Sabtu, 30 Jun 2007

PHD & PBB Dalam Kalangan 'Mahasiswa' Sekolah Sains Sosial

SMS daripada Ijan menggegarkan ketenangan malam aku! JAS - budak (POYO) Industrial Realations buat hal lagi!!! Tak abes2 die nak carik pasal dgn geng International Relations! Aku sebagai manusia biasa mmg tersangat SAKIT HATI dgn JAS. I'm so sorry Jas, u're too much!Aku cuma mahu berlaku ADIL kerna aku bukan insan hipokrit!!! Ko nak anggap aku ni jahat sebab outspoken, terserah! Ni Blog aku.. Kan? Kan?

Dulu aku dengar daripada SUMBER aku yang SAHIH-Jas cakap aku penakut! (Budak2 Kampung AB jugak. Ko nak pertikaikan ke?) Ye la, aku pernah borak dgn Jas kat BCB UMS - memang berminat nak berDEBAT dgn dia dalam Pertandingan DEBAT SSS sem lepas. Ijan selaku Timbalan Pengerusi Kelab Hubungan Antarabangsa pun dah bayar yuran pendaftaran. Tapi dia tak tahu @ dat time, aku tgh BZ membantu kakak2 tahun 2 menyiapkan persiapan FAREWELL PARTY untuk ENCIK RAMLI DOLLAH! Aku cuma aku-tak dapat nak join semua benda.. Kena pilih la beb! Tapi JAS tetap JAS - takkan paham2 dgn keadaan orang lain. Cuma die jerk nak MENANG!

Dah la tak bagi aku peluang, lepas tu sibuk MENGUTUK aku kat belakang. Aku tak kisah lagi. Lepas tu, dia MEMPERTIKAIKAN Ijan join MSM. Lantaklah - itu hal peribadi antara dorang. Tapi bile die kate, "LAYAKKAH BUDAK2 HUBUNGAN ANTARABANGSA KE INDONESIA???", aku dah tak sabar lagi... Grrrrr... Hey, aku tak suka nak maki2 atau marah2 orang, itu bukan aku! Tapi cukuplah sekadar aku katakan BILA URAT MUKA AKU DAH BERKERUT KERANA KEMARAHAN, MAKA KESABARAN AKU ADALAH SIFAR!

Kenapa nak sibuk mempertikaikan orang lain? Ada apa dengan PHD (kalao masih blur, PHD=Perasaan Hasad Dengki)??? Macam mana SEKOLAH SAINS SOSIAL nak MAJU ke hadapan kalau 'MAHASISWA' (hurm,layakkah ke kita semua digelar MAHASISWA? PK, PK kan) masih BERGELUMANG dgn PHD masing2??? Shit! Kalo Jas atau konco-konconya terbaca tulisan aku ni, aku mintak maap. Daripada mengata belakang, PENAKUT, baik kita DUDUK SEMEJA - LUAHKAN apa yang TERBUKU dalam hati.. Aku tak nak SERANG peribadi Jas atau konco-konconya, perbuatan yang MAHA ZALIM. Aku pun tak perfect.. Tapi aku akan serang dengan peluru2 hujah! Baru la ada REVOLUSI MENTAL!!!! Yeayeahhh..

PHD satu hal.. PERASAN BAGUS BANGET atau PBB satu hal! CONTOH 1: Kalo ada yg masih ingat dengan KEM BINA NEGARA 'MAHASISWA' SSS kat kundasang dulu, tentu masih ingat peristiwa Abang Basri BTN hentak MICROPHONE kat lantai kan?? Pasal ape? Pasal 'Mahasiswa2' SSS sibuk nak bertekak, bertegang urat leher macam nak putus dan menampakkan riak2 pengaruh mahasiswa Indonesia (zmn reformasi dulu ar) yg FANATIK KERANA sekelumit hal2 kecil yang MAHA TAK RELEVAN! Kawan2, SEMUA ORANG BOLEH BERCAKAP, TAPI TAK SEMUA ORANG BOLEH BERFIKIR SECARA RASIONAL.. Jadi, bukak lah pemikiran kita semua untuk berfikir secara lebih rasional yek.

CONTOH 2: Budak2 DEBAT! Maafkan saya DR RAMZAH, budak2 Debat UMS sekarang ni (yg ada kat SSS. yg lain tak dapat dipastikan) terlalu BONGKAK, ANGKUH dan PBB! Pendebat2 yg aku kenal gemar MEMPERKECILKAN orang lain. Tak payah la aku sebutkan nama, sendiri mau ingat. Semuanya nak tiru GAYA, MUTU & KEUNGGULAN SIFU DR RAMZAH! Tapi tak jadi.. Ini spesies yang ada di SSS sahaja OK! Budak2 DEBAT yang MENANG dan MENGHARUMKAN nama UMS mmg aku tabik!!! KENAPA PBB? KENAPA PHD? Jawab, sapa nak JAWAB???

Bila seseorang mengutuk atau mempertikaikan orang lain, dia sering dikaitkan dengan PERASAAN TAK PUAS HATI kan.. Mungkin JAS pertikaikan IR sebab JAS tak puas hati dgn student atau pensyarah IR.. Tapi apa yang aku katakan tadi BUKAN KUTUKAN, tapi PEMERHATIAN yang aku dapati di SSS.. Aku takde kepentingan dalam pasukan DEBAT, takde MOTIF.. Tolonglah, komuniti SSS sekalian-terutamanya TAHUN 2 (batch aku ler) BUANGKANLAH PHD & PBB kita semua!!! Tak salah jadi macam PADI-makin hebat makin menunduk. Dan tak salah IKUT RESMI LALANG-fleksibel!

BLOG ni jadi SAKSI - aku CABAR semua 'MAHASISWA' SEKOLAH SAINS SOSIAL yang tak puas hati dgn aku, kawan2 aku atau Kelab Hubungan Antarabangsa kesayangan aku, JOM KITA BERDEBAT atau BERTEKAK secara PROFESIONAL! Buatlah debat ke..forum ke.. tiap2 minggu pun takpe. Asalkan kita dapat MENJERNIHKAN KEADAAN, MEMADAMKAN DENDAM & MELERAIKAN KEKUSUTAN.. Ok???

P/S: Kepada kawan2 Sabah, maap la yek kalo terlaser, aku tau aku berkelana kat tempat korang (cis, sedih je ayat!), tapi kita harus mengenepikan kesakitan kalau mahu mendengar kebenaran!

Tiada ulasan: