa lagi, kejar kereta Peugeot tu sampai ke bandar Kota Tinggi. Sampai kat traffic light Arked Mara, aku pun.. tenung kereta sebelah, kereta Peugeot tadi! Baru dia tau, bukan semua perempuan boleh senang-senang dipotong atas jalan!

Cerita kedua. Juga masa aku masih dengan Mazda turbo. Aku potong kereta Satria yang potong aku. Rupa-rupanya, kereta tu pegawai polis trafik Kota Tinggi. Nah, rasakan. Polis tu siap mengadu dengan ayah. Cis! Kat Sabah pun banyak jugak adegan potong-memotong dan kejar-mengejar ni. Bayangkanlah, aku yang biasanya sewa Kancil, berlumba dengan Storm! Pernah jugak aku main potong-memotong dengan pakcik teksi. Masa tu bawak Rein dan Mala. Yang kelakarnya, penumpang teksi, 2 orang budak lelaki Cina (macam budak UMS jugak) yang terkedu bila tengok kitorang semua ni perempuan! Mwahahahahaha.. Cubalah untuk mencuba drebar-drebar wanita di luar sana.. nescaya akan rasa sesuatu.. Tamparan Wanita!

Sabtu, 22 November 2008

Kehangatan Wanita

Hmmm.. sejak balik rumah ni, aku habiskan masa dengan membaca dan tengok TV dan.. movie. Bila dah balik ke tabiat lama - membaca, aku kurang makan. Cuma bila aku dah sampai tahap 'starving', pagi-pagi buta pun sanggup meredah embun pergi memuaskan tekak! Tadi aku ajak Chik gi beli KFC. Tapi, cuma seketul je Snack Plate yang aku habiskan. Hey, HAZIQAH NASIRAH ke ni??!! Macam tak caye je kan..

Apa yang menjadi minat aku sekarang ni adalah isu-isu wanita selain isu WANITA (UMNO). Datuk Shahrizat Abdul Jalil vs Tan Sri Rafidah Aziz! Aku memang mengikuti kemelut Wanita ni. Menarik. Tidak kira dengan persaingan banyak penjuru yang berlaku dalam Puteri UMNO lagi. Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan Kak Bibi Sharliza kedua-duanya mahukan KOMPROMI, tetapi Datuk Shahaniza dan yang lain-lain mahukan pemilihan Ketua Puteri dilakukan melalui pemilihan. Ahli-ahli Puteri telah matang, kata Datuk Shahaniza lagi. Aku 'setuju dan tidak setuju' dengan kenyataan beliau. Matang. Dari satu sudut Puteri dilihat telah matang, namun ada banyak sudut Puteri masih bertatih. Betul kata Datuk Noraini ketika berucap di Kluang dahulu, Puteri diwujudkan semasa UMNO dilihat tidak lagi relevan. Maka, Puteri adalah wadah untuk mendekatkan UMNO pada hati dan jiwa genegarasi muda. Realitinya, adakah Puteri benar-benar relevan kala ini?

Menyentuh tentang persaingan antara Datuk Shahrizat dan Tan Sri Rafidah. Wanita sepatutnya menonjolkan kematangan dalam isu peralihan kuasa. Memang sebelum ini, sejarah menunjukkan telah wujud rekod persaingan. Antaranya, Tan Sri Aishah Ghani pernah melawan Tun Fatimah Hashim. Tan Sri Rafidah pernah melawan 2 Z- Zaharah dan Zaleha. Tetapi, bagi aku, Tan Sri Rafidah seharusnya menutup kegemilangan politiknya dengan pelan peralihan kuasa pada Mac 2009 dan bukannya Jun 2009. Tan Sri Rafidah cuma satu. Gaya beliau cukup mengujakan aku. Bukan mudah untuk mencari seorang wanita seperti beliau. Namun, seandainya beliau mengundur diri secara terhormat dan bukan melalui pertandingan, aku akan lebih menghormati dan mengagumi beliau! Wanita UMNO yang ada pada hari ini jauh berbeza dengan Pergerakan Kaum Ibu sewaktu zaman Ibu Zain mahupun Tun Fatimah Hashim dahulu. Kesedaran berpolitik dalam kalangan wanita-wanita Malaysia kian berkembang. Permainan politik juga semakin 'kencang'. Disebabkan oleh perbezaan 'mazhab' dan pertandingan dalam Wanita dan Puteri, maka kedua-dua pergerakan ini goyah dan longgar ikatannya.

Rakyat Malaysia pada hari ini tidak boleh ditipu lagi. Tidak perlulah menonjolkan 'permuafakatan' atau 'perpaduan' palsu tetapi hakikatnya, hanya Tuhan saja yang tahu! Kepada ahli-ahli pergerakan Wanita dan Puteri akar umbi, pilihlah pemimpin yang dapat mengemudi sayap-sayap UMNO ini dengan jaya, bukan memilih pemimpin yang berkepentingan. Pemimpin akan datang dan pergi, tetapi UMNO kita cuma satu! Perkelahian dan perpecahan mudah untuk dilakukan. Tetapi perpaduan bukan mudah. Sekiranya tenaga WANITA dapat digabung dan diperkemaskan, insyaallah, wanita akan maju ke hadapan.

Kemelut wanita yang berlaku pada hari membuatkan aku berfikir sejenak. KUASA WANITA. Ya, KUASA WANITA. Wanita yang berkuasa mempertahankan kekuasaan dan wanita yang ingin berkuasa bersaing untuk mendapatkan kekuasaan. Dalam persaingan sebegini, kepercayaan dan kesetiaan bukan lagi ukuran, tetapi masing-masing berusaha membuktikan kehebatan. Aku terfikir lagi. Kalaulah kehebatan wanita-wanita yang sedang bersaing ini disatukan, tidak mustahil, akan ada Hillary Clinton dan Sarah Palin Malaysia! Banyak isu yang sepatutnya ditangani oleh Wanita dan Puteri, bukan soal peralihan kuasa dan politik semata-mata. Isu lesbian dan pengkid yang menjadi polemik dalam tabloid Harian Metro misalnya, perlu diubati segera. Masalah moral gadis-gadis juga perlu diambil tindakan bersama. Soal ekonomi khususnya dalam kalangan ibu-ibu tunggal Melayu perlu dititikberatkan. Pendidikan duniawi dan ukhrawi yang patut diberikan oleh kaum ibu kepada anak-anak tidak harus diperlekehkan.

Isu wanita di Malaysia semakin hangat. Hal inilah yang membuatkan aku lebih terpanggil untuk membaca lebih lanjut tentang isu-isu kewanitaan, tentang feminisme. Sepanjang perjalanan aku selama 22 tahun ini, macam-macam wanita yang telah aku jumpa. Ada wanita waja. Ada wanita lemah. Ada wanita yang tidak memerlukan lelaki, ada pula yang terlalu mendambakan kehadiran lelaki. Ada wanita yang menjadi mangsa lelaki, ada pula yang menjadikan lelaki sebagai mangsa. Wanita, sebagaimana namanya.. penuh kehangatan!

Selasa, 18 November 2008

Penerbangan Ke-32

AK 5623, BKI-JHB menjadi penerbangan ke-32 aku semalam. Lepas Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) yang lembap tu keluarkan jadual periksa, aku pun telefon mak.. Hmmm, minta belikan tiket la! Adik gemuk aku, Chik pun menjalankan tugas beli tiket online macam biasa! Sengaja dia belikan aku tiket 17 November 2008 sebab tarikh ni jatuh pada sambutan ULANGTAHUN dia yang ke-15 tahun! Dia cakap, hadiah hari jadi paling best ialah ayong balik. Betul ke, Chik? Bodek ayong je ek? Apa-apapun, "Selamat Membesar, budak gemuk!"

Macam biasa juga, aku balik sorang semalam. Bila aku keseorangan, aku makin 'berkembang'. Bukak je mulut, dapatlah kawan-kawan baru, dapatlah 'networking' baru! Hehe.. Tapi kalau balik dengan kawan-kawan pun tak jadi masalah untuk aku, bercakap sepanjang masa! Nad mesti tak dapat tido kalau duduk sebelah aku! Nak nak lagi bila aku dah kena 'cas' dengan secawan Nescafe! Tak reti duduk diam! Yang selalu jadi mangsa, semestinya geng Jejak Daksina. Tapi, geng gigi jarang, Cik Zaidatul 'Nad' Nadia pun pernah jadi mangsa.. Sorry ek, Nad! Huhu.. Aku mintak Zai, student SKTM yang buat 'bisnes penghantaran pulang' untuk hantar aku ke airport, tapi last minute Zai tak dapat hantar. Dia balik Ranau. Jadi, dia minta si Roland, coursemate Electrical Engineering (EE) dia hantar aku. Aku memang tak kenal Roland, tapi macam aku cakap tadi, 'networking'!

Si Roland. Budak EE, boleh tahan jugak, banyak sakap! Roland bawak 'sumandak' dia yang study kat KYS masa hantar aku. Rupa-rupanya pernah sama kelas Gender dengan aku dulu.. Sampai airport awal jugak la, 7.52 pagi. Flight 9.55 pagi. Aku tak kisah sampai lambat pun.. Kalau dengan mak ucu, flight kol 7pagi tapi dengan selamba badaknya, kol 5.30 baru nak bertolak dari Kota Tinggi. Dah berapa kali jugak la ada insiden terlewat sampai kaunter dah tutup. Tapi, 'tuah' ada dengan aku! Kehkehkeh.. Semalam, masa tengah Q kat kaunter 'common check in' AirAsia yang aku betul-betul tak suka (sempat komplen dengan staf AirAsia kat kaunter pasal cara check in baru, tapi staf tu cakap: AirAsia sentiasa berubah!), aku jumpa seorang lagi kawan baru selain si Roland.

Sofiya Hani.
Student Marketing, SPE. Tahun 1. Tapi muda setahun daripada aku. Dulu dia buat Diploma Akaun kat UIA. Mantap. Yang penting, anak Johor. Macam-macam isu yang kami 'kupas' dan kongsi masa bergebang. Daripada sistem online BPA yang s*** tu, sampai ke politik, filem dan makanan, sentuh pula recession dan ekonomi semasa, berfikir tentang student power dan juga human behavior. Sofiya tentunya akan masuk dalam list responden aku untuk tesis Iskandar Malaysia. Wow! Dah lama aku tak jumpa kawan sebaya jenis macam ni! Aku suka dengan kawan macam ni. Mengingatkan aku pada Sobna, partner bercerita yang 'mencabar'.. Sofiya duduk sebelah kiri aku dan seorang makcik di sebelah kanan. Kebetulannya, dua-dua dari Batu Pahat. Pengundi Dr Fuad Zarkashi barangkali! Hehehe..

11.45 pagi. Sampai Senai Airport. Benci dengan airport yang tengah 'bikin' ni. Apa nak buat, pembangunan ni demi Iskandar Malaysia. Iskandar. Iskandar. Iskandar. Macam biasa jugak, ambik bas ke Larkin sebab mak tak dapat ambik. Ngantok giler dalam bas, lagu-lagu rancak pun tak dapat halang aku dari terlelap. Benci jugak dengan jalanraya Johor Bahru yang memeningkan dan menyesakkan otak! Sampai kat Larkin, cari 'kudap-kudapan'. Aku ni macam Po dalam Kungfu Panda, kena ada 'booster' untuk bertindak. Dan 'booster' tu adalah kudap-kudapan atau nama biasanya: MAKANAN!



Persemadian abadi Allahyarhamah Hayati Mohd Said dan ibunya. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka.


Sepanjang perjalanan balik ke Kota Tinggi dalam bas Causeway Link, aku asyik teringatkan ARWAH HAYATI, junior IR yang meninggal dalam satu kemalangan di Jalan Kulai masa perjalanan balik ke Kota Tinggi dari airport. Banyak cerita tentang kemalangan dan tentang arwah, tapi aku tak sempat tulis dalam blog masa kejadian tu.. Hujan lebat mengganggu perjalanan. Sampai kat Kampung Batu 25, bas ROSAK! Terpaksa tukar bas..

Pukul 2 lebih, akhirnya aku sampai rumah.. Lega & happy dapat tengok muka mak, dapat peluk Afiy, dapat jumpa gebo (selimut) dan bantal peluk kesayangan!!!! Penerbangan ke-32 tutup buku. Tapi buku-buku yang aku bawak balik.. perlu dibuka!

Pos Ke-100!!!


TERIMA KASIH.


Barangkali inilah kata-kata terbaik untuk aku poskan sempena entri bilangan 100 ini. Terima kasih kepada semua yang membaca dan mengikuti blog peribadi ini. Kata orang, menulis blog perlu konsistensi, tapi, ini blog aku.. peduli apa aku dengan konsistensi! Hehe..

Terima kasih kepada 'kembar' ZULIA ERVINA (Eben) yang mengikuti blog ini. Dulu, aku, Cda dan Eben akan menulis sesuatu dalam buku log kami bertiga pada setiap hari. Macam-macam cerita dan gosip yang dikongsi. Eben, kita simpan lagi tau buku 'rahsia' tu!!! Tetapi, memandangkan bangku sekolah dah lama ditinggalkan dan Eben dan Cda pun dah khatam belajar, maka web log atau blog menjadi kesinambungan kepada perhubungan yang takkan terputus walau tidak bersua muka..

Selain tu, mak, mak uda, adik-adik dan keluarga yang lain-lain cukup terharu sehingga menitiskan airmata bila membaca entri bertajuk "Basikal Tua Tokbah dan UMNO". Pesan mak agar contohi semangat Tokbah akan sentiasa segar dalam ingatan. Harapan mak untuk aku panjangkan cerita tentang Tokbah dalam bentuk cerpen dan novel juga berada dalam rencanaku. Tokbah bukan sesiapa.. Tapi Tokbah terlalu istimewa untuk aku..

HIDUP ini punya pelbagai cerita, rencam. Blog ini salah satu daripada kerencaman rencam kehidupan. Selagi ada ruang, selagi itu aku akan terus menambah blog ini dengan tulisan-tulisan yang rencam!

Ahad, 2 November 2008

Bila KEBENARAN Ditapakkasutkan...

"Jangan main POLITIK TIKAM BELAKANG" ~ Pak Lah

Hmmm.. itu kata Pak Lah. "TIKAMlah aku kalau BERANI!", ini kata aku. Memang aku sedang ditikam pun. Tikaman itu tepat di jantungku, lalu darah merah pekat mengalir laju. Tapi... mujurlah darah yang mengalir dalam badan aku adalah darah Melayu - pantang MELAYU berundur! Maka, aku bertarung dengan maut demi terus bernyawa. Aku sedang bertapa untuk mengembalikan kekuatan agar pencak silatku takkan canggung. Musuh yang telah menikam aku pastinya sedang berseronok sekarang ni. Tapi tak sampai berapa ketika, sedang aku masih 'luka parah', aku telah berjaya memberi 'tumbukan' padu tepat ke muka dia dan PECACAI-PECACAINYA! Serikandi MELAYU usah diuji, kelak terhumban ke pintu NERAKA!

Tersirat kan apa yang aku tulis di atas. Kalau baca sekali takkan mengerti. Tapi, inilah yang aku hadapi. Aku namakan musuhku itu sebagai PENGKHIANAT dan pengikut-pengikutnya sebagai PECACAI I dan PECACAI II. Sudah pastilah PENGKHIANAT dan PECACAI I&II lelaki! Jantan-jantan keparat yang tak kenal dek untung. Aku pernah menghadapi saat-saat penuh cabaran sebegini, juga sewaktu bekerja dengan lelaki. PENGKHIANAT ni sebenarnya coursemate aku. Tapi mungkin dia tercabar bekerja di bawah arahan seorang PEREMPUAN, maka aku dipertikaikan dan difitnah habis-habisan. Sebelum cuti raya, aku dah lama lupakan dan maafkan apa juga yang PENGKHIANAT dan PECACAI I dan PECACAI II lakukan kepadaku. Kerana DENDAM hanya akan menghitamkan seketul daging yang berada dalam badanku..

Aku tak kisahpun kalau dikritik, dimarah atau ditempelak kerana aku tau aku bukan manusia sempurna. TAPI... pantang aku kalau aku DITIKAM DARI BELAKANG! Dah! Buang masa je aku bercakap pasal PENGKHIANAT dan PECACAI-PECACAInya. Tapi kalau hari ini PENGKHIANAT dan PECACAI-PECACAInya sudah 'main kotor' dalam dunia pelajar, aku yakin dan pasti, esok atau lusa, PENGKHIANAT dan PECACAI-PECACAInya adalah CALON-CALON yang akan merosakkan perpaduan negara dan akan mengotori masa depan bangsaku.

Kunci ke NERAKA ada di tanganku. Bila-bila masa aku boleh humban PENGKHIANAT dan PECACAI-PECACAInya ke NERAKA JAHANNAM! Tapi, kerana ada seketul daging yang ada dalam diriku iaitu HATI yang masih punya perikemanusiaan, maka aku melakukan tindakan-tindakan BERMORAL dan penuh MARUAH.

Hmmm.. satu lagi tambahan. Selain PENGKHIANAT, PECACAI I dan PECACAI II, ada 2 lagi watak pelakon wanita utama yang berlagak baik. Bezanya mereka, barangkali kerana mereka WANITA, mereka bukan MENIKAM aku, tetapi MERACUN aku senyap-senyap! Tapi, kerana seketul daging dalam badanku yang telah aku cuci dari dendam, maka kebenaran terbentang di depan mata.. Mereka ni aku namakan MULUT SUNDAL I dan MULUT SUNDAL II.

Tika dan saat ini, hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaanku. Aku tak minta untuk dikasihani, simpati ataupun difahami. Bila aku ikhlas dalam pekerjaan, aku dikatakan tidak buat kerja. Bila aku berdiam, aku ditikam dari belakang. Tapi bila aku ditikam, aku takkan senang-senang menyerahkan nyawaku! Aku akan bertarung untuk hidup dan terus hidup! PEMBALASAN PERTAMA telah aku lakukan kepada PENGKHIANAT dan PECACAI-PECACAI. MULUT-MULUT SUNDAL juga telah aku SUMBAT dalam forum Friendster agar dia tahu beza "Berani untuk bercakap benar" dan "Berani untuk bercakap benda mengarut!"


Seperti aku katakan tadi, kunci NERAKA ada di tangan aku. Tapi, PEMBALASAN yang perlu PENGKHIANAT, PECACAI I, PECACAI II, MULUT SUNDAL I dan MULUT SUNDAL II akan terima kerana MENAPAKKASUTKAN KEBENARAN tidak semudah dicampak ke dalam NERAKA, tetapi aku akan pastikan BISA KERIS SRIKANDI MELAYU akan membuatkan mereka menggelupur dengan mulut berbuih-buih! Ini SUMPAH seorang SRIKANDI MELAYU yang telah DITIKAM BELAKANG dan menjadi mangsa KEBENARAN YANG DITAPAKKASUTKAN..

Sabtu, 25 Oktober 2008

Kak Nazliah Ali



Gambar ni gambar lama yang diambil di Pekan Kundasang, sewaktu perjalanan pulang ke UMS setelah berakhirnya Program KEMMP 2007 (Program Ke Arah Meningkatkan Motivasi Pelajar) di SMK Lohan, Ranau. Masa tu, rombongan UMS terserempak dengan rombongan PUTERI UMNO yang juga bertolak pulang ke KK selepas program di BTN Kundasang.


Jengjengjeng.. yang paling kiri adalah KAK NAZLIAH ALI, orang kuat Puteri Tawau. Masa penutup Kembara Ramadhan Puteri Johor di Kluang tempoh hari, aku berjumpa lagi dengan Kak Nazliah! Lepas beberapa SMS, rupa-rupanya Kak Nazliah nilah yang membantu Encik Zaini Othman a.k.a Daddy Cool menguruskan penginapan fieldwork kursus Keselamatan Antarabangsa aku dan kawan-kawan Hubungan Antarabangsa di Tawau. Cuma sewaktu kami ke Tawau, Kak Nazliah terbang ke Permatang Pauh, membantu jentera pilihanraya BN di sana. Hehehe.. Jodoh la dikatakan. Kan kak? Kebetulan lagi, Encik Zaini, supervisor tesis aku akan jadi supervisor Kak Nazliah juga nanti! Berkongsi Daddy Cool kita... Hmmm, what a small world!

Payung dan Mentaliti Pelajar U

* ALTERNATIF SETELAH PAYUNG DIKEBAS: Gunakan baju hujan atau payung macam ni!

Payung. Payung. Payung. Nampak masalah ini masalah remeh, tetapi bila difikirkan, besar impaknya.


Cerita tentang payung ni bermula dari aku tahun 1, semester 1 hinggalah ke hari ini, tahun 3. Musim-musim HUJAN macam ni, dah tentulah PAYUNG amat bermakna kepada sekalian warga UMS. Kalau setakat hujan rintik-rintik, tak kisah. Tapi ini dah masuk kes hujan lebat tak henti-henti. Nak dijadikan cerita, semalam aku guna payung ke perpustakaan. Bila balik bilik, aku letakkan payung aku berdekatan dengan bilik. Tuptup, ada la tangan gatal yang menutup payung aku tu. Ok, tak jadi masalah. Tapi lepas Ain, roommate aku balik, aku keluar la untuk mandi. Nah, pastu payung aku terus ghaib! Eh, payung ada sayap boleh terbang ke????



Pagi tadi, hujan masih tak henti-henti. Payung aku tetap takde. Dah la ada KOKUM Golf kat Kolej Yayasan Sabah Driving Range! Ni yang buat aku mula PANAS! Kenapa la payung yang harganya tak seberapa tu pun ada tangan yang gatal nak ambik??? Heh, dapat PTPTN beribu, satu payung takkan tak mampu??? Waktu darurat hujung semester sekarang ni, dah tak sempat nak keluar kampus beli payung lagi dah. Tak sedarkah orang yang ambik payung tu betapa dia telah menyusahkan orang lain??? Tahun 1 dulu, payung yang aku dapat masa pendaftaran Minggu Suai Mesra pun kena KEBAS jugak masa letak di luar perpustakaan. Lepas tu, ada salah sorang kawan aku yang cakap, dia takde payung nak balik ke kolej dari perpustakaan, jadi dia kebas la payung orang. Sorang kawan aku yang lain pulak cakap, dia bawak payung, tapi setelah payung dia dikebas, dia pun kebas payung orang lain!



SHIT! Bak kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri!" Sampai bila episod kebas mengebas, rembat-merembat payung di UMS ni nak berakhir??? Yang memalukan aku, pelajar perempuan pun kaki kebas! Kalau pergi kelas melawa, bedak tebal, bau 10 meter pun dah menusuk hidung, tapi mengambil harta benda orang lain? Kenapa aku kata PAYUNG ni penting? Ini baru kehidupan di kampus. Kalau dah kerja nanti, tak mustahil, 'golongan kaki kebas' ni juga akan meneruskan aktiviti mereka kan? Kebas barang-barang pejabat, kebas alat-alat pejabat atau songlap duit barangkali??? Takkan la nak ditulis dalam AUKU perihal "jangan mengambil barang individu lain", baru pelajar-pelajar U ni nak sedar??? Cis, memalukan sungguh!

Jumaat, 24 Oktober 2008

KERANDA 153???


KERANDA 152

Senjata disandang dijulang
Tekad kukuh tujuan murni
Bahasa Usah dijual beli dangan Mutiara
Atau tolak ansur walau segaris kapur
Kerana ia hak mutlak perairan ini

Bahasa Melayu di keranda
Dada mana yang tak sebak
Telinga mana yang rela mendengar
Mata siapa yang bisa kutup rapat
Sedang kita dilahirkan dengan iramanya

Apa guna janji pada gelombang
Kalau sikap kita cuma ulam
Bahasa di keranda bisa diusung ke lahad
Kelaku itu apa bisa kita ratap dan pinta
Darah yang mengalir berubah warnanya
BIBLOGRAFI

Pernah terdengar sajak ini??? Keranda 152 ditulis pada ketika aku belum lahir lagi ke dunia ini. Ketika kebangkitan kesedaran tentang BAHASA MELAYU memuncak.. Tapi hari ini, ketika ini dan detik ini, aku tertanya-tanya, adakah KERANDA 153 (Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang memberikan tanggungjawab kepada Yang Di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan ORANG MELAYU & penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya disebut BUMIPUTERA) pula yang akan menyusul???

Tak perlu aku memanjangkan apakah yang berlaku tentang Perkara 153, hak istimewa atau kontrak sosial kala ini, cuma aku masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan oleh WAK KHALID SALLEH kepadaku ketika beliau datang ke Kota Tinggi untuk satu bengkel penulisan, "MELAYU adalah tuan rumah di tanah ini. 'Yang lain-lain' adalah ibarat tetamu. Tetamu, walaupun ibubapa atau ibubapa mertua sekalipun, bebas untuk membuat apa sahaja di rumah tersebut tetapi 1 SAHAJA: tidak boleh dan tidak layak sama sekali untuk memasuki bilik tidur utama tuan rumah."

Terharu III: Sidang Redaksi Majalah LAKSAMANA 40

Haziqah Nasirah Zol Bahari (UMS)

Nor Farhana Jamari (UUM)

Syaryati Hanum Ahmad (UUM)

Nooraini Mohd Aziz (UKM)

Charlotte Salome (T.D.K)

Mageswary Silvaraja (T.D.K)

Mohd Zuhri Hussian (UMS)

Mohd Fadzely Sohaaimi (UNIMAS)

Tang Lik Shun (USM)

NOTA: T.D.K=Tidak Dapat Dikesan. Apakata kita BERGABUNG sekali lagi? LAKSAMANA 40 Special Edition ke??? Aamacam korang???

Terharu II

Wey, masa ni kita lower o upper 6 hah? Ko tau ape tajuk gambo ni? "Kayo".. Aku ingat lagi, ko slalu kena 'sound' baik punyer dengan Cik Hawa n Bunda Ruzita kita sebab ZZzzzz dalam kelas. Aku senggol, ko tak bangun. Senggol lagi, tak bangun gak. Yang lawak, ko kasi depan tudung kuning form 6 ko tu, then tido sambil tengok buku! Wakkakakakaa...


Kem Motivasi STPM kat Tiram Indah Village.. Saat-saat hampir lemas masa menyusur sungai ni pun ada kan? Aini, aku, Nana n ko pakai t-shirt kelas yang kita buat. Amoi 2 orang ni, Ong Pei Li (kolar hijau) n Lim Soo Ing(kolar merah). Soo Ing kat UM, Pei Li kat USM.



Ingat tak lagi??? Presentation pertama kita: subjek Makroekonomi Cikgu Norazman. Kita buat slideshow dalam sibuk-sibuk kita practice BOLA BALING peringkat daerah kat SMK Syed Jaafar Albar, Sedili. Paling tak tahan, siapkan kerja dalam kereta! Huhuhu.. Tapi, seperti biasa, WE'RE THE BEST!



Gambar masa Hari Graduasi SMK Laksamana 2005. Muka skema n baik-baik je sume kan.. Aku rasa ada dalam gambar ni yang dah jadi 'mummy' la.. Tunangan orang pun dah ramai. Kehkehkeh..







Khamis, 23 Oktober 2008

Terharu I

Aku, Anom, YB Datuk Rosnah Rashid Shirlin, YB Datuk Noraini Ahmad dan
Ketua Puteri Johor, Noraslina Zainal Abidin.

Querido (ke hadapan) ANOM,

Ko terharu tak bila ada gambo ko lagi kat blog aku nih??? Hehehe.. Ko memang tak habis-habis 'terharu' kalo dengan aku ehk.. Kihkihkih.. Nanti aku akan buat ko lebih terharuuu.. Apa dia??? Tunggu la 'Terharu II', 'Terharu III' dan sambungan-sambungannya! Jangan ko tergolek-golek sampai menangis dah ler;) Selamat berbahagia utk ko kat sana n semoga trus ada 'chemistry' antara kita!!!

Basikal Tua Tokbah dan UMNO

Inilah basikal tua Tokbah...

Ada apa dengan basikal tua Tokbah dan UMNO??? Aku betul-betul tertarik dengan kenyataan Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri (juga pernah menjawat kerusi hangat di Kota Tinggi) semalam. "UMNO sedang berhadapan dengan PENYAKIT TUA!" Beliau juga mendakwa bahawa UMNO terlalu INTROVERT dan hanya memfokuskan kepada masalahnya sahaja. Ya, inilah yang berkaitan dengan ISU-ISU yang telah aku tulis semalam. Apa yang Tun Musa perkatakan sama dengan apa yang sedang bermain-main di benak aku..

Tinggalkan Tun Musa dan kenyataannya, berbalik kepada BASIKAL TUA TOKBAH dan UMNO. Selepas episod tragis kematian Tokbah pada tanggal 24 FEBRUARI 2005, basikal tua Tokbah langsung tidak pernah disentuh oleh kami sekeluarga. Tokbah dan basikal tuanya sudah cukup sinonim, seperti Melayu tanpa UMNO dan UMNO tanpa Melayu. Selepas 3 tahun lebih pemergian Tokbah, aku kembali membangkitkan nostalgia dan kenangan terhadap Tokbah dengan memberi 'sentuhan' baru kepada satu-satunya khazanah yang mempunyai 'sentimental value' yang cukup tinggi buat diri aku!

Tokbah bukan sesiapa. Tokbah bukan juga tokoh yang wajahnya menghiasi dada-dada akhbar dan menjadi bahan tulisan sejarah. Tokbah hanya seorang pencinta UMNO dan bangsa. Tokbah yang bersusah-payah dan berkeringat memacak poster-poster dan papan-papan tanda Parti Perikatan. Tokbah juga penyokong kuat SINGA UMNO, Syed Jaafar Albar. Sokongan Tokbah kepada parti bukan kerana not-not merah atau not-not ungu dengan nilai 10, 50 atau 100, tetapi kerana kesetiaan yang datang dari jiwa yang murni. Ya, darah perjuangan Tokbah diwarisi oleh anak ke-4 daripada kesemua 6 orang anak perempuannya, YB Asiah bt Haji Md. Ariff, Exco Negeri Johor merangkap ADUN Johor Lama dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Tinggi. Tapi, Tokbah tetap Tokbah. Ketika penamaan calon di Dewan Jubli Intan suatu ketika dahulu, Tokbah tak minta dijemput atau layanan 1st class walaupun anaknya sebagai calon. Tokbah tetap dengan basikal tuanya, mengayuh tanpa jemu dan letih.

Dulu, pagi-pagi Tokbah akan keluar rumah mengayuh basikal tuanya untuk ke kedai suratkhabar Ah Kow di bawah jambatan. Selepas tu, Tokbah akan ke kedai kopi Hailam, minum kopi dan bergebang barangkali. Kadangkala ke pasar membeli bahan-bahan untuk memasak makanan kegemarannya seperti mee rebus, ikan sembilang asam pedas atau laksa. Berbungkas-bingkis plastik yang tokbah bawa di basikal tuanya, berat, tapi Tokbah tak merungut. Anak-anak semua berkereta, tapi Tokbah tak pernah minta dihantar ke sana sini. Itulah Tokbah dan basikal tua, hidup dengan penuh harga diri. Tokbah bukan memandu Mercedesz mata lalat tapi rupa-rupanya dibeli dengan songlap duit parti! Tokbah tak pakai pun Honda, Toyota atau BMW dengan cermin gelap dan tak nampak orang di tepi. Tokbah tetap dengan basikal tua dengan tayar getah buatan tahun 1985, hujan dan panas Tokbah redahi.

Basikal tua dengan harga diri. Itulah Tokbah yang aku sayangi dan kagumi. Basikal Tokbah sama dengan UMNO (menurut kaca mata Tun Musa), sama-sama TUA. Balik cuti semester nanti, akan aku 'kerjakan' dan beri sentuhan baru kepada peninggalan Tokbah yang satu ini. Di bandar Kota Tinggi, baik Melayu, Cina atau India, semuanya sudah cukup mengenali Tokbah dan basikal tuanya. Suatu ketika nanti, aku akan kayuh basikal tua Tokbah mengelilingi bandar Kota Tinggi dengan penuh harga diri. Begitu jugalah yang aku harapkan kepada UMNO. Berilah UMNO sentuhan baru, tetapi nilai-nilai nostalgia (perjuangan bangsa) tetap tidak dilupakan. UMNO memang sudah dikenali, baik oleh Melayu, Cina mahupun India di seantero negara. Tetapi, mampukah orang-orang muda seperti yang disebut oleh Tun Musa 'mengayuh' UMNO sepertimana aku akan mengayuh basikal tua Tokbah dengan penuh harga diri?

*Sayang sekali, puas aku geledah laptop dan CD-CD gambar, tapi aku tak ketemu gambar Tokbah!

Rabu, 22 Oktober 2008

PERNYATAAN TERBUKA KEPADA UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI

Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Tinggi akan diadakan pada hujung minggu ini. Tak lama lagi. Kepanasan, kehangatan dan kehangitan akibat mesyuarat dan pemilihan kelak tidak mampu diungkap dengan kata-kata lagi. Saya sama sekali tidak akan menyentuh soal siapa yang akan memenangi kerusi panas Ketua Pemuda atau Ketua Puteri Bahagian. Saya juga menulis bukan kerana sesiapa, saya menulis atas kesedaran sebagai ANAK JATI KOTA TINGGI, sebagai generasi muda dan sebagai seorang ANAK MELAYU yang begitu sayang kepada MELAYUnya dan PARTI MELAYUnya iaitu UMNO. Saya adalah seorang yang berkecuali, di atas kapasiti saya sebagai seorang PELAJAR (bukan Mahasiswa kerana dalam AUKU disebut 'pelajar'). Oleh yang demikian, saya bukanlah penyokong kem Dato' Seri Syed Hamid Albar ataupun kem Pak Daeng Malik.

Atas rasa kesedaran yang begitu memuncak di jiwa, saya ingin mengatakan bahawa apa juga persengketaan mahupun perselisihan yang berlaku di dalam UMNO Kota Tinggi pada detik dan saat ini tidak memberikan satu makna sekalipun kepada bangsa MELAYU Kota Tinggi! Ya, pemilihan untuk menentukan pemimpin adalah penting. Pemilihan ini adalah suatu bentuk demokrasi. Tetapi, begitu banyak perkara yang terlepas pandang ataupun terpaksa di'lepas pandang' oleh mereka yang punya kuasa dalam UMNO Kota Tinggi kerana pertandingan merebut jawatan adalah cukup penting, adalah prioriti dan adalah penentu hidup mati (ataupun penentu periuk nasi?).

Lupakan sebentar soal KUASA, JAWATAN ataupun KEM mana kalian: ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak, abang-abang dan saudara-saudara saya sekalian sokong. Lupakan. Cuba kalian berjalan-jalan dan ambil angin di sekitar bandar Kota Tinggi. Bukakanlah 'MATA HATI' kalian. Lihat sekeliling. ADA APA DENGAN KOTA TINGGI??? Dulu... Kota Tinggi adalah sebuah pekan koboi barangkali. Kini... Kota Tinggi adalah bandar yang semakin berkembang. TAPI... tidak nampakkah kalian kepada KEBEJATAN-KEBEJATAN SOSIAL yang sedang BERMAHARAJALELA di bandar kita?! Jejakkan kaki ke Plaza Kota Tinggi, Famili Mart mahupun Pasaraya Kini, bilang dengan jari, berapa ramai TOMBOI atau PENGKID yang sedang asyik berkepit dengan pasangan sejenis berkeliaran??? Berapa ramai anak MELAYU yang menjadi MAT GIAN dan mencemari daerah ini dengan kekotoran najis dadah? Berapa ramai anak MELAYU yang sedang berpeleseran tanpa pekerjaan dan memadu kasih bersama pasangan? Berapa ramai pula 'ANAK-ANAK MEE SEGERA' yang dilahirkan tanpa pernikahan?

Tidak kiralah PENGKID-PENGKID dan anak-anak MELAYU tadi berasal dari mana: penduduk bandar mungkin akan menuding kepada FELDA, FELDA pula akan menyalahkan orang bandar. Tapi kita adalah orang-orang KOTA TINGGI! Memang... tanggungjawab untuk memerangi kebejatan sosial ini barangkali bukan hanya dipikul oleh UMNO. Ada Rakan Muda, ada Belia, ada bermacam-macam lagi agensi dan persatuan yang sepatutnya bertanggungjawab berkenaan hal ini. TETAPI, sebagai sebuah PARTI MELAYU, UMNOlah yang perlu berhabis-habisan merawat, memerangi dan mengatasi kebejatan sosial ini! Tapi, UMNO Kota Tinggi tidak bersatu, bukan? UMNO Kota Tinggi tahu dan maklum dengan wabak dan virus kebejatan sosial ini, yang didalangi oleh ANAK-ANAK MELAYU yang warna kulitnya sama dengan warna kulit pemain-pemain politik UMNO Bahagian Kota Tinggi. Tapi, sekali lagi, masalah ini dipandang sepi. Mungkin saya tersilap. Mungkin UMNO Bahagian sedang berhempas pulas dengan pelan-pelan dan rencana-rencana untuk merawat masalah kebejatan sosial ini. Atau mungkin dalam Perhimpunan kelak, pemain-pemain politik UMNO di Kota Tinggi akan berapi-api dan berkobar-kobar berucap, selamatkan anak bangsa kita, buat itu, buat ini! Tapi, pengimplementasiannya? Hanya retorik dan gebang politik sahaja barangkali.

Kenapa perlu saya bangkitkan persoalan ANAK-ANAK MUDA MELAYU? Seperti kalian sedia maklum dan sudah naik muak mendengar ungkapan Presiden Soekoarno: "Berikan aku seribu orang tua, aku hanya bisa mencabut sumur di Gunung Mahameru, tetapi berikan aku sepuluh orang muda, aku bisa MENGGONCANG DUNIA!" Inilah buktinya bahawa kelompok muda yang mungkin dianggap 'sampah' atau 'tiada apa-apa' ini suatu ketika nanti akan mewarisi kepimpinan negara dan bangsanya. Juga akan mewarisi Parti Melayu yang amat disayangi di watan Kota Tingi-UMNO. Tetapi, jika warisan yang ditinggalkan oleh bapa-bapa dan ibu-ibu mereka adalah saka yang bisa memecahbelahkan 7 keturunan, mengapa mereka perlu mewarisinya, bukan? Inilah analogi yang mungkin kalian perlu terjemahkan berdasarkan senario di Kota Tinggi. Biar saya bawa kalian memandang lebih jauh: fikirkan apa yang terjadi kepada UMNO Kota Tinggi seandainya PENGKID atau MAK NYAH yang akan mengisi kerusi NOMBOR 1 UMNO Kota Tinggi kelak. Ataupun, seorang MAT GIAN menjadi Ketua Pemuda dan seorang MINAH REMPIT mengisi jawatan Ketua Puteri? Soal moral pemimpin menjadi pokoknya kerana pemimpin yang tidak bermoral ibarat sebatang pohon yang manaungi sekelompok manusia tetapi sedang menunggu masa untuk tumbang kerana di akarnya beribu-ribu anai-anai berumah.

Laporan dalam HARIAN METRO baru-baru ini tentang seorang pelajar perempuan Matrikulasi yang berasal dari Kota Tinggi ditangkap ketika sedang melakukan hubungan seks dengan pasangannya dalam keadaan mabuk adalah cukup memualkan dan memalukan seantero Kota Tinggi dan warganya (yang masih punya kesedaran). Tidak hanya sosial, kita pandang pula isu EKONOMI ORANG MELAYU KOTA TINGGI. Ya, sehingga ke saat entri ini ditulis, terdapat ramai ahli perniagaan Bumiputera dan usahawan-usahawan MELAYU yang masih survive di Kota Tinggi. Tetapi, apa akan jadi sekiranya jambatan baru yang menghubungkan Pasir Gudang dengan Bandar Penawar (BETULKAN fakta ini sekiranya saya tersilap) siap nanti. Apa akan jadi dengan bandar Kota Tinggi? Akan terus hidup atau menjadi 'hidup segan mati tak mahu'? Sekiranya ditolak perniagaan ORANG-ORANG KAMPUCHEA yang mengaut untung di Kota Tinggi, berapa sajalah kedai yang MELAYU Kota Tinggi ada? Manalah perginya daya saing ORANG-ORANG MELAYU KOTA TINGGI? Perniagaan yang tumbuh bagai cendawan adalah perniagaan makanan. Tetapi, tak disentuh lagi dengan 'PhD' dalam kalangan Melayu yang kalian sedia maklum.

Kita, iaitu saya dan kalian perlu ingat bahawa POLITIK bukanlah KUASA yang sebenarnya dalam dunia ini. Tanpa KEKUATAN SOSIAL, tanpa KEKUATAN EKONOMI, kita tidak akan beroleh KEKUATAN POLITIK. Pemimpin yang bermoral akan menjadi pejuang sejati dalam perjuangan memartabatkan bangsanya. Banyak lagi kerapuhan di Kota Tinggi yang perlu diperbaiki oleh UMNO Kota Tinggi. Pembangunan bukan hanya isu tunggal yang menjadi perdebatan kerana kalau membangun sekalipun Kota Tinggi tetapi diusahakan oleh usahawan-usahawan Cina dan Kampuchea, apalah sangat pembangunan itu? Bangunan sana sini, kemudahan itu ini, apalah sangat sekiranya anak-anak muda Melayunya masih dalam lamunan dan bobrok? Dalam bercakap tentang 'mengubah kepimpinan UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI', jangan lupa berazam untuk melakukan revolusi mental. Siapalah saya dan apalah sangat pernyataan saya ini. Bapa-bapa dan abang-abang mungkin akan mengatakan tulisan saya ini hanya 'sampah', tetapi sebelum 'sampah' dibuang, lihat-lihatlah dulu sama ada 'sampah' ini adalah sampah yang boleh diguna semula atau dihantar ke pusat kitar semula. Saya bukan mahu mengajar kalian yang sememangnya lebih dulu makan garam dari saya, sebaliknya sayalah yang perlu menuntut ilmu dengan kalian. Tetapi demi darah MELAYU yang mengalir dalam jiwa saya, demi juang MELAYU yang sentiasa menjadi degup jantung saya, maka saya menulis catatan usang ini. Bukalah MATA HATI kalian. Pandang-pandanglah isu yang terpinggir ini. Kuasa dalam tangan kalian. Suara adalah suara saya dan sahabat-sahabar seusia saya, yang barangkali terfikir akan hal ini tetapi tidak mampu untuk menyuarakannya.

Banjir besar sebanyak 2 kali telah banyak 'mencuci' kekotoran yang mencengkam KOTA TINGGI. Saya tidak mahu 'banjir besar' lagi. Saya tahu kalian juga begitu, bukan? Menulis memang senang. Berkata-kata dan berucap penuh berapi juga mudah bagi pemimpin dan pemain-pemain UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI, tetapi cubalah untuk melaksanakan sesuatu yang dianggap isu lama dan berhabuk, tetapi tidak pernah selesai. Untuk 'menyedarkan' yang telah terlupa dan lalai dengan harta dunia dan kuasa sementara, bukan tugas semudah menulis dan mengetuk papan kekunci komputer! Cikgu Rosleli (Tuan Haji Rosleli) adalah cikgu yang mengajar saya di Sekolah Kebangsaan Bandar, Kota Tinggi. Takkanlah saya ingin mengajar Cikgu saya pula, bukan? Tidak terniat pun. Sekiranya terdetik dalam hati politikus UMNO Bahagian Kota Tinggi yang saya TIDAK LAYAK mencoret dan menyentuh apa jua berkaitan UMNO dan kalian, saya TIDAK PEDULI, kerana saya adalah ANAK JATI KOTA TINGGI yang jika dicampak ke hujung dunia sekalipun akan tetap pulang ke daerah tanah tumpah darah yang saya cintai! Jika banjir dan taufan sekalipun yang mendatang, saya tidak mampu lari, kerana KOTA TINGGI adalah pertiwi, rumah, tanah, kampung dan tempat saya sejak dahulu lagi!

Akhirul kalam, biarlah 2 buah sajak di bawah ini yang berkata-kata dan menggambarkan gelora perasaan dan keinginan saya dan umat MELAYU KOTA TINGGI secara keseluruhannya terhadap UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI. Sajak MELAYU JOHOR nukilan Allahyarham Usman Awang, anak kelahiran Sedili, Kota Tinggi dan sajak Lim Swee Tin, bukan seorang Melayu, tetapi mahu kita, umat Melayu, BERSATU!

MELAYU JOHOR

Melayu Johor
telah terlalu banyak kita kehilangan
sawah ladang bertukar tangan
pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
yang tinggal hanyalah pakaian
sedarah sedaging hampir hilang
yang ada hanyalah setulang
Selat Tebrau kian sempit
hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
malah Muallaf bertakrif Malayu.

Melayu itu maknanya bijaksana
"jika menipu pun bersopan",
kurang ajarnya tetap santun
dajalnya cukup selamba
budi bahasa jangan dikira
beraninya cukup benar
tunduk bila bersalah
"lembutnya cukup jantan"
setia sampai ke kubur
biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
luka di Tanjung Putri
parutnya di Parit Raja
muka biar berseri
mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dalam tertawa
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
jiwa Melayu mengangkat persahabatan
kasih sayang kekeluargaan
ringan tulang saling bertolongan
jujur memaafkan, ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu
silaturrahim yang murni
di mulut sama di hati
maaf senantiasa bersahut
tangan dihulur bersambut
luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
dalam kekeruhan ini carilah perdamaian
sifat terpuji setiap insan.

Bermuafakat supaya berkat
bersaudara dunia akhirat
berikhtiar dengan tabah
kepada Allah berserah.

USMAN AWANG, 1988


BERSATULAH MELAYU, BERSATULAH

Bersatulah Melayu
kalau nampak ada retak
kerana retak hujungnya belah
bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah!

Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
dalam jernihnya kita menilik
kita menilik mencari wajah
wajah Melayu wajah kita!

Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
terangi jalan luas terbentang
siapa cuba kuburkan suluh
kelak hilang arah dan tuju.

Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
payung jangan carik
carik payung
manakah lagi tumpang berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
akarnya mencengkam bumi
bumi itu pautan kasih
kasih Melayu segala kasih!

Melayu bersatulah
cari dan rangkalah jalan damai
damai membuka pintu pertemuan
pertemuan kelak
merintis padu
berpadu Melayu berpadu semua!

LIM SWEE TIN, UPM, 2008

Selasa, 21 Oktober 2008

Salahkah LIPAS Kerana Menjadi LIPAS


'LIPAS' pun nak bergambar dengan orang no. 1 Puteri UMNO Malaysia.

Haiiii... Lipas. Lipas. Salahkah LIPAS kerana menjadi LIPAS? Hari ni, hari yang ntah apa-apa dalam hidup aku. Pagi2 bangun bukak video Slipping Through My Finger dari filem Mamma Mia sambil dengar rungutan2 callers dalam NTV7 Breakfast Show.. Lepas tu gi HEP, settlekan tuntutan bajet untuk Kembara Ilmu Tawau yg pending, tak diurus2kan oleh AJK-AJK aku walaupun dah dekat 2 bulan program tu.. Aku dah sampai tahap 'tak kuasa' nak menyuruh lagi dah. Baik buat sendiri! Tunggu En Awang berkaitan insurans Arwah Yati, tapi En Awang tak muncul-muncul. Pergi Pusat KOKUM kejap. Pastu turun balik HEP. En Awang belum sampai lagi. Dah tu, aku trus angkat kaki la! Sempat jumpa Puan Marja kejap dan menyebarkan 'demam Mamma Mia' aku.

Habis kelas Encik Zaini, ada meeting Jelajah Kenyalang. Pastu mendaki Canselori dengan jalan kaki semata-mata jumpa Encik Jupily untuk urusan Karnival KOKUM Golf. Turun balik, jumpa Lum n Dhani kat PPIB. Ada 'cerita di sebalik tabir' berkenaan salah satu kursus yg kitorang ambik. Pastu, sampailah aku kat UMTP ni. Pastu, tangan aku tergerak nak bukak blog de'SinggahSini - blog Sekolah Sains Sosial, UMS. Jengjengjeng.. Nak terbeliak jugak mata aku tengok komen WEBMASTER.. Aduhhh, kontroversi yang bukan dicari! ( http://sssums.wordpress.com/2008/10/19/mahasiswa-ums-di-persada-debat-nasional/ )

Aku bukan jenis orang yang 'baling batu sembunyi tangan'.. Jadi, apa pun yang berlaku, masalah macam mana pun yang datang, taufan pun akan aku redah! Banjir besar yang berlaku di Kota Tinggi dan Johor pun aku sanggup balik dan redah, takkan kerana satu komen aku, aku akan bersembunyi malu? Tidak! Hidup ni ada macam2 warna. Manusia pun ada macam2 rupa. Tafsiran terhadap sesuatu perkara, apatah lagi! Jadi, aku kena bertanggungjawab. Webmaster mempersoalkan LIPAS. Tapi aku tak ambik hati pun. Kerana sebelum ni, aku juga pernah dipanggil untuk 'membela diri' kerana LALANG. Kerana sajak aku yang berbunyi "Jadilah seperti lalang..." Tetapi akhirnya, aku diberi ucapan, "tahniah kerana LALANG". Aku tak pernah terfikir atau merencana untuk bermain api, kerana aku insan kecil yang tiada apa-apa. Aku pun bukan mahu menduga lautan dalam, kerana aku tahu, kailku panjang sejengkal.



Hari ini.. Detik ini.. Saat aku belajar. Satu lagi pengalaman tercatat dalam diari hidup aku. Sepanjang aku jadi pelajar, jarang-jarang aku kena marah dengan cikgu kerana... aku memuaskan hati cikgu, barangkali. Tapi aku akan ingat detik-detik aku dimarahi, kerana membuatkan aku sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Tak salah menjadi menjadi LIPAS, kerana blog aku, pendrive dan macam-macam lagi dah aku 'namakan' dengan LIPAS. Dah sebati dengan aku yang dulu peminat nombor 1 PAPA ROACH, sebab tu muncul ziqROACH, dan seterusnya ziqitaLACUCARACHA. Banyak lagi kebenaran tentang lipas yang belum aku cari, jadi jangan salahkan LIPAS kerana aku menjadi LIPAS!

Isnin, 20 Oktober 2008

Mi última clase de español

My last Spanish class. Fuhhh, pertama, lega n puas hati sebab ORAL EXAMEN bersama Hema, Eswary n Clementina berjaya akhirnya. Berapa peratus? Hanya Senora yg tau.. Selepas 4 Level berhempas pulas belajar Bahasa Sepanyol, tadi adalah kelas terakhir. Sedih. Sayu. Terharu. Tapi, ada cerita paling BESTTT!!! Hehehe..


Selepas 4 semester, setelah hampir 2 tahun, barulah aku tau yg sorang classmate aku ORANG KOTA TINGGI!!! LEE SWEET TENG, student SSMP rupanya kakak Lee Sweet Nee, classmate aku dari tingkatan 2 Anggerik hingga 3 UM. Masa SPM, Sweet Nee kelas 5 UM, aku plak kelas 5 UKM. Tingkatan 6, aku n Sweet Nee pernah sekelas dalam kelas Biologi, kemudian aku lompat ke kelas Sejarah. Laaaaaa... terkezuttt monkey aku n Sweet Teng tadi! Rumah aku n rumah Sweet Teng kat Kota Tinggi pun tak jauh, beberapa ratus meter je kot. Huhuhu.. Dia excited, aku pun excited. Sweet Teng siap pelawa makan MEE REBUS kat warung sebelah Shell yang memang dekat giler dgn rumah aku. Nos reunirá en Kota Tinggi, mi amiga!!!


Sedar tak sedar, cepat masa berlalu. Selepas hari ni, aku takkan duduk sekelas lagi dgn 'kakak-kakak cikgu'-Anita, Esther, Mahani n Cecil. Kelas dah tamat, tapi hubungan yang terjalin takkan tamat sehingga ada deru nafas yang masih dihembus....

Jumaat, 25 Julai 2008

Semester Baru

Hmmm.. Semester baru. Hidup baru. Bilik baru. Bilik air baru. Katil baru. Meja belajar baru. Subjek baru. Semua yang baru-baru. Tapi bukan senang nak sesuaikan diri dengan yang baru. Semester baru ni aku dihambat dengan kisah yang masam-masam manis..

Banyak cerita, tapi aku tak nak cerita semester lepas berulang, jadi, mahu tak mahu aku 'tulis' cerita baru yang aku tak pernah 'tulis'! Untuk buat keputusan bagi sesetengah orang memang susah, tapi bagi aku, BUAT APA YANG DIFIKIR! Bukan susah pun.. Itulah cerita baru yang aku 'tulis'. Kerana cerita masam-masam manis ni, terasa macam nak balik JOHOR cepat! Nasib baik mak sentiasa ada bersama aku 24jam! Walaupun hanya suara dari jauh, tapi mak sentiasa dekat.. sentiasa mencabar bila aku hampir lemah.. sentiasa menenangkan kegundahan hati.. sentiasa murah dengan doa.. sentiasa mengingatkan aku yang terlupa dan sentiasa mahu aku menjadi aku, yang ceria dan penuh gelak tawa.

Semester baru.. inilah cerita baru!

Isnin, 16 Jun 2008

FANTASTIC MATCH!!!!!

Fatih Terim, coach Turki yang tak senang duduk di tepi padang!

Phewwww.. best gilerrrr tengok EURO 2008 tadi, perlawanan antara Turki vs Republik Czech. 1st time ever, aku langsung TAK terlelap tengok bola! Tengok favr8 team aku, Spain n Italy main pun aku ngantok, tak mencabar.... Tak sia-sia menatap TV sampai kol 5 pagi!


Aku buat keputusan yg betul, ikut gerak hati tengok NTV7 (Turki vs Rep Czech) berbanding TV3 (Portugal vs Switzerland). Swiss dah totally out, menang kalah - doesnt matter. Portugal, dah qualified ke quarter final, apa nak tengok lagi kan (Ronaldo pun tak turun..).. Milan Baros tak turun, Jan Koller yang tinggi macam galah tu sumbat masuk GOL PERTAMA Czech, minit 34 kalo aku tak silap, melalui tandukan. 1st half, Czech banyak attack, tapi lepas gol Koller, Turki yang banyal kawal permainan. Sesekali Czech buat counter-attack.. Tapi, Volkan, keeper Turki hebat, sehebat Rustu Rechbach (lupa ejaan nama dia), keeper Turki masa World Cup (1998 o 2002 gitu) yang ada gaya ala2 samseng. Aku suka gilerr kat dia!

2nd half, CERITA DONGENG TURKI pun bermula.. Minit ke-62, Plasil sumbat gol ke-2 untuk Czech. Turki semacam tergamam, tapi pemain2 Turki tak pernah patah semangat. Serangan bertali arus ke kubu Czech yang dikawal oleh keeper Chelsea, Peter Cech. Tapi, Cech bolos jugak pada minit ke-74, hasil umpanan cross cantik yang disudahkan dengan sempurna oleh Arda Turan. Lepas tu, attack punya attack, Turki berjaya dapatkan gol penyamaan melalui kapten Nihat Kahveci yang berjersi 8 (my lucky no.) pada minit ke 87 hasil daripada kesilapan Cech yang tidak menangkap kemas bola hantaran lintang pemain Turki..

Bila terikat 2-2, aku dah terbayang match akan berkesudahan dengan penalty kick untuk tentukan team mana yang akan ke quarter final. Tapi, tapi dan tapi, pemain Turki NEVER SURRENDER! Hasil serangan bertubi-tubi, Nihat sekali lagi jadi HERO Turki dengan menyumbat gol ke-3 dan GOL KEMENANGAN Turki, dalam masa 2 MINIT!!! Wat a fantastic match! Memang tak percaya! Nihat lepas dari perangkap offside dan terus menolak bola dengan yakin.

Pengadil bagi tambahan masa 4 minit selepas 90 minit habis, tapi dengan tidak dijangka, keeper Turki yang cemerlang, Volkan dilayangkan KAD MERAH kerana menolak kasar pemain Czech(Koller mungkin) yang terdesak mencari gol penyamaan! Wowowoooo, tak caya sungguh sebab sebelum tu, kepala otak aku dah terbayang, "...macam mana kalo keeper kena buang padang..." Tuncay, defender (o midfielder) Turki yang jadi keeper dengan memakai jersey Volkan yang diterbalikkan.. mendebarkan sungguh! Dalam saat-saat genting macam tu, pengadil 'hadiahkan' KAD KUNING kepada Milan Baros yang duduk kat luar padang, tak lain tak bukan mesti la mempertikaikan keputusan pengadil!

That was a fantastic match I ever watched!!! Lepas ni, aku takkan lepaskan peluang utk support Turki! Quarter final: Turki vs Crotia, satu lagi pasukan hebat yang berjaya singkirkan England masa pusingan kelayakan n kalahkan Jerman. Besok juga, pagi aku pasti HANGAT sebab Jerman vs Austria, dua2 pasukan masih berebut tiket utk ke quarter final.

Jumaat, 13 Jun 2008

Sakit Kepala


Ehmmm.. Lama tak tulis kat sini. Cuti 2 bulan ni aku habiskan masa kat rumah sambil ikut program2 kat Kota Tinggi. Orang panggil, aku pergi. Tapi, masa cuti ni, dah berapa kali kena sakit kepala. Seingat aku, lepas form 6 dulu, jarang2 aku kena sakit kepala. Kali ni, sakit kepala yang tak tertahan (sampai menangis-nangis).. Aku memang tak suka nak jumpa doktor, leceh kena makan ubat itu ini. Tapi, terpaksa gak telan panadol.

Kebetulan aku tergerak nak tengok rak buku tadi. Terjumpalah majalah lama yg masih terselamat dari banjir (berkotak koleksi majalah yg aku sayang, antaranya PC, Newsweek, MASSA, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat semua tak dpt diselamatkan!) iaitu MINDA, Januari 2002 (majalah lain yg tinggal adalah South Review, September 2001). Aku dapat jawapan daripada masalah sakit kepala aku: "Perubahan dalam kimia tubuh yang berlaku kerana terlalu banyak tidur boleh mempercepatkan serangan migrain atau sakit kepala jenis lain". Patutpuunnn.. cuti ni, waktu bangun dan tidur aku tak sama. Nak2 lagi musim EURO ni. Siang lak, agak2 dah kenyang, tidur. Agak2 lapar, bangun! Hehehe..

Moralnya, JANGAN BANYAK TIDUR! Mulai besok, aku akan kurangkan tidur. Lagipun, tangan dah menggatal sangat nak menulis. Lama sangat peram idea. Kalau diperam lama2, alamat terlalu masak, dah tak enak dimakan!

Sabtu, 24 Mei 2008

Adeq Kena PUKAU!

Adeq n member dia.

Malam hantu aku tak berakhir kat situ. Masa tengah sibuk kemas barang, mak ada call, adeq tak balik2 rumah dari JB. Mak dah menangis-nangis masa tu. Adeq yang praktikal kat Mutiara Hotel, JB dah keluar kerja kol 4 petang, tapi kol 8 malam tak balik2 rumah. Telefon pun tak angkat. Mana mak tak risau. Masa aku makan kat Farvis, aku try contact adik, tapi tetap tak angkat. Satu rumah dah risau, tapi aku tetap TAKDE PERASAAN! Bimbang, bimbang gak. Risau, tapi tak bole nak pk.

Lepas aku sampai bilik, Chik (adik lelaki, no.3) call. "Akak dah balik, dia kena PUKAU!" Pukau? Berderau darah aku. Ye la, adeq, perempuan, takut diapa-apakan. Alhamdulillah, adeq tak apa-apa, cuma telefon Sony Ericson yg dia baru beli kena rembat! Mak n ayah bawak dia buat report polis. Kata adeq, orang yang pukau dia tu pakai uniform polis, ada tulis IPD ***. Lelaki tu bawak dia round sampai Hospital Sultan Ismail, then drop dia kat Carrefour. Mujur adeq tak apa-apa. Mak dah risau, takut adeq kena 'apa-apa', pastu campak dalam longkang ke.. apa ke.. bukan orang tau kan.


Aku yang kat KK lagi dah menyumpah-nyumpah JANTAN KEPARAT tu! Takde keje lain ke? Nak pukau orang! Kalo aku dapat JANTAN tu, nak aje aku belasah cukup-cukup! Tapi aku syukur, adeq SELAMAT, handphone yang hilang bole dicari ganti, tapi kalo maruah n harga diri tercalar, tak dapat nak tebus kembali!

Malam Hantu!

07/05/08
Last day exam. Jepun + Genetik. Jepun abes awal. Tapi soklan, mak aii, kawkaw punya soklan! Membara gak rasa hati bila geng IR yg lain g celebrate kemerdekaan, tapi aku terpaksa balik bilik, dok mentelaah subjek genetik. Waaaaa... sedey! Memang susah nak fokus, tapi ambik risiko, study DNA jek. KAMIKAZE! Bila sampai DC, aku dah rasa lain macam. Rasa dah tak masuk otak lagi dah. Tapi, sib baik soklan ok.. Mekasey Miss Chee! Harap2 genetik aku tak kantoi sem ni!

Petang lak, aku n Mala gi ambik kereta kat Kingfisher, dah booking dengan si Jennifer. Janji kol 6, tp kereta Kancil Jennifer tak muncul lagi. Jadi, aku n Mala sewa Iswara Aeroback. Pastu, balik kolej, angkut barang utk dihantar ke rumah Rain kat Inanam. Tak kuasa nak tinggalkan kat Dewan CD, menyusah jek! Kali pertama angkut, penuhkan dgn barang mala dulu. Rain ikut. Ye la, aku ni bab ingat JALAN, memang tak bole harap! ZERO! Sebelum sewa kereta, aku dah call mak dulu. Nanti accident lagi, toghobang duit den! Tapi malam tu, sempat aku berlumba dengan 1 TEKSI. Mala cakap, budak yg duduk sebelah driver teksi tercengang bangang bile aku potong dia. Puas rasa hati bila dapat bawak laju! Ye la, orang lelaki, bile kereta depan lembab, mula la kuar dialog: "Hah, mesti PEREMPUAN yang drive nih!" Eeee, geram aku! Mungkin budak dalam teksi tu tercengang sebab tengok yg potong dia perempuan kot. Mungkin. Aku ni, pantang kene potong kat jalan. Aku akan potong balik. Nah, rasakan!

Dah berpeluh-peluh angkat barang, 2 trip ke Inanam (4 kotak A4+5 kotak besar+2 bagasi), aku, Mala n Rain lepak kat Restoran Farvis. Mana lagi, kalo tak Maimunah, Farvis! Kalo tak Farvis, Maimunah! Siap contact Lyn lagi. Lyn, Lum, Wanie n Teddy datang kat Farvis, jumpa aku utk kali terakhir kononnya. Hehe.. Lum sewa Kelisa. Teddy nak g clubbing malam tu. Ewah, siap 'menjangok' lagi si Teddy tu.. Dalam kol 11.20, aku pun chau, anto kereta ke rumah aunty, mak Jennifer. Episod MALAM HANTU aku bermula dari saat tu - aunty tak nak anto kitorang balik UMS! Ish, CELAKA betol nyonya tua tuh! Selalu Jennifer anto sampai kolej. Tapi disebabkan otak yang penat setelah melalui 3 hari yang giler, aku dah takde perasaan.. Apalagi, JALAN KAKI lerrrr!

Mala dah risau. Esoknya dia ada MUET Speaking. Nak jalan kaki dari KF ke UMS, 1 jam. Penat punggah barang tak habes lagi, nak jalan kaki. Sian Mala. Mala tahan teksi, teksi kata tunggu, tapi dah berapa minit, tak muncul2 lagi. Tu la, BAHANA potong teksi tadi! Teksi pun tak ambik kami! Jalanraya masa tu dah lengang, tak banyak kereta. Peluh dah menyimbah-nyimbah. Nak sedapkan hati Mala, aku ajak dia tunggu teksi kat roundabout KF. Bila takde teksi yang muncul, kitorang menapak jalan kaki. Aku yang bermulut masin pun cakap dengan Rain, "Sib baik ada lampu jalan kan Rain. Terang sikit." Tup tup, lepas je aku meluahkan kalimah tu, lampu jalan di 1 tiang paling hampir dengan kitorang TERPADAM! Aku terus terdiam, kunci mulut. Macam petanda tak elok je. Waaaa... "Kenapalah takde orang nak tumpangkan kita?" aku mengomel dengan Mala n Rain.

Jalan punya jalan, sebuah bas mini berhenti. "Mari naik," pelawa 2 orang pakcik dalam bas mini tu. Kitorang dah cuak. Naik, tak naik. Tak naik, naik. Masin betul mulut malam tu, tadi baru cakap, dah ada yang nak tumpangkan. Muka pakcik-pakcik tu menakutkan. Tapi bila dorang cakap, tak takut ke ada kes rogol kat KF?, kitorang terus naik van tu. Aku suruh Mala n Rain masuk dulu, aku stand by duduk kat pintu, juz in case.. Tapi pakcik-pakcik tu ternyata berniat baik. Kitorang mintak ditumpangi sampai bus stop luar UMS je. Moral yang kitorang dapat, MUKA YANG GARANG JANGAN DISANGKA JAHAT! Baru 2, 3 tapak melangkah turun, Nissan Frontier berhenti di sebelah kitorang. "Naiklah.." Dah, sudah. Sorang lagi ajak naik. "Jangan takut, saya staff UMS," kata lelaki tu. Dengar je 'staff', kitorang terus naik! Bagai orang mengantuk disorong bantal! Lepas kitorang dari soal jawab dengan GUARD sebab sampai kampus lepas jam 11 malam! Hehehe..

Encik apa ek nama lelaki budiman tu, lupa aku. Yang lawak, lepas je turunkan kitorang kat Kampung CD, dia yg ucap Terima Kasih kat kitorang! Hahaha.. Nervous kot. Patut kitorang yg ucap Terima Kasih kat dia dulu.. Haii, kalau la berjalan kaki, kol 1 pagi baru sampai Kampung CD kot.. Memang tak dapat dilupakan MALAM HANTU malam tu! Hantu tu siapa lagi kalo bukan aunty, mak Jennifer!!! Kalau tak kerana dia, tak la kitorang berjalan kaki. Kalau tak kerana dia, aku, Mala n Rain takde MEMORI SEHEBAT 'Malam Hantu'.. Hehehe..

Cerita Yang Berguni-guni

Aduhhhh.. dah 2 minggu kat umah. tapi usang blog ni, tak tulis. cerita terlalu banyak, berguni-guni. dalam 2 minggu, hari berganti hari. manusia datang dan pergi. baju silih berganti. hmm, dah tiba masa utk aku luahkan cerita aku kat sini.. luah sampai muntah! hehehe..

Isnin, 5 Mei 2008

Mujahaddah Dalam 3 Hari Yang Giler

Que tonteria! Que horror! Que mal! Que dificil! Haaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh!!!!!

Dah takde kata2 yang boleh aku luahkan. Susah giler (bak kata Encik Wan, "gila babi") examen Espanyol tadi. Tahap cipan yang kawkaw punya dewa! Ishhh.. aku pun susah nak describe:( Semalam, AHAD-04/05/08 aku memang tensen. Tapi aku simpan tensen tu, pujuk hati. Nak nangis, airmata tak nak keluar. Dengan mak pun aku tak cakap yang aku tensen, apatah lagi dengan orang lain. Simpan sendiri ar. Badan aku lak rasa sejuk jek, EXAM FEVER la kot. Tengahari buta yang panas terik, aku pakai sweater tebal. Cis, memang giler! Belum masuk hari giler yang pertama-masa jawab paper Spanish tadi.

Nak dijadikan cerita, semalam masa aku tenangkan diri melalui 'terapi muzik', aku terbukak la IKIM.FM, kebetulan yang bercakap tentang MUJAHADDAH DI UNIVERSITI. Kata Kakak D.J. tu, life kat U bukan hanya nak cari pakwe o makwe jek, tapi lebih kepada MUJAHADDAH atau bahasa Melayunya, PERJUANGAN! Aku tertarik sangat. Rasa tenang yang setenang-tenangnya bila kembali kepada fitrah manusia. Tapi, susah gak aku nak pahamkan balik grammatica espanyol Nivel (tahap) 3 semalam. Last2 tertido. Nak buat Tahajjud, tapi "luka lama berdarah kembali". Jadi, penyelesaiannya: TIDO atau TERTIDO SAMBIL PELUK NOTA.

05/05/08: HARI GILER PERTAMA
: Pagi tadi, mesej mak, mintak keberkatan. Masa aku dengar radio semalam gak, ada sorang USTAZ kata: Kalau sorang anak tu tak menelefon ibunya, maka dia dianggap anak derhaka! Kalau ibu dia yang menelefon, "Man, sihat?", pun dianggap anak tu menderhaka.. Terkesima aku sambil bijik mata terkebil-kebil. Isshhh, sib baik la aku ni jenis yang tak berkira pasal kredit. (hujung sem, S.O.S dengan AYAH, mintak topup. Ni nama dia 'Politik Anak-Ayah'. Kahkahkah) Bole kata, sejak datang ke UMS yang indah nian ni, aku tak pernah tak telefon mak. Bole kata jugak, hari-hari. Sume lecturer aku mak tau. Sume kawan yang berdamping dengan aku, mak tau nama-nama dia. Hehe.. Den ni "Anak Omak" la dikatokan.. Pastu, gi jumpa Encik Wan, pulangkan buku yang aku pinjam untuk fotostat. Encik Wan ingatkan suh jumpa Pak Jaini untuk tesis aku.Pastu, Cheryl ambik, kitorang gi study kat McD dengan Anita, Esther n Mahanie. 3 orang 'cikgu-cikgi' yang sambung blajo kat SPPS. Unkol Dan @ Notthebohm pun ada. Dan awal-awal dah melalut. "Mulau" (gila dlm bahasa Dusun) dia dah datang. Dia tak boleh masuk lagi dah. Aku masih bermujahaddah. Tapi, bila dapat soklan Spanish tadi, aduh, lomah somangat den! Bila keluar dewan pekse tadi, sume terkejut BEROK, BEROK pun tak terkejut macam sume!

Ah! Hari GILER aku ada lagi 2!!! Esok dan Rabu! Kalo hari ni Sepanyol, esok aku berkelana ke ASIA PASIFIK. Lusa lak mengembara ke JEPUN n buat eksperimen GENETIK DAN MASYARAKAT. Tapi, aku takkan mengalah, biasalah, student. Kalo tak susah, bukan campus life. Nak sonang, poie pokan, boli bolah! (Hui, apsal aku cakap macam nenek pulak ni? Depan nenek tak penah cakap Kampar) Dalam hati aku, cuma ada satu perkataan yang menguasai segala tindakan: MUJAHADDAH! Mujahaddah dalam 3 hari yang giler! Hari ke-4, balik ke Kota Tinggi! "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian!"

Rabu, 30 April 2008

Political Cartoons 2008


Bienbenida!



Bienbenida (Selamat Datang) 'N'!!! Hari ni, sorang kawan aku dah ada BLOG.. Congratz.. Pasni bole la meramaikan lagi jemaah blogger.. aku ni kalo FRIENDSTER ke.. MYSPACE ke.. kurang minat sket.. berhabok dah site aku.. suka yang macam orang-orang tua punya.. kahkahkah.. N, jangan lupa cerite ceritet yek.. aku nak pencen bercerite la.. nak bace cerite ko lak.. pujangga dah kehabesan air liur ni.. almaklum, tgh berhempas final exam! hehehe.. all d best 2 u, N! NJOY BLOGGING! daaa:)

Isnin, 28 April 2008

JEJAK DAKSINA 2008

Jejak Pertama: Berjalan kaki ke SMK Laksamana Kota Tinggi dari rumah aku.

Cikgu Yati, Cikgu Hasjazura & Cikgu Che Su dipakaikan Yukata.

Mesra Siswa Hubungan Antarabangsa di Laksamana.


30/01/2008, dalam bas Malaysiaku. Mendengar briefing dari Abang Salim sebelum menuju ke Kampung Johor Lama dari rumah aku.

Duduk semeja dengan Mak Uda yang rasmikan Program Anak Angkat.


Yati dan Yukata.


Kota Johor Lama. Big Family.

Berlatarkan Uncle Bob's Homestay. Cantik kan..

Erlina berkerut-kerut tengok belangkas. Agaknya ni yang dia cakap dengan Cik Nor. "Apa tuh Pah-chekk? Belangkas beranak ka bertelur pah-chekk?"

Crocodile World Telok Sengat. Lepas gambar ni diambil, anak buaya terlepas dari tangan aku! Hwahaha.. Sib baik tokey Buaya tak nampak:p

Kompleks Sekolah Telok Sengat (Sekolah Wawasan Pertama di Malaysia). Yati dengan seriusnya pakaikan cikgu Yukata yang kami bawa dari Sabah.

Bergambar dengan warga Sekolah Wawasan. Sejuk hati melihat sekolah yang jadi 'melting pot' pelbagai kaum dan tinggal harmoni.

Jom Poco-poco! Budak Jejak Daksina memang tak malu. Suruh la buat apa je, semua beres!

Berpencak silat dah pulak! Nilah Johor.


Hanya dengan 3 gambar di atas, impian ke Wisma Putra termakbul! Dato' terus menelefon Mr Melvin n cakap: "Consider as done!"

Gambar kenangan bersama Menteri Luar Negeri Malaysia, Dato' Seri Syed Hamid Albar selepas sesi dialog khas selama lebih sejam di Uncle Bob's Homestay.

Penari-penari bersama Encik Rizal pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin.

Kalau dah jumpa mic!

Sayoonara.. Sayoonara.. Sampai berjumpa lagi..

Makam Laksamana Bentan, Kampung Kelantan, Kota Tinggi, Johor. Laksamana yang
meradak perut Sultan Mahmud ketika Sultan berada di atas julang.

Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Kampung Makam, Kota Tinggi, Johor.

Muzium Kota Tinggi. Lum macam Pak Guard la pulak! Kihkihkih..

Bersama MPP UTM, Skudai yang kata kami ni "KAYA". Yes, memang KAYA, sebab
tu tak payah duit HEP! Thanks MPP UTM, layan kitorang 1st claz macam MPP!

Sempat berposing dengan Opie & Wanie. Sengaja nak nampakkan 'UTM' kat belakang tu.
Time kasey ler kat UTM n Pakcik Drebar Bas yang sanggup anto delegasi
Jejak Daksina sampai ke Seremban.

JOTIC, Johor Bahru. Sedang ingin mendapatkan penerangan tentang ISKANDAR MALAYSIA.

"Hurm, nak keje dengan MBJB atau ISKANDAR la.." Itu agaknya yang difikirkan geng Jejak Daksina 2008. Hehe..

"Hah, nilah dia.." Kak Kay dengan bznya menerangkan kami.

Gambar kenangan.

JB Katering, Taman Merdeka, JB. Makan sampai tersandar kekenyangan!

Bandaraya Johor Bahru. Si hitam yang bergaya:)

Sayang Kak Ina, My Secretary.. Enterprem lagi!

Tengah bandar Seremban, dalam perjalanan dari Terminal One ke Stesen Keretapi.
Jenuh jalan di bawah terik mentari. Gurl Power!!!

Membelangkan Jabatan Perdana Menteri. Teringat kat Mat Bangla yang tak reti
ambik gambo tuh.. "Wat to do baiya! Bangla juga mari!"

Gadis-gadis ayu. Waaa.. dalam keterpaksaan pakai baju kurung:'(

Jabatan Protokol, Wisma Putra, Putrajaya. Semua terpaksa berlakon 'skema':D

Wisma Putra, Putrajaya. Impian Jadi Kenyataan. Univerisiti PERTAMA DI MALAYSIA YANG MEMBUAT LAWATAN RASMI DI WISMA PUTRA!

Nampak cool & steady. Masa mata aku ngantok giler. Terpaksa suruh John senggol.
Tu la, sepnjang jalan dari JB ke Seremban bergosip non-stop dengan Mek Lyn!

Briefing dari Pegawai Wisma Putra.

Terima hadiah yang Dato Syed Hamid bagi khusus untuk Jejak Daksina.

Cenderahati dari Jejak Daksina (UMS) kepada Wisma Putra.

Tengku K tunjukkan model bangunan Wisma Putra yang unik dan cantik.

Jumpa IDOLA kali pertama. Bersama Kak Bibi Sharliza Mohd Khalid di Spanish Villa.
Karaoke sampai jam 12 malam. Paling tak boleh lupa, Tan Sri Isa Samad nyanyi lagu
"Bila Mama pakai celana..." sambil geng Jejak Daksina berjoget lambak.