Sabtu, 8 September 2007

Khairy Jamaludin dan seorang kawan

KJ.. KJ.. KJ.. Hurm, aku bukak satu page, ada yang kata KJ TAMPAN, BIJAK DAN BERGAYA.. Yo la tuh.. Orang Rombau ni memang BERPENGARUH. kerana dia anak menantu Pak Lah. Aku dapat tau lagi, dia dului blaja kat Oxford - Philosophy, Political & Economy. Berdegar-degar dengan DEB dia. Dengan dasar baru itu ini.. dan paling penting - dengan MYTEAMnya..

Aku malas nak komen pasal dia. Klik aje kat GOOGLE, berlambak kuar pasal KJ. Dikutuk, dikeji, dibenci. Dipuja, dipuji, dikasihi. Terserah kepada individu. Tetapi bagi aku, EPISOD POLITIK KJ ni macamlah satu cerita Bollywood. Pelakon yang sama watak macam KJ tu Monish Bahl. Pak mentua dia Amitabh Bachan. Anak Big B tu kalo tak sialap aku Juhi Chawla.. Si Monish ni kahwin dengan Juhi sebab nak cepat naik, seterusnya dengan tipu muslihat, abes harta Big B dikuasainya! Dia buat-buat baik untuk mengaburi mata sume orang, akhirnya bila dah dapat apa yang dia nak, maka peh, terbukalah segala sifat kejahatan dan kebinatangannya tuh.. Adakah KJ menantu Pak Lah macam Monish Bahl tu???

Lagi satu, aku tertarik dengan satu tulisan-KJ dikatakan TERLALU GHAIRAH untuk naik tangga politik sampai mengalahkan bos-Hishammudin.. Memang pun. FAM dia nak bertanding, MYTEAM pun dia pegang.. Paling aku menyampah-masa orang KOTA TINGGI tengah bersusah payah masa BANJIR BESAR dulu, dia datang KOTA TINGGI MAIN JET SKI!!! Tak guna betol! Ingat pesta air ke? Kepada kawan-kawanku, janganlah MEMANDANG DAN MEMPERCAYAI ORANG DENGAN MELIHAT LUARANNYA saje..

Orang yang nampak smart ni la yang KAKI KENCING. Macam seorang kawan aku la. Yang ada cita-cita politik yang besar. Huh, kalo orang yang tak kenal dia, akan kagum. Manis mulut beb. Ala-ala romantik gitu.. Tapi bila dah bekerja dengan dia, hanya Tuhan sajalah yang tau betapa teruknya dia. Sekarang-apa dah jadi? Dia semakin jauh ke belakang. Ditinggal kawan dan lawan..

Tiada ulasan: