Isnin, 29 Oktober 2007

Selamat Kembali 'Angkawasan'




TAKZIAH diucapkan kepada keluarga DR SMS di atas pemergian adindanya, Sheikh Mustapha Shukor. SELAMAT PULANG ke tanahair, 'ANGKASAWAN' Malaysia.. Tetapi, walau bagaimanapun, harap belum terlambat dipaparkan ulasan yang sebelum ini begitu hangat diperkatakan: ANGKASAWAN atau PESERTA PENERBANGAN ANGKASA???

Lungsuri link berikut (Astronaut? 'Spaceflight Participant'?) untuk membaca komen-komen panas yang membuka minda: http://www.jeffooi.com/2007/10/spaceflight_participant.php

Berikut merupakan berita dari Harakah:

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Hrkh) - Memandangkan perbelanjaan yang besar telah dikeluarkan dengan menggunakan wang rakyat, kerajaan perlu bertanggungjawabuntuk berterus terang adakah benar Malaysia menghantar angkasawan? Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Sectionatauwww.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakantelefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Ketika media-media utama begitu heboh dengan apa yang didakwa sebagai angkasawan negara, semakin ramai yang mempersoalkan adakah Malaysia menghantar angkasawan atau pelancong angkasa?

Semalam, dalam laman web berita ini, seorang wartawan veteran, Ahmad Tajdid turut mempertikaikan perkara tersebut.

Sambil mengucapkan syabas kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana menjadi rakyat Malaysia pertama ke angkasaraya, beliau mempertikaikan adakah apa yang dibanggakan itu merupakan projek angkasawan negara atau pelancongan angkasa?

Beliau bimbang "program angkasawan negara" akhirnya hanya menjadi modal politik pilihan raya dan tidak jauh bezanya dengan pelayaran solo kapallayar mengelilingi dunia.

Setakat yang dikesan, orang yang pertama mempersoalkan perkara itu ialah seorang blogger yang menamakan dirinya sebagai Aisehman. Dalam postingnya yang bertajuk "Astro, Not!", beliau menyiarkan gambar yang dipetik dari laman web Nasa yang menyatakan secara jelas bahawa apa yang didakwa sebagai angkasawan Malaysia hanya disebut sebagai "spaceflight participant".Peserta dari Malaysia itu tidak disebut sebagai angkasawan (astronautataucosmonaut) dalam gambar tersebut.

Menurut Wikipedia, spaceflight participant ialah gelaran yang diberikanolehNasa kepada pelancong angkasa. Isnin lalu, majlis pengumuman "angkasawanpertama negara" yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dilaporkan berkata, kerajaan bersedia meneruskan program penghantaran angkasawan negara ke angkasa lepas yang dianggarkan memakan belanja sebanyak RM103.2 bilion sekiranya rakyat mahu ia dilaksanakan. Kapal angkasa yang akan membawa apa yang disebut sebagai angkasawan pertama negara ke ISS adalah Soyuz TMA-11 yang dipandu Yury Malenchenko dari Rusia dan jurutera penerbangan Amerika Syarikat, Peggy Whitson. "Angkasawan negara" bakal berada di sana selama sembilan hari sebelum pulang ke bumi bersama angkasawan lain, yang kini telah pun berada diISS.Di ISS, "angkasawan negara" akan menjalani tiga eksperimen berkaitan sel barah, bakteria dan pengkristalan protein. Penghantaran "angkasawan negara" merupakan program timbal-balas pembelian 18 pesawat pejuang Sukhoi.


LIPAS KUDUNG: Mula-mula KESIAN kat 'MEJAR' Dr Faiz yang tak dapat ke angkasa. Tetapi, setelah difikir-fikirkan, BAIK TAK PAYAH kalau MENGHABISKAN DUIT RAKYAT menghantar rakyat Malaysia menjadi PELANCONG ANGKASA!

Tiada ulasan: