Ahad, 1 Julai 2007

Teman Sejati vs Manusia Plastik



Teman. Kawan. Sahabat. Friend. Buddy. Amigo. Tomodachi. Tambalut. Semuanya membawa maksud yang sama. Kawan Baik? Best Friend? Teman sejati? Aku? Ah, serabut!


Aku berkawan dengan semua orang. Aku menghormati semua kawanku. Tapi kalo bercerita tentang TEMAN SEJATI macam lagu kumpulan nasyid Brothers tu, aku rasa 'hati batu' aku masih kosong untuk hal yang satu tu. Kenapa ya? Erm, semua kawan adalah istimewa pada aku kerana macam2 cerita tentang diri mereka. Unik. Tapi kawan paling istimewa, belum aku jumpa (mungkin depan mata kot..) Persoalannya, apakah hidup memerlukan TEMAN SEJATI? Separuh daripada hati aku kata - YA, separuh lagi KURANG PASTI atau TAK TAHU.


Manusia Plastik??? Herm, spesies ni lah yang sering membuatkan aku berada dalam dilema dan trauma. Sentiasa! Kononnya, baik, lemah lembut, sopan santun, Perempuan Melayu Terakhir, pijak semut tak mati, nampak LIPAS cabut lari.. Tapi golongan inilah yang menyebabkan aku CURIGA dan WAS-WAS untuk mempunyai TEMAN SEJATI! Kenapa? Kejujuran dan kesetiaan yang aku berikan sebagai kawan, sahabat dan sewaktu dengannya telah dipersundalkan. Tak jujur. Berkawan atas dasar KEPENTINGAN PERIBADI. Berkawan sebab nak mempergunakan orang lain. Lebih senang membina persahabatan dengan member berlainan gender. Member lelaki. Dan lagi best berkawan dengan kawan perempuan yang selamba, muka tak reti malu atau 'solo bolo' (istilah yg Tok pakai-maksudnya macam asal boleh gitu la). Kenapa ya, ada kawan perempuan yang leceh?


Hey hey, tak semua kawan perempuan aku macam tu. Ada yang sungguh dasyat, menyakat aku sampai tahap DEWA! Sampai 'barang yg tak patut' abes kene sangkut! Sape tu? Hehe.. Tapi aku tak kisah, menyakat ke mengusik ke, dorang tak bermuka-muka! Tak hipokrit! Meriah n happening! Paling MEMBOSANKAN bila kawan yang luarnya nampak perfect, manis, cute (kononnya..hehe..) tapi penuh kepura-puraan, MANUSIA PLASTIK!!! Mesti ramai dah tahu KRISIS aku dgn X-roommate aku kan? Ntah la, aku nyampah tol kalo sikit2 MERAJUK.. Sikit2 SENSITIF.. Aku boleh menerima orang yg 'lembut hati'nya macam tu, tapi tgk keadaan. Aku pun orang yang cukup memahami orang lain, tapi ada batasan.

Hummm.. Nak dijadikan cerita, 'KRISIS BILIK B.03, BLOK A, KAMPUNG C' berlaku antara aku dgn si A.. Dia merajuk kerana aku g anto borang Kem Ke Arah Meningkatkan Motivasi Pelajar tanpa tunggu dia. Dia punya tak puas ati sampai mengadu kat bilik sebelah. Bila aku dapat tau, nipis la telinga. Eh, dah la aku g ambik borang tu untuk dia, siap nak merajuk lagi. Puh-leeezzzz! Lepas insiden tu, aku mula tawar hati dgn dia. Tapi aku tetap layan dia sebagai roommate n kawan. Kemudian, ari demi ari, kitorang makin renggang. Bila aku ajak g makan, dia jawab takde duit la.. Diet la.. Jimat la.. Paling memualkan, dia mengadu kat mak n kakak dia dalam phone pasal aku! Guna bahasa 'M', cakap kuat2 supaya aku dengar.. Lepas tu, kawan2 seblok cakap aku yang PULAUKAN dia! Ya Allah, tak pernah terniat nak buat macam tu.. Sesak nafas aku dengar tuduhan macam tu!

Memang masa tu orang semua salahkan aku bila si A bawak bantal tido bilik sebelah.. Lantaklah, takkan aku nak wat nota membela diri, kemudian tampal satu UMS lak kan. Masa tu aku dah lama tak tulis blog (dah ada blog sejak 2005) sebab Internet mana ada kat KAMPUNG CD!!! Jadi medium lepas geram cuma telefon! Cuma meluah perasaan dgn mak, cikgu yati n anom (orang2 yg paling rapat dgn aku). Dahlah tak bertegur sapa, orang yang innocent macam Leez n Rein pun jadik korban persengketaan. Mala tak payah cakap, dia pembela aku! 2 orang Minah Klate roommate aku pun bengang dgn si A ni. Boleh jadik gilerrrrr layan perangai si A yg ala2 3 suku tu. Kemuncak krisis ni bila aku buat keputusan kick si A drpd group utk assignment En. Mansor Tola. Isshhh, mana tak geram, dia cakap dgn mak dia (dgn kuat, 1 bilik dengar..) yg dia akan fail paper En Mansor sbb orang (aku la) tak bagi dia wat assignment.

Masa aku g 'sembur' dia kat bilik sebelah, tangan aku memang menggigil! Aku jarang marah, selalunya ketawa mengekek-ngekek.. bila marah, macam tu la jadinya. Masa nak ambik final exam Penulisan Akademik (aku ingat sbb 1st paper), si A buat hal!!! Dia bukak lagu kuat giler. Semestinya lagu2 baru yg tak 'masuk' dgn telinga aku. Aku 'sound' tapi die buat dek. Apa lagi, aku pun bukak lagu Kadazandusun favourite aku, tapi bukan kesukaan dia, dgn kuat sbg COUNTER ATTACK! At last, aku dok mentelaah nota Penulisan Akademik dalam KHEMAH yg aku dirikan dekat dgn ampaian!!! Banyak lagi benda2 yg nampak macam aku JAHAT, si A BAIK. Ye la, dia kalo bercakap MANJA.. Aku? Mana ada manjanya!!! Sampaikan dia cakap dgn KETUA BLOK, GENG HAZIQ yang selalu buat bising! Aku jugak diKAMBING HITAMkan. Lepas ni, nak jadi PENDIAM la.. :'(

Itu CONTOH yang nyata, terang-terangan. Tapi ada antara MANUSIA PLASTIK yang MENIKAM aku dari belakang! Kononnya TEMAN SEJATI aku, tapi rupa2nya, ada udang sebalik batu. Ya, AKU DITIKAM. Sekarang. Bisanya terasa sampai ke jantung, pedihnya hingga ke lubuk hati. Kalau diikutkan hati, memang aku mahu menjerit, tapi suaraku seperti terkurung. Syukur dgn PETUNJUK yang ALLAH beri kepadaku. Ada aja berita dan cerita yang sampai ke telinga. Bila dicantumkan dengan pemerhatian aku, maka jadilah sebuah KEBENARAN! Kadang2, aku harus percaya dgn SUARA HATI.. Bila aku dah rasa 'tawar' (bosan macam tu lah) dgn seseorang kawan, aku tahu dia sedang mengkhianati aku dgn ketidakjujurannya. Tapi biarlah aku sahaja yang tahu siapa MANUSIA PLASTIK yang aku maksudkan.

Ah, aku trauma dgn MANUSIA PLASTIK yang mengaku TEMAN SEJATI. Aku trauma dengan TEMAN SEJATI kerana dipermainkan oleh MANUSIA PLASTIK. Salahkah aku???

Tiada ulasan: