Selasa, 28 Ogos 2007

Perjuangan, Perjuangan dan Perjuangan

Abang Raj-mantan MPP yang menyedarkan aku masa kursus ari tu.. Betapa aku suka sangat dengan perjuangan. Kalo dikira, ntah berapa banyak perjuangan yang dah tersembur keluar dari mulut aku ntah.. Dari kecik-aku memang dah tunjuk minat dengan perjuangan dan kepimpinan. Aku mula jadi pemimpin sejak aku sekolah tadika (dari tadika jugak aku pakai CERMIN MATA ni..Rabun teruk,tapi sib baik ada cermin ultra thin!.. Sebab tu, bila aku tanya mak pasal penglibatan aku dalam MPP, mak kata:"Mak tau kebolehan Iqa.. tak payah Iqa nak masuk MPP pun mak dah nampak apa yang Iqa dah buat sejak dulu lagi.." Ya, sejak dulu lagi. Aku tak pernah kata aku pemimpin dengan orang, cuma dalam blog ni jek la.. Ni blog aku, bukan soal nak bangga diri atau ujub atau riak..hui,mintak jauh! Tapi, share cite.. Perjalanan aku yang jauh.. Dari aku mula ingat apa yang aku buat, sampai ke hari ni..

Aku rasa macam lega dengan apa yang mak kata. Puan Marja n En Wan pun dah menolong aku.. Aku sebenarnya telah diberi peluang untuk menonjolkan diri dan seterusnya bertanding merebut kerusi MPP. Tapi, aku terpaksa fikir banyak kali. Aku dah TERSADUNG masa STPM dulu.. Luka 2 tahun dulu masih BERDARAH! Pahit yang masih aku terasa! Aku masa tu mungkin terlalu fikirkan ORANG. Apa yang orang mintak, aku buat tanpa bantahan. Buat dengan sepenuh hati. Apa yang aku fikir, aku akan realisasikan. Tak kira apa cara! Tak tido pun takpe. Datang lamabat ke kelas pun takpe. Hasilnya memang, nah, cukup baik! Dapat wakil negeri.. Jalan sana sini.. Nama gah.. Disebut-sebut.. Handphone kena sentiasa bawak. Kejap-kejap cikgu call.. Handphone DIHALALKAN untuk aku. Tapi, keputusan STPM.. Ayam tambatan akhirnya tersungkur. Ye, aku tau, dengan 2A, kira ok.. Tapi orang tau aku boleh dapat lebih. Aku dah SIA-SIAKAN PELUANG tu!!!

Kali ni, aku terpaksa korbankan cita-cita aku untuk jadi wakil pelajar.. Ramai yang suruh aku bertanding masa di kursus tu. Orang yang baru aku kenal. Kawan-kawan yang dah kenal pun suruh aku bertanding.. CDA, kawan sekolah aku dulu pun kata, "Bertandinglah. Mungkin akan bantu ko untuk jadik MB Johor. Ala, masa sekolah dulu pun ko Penolong Pengawas (SU sebenarnya, CDA). Tapi result SPM gempaq." Mereka kata aku ada bakat. Ah, biarlah. Aku ingat apa mak kata: "Iqa nak ke jadik macam dulu, hanya GAH PADA NAMA, tapi lepas tu..??" Aku yakin dengan keputusan ni.. Biarlah aku belajar habis-habisan. Tak lama, setahun lebih lagi. Lepas tu, baru aku akan merencanakan perjalanan politik aku. Bertanding PUTERI ke. Pilihan Raya 5/10 tahun lagi ke.. Biar aku jadi pemimpin berisi, bukan pemimpin yang cakap berdegar-degar jek.

Kenapa aku nak jadi pemimpin? Kenapa aku suka perjuangan? Kenapa aku minat politik? Semuanya bermula dari dulu-dari aku budak hingusan. Masa sekolah darjah 1, ayah tanya, nak sekolah BN atau sekolah Semangat 46? Mungkin juga kerana family background. Aku terdedah. Darah perjuangan meresap dalam tubuhku.. Aku nak jadi pemimpin bukan kerana nak nama atau giler glamer.. Dari aku sekolah rendah aku dah simpan cita-cita nak mengubah apa yang nampak sebagai tak betul! Bukan semua dapat kita ubah, tapi kita berusaha untuk berubah. Kata MR PAUL-tourist guide Gegar U! ke Penang, kitalah yang patut berubah dulu sebelum kita suruh orang untuk berubah. Biar orang ikut apa yang kita buat.. Ye, aku pegang kata-kata MR PAUL. Kawan aku yang special.. Kata En Zaini tadi kepada kelas: "You are agent of change!"

Aku betul-betul BERTERIMA KASIH kepada MAK & PUAN MARJA.. Dua orang wanita yang aku HORMATI, KAGUMI, KASIHI & TAKUTI! Seorang mengingatkan aku kepada masa silam dan sejarah duka, seorang lagi nampak apa yang aku kadang-kadang tak nampak.. Dan terima kasih jugak kepada En Wan-orang pertama yang MENENTANG aku untuk bertanding! Aku BERSYUKUR, aku dah kembali..Kembali untuk BERJUANG di JALAN YANG BENAR, berjuang dalam PELAJARAN! Lepas balik kursus, aku rasa lebih tenang, aku dah jumpa sesuatu yang aku HILANG.. Aku teringat kata-kata sorang cikgu: Apa yang kita idamkan kadangkala akan menyebabkan kita menangis di kemudian hari. Ya, dah terjadi kat aku!!! Dari Matrikulasi, balik ambik STPM, nak tukar dari Science ke Art. Tapi tak dapat tukar setelah naik turun Jabatan Pendidikan Johor. Melalak depan Pegawai Pendidikan Daerah. At last, dapat tukar sebab Mak Uda tolong guna pengaruh dia. Lepas masuk art stream (sains sosial sebetulnya), aku lupa, leka dan lalai.. Ko-kurikulum memang gemilang dan terbilang, tapi AKADEMIK jugak yang dijadikan ukuran. SERIK! Kisah PAHIT STPM akan sentiasa menghantui aku.. Aku takkan benarkan satu kisah pahit lagi tercipta. Ini PERJUANGAN AKU!

Tiada ulasan: