Jumaat, 24 Oktober 2008

KERANDA 153???


KERANDA 152

Senjata disandang dijulang
Tekad kukuh tujuan murni
Bahasa Usah dijual beli dangan Mutiara
Atau tolak ansur walau segaris kapur
Kerana ia hak mutlak perairan ini

Bahasa Melayu di keranda
Dada mana yang tak sebak
Telinga mana yang rela mendengar
Mata siapa yang bisa kutup rapat
Sedang kita dilahirkan dengan iramanya

Apa guna janji pada gelombang
Kalau sikap kita cuma ulam
Bahasa di keranda bisa diusung ke lahad
Kelaku itu apa bisa kita ratap dan pinta
Darah yang mengalir berubah warnanya
BIBLOGRAFI

Pernah terdengar sajak ini??? Keranda 152 ditulis pada ketika aku belum lahir lagi ke dunia ini. Ketika kebangkitan kesedaran tentang BAHASA MELAYU memuncak.. Tapi hari ini, ketika ini dan detik ini, aku tertanya-tanya, adakah KERANDA 153 (Perkara 153 Perlembagaan Malaysia yang memberikan tanggungjawab kepada Yang Di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan ORANG MELAYU & penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya disebut BUMIPUTERA) pula yang akan menyusul???

Tak perlu aku memanjangkan apakah yang berlaku tentang Perkara 153, hak istimewa atau kontrak sosial kala ini, cuma aku masih terngiang-ngiang apa yang dikatakan oleh WAK KHALID SALLEH kepadaku ketika beliau datang ke Kota Tinggi untuk satu bengkel penulisan, "MELAYU adalah tuan rumah di tanah ini. 'Yang lain-lain' adalah ibarat tetamu. Tetamu, walaupun ibubapa atau ibubapa mertua sekalipun, bebas untuk membuat apa sahaja di rumah tersebut tetapi 1 SAHAJA: tidak boleh dan tidak layak sama sekali untuk memasuki bilik tidur utama tuan rumah."

Tiada ulasan: