Khamis, 25 Oktober 2007

Tangan yang menggoncang buaian...

Wow.. Hebat! Hillary Clinton, Christina Fernandez de Kirchner dan Benazir Bhutto betol2 membuatkan aku terpempan! Hillary rebut kerusi Presiden AS.. Mungkin Presiden Wanita AS Pertama. Christina pulak wanita Latin yang mempesona yang berjaya menambat hati rakyat Argentina selepas era Eva Peron. Juga isteri bekas Presiden, sama macam Hillary dan Eva Peron (aku ingat betol Eva Peron sebab wataknya dalam filem telah dilakonkan oleh Madonna!).. Benazir Bhutto pula kembali ke Pakistan, mencetus kontroversi dan keganasan terbaru.. Lupakan tentang yang negatif (Bhutto yang berbikini misalnya), yang pasti mereka bertiga telah memberi TAMPARAN WANITA kepada seisi dunia..

Benar, TANGAN YANG MENGGOYANG BUAIAN BISA MENGGONCANG DUNIA!!! Dalam dunia akademik tempatan, kita dah ada 3 orang Naib Canselor wanita dari UM, UKM dan terbaru, UPSI. Nah, usah lagi prejudis akan kebolehan kaum Hawa.. Cuma aku agak terkilan dengan kes perceraian dan SKANDAL politikus-politikus wanita (tempatan) yang membuatkan aku terpana. Makanya, aku tidak pasti suatu hari nanti akan ada PERDANA MENTERI WANITA MALAYSIA berdasarkan iklim politik wanita semasa yang berskandal sana sini. Mungkin, ada wanita hebat yang akan muncul suatu hari nanti.. Kerajaan pun sedang beria-ia mencari calon ANGKASAWAN WANITA MALAYSIA kan.. Tengok dan lihat. Apakah lelaki-lelaki yang berkuasa akan menelan liur menahan ego dengan membenarkan wanita menjadi superior..

Jangan ditanya bagaimana aku tahu, kerana aku memang tahu.. Rezeki masuk ke telinga.. Hehe..

Tiada ulasan: