Sabtu, 30 Jun 2007

Selamat Balik ke Kota Tinggi!

"Selamat Balik ke Kota Tinggi"
Daripada: Hafiy
Kepada: Haziqah (Ayong)
Aku tersenyum sorang diri bila baca nota kecil berbentuk penanda buku daripada adik bongsu buah hati aku- HAFIY! Hafiy ni banyak persamaan dengan aku-luar nampak keras, brutal, tapi ada jiwa seni, sensitif dalam hal2 tertentu. Masing-masing tak makan ikan.. Ikan pari bakar-yes! :) Tapi dia kuat merajuk, aku ni tak lah.. Hehe.. Kitorang memang rapat, ye la, aku jaga Hafiy sejak dia dalam perut mak lagi!!
Sebenarnya, aku tak plan pun nak balik Kota Tinggi lepas 2 hari shooting kat KK dengar macam artis jek kan.. nak muntah! wawawaaa). Tup tup, mak uda call, katanya nak mintak tolong buat kerja2 jentera pilihanraya yg nak kene submit cepat. Selain tu, mak uda nak kemas ofis, pindah dari Pejabat UMNO Bahagian ke Pusat Aktiviti DUN Johor Lama. Mak uda sponsor tiket aku dari KK ke JB, ok lah tu! Lagipun, tak payah la aku dok mendangok kat KK sementara tunggu sem baru bukak.. Selagi mak uda perlukan aku, aku ok jak!
Jadi, 28 Jun 2007, aku ambik flight kol 9.05pm ke JB. Hasif belikan online.. Pagi tu, lepas antar krew ASTRO balik (flight MAS kol 12pm), aku mintak Kak jum antar aku ke KF, sewa kereta. Aku segan la nak susahkan orang, mintak antar ke sana ke sini. Lepas dapat kereta, aku balik semula ke Marina Court, ambik beg2 aku. Kene check out b4 12pm. Mula2 tak tau nak humban mane semua beg tu, sebab Ijan nak ke Beaufort antar mama dia. Takkan nak ke umah die time die takde. Nak ke Papar umah Leez, jauh sangat.. Nak antar ke umah Datin Zainab, anak sedara Tok Bah-segan.. So, aku tanya la Aimi-kot2 dia dah balik kampus. Pastu, dia bagi aku no. Nada-Jakmas CD. Aku pun dgn tak malunya pun mintak tolong Nada. Sib baik Nada tu baik! Jadi, aku pun antar beg2 aku ke Blok A, Kampung CD.. tumpang untuk seminggu sementara aku balik ke Kota Tinggi.
Lepas antar kereta (sewa 2 jam je), aku naik bas Kampung Likas ke KK. Mula2 g carik aksesori yg mak uda kirim kat Pasar Filipin. Pastu, aku g makan kat City Park. Dgn 1 beg kat pinggang, 1 backpack n beg laptop, aku nampak macam traveller! Hahaha, ye ker? Aku order nasi ayam CP, Sprite large n ABC 'spesial'. Makan sorang2, sambil melayan msg si Ijan.. Aku suka gerak sorang2, bebas. Kebebasan yang tak dapat digambarkan dgn kata2! Adventure beb! Lepas dok makan dekat sejam, aku ambik bas OMO ke Terminal 2.. Then, mak call, tanya aku dgn sape? Aku cakap sorang lar.. Mak kate tok risau aku dok sorang2.. Ala, aku tak apa2 la.. Ini cucu Tok Amah! Hehehe..
Sampai Terminal 2 awal gak, kol 3 lebih macam tu. Lepas dok melangok, aku g Bilik Solat.. Mata memang mengantok gilerr.. Baring la kejap. Malam tadi melayan Faezah, host Gegar U! bercakap. Malam tadi gak, aku nampak Faezah solat.. Dun judge a book by itz cover ok;) Masa mula2 kenal, die 'keret' jugak. Harapkan Myra je yg berbual dgn kitorang. Faezah berlagak star masa mula2 dulu (sory buddy..mmg U macam tu..) Nah, sekarang die yg banyak mulut pulak! Kat bilik solat, aku jumpe MAMA si Leez.. Siap pegang rambut aku, 'cute' katanya. Leez tak dapat dok kolej kata mama die. Ye la, it was a long long story! Aku rase mama Leez tak tau wat happened between Leez n Farah! Sampai nak main BOMOH.. Yg jadik org tengah, AKU! Ye, aku! (dgn Mala n Rein gak). Lepas tu, aku g 'membuang'.. Sib baik toilet Terminal 2 ok.. Kalo tak, terpaksa aku menyimpan sampai balik Kota Tinggi nanti.. Hehe..
Dalam kol 6 lebih macam tu, aku terserempak dgn PAK JAINI, dia antar mak ayah kat airport utk balik KL macam tu la, lepas dorang teman family Pak Jaini semasa ketiadaannya di KK.. Ooppzzz, ENCIK ZAINI la! (Lecturer International Relations a.k.a Kepala Dosen Delegasi UMS) Encik Zaini introduce wife dia dgn aku. Cantik, cerah dan kecil molek wife Encik Zaini. Anak2 Encik Zaini 4 orang 'setakat ini' (ayat Encik Zaini! Macam nak tambah lagi kan..hehe) - 3 hero, 1 heroin.. Tahu apa Encik Zaini cakap dgn wife dia? "Inilah Haziqah, Haziq.. Student i yang interview HANIF BASREE kat airport ari tu.." Hahahahaha.. Itu yang Encik Zaini ingat ehkk.. Tak sangka! But it was nice meeting Encik Zaini's family..
9.05pm ~ berlepas on time. Seat aku tak boleh ke belakangkan! Gilak! Memang sakit belakang arr.. Ntah apa2 ntah Air Asia ni.. Murah, murah gak.. Tapi... Hermm, malas ar nak sambung ayat:( 10.55pm ~ sampai SENAI! Awal 30 minit daripada jadual.. Hasif, Hafiy n Aliff dah tunggu aku kat airport dgn Mummy (Aku jer panggil mak uda-sepupu lain semua panggil mummy) n ayah uda.. Pastu, gi makan kat McD 24hrs.. Konon DIET-tak makan malam (ikut diet Faezah la-nak buat Xperimen), tapi dah orang ajak. Bedal jer! Huhu..
12am macam tu ~ aku sampai umah. Sebelum tu, mak uda pasang CD ucapan Dewan Negerinya.. Teks ucapan mak uda yang aku tolong buat (usul pasal Pendidikan Teknik & Vokasional patut bermula dr Tingkatan 1), mak uda tak edit langsung! Mak uda baca semuanya! I'm so proud! Tak sia-sia ada sedikit idea sebab aku dah salurkan kat tempat yang sepatutnya. Soalan-soalan mulut untuk Dewan Negeri yang aku tolong buat pun mak uda gunakan. Hey, ini semua pengalaman! Pengalaman adalah benda yang kita tak boleh beli dgn duit. Kita harus mengalaminya sendiri.. Tak macam kasih sayang-ari ni kasih sayang boleh dijual beli!! (bagi sesetengah orang la..)
Pagi 29 Jun 2007 ~ ucapan SELAMAT BALIK KE KOTA TINGGI oleh Hafiy menghilangkan rasa ngantok aku! Ya, aku pulang! Aku anak Kota Tinggi.. Harap2 1 julai nanti aku dapat bentangkan usul untuk Mesyuarat Puteri UMNO peringkat Bahagian.. Ucapan Hafiy satu tonik semangat untuk aku, dan satu kejutan.. Ishhh, macam tak percaya balik Kota Tinggi semula.. Seminggu sebelum semester 3 bermula ini begitu BERHARGA buat aku!!! Thanx MUMMY, sponsor tiket:)

Tiada ulasan: