Isnin, 29 Oktober 2007

Tomboi lagi!!!


Aku dah cite pasal GENG TOMBOI KAMPUNG TEMBIOH semalam kan.. Tup tup bila bukak suratkhabar hari AHAD - bahagian GOSIP, aku terpandang kat satu gambar yang kenyataannya kalo tak silap, ARTIS AF berlagak TOMBOI! Sifat INKUIRI yang MEMBARA dalam diri aku membuatkan aku TERTANYA-TANYA, SIAPA MANUSIA tu??? Terima kasih kepada GOOGLE dan SKYCREWZ NETWORK yang telah menjawab KEMUSYKILAN aku!

Hurm, tak SENONOH betol perlakuan manusia bernama AMY @ AMYLIA ADNAN (AF3) ni.. Aku telah belajar tentang QUEER CULTURE dalam subjek KESUSASTERAAN DAN GENDER. Mengikut Wikipedia, perkataan ini bermaksud "unusual" atau "strange", tetapi QUEER merujuk kepada LGBT (lesbian, gay, biseksual, transeksual, homoseksual dll.) Miss Kavitha telah membawa aku melihat TOMBOI ni dari pandangan yang berbeza melalui KESUSASTERAAN DAN GENDER. Namun, sebagai seorang ISLAM, aku masih BERPEGANG TEGUH kepada ajaran agama. Segala pandangan haruslah berdasarkan hukum hakam agama. Inilah yang dikatakan ADIL. Walau BERJUTA ALASAN yang diberi sekalipun, apa yang dilakukan oleh AMY AF3 dan kaum-kaum yang senangkatan dengannya adalah DOSA BESAR! Bukankah sejarah telah menunjukkan bahawa betapa ALLAH telah murka dan laknat kepada kaum NABI LUTH yang mengamalkan HOMOSEKSUAL??? Ah, nak tunggu ALLAH turunkan BALA baru kita nak sedar dan menyedarkan ke??? Tak cukup dengan TSUNAMI atau BANJIR BESAR yang telah melanda???

Inilah bahana dahagakan GLAMOR! Daripada berwajah ayu kepada wajah berlagak jantan, artis mee segera ini begitu memualkan. Sama ada AMY berlakon 'macho' atau kurang kasih sayang atau lelaki di Malaysia telah pupus, hanya AMY yang bisa menjawab.. Gambar ni aku ambik dari http://www.skycrewz.net/blog/amy-af3-tomboypengkid/

Nampaknya, imej MALAYSIA sebagai 'NEGARA ISLAM' dan Pengerusi OIC makin lama makin tercalar. Mana pergi ISLAM HADHARI? Tercapaikah MODAL INSAN Pak Lah kalo kita hanya membiarkan perkara-perkara sebegini berlanjutan??? UTOPIA semata-mata. Kontroversi menjadi-jadi tatkala Malaysia memasuki usia setengah abad. Liberal tetap liberal. Tetapi, aku TAK RELA negara yang menjadi kebanggaan nenek moyang aku kerana MERDEKA TANPA DARAH ini hancur kerana PEMUDA-PEMUDINYA YANG BOBROK dan mungkin suatu hari nanti mendesak agar PERKAHWINAN SEJENIS DIHALALKAN! Ketika itu, siapa lagi yang mampu untuk menghalang gelombang kebangkitan manusia laknatullah ini?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lebih teruklagi sekarabg ni, ustazah mee segera,minta dihalalkan pula orang melayu kita untuk bebas memilih agama,dan lebih menghairankan lagi ramai, ustaz2 dan ulama2 berkepentingan,bertindak menghalalkan cara pemikiran ustazah mee segera ini mengajak orang melayu Islam kini untuk 'Murtad dan menyokong agenda politik sempit mereka dgn menyerahkan tampuk pemerintahan negara ini kpd parti Kafir laknatullah.