Ahad, 28 Oktober 2007

Rumah Terbuka Kampung Tembioh

Semalam - 27/10/2007 aku dan adik kedua, Hazirah teman mak ke Rumah Terbuka Kampung Tembioh. Mula-mula nak pakai baju kurung (mak beria-ia suruh aku pakai baju kurung), tapi sebab mak dah pun telefon suruh jemput mak dari Taman Sri Lalang, rumah marhaban, aku pun sarung je kemeja dengan slack. Senang dan mudah. Tak payah pk nak iron baju apa semua tu..

Menurut maklumat yang aku dapat, majlis ditaja oleh sorang DATO' yang merupakan saudara kepada Tok Hendon, bidan terkenal kat Kota Tinggi. Majlis ni bertempat di perkarangan rumah cucu Tok Hendon yang mak panggil Itam. Dato' ni menurut sumber aku, dipertikaikan kerana tiba-tiba muncul dan buat itu ini di Kampung Tembioh. Ye la, mungkin ikhlas atau mungkin ada udang sebalik mee. Majlis yang ada pentas dan lampu kelap-kelip ni siap ada PAKAIAN BERAGAM dan KARAOKE. Dengar kata dari siang sampai 1 pagi majlis berjalan! Bila bapak Kak Itam tu menyanyi karaoke lagu SEMUT MERAH, Hazirah suruh mak bagi bunga. Mak kata, tak boleh sebab mak isteri orang.. Hah, tak pasal-pasal, mak cabar aku!!! Hish, aku pun terpaksa membuang kemaluan naik ke pentas. Pertama dan terakhir kali tau mak!

Bila mata aku melilau, aku dapat tengok satu penyakit sosial yang makin lama menjadi kudis yang busuk dan bernanah. Apa dia??? Hurm, TOMBOI! Dalam situasi semalam, mungkin bukan sekadar TOMBOI, tapi mungkin dah lebih dari tu. Ada dalam 4-5 orang tomboi dengan rambut perang spiky dan kemeja lelaki.. Ah, geli geleman aku tengok bila tangan sorang tomboi (junior aku masa kat Laksamana) tu peluk MAKWE dia. Si betina tu pun sekor, kalo ko tak layan tomboi-tomboi tu, takkan jadi macam tu. Desperate sangat ke??!! Memualkan betul. Kampung Tembioh ni dari dulu macam-macam masalah terjadi. Masa aku tingkatan enam kalo tak silap, schoolmate aku dikatakan diperkosa oleh bapa sendiri. Mak dia selalu takde kat rumah, minat kat perempuan. Kes anak lahir tanpa bapak pun banyak. Tapi kes-kes ni ada yang disebabkan oleh orang-orang luar yang bermastautin di kampung ni.

Patut la.. Patut la ALLAH turunkan BENCANA BANJIR!!! Walaupun yang melakukan DOSA DAN MAKSIAT hanya segelintir, tetapi BALA yang datang tak mengira siapa! Kalau aku punya AUTORITI, akan aku HAPUSKAN MANUSIA-MANUSIA macam yang aku sebut di atas tadi. Orang-orang FELDA bersorak bila kami di bandar ni kena BANJIR (tak semua, tapi kebanyakannya).. Mereka kata itu la, banyak buat dosa. Tapi, aku tahu dan maklum, kes-kes TOMBOI, MAT REMPIT, BOHSIA, BOHJAN dan sebagainya BANYAK BERLAKU DI FELDA. Nak bukti??? Aku dah bergaul dengan budak Sekolah Menengah Air Tawar masa main softball dulu. Si budak ni mengaku dan bercerita dengan aku.. Lepas tu, bila ada jualan LELONG di bandar, berebut-rebut orang-orang FELDA datang memborong. Aku bukan anti-FELDA, kawan-kawan dan cikgu-cikgu aku juga dari FELDA, tapi sedarlah kepada mereka yang lupa dan lalai! (Aku tertanya-tanya, kenapa NAJIB dok sibuk FELDA sana-sini sekarang ni? Ya, meneruskan legasi bapanya. Tambahan lagi, nak PILIHANRAYA kan. Hati FELDA dibeli dulu. Kata mak uda, duit FELDA sendiri, tapi tak cukup ke dari dulu kerajaan bantu FELDA? Bila kaya, FELDA tak ingat kan? Syukur, ada kawan-kawan lama aku yang beringat. Aku masih kagum dengan anak FELDA sebegitu!)

Rumah Terbuka Kampung Tembioh yang aku pergi meninggalkan suatu pertanyaan yang belum terjawab. BAGAIMANA NAK MENGUBATI KUDIS BUSUK DAN BERNANAH YANG MEMBELENGGU ANAK-ANAK MELAYU? Mana pergi RAKAN MUDA? Mana PUTERI UMNO? Mana PEJABAT AGAMA? Takkan nasihat pun tak boleh diberi? INGATLAH, PENYAKIT SOSIAL INI IBARAT ANAI-ANAI YANG AKAN MERUNTUHKAN KETAMADUANAN BANGSA KELAK.

Tiada ulasan: