Selasa, 11 September 2007

Bimbang + Bengong + Basah

Hah.. Tadi midterm ICT. Aku nak baca semalam tapi tertido lepas kekenyangan makan nasi goreng tomyam malam semalam n teh ping. Nak makan kacang Ngan Yin, tapi dah tumbang. Jadik, bila terjaga pagi tadi, makan biskut choco + nescafe + kacang.. Kacang pagi-pagi buta.. Kerana TEKAK kuturut jua. Walaupun dah lambat ke kelas jeneral jaini, tapi..relax la bah.. Kelas takde pun tadi, tapi aku bincang dengan JC, Aim, Teddy n Scott gak tentang KELAB.. Pastu, g copy nota ICT Phyllis n makan kat Kg E.. Balik jalan kaki ler ke kampungku..Ngantok-ngantok aku nak baca ICT. Akhirnya, bap! Tumbang lagi..

Tapiiii.. isunya bukan ini. Isunya presentation APEC hari JUMAAT nanti. Sekarang ni APEC tengah bersaing sengit dengan group Dan Darby-NAM.. Risau, bimbang.. Bukan senang nak kekal malatop.. Aku tengok aritu, masa presentation NAM n OIC, audiens tak respon masa budak-budak tu cakap. Kecoh pun sebab kitorang APEC yang memekak. Group Dan masuk memang cantek..Tapi, bila present FACT, puan marja je yang khusyuk aku tengok..aku terpikir nak wat DIKIR BARAT + CHORAL SPEAKING + RAPPING + SITI SIFIR.. Tapi, ntah la, macam tak dapat jek. At last, meeting di D'BAYU tadi telah membuat deklarasi untuk ikut idea asal..BENGONG! Walaupun meeting sambil makan-makan, tapi aku BIMBANG.. Haaaaaaaaahhhhhhhhhhhh..

Pas dah meeting, dah makan, aku, del n lyn nak g library jalan kaki dalam kehujanan.. tapiii, bas IP lak sampai. Lyn balik, aku n del meneruskan perjuangan.. kitorang berhenti la depan bus stop library n redah ujan.. pergghh, BASAH! Sib baik aku bawak jaket, tapi del la memang gilak! kuyup rambut dia! hahahah, macam budak darjah dua jek kitorang ni..

Dalam keadaan BIMBANG, BENGONG dan BASAH, aku tak tau nak buat apa.. PRESENT memang TENSION!!! tapiii, ah berapa banyak tapi daa! Tapi, aku SAYANG kat group aku yang GEDIK, GEDIK, GEDIK.. SELAMBA, SELAMBA, SELAMBA.. MAKAN MAKAN MAKAN.. dan, KETAWA, KETAWA, KETAWA..

Sabtu, 8 September 2007

Khairy Jamaludin dan seorang kawan

KJ.. KJ.. KJ.. Hurm, aku bukak satu page, ada yang kata KJ TAMPAN, BIJAK DAN BERGAYA.. Yo la tuh.. Orang Rombau ni memang BERPENGARUH. kerana dia anak menantu Pak Lah. Aku dapat tau lagi, dia dului blaja kat Oxford - Philosophy, Political & Economy. Berdegar-degar dengan DEB dia. Dengan dasar baru itu ini.. dan paling penting - dengan MYTEAMnya..

Aku malas nak komen pasal dia. Klik aje kat GOOGLE, berlambak kuar pasal KJ. Dikutuk, dikeji, dibenci. Dipuja, dipuji, dikasihi. Terserah kepada individu. Tetapi bagi aku, EPISOD POLITIK KJ ni macamlah satu cerita Bollywood. Pelakon yang sama watak macam KJ tu Monish Bahl. Pak mentua dia Amitabh Bachan. Anak Big B tu kalo tak sialap aku Juhi Chawla.. Si Monish ni kahwin dengan Juhi sebab nak cepat naik, seterusnya dengan tipu muslihat, abes harta Big B dikuasainya! Dia buat-buat baik untuk mengaburi mata sume orang, akhirnya bila dah dapat apa yang dia nak, maka peh, terbukalah segala sifat kejahatan dan kebinatangannya tuh.. Adakah KJ menantu Pak Lah macam Monish Bahl tu???

Lagi satu, aku tertarik dengan satu tulisan-KJ dikatakan TERLALU GHAIRAH untuk naik tangga politik sampai mengalahkan bos-Hishammudin.. Memang pun. FAM dia nak bertanding, MYTEAM pun dia pegang.. Paling aku menyampah-masa orang KOTA TINGGI tengah bersusah payah masa BANJIR BESAR dulu, dia datang KOTA TINGGI MAIN JET SKI!!! Tak guna betol! Ingat pesta air ke? Kepada kawan-kawanku, janganlah MEMANDANG DAN MEMPERCAYAI ORANG DENGAN MELIHAT LUARANNYA saje..

Orang yang nampak smart ni la yang KAKI KENCING. Macam seorang kawan aku la. Yang ada cita-cita politik yang besar. Huh, kalo orang yang tak kenal dia, akan kagum. Manis mulut beb. Ala-ala romantik gitu.. Tapi bila dah bekerja dengan dia, hanya Tuhan sajalah yang tau betapa teruknya dia. Sekarang-apa dah jadi? Dia semakin jauh ke belakang. Ditinggal kawan dan lawan..

Presidenta

Semalam - 07/09/07. Cantik tarikhnya. Aku harap ada sesuatu yang boleh aku kenang. Dan..ya, ada sesuatu untuk aku kenang.


Mesyuarat Agung Kelab Hubungan Antarabangsa Kali Pertama Sesi 2007/2008 dah pun dibuat semalam. Kak Mizah menutup tirai dengan jayanya.. LASBELA INDONESIA adalah kejayaan paling besar selain kejayaan-kejayaan lain.. Selepas pembubaran, maka tugas aku sebagai penolong SU kepada Abang Basri pun berakhir. Tapi, bila perlantikan baru.. tugas aku makin berat.. Kawan-kawan menyokong aku untuk kerusi Presiden. Dan akhirnya, aku terpilih untuk itu. Teddy yang dulu Timb Bendahari jadik Timbalan Presiden. AIM-SU. JC lak dari BIRO naik jadik ALONG! (Lum kata kalo duduk kerusi Presiden jangan JATUH BERDEBUK macam kat MBJ lagi!!! hahahah..) Apa yang BEST, 3 orang dari group APEC ada dalam MT kelab. Aku, JC & Aim. (aku sayang kat membe APEC-geng paling SIOK n key-po-chi dalam kalangan IR thn2! huhu.. ketawa n menggedik tak ingat dunia.. ooopzz,lupe maQan misi utama! =D )


Sebenarnya, tugas ni tugas berat. Sama la macam MENGISI KEMERDEKAAN adalah lebih PERIT daripada MEMERDEKAKAN! Aku harus menyamai pencapaian Kak Mizah atau buat lebih baik daripada tu.. Kak Mizah dah pun menaikkan nama KELAB, aku harus mengekalkan nama tu.. Langkah pertama yang aku buat, msg En Lah-SU Sulit Menteri Luar. Aku dah lama buat surat mintak peruntukan dengan dia, tapi biasa larr, siapa pun boleh TANAM TEBU DI PINGGIR MULUT kan? Pengalaman gi carik sponsor LASBELA INDON banyak mengajar aku. JANGAN HARAP SANGAT kepada orang-orang politik, kerajaan atau yang sewaktu dengannya.. Dalam kepala aku dah makin bertambah idea-idea untuk xtvt kelab. Aku tak nak buat program syok sendiri (dah la blaja kat Sekolah Syok Sendiri), tapi aku nak apa yang akan kelab buat nanti mendatangkan faedah kepada sume n mendapat sokongan.. Tapi aku akan mengingatkan diri-JANGAN CAKAP JE BERDEGAR-DEGAR! MESTI BUAT-WAJIB!

Jumaat, 7 September 2007

Kota Tinggi KUCAR-KACIR

Semalam Kak Len msg aku, tanya nama mak n tok untuk jemput kenduri kawin sepupu dia. Mak aiii, bila aku tanya pasal GOSIP HANGAT & CERITA HANGIT kat Kota Tinggi, kak len kata : KOTA TINGGI KUCAR-KACIR!!!

Malam, bila aku buat pengesahan dengan mak - YES. Memang KUCAR-KACIR! Kesian MAK UDA. Geram aku dengan PECACAI-PECACAI Politik Kotor yang sedang memporak-perandakan tanah tumpah darah aku! Ishhh, yang paling aku tak sangka, tokoh utama Kota Tinggi pun dah jadi Pak Turut n bagai LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG! Terus ilang respect aku kat dia! Tapi kalo bukan dia, SIAPA yang akan MENGISI KERUSI TERTINGGI KOTA TINGGI??? Belum terungkai..

Bey-gong

Bey-gong!!! Bile bey-gong (BENGONG), macam-macam yang terjadi.. Semalam, masa sesi bergambo kat Makmal Bahasa Jipun, sebab bey-gong n over xcited, BERDEBUUUKKK aku jatuh KERUSI!!! Waaaa.. Bayangkanlah, kaki naik 90 darjah ke atas. Jatuh TERLENTANG tau! Sib baik aku slumberrr..

Masa kelas ADL tadi, baru aku terasa yang punggung aku macam perit.. Lebam dah kot.. LUM siap ambik gambo lagi semalam. Nanti la aku upload.. Ish, sebenornye, banyak gak insiden klako yang aku selalu hadapi.. antaranya- JENG JENG JENG.. kasut tumit aku patah, ala-ala iklan MENTOS tu.. Dah la masa tu musim final exam. Kat Dewan Canselor plak tu. Sib baik lepas wat exam, kalo tak, kelam kabut aku.. Aku try hentak tumit lagi sebelah, tapi tak tercabut pun macam iklan MENTOS tu.. Tambirang punye iklan! Dah la time tu, aku PAKAI BAJU KURUNG.. Mujur ada DAN DARBY yang terpaksa patah balik untuk anto aku ke kampung C! Sebab tu la aku SERIK nak pakai selipar perempuan + baju kurung!!!

MI MADRE, MI REINA

TERIMA KASIH MAK!!! Iqa tak tau nak cakap macam mana sayangnya iqa kat mak. Mak-orang yang PALING MEMAHAMI iqa. Maklah yang sentiasa berada di belakang iqa walau apa yang terjadi. Maklah KAWAN BAIK yang TERBAIK yang pernah iqa ada. Insan yang manabur budi, membesarkan dan mendidik iqa.. Ya, semuanya mak! Iqa takkan lupa mak!


Ishh.. rindu aku dekat mak.. Memang aku 'anak omak'.. Aku n mak ibarat US-BRITAIN.. Dan walaupun jauh di mata, dekat di hati..Aku bersyukur sebab dapat mak. Ada orang yang bila tengok mak orang lain, teringin nak dapat mak macam tu. Tapi, aku nak mak macam mak aku sekarang. Takde yang lain! Ye, ayah pun orang penting, tapi aku n ayah ibarat DAP dengan BN. Ibarat Lee Kuan Yew dengan Mahathir..


Banyak kenangan dan rahsia antara aku dengan mak. Apa yang mak buat untuk aku amat aku hargai n junjung tinggi! Gracias mami chula! TU-REINA DE MI CORAZON..

Selasa, 4 September 2007

Momentum

Semalam masa kelas OA, puan menembak semua orang dengan peluru-peluru leteran.. Bukan kosong, tapi memang berisi! Kena tembak, terasa sampai ke jantung! Salah sendiri! Aku pun salah. Lepas tu, dengar cerita puan. Aku rasa cukup..cukup..ntah la, macam bagi aku semangat nak ubah apa yang salah yang aku buat sebelum ni..

Apa yang aku dah buat? Erm, sebenarnya, ramai tak tau yang aku selama 8 atau 9 minggu kuliah ni, aku buat BODOH jek. Aku belum pernah duduk kat meja study, menunaikan tanggungjawab aku! Roommate aku yang lain tungang langgang nak siapkan assignment, tapi aku masih boleh tido lagi. Ye la, mungkin banyak sangat aktiviti aku di siang hari. Jadi, malam aku dah tak bole wat pape.. Tapi, SEMALAM la aku MEMECAHKAN SEGALA KEBUNTUAN. Thanks kat puan. Hahaha.. Aku ni dah lama sangat tak dengar mak BERLETER kot. Kat skola dulu, cikgu YATI yang suka berleter ni..

Mungkin aku dah dapat momentum yang aku cari selama ni. Tadi aku cuba siapkan laporan sorang pensyarah yang aku dah 2 MINGGU lewat hantar! Tapi kenapa ntah sebelum ni, aku wat bodoh jek? Tak dapat HIDAYAH lagi kot.. Malam tadi, aku jumpa Queen budak Komunikasi yang malam sebelumnya mintak tolong aku untuk projek dia. Tiba-tiba je dia msg aku. Menyanyi! Satu benda yang aku tak pernah n jarang-jarang buat! Aku terpaksa ubah lirik lagu WE WILL ROCK U untuk Queen.. Jap lagi, nak nyanyi, dia rekod. Ah, selamba la.. Walaupun aku tak rapat dengan dia, tapi tak salah untuk aku tolong orang.. Wow, dia pernah dapat 3.5 tau masa sem 1. Tapi sekarang, PNGK dia dengan aku sama. Kebetulan. Sama jugak dengan kawan baru aku-ROSEYATIMAH, bdk Psiko..

Phew, banyak yang aku kena buat malam ni! Banyak kena kejar. Tapi inilah aku. Dah kena TEMBAK baru nak SEDAR! Apa yang terjadi arini-MAMAT POYO n muncungnya yang boleh gantung hanger, menambahkan lagi keazaman aku! Aku harus kembali KE PANGKAL JALAN!!!

Geram, Sumpah, Dendam!!!

GEEEERRRRRAAAAAMMMMMM!!!!! Lama dah aku tak HANGIN macam nih.. Lama dah HATI TAK MEMBARA.. Tapi ari ni aku memang PANAS, JIWA terbakar! Bengang seh dengan MAMAT SEKOR ni.. BERLAGAK BAGOS!!! Memang aku geram.. Pakkal jek aku ngan die bekerja di bawah satu bumbung. Masa dia 'TARIK MUKA' tadi, aku macam nak tumbuk n tampar-tampar jek muka dia tu. Nak gantung hanger kat muncung dia!!! Bole siap cakap, "dah, takde apa-apa lagi kan? saya nak cepat." "Saya tak tido malam nak siapkan benda ni.." Selama ni aku beri dia peluang. Sebagai ketua, aku lebih suka mendengar pendapat orang bawah aku dulu sebelum dorang dengar keputusan aku. Aku lebih suka bekerja bersama-sama daripada mengarah tak tentu hala! Biarlah, BUKAN SEMUA ORANG YANG KITA SUKA & BUKAN SEMUA ORANG YANG SUKA KITA!!!


Inilah orang kita-Malaysia.. Baru 'hebat' sikit, dah BERLAGAK! Mamat, sib baik ko bukan MELAYU. Kalo tak, memang aku MALU! Aku tau, dalam sesebuah ORGANISASI, memang KONFLIK DALAMAN tak dapat dielakkan.. Tapi aku pernah merasa bekerja dalam TEAM YANG HEBAT! Masing-masing menghormati kelebihan masing-masing. Tak tunjuk LAGAK!


Memang la, kalo orang tak tau, tengok aku memang tak serius.. Tapi tak semestinya dalam aku tak serius macam ni aku tak memikirkan sesuatu tentang study aku. Lantak ko la MAMAT. Ko nak tunjuk HEBAT pun sekarang, SILAKAN. Terima kasih sebab bagi aku CABARAN. Terima kasih sebab beri aku TAMPARAN. Sekarang aku tak dapat buktikan apa-apa, tapi aku akan PASTIKAN aku akan BERLAWAN habis-habisan dengan ko! Aku takkan bagi ko MENGATASI aku dalam exam nanti.. Mungkin kalopun aku tersungkur kelak, aku akan PASTIKAN aku KALAH BERGAYA!!! Ini SUMPAH aku pada diri sendiri!


Aku berDENDAM? Ya, tapi dari sudut yang POSITIF. Memang aku jenis yang tak kisah, tapi kalo aku dah serik dengan seseorang, BURUK PADAH! Orang tak pernah tengok aku MENGAMOK.. Kalo aku DIAM sekejap pun orang ingat aku ada MASALAH.. Ah, inilah dunia!!! Aku memang pantang jumpa orang BERLAGAK! Aku akan SEPULUH dan BERPULUH kali berlagak. Bunyi macam JAHAT, tapi itulah hakikatnya! Aku dah BERSUMPAH, AKU AKAN BUKTIKAN SESUATU kepada orang yang berlagak tu.. Ya!!!

Sabtu, 1 September 2007

MERDEKA???

MERDEKA??? Kenapa aku buat tanda soal di belakang 'MERDEKA'? Aku rasa aku bukanlah orang yang betul-betul merdeka. Selagi kita bernama MANUSIA, khalifah Allah di muka bumi ini, nak atau tak, kita perlu terima hakikat bahawa kita bukanlah merdeka sebetul-betul merdeka.

Ya, negara kita dah 50 TAHUN MERDEKA. Tapi, masa aku berjalan kaki dari Kingfisher ke kampus UMS malam merdeka ari tu, aku terpikir dan terpikir-'berapa ramai anak-anak gadis BANGSAKU yang akan TERGADAI kesuntiannya malam merdeka ni?' Biasa la, saban tahun kedengaran benda-benda macam ni kan.. Dah menjadi KEBIASAAN, aku takkan meraikan DETIK MERDEKA di luar.. Kenapa? Aku SENSITIF dengan perkara-perkara macam ni. Pernah aku nak menyambut Merdeka di Dataran Kota (Kota Tinggi), awal aku keluar, lama aku tunggu tapi lagi 5 minit, aku CABUT balik rumah. Aku KECEWA dan cukup KECEWA dengan sebuah HAKIKAT anak bangsaku yang terhampar pasti di depan mataku. Jadi, lebih baik aku bersendiri dalam bilik, tengok tv, dan cuba MENGINSAFI erti MERDEKA mengikut caraku sendiri. Seperti yang aku dah jangka, BULETIN UTAMA laporkan malam tadi, 'PIJAK BENDERA'.. 'SAMPAH BERSEPAH'. Nah, nampak kan? Kalo MULUT hanya kata MERDEKA (terikut-ikut barangkali), tapi tangan dan kaki MEMPERSUNDALKAN KEMERDEKAAN dengan perkara-perkara tadi, baik balik rumah aje!

Berbalik kepada jalan kaki tadi, masa aku berjalan tu, aku rasa betul-betul FREE. Macam aku kata kat puan, 'berjalan ala A. SAMAD SAID dalam iklan PERODUA' kat tv tu.. Banyak yang aku pk. Pk macam mana nak mempertingkatkan diri ke satu tahap yang lebih gemilang dan terbilang. Pk tentang apa erti merdeka bagi diriku dan macam-macam lagi.. Tahun ni jugak, aku PUAS HATI, tiada aksi TERKINJA-KINJA dan TERLALAK-LALAK artis picisan atas pentas. Konsert merdeka la senang cite. Mungkin malam jumaat. Tapi, aku terkesima bila pengacara kata "berikan TEPUKAN kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman... Tun Abdul Razak... Tun Hussein Onn.." Erm, bole ke bagi tepukan kepada orang yang dah tiada?? Ntah la, mungkin orang yang lebih arif dalam agama bole jawab soalan aku ni.

Apa-apapun, aku SYUKUR kerana menjadi ANAK MALAYSIA dan kerana mampu menghirup udara kemajuan hasil titik peluh, pengorbanan dan perjuangan PEMIMPIN-PEMINPIN terdahulu! Alhamdulilah.. Aku, berjanji pada diri ni, AKU AKAN MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN INI. AKU AKAN MENGISI KEMERDEKAAN INI. DAN PALING PENTING, AKU AKAN MEMERDEKAKAN HATI, JIWA DAN PEMIKIRANKU DAHULU SEBELUM MEMERDEKAKAN ORANG LAIN DARIPADA SEGALA MACAM ANASIR YANG AKAN MEROSAKKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA YANG AKU CINTAI INI!!!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!