Tadi tok ajak keluar, pegi beli belacan. Hacchummm.. hidung aku yang resdung ni makin gatal lepas Afiy tiba-tiba tonyoh dengan belacan! Nasib baik dalam plastik lagi, kalau tak.. nescaya tercabut ler hidung ni.. Tapi, ceritanya bukan pasal belacan, pasal KERETA dan ADEGAN KEJAR-MENGEJAR. Ala-ala Impak Maksima gitu lerr..
Pertama sekali, aku bukan peminat drama, filem atau teater muzikal Impak Maksima. Geli-geleman. Nak pulak ada Awal berlakon, hermmm, gatal hidung! Tadi.. ada la kereta yang kacau 'jalan' aku. Memang bengang. Beremosi la aku jadinya. Dah la semalam kat traffic light Arked Mara, ada geng Mat Rempit yang berlagak bagus dengan pakai topeng hantu dia orang. Macam jalanraya dia orang yang punya! Ayah tak bagi aku jalan dulu bila lampu dah hijau. "Bagi budak-budak tu jalan dulu. Kang accident," kata ayah. Peduli apa aku, pantang aku DICABAR atas jalan ni! Pagi tadi jumpa pulak orang yang sengal bawa kereta, lelaki pulak tu.. aduhhh.. nasib. Nasib. Itu yang membuatkan aku diimbau kenangan.....
Peristiwa ni mengingatkan aku pada adegan kejar-mengejar masa aku drive Mazda biru berenjin turbo dulu. Fuh, memang 'pergi' kereta tu! Paling best aku boleh 'makan' 160km/j.. Mazda biru, haru biru! Aku balik dari JB dengan mak masa tu. Tiba-tiba, sampai kat Taman Saujana, ada kereta Peugeot putih yang lembab dan sengal! Aku berebut jalan dengan lelaki Peugeot putih tu. Mak sampai berderau darah. Aku potong dia. Tuptup dia potong aku balik. Cis, tercabar kewanitaan aku! Aku pun apa lagi, kejar kereta Peugeot tu sampai ke bandar Kota Tinggi. Sampai kat traffic light Arked Mara, aku pun.. tenung kereta sebelah, kereta Peugeot tadi! Baru dia tau, bukan semua perempuan boleh senang-senang dipotong atas jalan!
Cerita kedua. Juga masa aku masih dengan Mazda turbo. Aku potong kereta Satria yang potong aku. Rupa-rupanya, kereta tu pegawai polis trafik Kota Tinggi. Nah, rasakan. Polis tu siap mengadu dengan ayah. Cis! Kat Sabah pun banyak jugak adegan potong-memotong dan kejar-mengejar ni. Bayangkanlah, aku yang biasanya sewa Kancil, berlumba dengan Storm! Pernah jugak aku main potong-memotong dengan pakcik teksi. Masa tu bawak Rein dan Mala. Yang kelakarnya, penumpang teksi, 2 orang budak lelaki Cina (macam budak UMS jugak) yang terkedu bila tengok kitorang semua ni perempuan! Mwahahahahaha.. Cubalah untuk mencuba drebar-drebar wanita di luar sana.. nescaya akan rasa sesuatu.. Tamparan Wanita!
Ahad, 23 November 2008
Sabtu, 22 November 2008
Kehangatan Wanita
Hmmm.. sejak balik rumah ni, aku habiskan masa dengan membaca dan tengok TV dan.. movie. Bila dah balik ke tabiat lama - membaca, aku kurang makan. Cuma bila aku dah sampai tahap 'starving', pagi-pagi buta pun sanggup meredah embun pergi memuaskan tekak! Tadi aku ajak Chik gi beli KFC. Tapi, cuma seketul je Snack Plate yang aku habiskan. Hey, HAZIQAH NASIRAH ke ni??!! Macam tak caye je kan..
Apa yang menjadi minat aku sekarang ni adalah isu-isu wanita selain isu WANITA (UMNO). Datuk Shahrizat Abdul Jalil vs Tan Sri Rafidah Aziz! Aku memang mengikuti kemelut Wanita ni. Menarik. Tidak kira dengan persaingan banyak penjuru yang berlaku dalam Puteri UMNO lagi. Datuk Rosnah Rashid Shirlin dan Kak Bibi Sharliza kedua-duanya mahukan KOMPROMI, tetapi Datuk Shahaniza dan yang lain-lain mahukan pemilihan Ketua Puteri dilakukan melalui pemilihan. Ahli-ahli Puteri telah matang, kata Datuk Shahaniza lagi. Aku 'setuju dan tidak setuju' dengan kenyataan beliau. Matang. Dari satu sudut Puteri dilihat telah matang, namun ada banyak sudut Puteri masih bertatih. Betul kata Datuk Noraini ketika berucap di Kluang dahulu, Puteri diwujudkan semasa UMNO dilihat tidak lagi relevan. Maka, Puteri adalah wadah untuk mendekatkan UMNO pada hati dan jiwa genegarasi muda. Realitinya, adakah Puteri benar-benar relevan kala ini?
Menyentuh tentang persaingan antara Datuk Shahrizat dan Tan Sri Rafidah. Wanita sepatutnya menonjolkan kematangan dalam isu peralihan kuasa. Memang sebelum ini, sejarah menunjukkan telah wujud rekod persaingan. Antaranya, Tan Sri Aishah Ghani pernah melawan Tun Fatimah Hashim. Tan Sri Rafidah pernah melawan 2 Z- Zaharah dan Zaleha. Tetapi, bagi aku, Tan Sri Rafidah seharusnya menutup kegemilangan politiknya dengan pelan peralihan kuasa pada Mac 2009 dan bukannya Jun 2009. Tan Sri Rafidah cuma satu. Gaya beliau cukup mengujakan aku. Bukan mudah untuk mencari seorang wanita seperti beliau. Namun, seandainya beliau mengundur diri secara terhormat dan bukan melalui pertandingan, aku akan lebih menghormati dan mengagumi beliau! Wanita UMNO yang ada pada hari ini jauh berbeza dengan Pergerakan Kaum Ibu sewaktu zaman Ibu Zain mahupun Tun Fatimah Hashim dahulu. Kesedaran berpolitik dalam kalangan wanita-wanita Malaysia kian berkembang. Permainan politik juga semakin 'kencang'. Disebabkan oleh perbezaan 'mazhab' dan pertandingan dalam Wanita dan Puteri, maka kedua-dua pergerakan ini goyah dan longgar ikatannya.
Rakyat Malaysia pada hari ini tidak boleh ditipu lagi. Tidak perlulah menonjolkan 'permuafakatan' atau 'perpaduan' palsu tetapi hakikatnya, hanya Tuhan saja yang tahu! Kepada ahli-ahli pergerakan Wanita dan Puteri akar umbi, pilihlah pemimpin yang dapat mengemudi sayap-sayap UMNO ini dengan jaya, bukan memilih pemimpin yang berkepentingan. Pemimpin akan datang dan pergi, tetapi UMNO kita cuma satu! Perkelahian dan perpecahan mudah untuk dilakukan. Tetapi perpaduan bukan mudah. Sekiranya tenaga WANITA dapat digabung dan diperkemaskan, insyaallah, wanita akan maju ke hadapan.
Kemelut wanita yang berlaku pada hari membuatkan aku berfikir sejenak. KUASA WANITA. Ya, KUASA WANITA. Wanita yang berkuasa mempertahankan kekuasaan dan wanita yang ingin berkuasa bersaing untuk mendapatkan kekuasaan. Dalam persaingan sebegini, kepercayaan dan kesetiaan bukan lagi ukuran, tetapi masing-masing berusaha membuktikan kehebatan. Aku terfikir lagi. Kalaulah kehebatan wanita-wanita yang sedang bersaing ini disatukan, tidak mustahil, akan ada Hillary Clinton dan Sarah Palin Malaysia! Banyak isu yang sepatutnya ditangani oleh Wanita dan Puteri, bukan soal peralihan kuasa dan politik semata-mata. Isu lesbian dan pengkid yang menjadi polemik dalam tabloid Harian Metro misalnya, perlu diubati segera. Masalah moral gadis-gadis juga perlu diambil tindakan bersama. Soal ekonomi khususnya dalam kalangan ibu-ibu tunggal Melayu perlu dititikberatkan. Pendidikan duniawi dan ukhrawi yang patut diberikan oleh kaum ibu kepada anak-anak tidak harus diperlekehkan.
Isu wanita di Malaysia semakin hangat. Hal inilah yang membuatkan aku lebih terpanggil untuk membaca lebih lanjut tentang isu-isu kewanitaan, tentang feminisme. Sepanjang perjalanan aku selama 22 tahun ini, macam-macam wanita yang telah aku jumpa. Ada wanita waja. Ada wanita lemah. Ada wanita yang tidak memerlukan lelaki, ada pula yang terlalu mendambakan kehadiran lelaki. Ada wanita yang menjadi mangsa lelaki, ada pula yang menjadikan lelaki sebagai mangsa. Wanita, sebagaimana namanya.. penuh kehangatan!

Selasa, 18 November 2008
Penerbangan Ke-32
AK 5623, BKI-JHB menjadi penerbangan ke-32 aku semalam. Lepas Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) yang lembap tu keluarkan jadual periksa, aku pun telefon mak.. Hmmm, minta belikan tiket la! Adik gemuk aku, Chik pun menjalankan tugas beli tiket online macam biasa! Sengaja dia belikan aku tiket 17 November 2008 sebab tarikh ni jatuh pada sambutan ULANGTAHUN dia yang ke-15 tahun! Dia cakap, hadiah hari jadi paling best ialah ayong balik. Betul ke, Chik? Bodek ayong je ek? Apa-apapun, "Selamat Membesar, budak gemuk!"
Macam biasa juga, aku balik sorang semalam. Bila aku keseorangan, aku makin 'berkembang'. Bukak je mulut, dapatlah kawan-kawan baru, dapatlah 'networking' baru! Hehe.. Tapi kalau balik dengan kawan-kawan pun tak jadi masalah untuk aku, bercakap sepanjang masa! Nad mesti tak dapat tido kalau duduk sebelah aku! Nak nak lagi bila aku dah kena 'cas' dengan secawan Nescafe! Tak reti duduk diam! Yang selalu jadi mangsa, semestinya geng Jejak Daksina. Tapi, geng gigi jarang, Cik Zaidatul 'Nad' Nadia pun pernah jadi mangsa.. Sorry ek, Nad! Huhu.. Aku mintak Zai, student SKTM yang buat 'bisnes penghantaran pulang' untuk hantar aku ke airport, tapi last minute Zai tak dapat hantar. Dia balik Ranau. Jadi, dia minta si Roland, coursemate Electrical Engineering (EE) dia hantar aku. Aku memang tak kenal Roland, tapi macam aku cakap tadi, 'networking'!
Si Roland. Budak EE, boleh tahan jugak, banyak sakap! Roland bawak 'sumandak' dia yang study kat KYS masa hantar aku. Rupa-rupanya pernah sama kelas Gender dengan aku dulu.. Sampai airport awal jugak la, 7.52 pagi. Flight 9.55 pagi. Aku tak kisah sampai lambat pun.. Kalau dengan mak ucu, flight kol 7pagi tapi dengan selamba badaknya, kol 5.30 baru nak bertolak dari Kota Tinggi. Dah berapa kali jugak la ada insiden terlewat sampai kaunter dah tutup. Tapi, 'tuah' ada dengan aku! Kehkehkeh.. Semalam, masa tengah Q kat kaunter 'common check in' AirAsia yang aku betul-betul tak suka (sempat komplen dengan staf AirAsia kat kaunter pasal cara check in baru, tapi staf tu cakap: AirAsia sentiasa berubah!), aku jumpa seorang lagi kawan baru selain si Roland.
Sofiya Hani. Student Marketing, SPE. Tahun 1. Tapi muda setahun daripada aku. Dulu dia buat Diploma Akaun kat UIA. Mantap. Yang penting, anak Johor. Macam-macam isu yang kami 'kupas' dan kongsi masa bergebang. Daripada sistem online BPA yang s*** tu, sampai ke politik, filem dan makanan, sentuh pula recession dan ekonomi semasa, berfikir tentang student power dan juga human behavior. Sofiya tentunya akan masuk dalam list responden aku untuk tesis Iskandar Malaysia. Wow! Dah lama aku tak jumpa kawan sebaya jenis macam ni! Aku suka dengan kawan macam ni. Mengingatkan aku pada Sobna, partner bercerita yang 'mencabar'.. Sofiya duduk sebelah kiri aku dan seorang makcik di sebelah kanan. Kebetulannya, dua-dua dari Batu Pahat. Pengundi Dr Fuad Zarkashi barangkali! Hehehe..
11.45 pagi. Sampai Senai Airport. Benci dengan airport yang tengah 'bikin' ni. Apa nak buat, pembangunan ni demi Iskandar Malaysia. Iskandar. Iskandar. Iskandar. Macam biasa jugak, ambik bas ke Larkin sebab mak tak dapat ambik. Ngantok giler dalam bas, lagu-lagu rancak pun tak dapat halang aku dari terlelap. Benci jugak dengan jalanraya Johor Bahru yang memeningkan dan menyesakkan otak! Sampai kat Larkin, cari 'kudap-kudapan'. Aku ni macam Po dalam Kungfu Panda, kena ada 'booster' untuk bertindak. Dan 'booster' tu adalah kudap-kudapan atau nama biasanya: MAKANAN!
Persemadian abadi Allahyarhamah Hayati Mohd Said dan ibunya. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka.
Sepanjang perjalanan balik ke Kota Tinggi dalam bas Causeway Link, aku asyik teringatkan ARWAH HAYATI, junior IR yang meninggal dalam satu kemalangan di Jalan Kulai masa perjalanan balik ke Kota Tinggi dari airport. Banyak cerita tentang kemalangan dan tentang arwah, tapi aku tak sempat tulis dalam blog masa kejadian tu.. Hujan lebat mengganggu perjalanan. Sampai kat Kampung Batu 25, bas ROSAK! Terpaksa tukar bas..
Pukul 2 lebih, akhirnya aku sampai rumah.. Lega & happy dapat tengok muka mak, dapat peluk Afiy, dapat jumpa gebo (selimut) dan bantal peluk kesayangan!!!! Penerbangan ke-32 tutup buku. Tapi buku-buku yang aku bawak balik.. perlu dibuka!
Pos Ke-100!!!
TERIMA KASIH.
Barangkali inilah kata-kata terbaik untuk aku poskan sempena entri bilangan 100 ini. Terima kasih kepada semua yang membaca dan mengikuti blog peribadi ini. Kata orang, menulis blog perlu konsistensi, tapi, ini blog aku.. peduli apa aku dengan konsistensi! Hehe..
Terima kasih kepada 'kembar' ZULIA ERVINA (Eben) yang mengikuti blog ini. Dulu, aku, Cda dan Eben akan menulis sesuatu dalam buku log kami bertiga pada setiap hari. Macam-macam cerita dan gosip yang dikongsi. Eben, kita simpan lagi tau buku 'rahsia' tu!!! Tetapi, memandangkan bangku sekolah dah lama ditinggalkan dan Eben dan Cda pun dah khatam belajar, maka web log atau blog menjadi kesinambungan kepada perhubungan yang takkan terputus walau tidak bersua muka..
Selain tu, mak, mak uda, adik-adik dan keluarga yang lain-lain cukup terharu sehingga menitiskan airmata bila membaca entri bertajuk "Basikal Tua Tokbah dan UMNO". Pesan mak agar contohi semangat Tokbah akan sentiasa segar dalam ingatan. Harapan mak untuk aku panjangkan cerita tentang Tokbah dalam bentuk cerpen dan novel juga berada dalam rencanaku. Tokbah bukan sesiapa.. Tapi Tokbah terlalu istimewa untuk aku..
HIDUP ini punya pelbagai cerita, rencam. Blog ini salah satu daripada kerencaman rencam kehidupan. Selagi ada ruang, selagi itu aku akan terus menambah blog ini dengan tulisan-tulisan yang rencam!
Ahad, 2 November 2008
Bila KEBENARAN Ditapakkasutkan...
"Jangan main POLITIK TIKAM BELAKANG" ~ Pak Lah
Hmmm.. itu kata Pak Lah. "TIKAMlah aku kalau BERANI!", ini kata aku. Memang aku sedang ditikam pun. Tikaman itu tepat di jantungku, lalu darah merah pekat mengalir laju. Tapi... mujurlah darah yang mengalir dalam badan aku adalah darah Melayu - pantang MELAYU berundur! Maka, aku bertarung dengan maut demi terus bernyawa. Aku sedang bertapa untuk mengembalikan kekuatan agar pencak silatku takkan canggung. Musuh yang telah menikam aku pastinya sedang berseronok sekarang ni. Tapi tak sampai berapa ketika, sedang aku masih 'luka parah', aku telah berjaya memberi 'tumbukan' padu tepat ke muka dia dan PECACAI-PECACAINYA! Serikandi MELAYU usah diuji, kelak terhumban ke pintu NERAKA!
Tersirat kan apa yang aku tulis di atas. Kalau baca sekali takkan mengerti. Tapi, inilah yang aku hadapi. Aku namakan musuhku itu sebagai PENGKHIANAT dan pengikut-pengikutnya sebagai PECACAI I dan PECACAI II. Sudah pastilah PENGKHIANAT dan PECACAI I&II lelaki! Jantan-jantan keparat yang tak kenal dek untung. Aku pernah menghadapi saat-saat penuh cabaran sebegini, juga sewaktu bekerja dengan lelaki. PENGKHIANAT ni sebenarnya coursemate aku. Tapi mungkin dia tercabar bekerja di bawah arahan seorang PEREMPUAN, maka aku dipertikaikan dan difitnah habis-habisan. Sebelum cuti raya, aku dah lama lupakan dan maafkan apa juga yang PENGKHIANAT dan PECACAI I dan PECACAI II lakukan kepadaku. Kerana DENDAM hanya akan menghitamkan seketul daging yang berada dalam badanku..
Aku tak kisahpun kalau dikritik, dimarah atau ditempelak kerana aku tau aku bukan manusia sempurna. TAPI... pantang aku kalau aku DITIKAM DARI BELAKANG! Dah! Buang masa je aku bercakap pasal PENGKHIANAT dan PECACAI-PECACAInya. Tapi kalau hari ini PENGKHIANAT dan PECACAI-PECACAInya sudah 'main kotor' dalam dunia pelajar, aku yakin dan pasti, esok atau lusa, PENGKHIANAT dan PECACAI-PECACAInya adalah CALON-CALON yang akan merosakkan perpaduan negara dan akan mengotori masa depan bangsaku.
Kunci ke NERAKA ada di tanganku. Bila-bila masa aku boleh humban PENGKHIANAT dan PECACAI-PECACAInya ke NERAKA JAHANNAM! Tapi, kerana ada seketul daging yang ada dalam diriku iaitu HATI yang masih punya perikemanusiaan, maka aku melakukan tindakan-tindakan BERMORAL dan penuh MARUAH.
Hmmm.. satu lagi tambahan. Selain PENGKHIANAT, PECACAI I dan PECACAI II, ada 2 lagi watak pelakon wanita utama yang berlagak baik. Bezanya mereka, barangkali kerana mereka WANITA, mereka bukan MENIKAM aku, tetapi MERACUN aku senyap-senyap! Tapi, kerana seketul daging dalam badanku yang telah aku cuci dari dendam, maka kebenaran terbentang di depan mata.. Mereka ni aku namakan MULUT SUNDAL I dan MULUT SUNDAL II.
Tika dan saat ini, hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaanku. Aku tak minta untuk dikasihani, simpati ataupun difahami. Bila aku ikhlas dalam pekerjaan, aku dikatakan tidak buat kerja. Bila aku berdiam, aku ditikam dari belakang. Tapi bila aku ditikam, aku takkan senang-senang menyerahkan nyawaku! Aku akan bertarung untuk hidup dan terus hidup! PEMBALASAN PERTAMA telah aku lakukan kepada PENGKHIANAT dan PECACAI-PECACAI. MULUT-MULUT SUNDAL juga telah aku SUMBAT dalam forum Friendster agar dia tahu beza "Berani untuk bercakap benar" dan "Berani untuk bercakap benda mengarut!"
Seperti aku katakan tadi, kunci NERAKA ada di tangan aku. Tapi, PEMBALASAN yang perlu PENGKHIANAT, PECACAI I, PECACAI II, MULUT SUNDAL I dan MULUT SUNDAL II akan terima kerana MENAPAKKASUTKAN KEBENARAN tidak semudah dicampak ke dalam NERAKA, tetapi aku akan pastikan BISA KERIS SRIKANDI MELAYU akan membuatkan mereka menggelupur dengan mulut berbuih-buih! Ini SUMPAH seorang SRIKANDI MELAYU yang telah DITIKAM BELAKANG dan menjadi mangsa KEBENARAN YANG DITAPAKKASUTKAN..

Langgan:
Catatan (Atom)