Sabtu, 8 September 2007

Presidenta

Semalam - 07/09/07. Cantik tarikhnya. Aku harap ada sesuatu yang boleh aku kenang. Dan..ya, ada sesuatu untuk aku kenang.


Mesyuarat Agung Kelab Hubungan Antarabangsa Kali Pertama Sesi 2007/2008 dah pun dibuat semalam. Kak Mizah menutup tirai dengan jayanya.. LASBELA INDONESIA adalah kejayaan paling besar selain kejayaan-kejayaan lain.. Selepas pembubaran, maka tugas aku sebagai penolong SU kepada Abang Basri pun berakhir. Tapi, bila perlantikan baru.. tugas aku makin berat.. Kawan-kawan menyokong aku untuk kerusi Presiden. Dan akhirnya, aku terpilih untuk itu. Teddy yang dulu Timb Bendahari jadik Timbalan Presiden. AIM-SU. JC lak dari BIRO naik jadik ALONG! (Lum kata kalo duduk kerusi Presiden jangan JATUH BERDEBUK macam kat MBJ lagi!!! hahahah..) Apa yang BEST, 3 orang dari group APEC ada dalam MT kelab. Aku, JC & Aim. (aku sayang kat membe APEC-geng paling SIOK n key-po-chi dalam kalangan IR thn2! huhu.. ketawa n menggedik tak ingat dunia.. ooopzz,lupe maQan misi utama! =D )


Sebenarnya, tugas ni tugas berat. Sama la macam MENGISI KEMERDEKAAN adalah lebih PERIT daripada MEMERDEKAKAN! Aku harus menyamai pencapaian Kak Mizah atau buat lebih baik daripada tu.. Kak Mizah dah pun menaikkan nama KELAB, aku harus mengekalkan nama tu.. Langkah pertama yang aku buat, msg En Lah-SU Sulit Menteri Luar. Aku dah lama buat surat mintak peruntukan dengan dia, tapi biasa larr, siapa pun boleh TANAM TEBU DI PINGGIR MULUT kan? Pengalaman gi carik sponsor LASBELA INDON banyak mengajar aku. JANGAN HARAP SANGAT kepada orang-orang politik, kerajaan atau yang sewaktu dengannya.. Dalam kepala aku dah makin bertambah idea-idea untuk xtvt kelab. Aku tak nak buat program syok sendiri (dah la blaja kat Sekolah Syok Sendiri), tapi aku nak apa yang akan kelab buat nanti mendatangkan faedah kepada sume n mendapat sokongan.. Tapi aku akan mengingatkan diri-JANGAN CAKAP JE BERDEGAR-DEGAR! MESTI BUAT-WAJIB!

Tiada ulasan: