Selasa, 17 Julai 2007

Tok Kena Bedah

Semalam (ISNIN, 16 JULAI 2007), nenek kesayangan aku (aku panggil TOK) kena bedah kat Hospital Pakar Puteri, JB. Dah lama tok sakit lutut. Mula-mula tok pergi inject kat Klinik Pakar Raj. 3 kali inject dah beribu. Tapi lepas tu, sakit lagi. Tok pergi Hospital Sultanah Aminah. Berulang dengan doktor pakar kerajaan. Tok dapat pil mahal dengan free. Tapi dah elok-elok kat sana, misi kata fail rekod tok hilang pulak lepas tu! Erm, apa la kan.. Tok ada buat rawatan Cina - Long Heh jugak. Lepas Chong tutup kedai kat Kota Tinggi, tok sakit balik. 'Minyak pelincir' kat lutut tok dah habis! Hari Sabtu (07/07/07) masa aku hantar Hazirah ke Kolej YPJ dulu, mak ucu suruh aku cakap dengan mak ngah pasal tok. Mak ucu kata mungkin mak ngah akan dengar cakap aku. Aku pun cakap la. Mula-mula mak ngah kata tok yang degil, banyak buat kerja, gerak sana-sini. Aku kata, taklah, tok memang perlu gerak, kalo tak, tok langsung tak boleh jalan nanti. Mak ngah diam. Mak ngah kata lagi, tulah, tok suka baring kat lantai, tu yang sakit tu. Aku kata, orang tua mak ngah, susah nak cakap. Kita kena alihkan tumpuan tok dari memikirkan tentang SAKIT! Kita kena buat sesuatu. Pastu aku cerita kat mak ngah perihal Rafidah Aziz dan kedua-dua belah lututnya yang kena pasang besi. Dah ok pun dia sekarang. Akhirnya, mak ngah kata - suruh mak ucu bawak tok pergi Pakar Puteri besok. Hehe.. Tuah 07/07/07 kot.

Tok masuk hospital hari Ahad, 15/07/07. Darah tinggi tok naik masa tu. Mungkin nervous kot. 1st time kena operate. Pagi-pagi semalam, aku call mak ngah. Jam 8 lebih macam tu. Tok dah masuk operation room. Lama jugak. Lepas aku abis kelas Spanish, jam 1, tok tak keluar lagi. Malam semalam mak ucu call, aku sempat cakap dengan tok. Suara tok lemah lagi. Tok demam kata mak ucu. Lutut tok bisa lagi, kata tok. Masa aku call tok ari Sabtu, tok suruh aku doakan tok. Ye tok, iqa doakan tok dari jauh. Semoga semuanya selamat. Alhamdulilah, tok dah selamat. Tak ada apa yang buat aku happy selain tengok tok happy. Lepas ni, harap-harap tok boleh naik flight datang Sabah! Aku nak bawak tok jalan-jalan. Macam kat Johor. Cepat baik ye tok! Sayang tok!

*Aku takkan lupa TOK BAH ketika mengingati TOK. Mata pun rasa 'pedih' masa tulis entri ni. Dah 2 tahun Tok Bah pergi. Aku akan sentiasa merindui Tok Bah. Ah, nantilah aku akan tulis tentang Tok Bah. Mata aku dah berair ni.

Tiada ulasan: