Isnin, 28 April 2008

Ek Ajnabee & Cheeni Kum

Filem. Filem. Filem. Dalam satu minggu ntah berapa filem yang aku tengok. Jumaat, Sabtu, Ahad hari-hari terindah dalam hidup. Kalo takde outdoor xtvts, aku lepak dalam bilik, tengok tv! Tengok tv pun adalah learning process gak tau.. Tapi pandai-pandai la, time study, switch off tv! Rutin hari2 aku-BULETIN UTAMA, 8malam setiap hari. Nak2 lagi masa PRU12 dulu. Dari MHI, Buletin 1.30, Berita Terkini, Warta Perdana n segala macam analisis aku tengok..


Sabtu lepas, aku tengok cite Hindustan kat TV2. Minggu sebelumnya, filem "EK AJNABEE" lakonan Amitabh Bachan n Arjun Rampal. Tapi lepas tengok separuh, TV2 buat perangai, filem tu ROSAK!!! Geram! Geram! Geram! Lepas sembahyang Zohor, aku bukak la balik TV2, tengok2 "THE END". Pastu, cari kat internet, nak download free, cite tu takde! Frust! Bile g KK, aku carik gak, takde lagi.. Tensen! Filem tu pasal Amitabh Bachan o BIG B yang jadi bodyguard kepada sorang budak perempuan, anak jutawan India yg tinggal kat Thailand. Mula-mula geram gak, Big B langsung tak layan budak tu, tapi budak tu pandai tackle hati pesara tentera tu. Then, budak tu kene kidnapped n ditembak mati (tapi instinct aku kuat kata yg budak tu tak mati. Sebab tu aku nak tau apa jadi kat si budak tu.) Takde babak lari keliling pokok pun! Caya la cite hindustan baru-baru ni. Sehebat Hollywood. Ransom misalnya.


Cite CHEENI KUM lak, lagi best. Percintaan orang tua. Tangri Kabab @ Nina Varma (Tabu) umur 34 tahun. Buddhadev (Big B) umur 64 tahun. Cite ni shooting kat London. Buddha ada restoran india kat sana - Spice 6. Mak aiii, macam nak keluar air liur aku tengok Indian food yg ada kat restoran tu! Rasa macam nak jadi CHEF la plak.. Buddha ni org yg boring, "one way". Pastu, ego, serius n kaki marah. Paling tak tahan, bapak Nina- yang 6 tahun lagi muda dari Buddha MOGOK LAPAR sebab tak izin anak dia kahwin dgn Buddha. Huh, macho betol Big B dalam cite tu (walaupun tua la).. Exotic! Pastu dia ada ekor rambut (macam rambut aku la..). Setakat ni, dah 2 filem yang 'hero' ada ekor rambut macam aku - Buddha (CHEENI KUM) & King Leonidas (300). Kihkihkih.. Filem ni memang tak boring.. LANGSUNG! Aku kagum dengan seniman-seniman Bollywood. Aku lagi kagum dengan BIG B. Patut pun masa dia sakit dulu, 1 India berdoa untuk dia. Shah Rukh Khan? Nay, tak boleh challenge Big B! Dah la si SRK tu sekular, mempermain Islam lagi.. Huih, jahat bebetol!
Filem. Filem. Filem. Tak sabo nak balik kota tinggi. TV Singapore lagi banyak filem best! Lagi best dari ASTRO! (We Johorean dun need ASTRO) Tapi, aku nak challenge diri sendiri cuti ni.. SIAPKAN SATU NOVEL & HANTAR CERPEN KE SURATKHABAR (last cerpen kena terbit dalam majalah tahun 2003).. Boleh ke aku buat??? BOLEH!!! :)

Tiada ulasan: