Selasa, 4 September 2007

Momentum

Semalam masa kelas OA, puan menembak semua orang dengan peluru-peluru leteran.. Bukan kosong, tapi memang berisi! Kena tembak, terasa sampai ke jantung! Salah sendiri! Aku pun salah. Lepas tu, dengar cerita puan. Aku rasa cukup..cukup..ntah la, macam bagi aku semangat nak ubah apa yang salah yang aku buat sebelum ni..

Apa yang aku dah buat? Erm, sebenarnya, ramai tak tau yang aku selama 8 atau 9 minggu kuliah ni, aku buat BODOH jek. Aku belum pernah duduk kat meja study, menunaikan tanggungjawab aku! Roommate aku yang lain tungang langgang nak siapkan assignment, tapi aku masih boleh tido lagi. Ye la, mungkin banyak sangat aktiviti aku di siang hari. Jadi, malam aku dah tak bole wat pape.. Tapi, SEMALAM la aku MEMECAHKAN SEGALA KEBUNTUAN. Thanks kat puan. Hahaha.. Aku ni dah lama sangat tak dengar mak BERLETER kot. Kat skola dulu, cikgu YATI yang suka berleter ni..

Mungkin aku dah dapat momentum yang aku cari selama ni. Tadi aku cuba siapkan laporan sorang pensyarah yang aku dah 2 MINGGU lewat hantar! Tapi kenapa ntah sebelum ni, aku wat bodoh jek? Tak dapat HIDAYAH lagi kot.. Malam tadi, aku jumpa Queen budak Komunikasi yang malam sebelumnya mintak tolong aku untuk projek dia. Tiba-tiba je dia msg aku. Menyanyi! Satu benda yang aku tak pernah n jarang-jarang buat! Aku terpaksa ubah lirik lagu WE WILL ROCK U untuk Queen.. Jap lagi, nak nyanyi, dia rekod. Ah, selamba la.. Walaupun aku tak rapat dengan dia, tapi tak salah untuk aku tolong orang.. Wow, dia pernah dapat 3.5 tau masa sem 1. Tapi sekarang, PNGK dia dengan aku sama. Kebetulan. Sama jugak dengan kawan baru aku-ROSEYATIMAH, bdk Psiko..

Phew, banyak yang aku kena buat malam ni! Banyak kena kejar. Tapi inilah aku. Dah kena TEMBAK baru nak SEDAR! Apa yang terjadi arini-MAMAT POYO n muncungnya yang boleh gantung hanger, menambahkan lagi keazaman aku! Aku harus kembali KE PANGKAL JALAN!!!

Tiada ulasan: