Selasa, 12 Jun 2007

ZIQita la CucaRacha @ Si Lipas ZIQ


Hola mis amigos! Erm, ni blog baru aku selepas lama berhibernasi, tak menulis-nulis! Kat U biasa lar, leceh betol... Kalau nak surf internet pakai laptop sendiri, kena buat setting tu, setting ni.. Huh, rasa macam menderma jek kat UMTP pasal aku tak pakai PC yg dorang sediakan. Student beribu-ribu, tp PC ciput! Alahai, nilah nasib mahasiswa U tercantik di Asia!!!! :p

Tahu KENAPA aku pilih LIPAS atau LA CUCARACHA? Pertama, sebab aku kan 'bekas' die hard fan PAPA ROACH. Ala, rock band yg malatop dgn lagu "LAST RESORT" dolu-dolu tu. Sbb tu nickname aku jd ZIQroach..Huhu. Nak lebih sedap lidah menyebut, maka aku ubah jadi ZIQita la CucaRacha, dalam bahasa sepanyol.. Saja jek mempraktikkan seciput ilmu bahasa sepanyol yg ada.

Kedua, TAK KE LIPAS tu serangga yg busuk lg kotor ehk? Herm, itu orang kata. Aku kata, kalau lipas tak berguna, apsal lar nenek moyang dan org dolu2 menggunapakai perumpamaan "seperti lipas kudung" untuk menggambarkan orang yg begitu pantas dalam melakukan pekerjaan? Ye dok? (Nilah trademark cikgu Kimia plg BEST kat SMK Laksamana, Cikgu Mastura. Haiii, rindunya kat sekolah lama, rindunya nak bergosip dgn cikgu2 kesayangan!) Biarlah kalau ada yg geli geleman dgn lipas, yg penting aku mesti jadi LIPAS KUDUNG! Kalau tak, assignment akan datang jadi macam assignment Penulisan Akademik sem lps, tak siap2 sehingglah pukul 5pg hari nak kena antar, aku terpaksa 'recycle' assignment lama.. Kuang kuang kuang..

Tiada ulasan: