Khamis, 25 Oktober 2007

Suatu Kegilaan

Lama betol aku tinggalkan blog nih!!! Takde perasaan nak menulis walau sekelumit ayat. Padahal dalam otak, macam-macam yang berselirat. Minggu PERTAMA OKTOBER penuh dengan HARI-HARI GILA buatku.. Semuanya gara-gara nak balik Kota Tinggi awal, 4hb.. Hari nak balik, hari tu jugak kena present ICT, oral exam Jipun n oral exam Spanish (berlakon sebenarnya).. Aku ke KK dengan bas. Beg baju tinggal kat opis Bas OMO.. LAptop n beg belakang yang penuh dengan buku-buku IR, nota-nota (ADL n OA) n fail-fail keje tertangguh aku angkut round KK, carik barang yang mak n tok pesan.. Sambil tunggu bas OMO ke Terminal 2, aku bukak buku IR sambil borak dengan makcik drebar. Buka posa dalam bas.. Turun je kat airport, aku ringankan mulut menyapa pasangan yang sama naik bas dengan aku dari KK.

RODRIGO y FERNANDA! Rodrigo orang Sepanyol, Fernanda dari Argentina. Dorang MI NUEVOS AMIGOS yang betol2 best, layan pala otak aku.. Dorang kata, 1st time jumpa orang yang bole cakap Espanyol di Malaysia. Aku tunjukkan nota Spanish yang senora Kasma ajar.. Fernanda sorang penulis. Rodrigo pulak tanya aku pasal politik memandangkan aku btau dia "YO ESTUDIO RELACIONES INTERNACIONAL".. Macam-macam yang kitorang bualkan. Bayangkanlah, dari turun bas dalam kol 6 lebih sampai tiba di Johor kol 11lebih, aku tak berenggang dengan dua sejoli ni. Duduk dalam flight pun sebaris. Ah, nantilah aku tulis cerita best tang dorang. Fernanda tunjukkan aku pasport dorang. Peh, muka dalam tu sebijik macam Antonio Banderas n Penelope Cruz! Dorang aku kenalkan dengan mak.. Kesimpulannya, aku memang suka bergerak sorang-sorang, banyak orang yang boleh aku tegur n bersembang. Cuma Hanif Basree yang aku ralat, lupa mintak contact no. Hehe.. Bertambah le kawan n kenalan.. Bukan bermakna aku tak suka balik dengan kawan-kawan. Kalo balik dengan kawan, ada cite lain.. Hehe..

Lupakan pasal kegilaan yang tu.. Aku nak pendekkan cerita memandangkan aku sibuk tulis cerpen. Selepas kurung diri dalam bilik lebih kurang 18 jam (MOGOK dengan mak. Ke MERAJUK?), aku akhirnya turun juga ke dapur sebab lapar.. Pastu, mak ajak ke pasar. Balik, sambung menulis. Tolong mak kat dapur. Malam, tolong mak uda layan tetamu yang datang beraya kat rumah dia. D.O. KOta Tinggi pun datang.. Penat. Tengok kalender, lagi 5 hari je aku kat sini. TEMPOH AKU SEKEJAP!!! Sok Cikgu Yati nak datang rumah. Ada benda yang belom siap laporannya.. Arghh!!

Aku ingat nak jumpa KAUNSELOR.. Tapi, masalahnya, bukan semua kaunselor yang sebenar-benar kaunselor yang aku jumpa. Susah aku nak percaya atau yakin kat orang. Aku sebenarnya KELIRU tentang sesuatu.. Sesuatu yang berkaitan dengan KEGILAAN! Kegilaan berkaitan MINAT. Bila terpandang kat khazanah aku yang berlambak-lambak petang tadi, aku senyum sendiri. Patutlah dulu mak membebel.. Dulu, aku GILA mengumpul keratan suratkhabar. Kadang, dengan suratkhabar-suratkhabar aku simpan dalam bilik. Tak termasuk segala macam majalah (tolak URTV, Mangga, HAI dan sewaktu dengannya. Aku bakar je).. Buku-buku dari darjah satu pun aku simpan. Khazanah sastera lagi..

Cakap pasal suratkhabar, memang kelakar. Aku tak tahu pun dulu aku akan belajar IR. Tapi sejak kecik lagi, aku minat potong cerita dan isu-isu antarabangsa.. Darjah 5, aku gunting gambar Soros-penyangak matawang, tampal kat kelas. Keratan suratkhabar tentang SERANGAN KE ATAS AFGHANISTAN dan PERANG IRAQ aku simpan atas para dalam stor setelah mak bising tengok timbunan suratkhabar aku..Nasib baik, banjir aritu tak kena!

Bila terkenang zaman budak-budak, antara KEGILAAN aku adalah MENAIP! Bukan pakai komputer, tapi mesin taip buruk (bukan elektrik). Aku taip balik sajak-sajak yang aku kumpul. Kemudian, failkan. Masa tu aku 5-6 tahun kalo tak silap. Seawal darjah 3, aku GILA baca buku berkaitan tokoh-tokoh. John McAdam, Jose Rizal, Abraham Lincoln, Marie Curie, Florence Nightingale, Wilbur & Orville Wright n entah sape-sape lagi. Masa form 2, GILA baca NOVEL.. Sampai Penyelia Petang ingat aku dah MENGONG..

Urm, entah lah.. Susah kalo banyak benda yang aku MINAT. Sekarang pun ada lagi benda yang aku tak sebut yang menjadi BURUAN dan IDAMAN HATI! Ada lagi benda yang sedang aku usahakan. Lepas KURUNG DIRI, aku nak mencari sesuatu.. Kadang-kadang KEGILAAN aku menyusahkan. Tapi inilah dinamakan KEGILAAN!

Tiada ulasan: