Sabtu, 1 September 2007

MERDEKA???

MERDEKA??? Kenapa aku buat tanda soal di belakang 'MERDEKA'? Aku rasa aku bukanlah orang yang betul-betul merdeka. Selagi kita bernama MANUSIA, khalifah Allah di muka bumi ini, nak atau tak, kita perlu terima hakikat bahawa kita bukanlah merdeka sebetul-betul merdeka.

Ya, negara kita dah 50 TAHUN MERDEKA. Tapi, masa aku berjalan kaki dari Kingfisher ke kampus UMS malam merdeka ari tu, aku terpikir dan terpikir-'berapa ramai anak-anak gadis BANGSAKU yang akan TERGADAI kesuntiannya malam merdeka ni?' Biasa la, saban tahun kedengaran benda-benda macam ni kan.. Dah menjadi KEBIASAAN, aku takkan meraikan DETIK MERDEKA di luar.. Kenapa? Aku SENSITIF dengan perkara-perkara macam ni. Pernah aku nak menyambut Merdeka di Dataran Kota (Kota Tinggi), awal aku keluar, lama aku tunggu tapi lagi 5 minit, aku CABUT balik rumah. Aku KECEWA dan cukup KECEWA dengan sebuah HAKIKAT anak bangsaku yang terhampar pasti di depan mataku. Jadi, lebih baik aku bersendiri dalam bilik, tengok tv, dan cuba MENGINSAFI erti MERDEKA mengikut caraku sendiri. Seperti yang aku dah jangka, BULETIN UTAMA laporkan malam tadi, 'PIJAK BENDERA'.. 'SAMPAH BERSEPAH'. Nah, nampak kan? Kalo MULUT hanya kata MERDEKA (terikut-ikut barangkali), tapi tangan dan kaki MEMPERSUNDALKAN KEMERDEKAAN dengan perkara-perkara tadi, baik balik rumah aje!

Berbalik kepada jalan kaki tadi, masa aku berjalan tu, aku rasa betul-betul FREE. Macam aku kata kat puan, 'berjalan ala A. SAMAD SAID dalam iklan PERODUA' kat tv tu.. Banyak yang aku pk. Pk macam mana nak mempertingkatkan diri ke satu tahap yang lebih gemilang dan terbilang. Pk tentang apa erti merdeka bagi diriku dan macam-macam lagi.. Tahun ni jugak, aku PUAS HATI, tiada aksi TERKINJA-KINJA dan TERLALAK-LALAK artis picisan atas pentas. Konsert merdeka la senang cite. Mungkin malam jumaat. Tapi, aku terkesima bila pengacara kata "berikan TEPUKAN kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman... Tun Abdul Razak... Tun Hussein Onn.." Erm, bole ke bagi tepukan kepada orang yang dah tiada?? Ntah la, mungkin orang yang lebih arif dalam agama bole jawab soalan aku ni.

Apa-apapun, aku SYUKUR kerana menjadi ANAK MALAYSIA dan kerana mampu menghirup udara kemajuan hasil titik peluh, pengorbanan dan perjuangan PEMIMPIN-PEMINPIN terdahulu! Alhamdulilah.. Aku, berjanji pada diri ni, AKU AKAN MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN INI. AKU AKAN MENGISI KEMERDEKAAN INI. DAN PALING PENTING, AKU AKAN MEMERDEKAKAN HATI, JIWA DAN PEMIKIRANKU DAHULU SEBELUM MEMERDEKAKAN ORANG LAIN DARIPADA SEGALA MACAM ANASIR YANG AKAN MEROSAKKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA YANG AKU CINTAI INI!!!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tiada ulasan: