Sabtu, 25 Oktober 2008

Payung dan Mentaliti Pelajar U

* ALTERNATIF SETELAH PAYUNG DIKEBAS: Gunakan baju hujan atau payung macam ni!

Payung. Payung. Payung. Nampak masalah ini masalah remeh, tetapi bila difikirkan, besar impaknya.


Cerita tentang payung ni bermula dari aku tahun 1, semester 1 hinggalah ke hari ini, tahun 3. Musim-musim HUJAN macam ni, dah tentulah PAYUNG amat bermakna kepada sekalian warga UMS. Kalau setakat hujan rintik-rintik, tak kisah. Tapi ini dah masuk kes hujan lebat tak henti-henti. Nak dijadikan cerita, semalam aku guna payung ke perpustakaan. Bila balik bilik, aku letakkan payung aku berdekatan dengan bilik. Tuptup, ada la tangan gatal yang menutup payung aku tu. Ok, tak jadi masalah. Tapi lepas Ain, roommate aku balik, aku keluar la untuk mandi. Nah, pastu payung aku terus ghaib! Eh, payung ada sayap boleh terbang ke????



Pagi tadi, hujan masih tak henti-henti. Payung aku tetap takde. Dah la ada KOKUM Golf kat Kolej Yayasan Sabah Driving Range! Ni yang buat aku mula PANAS! Kenapa la payung yang harganya tak seberapa tu pun ada tangan yang gatal nak ambik??? Heh, dapat PTPTN beribu, satu payung takkan tak mampu??? Waktu darurat hujung semester sekarang ni, dah tak sempat nak keluar kampus beli payung lagi dah. Tak sedarkah orang yang ambik payung tu betapa dia telah menyusahkan orang lain??? Tahun 1 dulu, payung yang aku dapat masa pendaftaran Minggu Suai Mesra pun kena KEBAS jugak masa letak di luar perpustakaan. Lepas tu, ada salah sorang kawan aku yang cakap, dia takde payung nak balik ke kolej dari perpustakaan, jadi dia kebas la payung orang. Sorang kawan aku yang lain pulak cakap, dia bawak payung, tapi setelah payung dia dikebas, dia pun kebas payung orang lain!



SHIT! Bak kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri!" Sampai bila episod kebas mengebas, rembat-merembat payung di UMS ni nak berakhir??? Yang memalukan aku, pelajar perempuan pun kaki kebas! Kalau pergi kelas melawa, bedak tebal, bau 10 meter pun dah menusuk hidung, tapi mengambil harta benda orang lain? Kenapa aku kata PAYUNG ni penting? Ini baru kehidupan di kampus. Kalau dah kerja nanti, tak mustahil, 'golongan kaki kebas' ni juga akan meneruskan aktiviti mereka kan? Kebas barang-barang pejabat, kebas alat-alat pejabat atau songlap duit barangkali??? Takkan la nak ditulis dalam AUKU perihal "jangan mengambil barang individu lain", baru pelajar-pelajar U ni nak sedar??? Cis, memalukan sungguh!

Tiada ulasan: