Isnin, 23 Julai 2007

Berenam Lebih Baik

DULU.. Aku pernah tulis tentang roommate aku yang bikin aku pening. Ya, AIN. Lupa aku nak ISYTIHARKAN yang Ain masih jadi roommate aku untuk TAHUN KEDUA ni! Aku pernah cakap (tak berjanji atau bersumpah) yang aku akan buat surat mintak tukar bilik kalo aku ditakdirkan DAPAT BILIK YANG SAMA dengan Ain. Nah, ambik ko!!! Aku dapat BILIK YANG SAMA – B.03 & ROOMMATES YANG SAMA – Ain, Za & Tie + 2 orang jiran lama – Ju & Siti. Hah, BONUS buat aku. Semua jiran-jiran dan geng lama (Rein, Mala, Yah, Janah, Fei) naik ke tingkat atas, tapi aku masih mendiami lantai bawah untuk tahun kedua bersama adik-adik junior yang panggil aku – KAKAK OTAI!


SEKARANG.. Aku dah pun mengimplementasikan PELAN DAMAI dengan Ain. Semuanya kerana PESAN MAK. Mak kata masa pagi nak hantar aku ke airport, “Iqa dah besar. Pandai-pandailah bawak diri. Ingat tujuan kat sana nak belajar kan..” Walaupun malam sebelum aku berangkat ke Sabah aku tensen gilerrr (lepas Aimi melaporkan kepada aku calon-calon roommate aku), sampai tak bercakap dengan sesapa malam tu, tapi sekarang aku mula menuai hasil daripada sikap BERALAH yang aku lakukan. FORGIVE AND FORGET. Aku terpaksa memulakan sesi ‘perkenalan semula’ dan meringankan mulut dengan Ain. Act like nothing happen before. Hasilnya, tak mendukacitakan. Dia mula-mula sibuk nak TUKAR BILIK jugak. Tapi bila aku dah mula tanya itu, tanya ini dengan dia, sejuk la sikit segala rasa yang menggelegak kat hati dia kot. Hehehe..

Sebenarnya, AIN adalah satu-satunya roommate yang paling panjang jodohnya dengan aku. Dialah roommate PERTAMA aku masa MSM bersama-sama Neeza Klate n Ida Ganu. Lepas pecah bilik, dia masih jadi roommate aku untuk tahun yang pertama. Dan lepas TIDAK BERTEGUR SAPA akibat PERANG SEBILIK, dia TETAP roommate aku!!! Dah la tarikh lahir pun cuma beza 1 hari. Alahai Mala, betul-betul Ain jadik ‘kawan baik’ kite ni! Huhuhu.. Aku BERAZAM dan BERTEKAD CEMERLANG, untuk TAHUN KEDUA ni, aku mahu lebih matang dalam segala hal. Aku masih menyimpan PESAN MAK dan memegang kata-kata Cikgu Aishah: AWAK DAH BESAR. Hehehe.. Aku dapat sesuatu dari apa yang aku lalui. BELAJAR UNTUK MEMAAFKAN. Hasilnya, AKU BISA MENYEDUT KETENANGAN UNTUK SETIAP HARI YANG MENDATANG.

Sebenarnya jugak, aku KURANG BERPUAS HATI dengan Pengurusan Kolej aku ni. Budak-budak Kolej yang asal yang AKTIF dalam aktiviti kolej ditempatkan di bilik 6 ORANG! Tapi pendatang-pendatang (dengar macam kasar, tapi betullah BMnya, orang yang ‘mendatang’ – ‘pendatang’ kan???) dari KF diberi bilik 2 ORANG! Tak ACI! Tapi aku malas nak BERPERANG dengan ORANG ATAS. Apa dorang dah bagi, aku AMBIK je. Bukan nak jadi LEMBU YANG DITARIK HIDUNGNYA, tapi kadang-kadang kita perlu BERSYUKUR dengan nikmat yang diberi. Macam kata SUPERMUM: REDHA, PERCAYA, SABAR. Tak gitu?

REDHA: bila dibagi bilik berenam dengan katil 2 tingkat
PERCAYA: akan datang LOCKER dan MEJA secepat mungkin
SABAR: buku kena taruk bawah katil, baju kena simpan dalam luggage, takde GOBOK!


Apa-apapun, aku HAPPY dengan BILIK B.03 aku! 2 orang MEK KLATE – Za n Tie, budak Seni yang ‘innocent’. Kata Mala: tido bersama, mandi berdua. Sem ni dorang kurang makan Maggi Tomyam hari-hari. Belum lagi kot. 2 orang MINAH GANU – Ju n Siti, macam kembar yang tak boleh berpisah walau sehari. Dua-dua Psikologi. Samala dengan Ain. Aku sorang yang Sains Sosial ni harus tahu membawa diri. Ju macam kakak Siti. Siti ni, alahai manja! Kalo sakit sikit, aku dah hafal ayat dia, “Mok, Siti sakit ni mok!” Kihkihkih.. Ain pulak, tekun dok kat meja study sem ni. Bagus la tu.. Bagi cabaran sikit kat aku. 2 KLATE + 2 GANU + 1 KL + aku = BERENAM. “Berenam lebih baik.” Ya, dan lebih banyak ragam yang akan aku rakam! Awal-awal lagi aku terpaksa menahan hidung dengan bau LULUR yang oghe klate n ganu dok LUMUR... Tensen ke? Tak la, aku GELI HATI!!!

Tiada ulasan: