Ahad, 1 Julai 2007

Wahai MELAYU Kota Tinggi

Biarlah kemesraan dan senyuman menjadi tunggak kekuatan politik Kota Tinggi.

Bahang Pilihanraya dah semakin terasa. Segala macam KHABAR ANGIN pun dah bertiup kencang. Kota Tinggi - walaupun baru dilanda BAH BESAR (terbesar dalam tempoh 100 tahun!), masih tidak putus-putus dengan KRISIS DALAMAN UMNO Bahagian. Siapa aku dalam UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI??? Aku bukan SESIAPA dan bukanlah APA-APA! Aku Si Lipas Kudung, sekali pijak takkan mati! Hehe.. 'Mendalam' kan maksud yang tersirat?


Aku membesar dengan POLITIK. Aku juga membesar sebagai ANAK JATI KOTA TINGGI. Dulu aku dicop 'ANAK EMAK' (oleh sorang Makcik WANITA UMNO), dikecam kerana CABUT (dgn prosedur ye..) dari Pusat Asasi Sains UM.. Sejak aku mula pandai berfikir sampai aku Tingkatan 6, aku membesar dengan segala macam hal di Kota Tinggi. Kalau diikutkan UMUR (mengikut MyKad), baru SETAHUN JAGUNG.. Tapi kalau diikutkan kematangan, dah TUA dah! :)


Atas dasar kematangan dan kesedaran yanga ada, aku gesa MAKCIK, PAKCIK, AKAK, ABANG dan sedara-mara seIslam dan seMelayu denganku supaya RAPATKANLAH SAF, DEKATKANLAH JURANG yang semakin melebar antara kita di Kota Tinggi! Tak ingatkah kita pada SEJARAH PILIHANRAYA 2004? MCA mahu letakkan calonnya di DUN JOHOR LAMA!!! Walaupun pada ketika itu, majoriti pengundi DUN JOHOR LAMA adalah Melayu - termasuk Melayu di Kampung Makam, Kampung Tembioh, Kota Kechil, Bandar, Felda Pasak, Felda Air Tawar 3 dan Air Tawar 2 dan lain-lain, tapi MCA tetap berdegil. Masa tulah, sekalian orang UMNO buat solat HAJAT.. Akhirnya, YB ASIAH MD ARIFF dapat kawasan DUN JOHOR LAMA setelah begitu panjang proses 'tarik talinya'.


Sekarang, perpecahan dalam UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI masih lagi wujud kerana spesies yang mahu mengenyangkan tembolok sendiri masih berdiri megah! Dengar macam kasar, tapi itulah realitinya. Kalau nak sebut SIAPA DIA atau NAMA SPESIES2 tu secara SPESIFIK, aku boleh sebutkan! Nama2 yang sentiasa aku simpan dalam otak.. Tapi, takpelah.. Kata orang-POLITIK ITU KOTOR. Ada orang besar dalam politik Malaysia dulu kononnya mahu membersihkan kekotoran tersebut, tetapi malangnya dirinya pula yang terpalit kekotoran itu! Bagi aku-POLITIK tak ada salahnya, di mana kotornya? Yang buatkan politik kotor adalah PEMAIN-PEMAINNYA!


Pemain-pemain politik di Kota Tinggi sekarang inilah yang sedang mempersundalkan bangsa MELAYU dan menidakkan HAK jati Kota Tinggi. BANGUN dan BANGKITLAH wahai anak jati KOTA TINGGI!!! Kita perlu menjadi PEMAIN BARISAN HADAPAN dalam mencorakkan strategi politik daerah/bahagian kita yang kita cintai ini! Aapalah yang masih ada pada MELAYU kita? MELAYU pada nama, tapi tak punya apa2 yang ISTIMEWA lagi! Apakan daya, aku masih aku-belumpun capai umur layak mengundi. Lagi pula, masih terbeban dengan HUTANG KERAJAAN, terikat dgn AUKU dan macam2 lagi lah!!! Aku masih bisa menunggu saat aku bisa bersuara.. Ketika itu-LIPAS KUDUNG akan mencuci kebusukan politik Kota Tinggi bersama konco-konco Lipasnya..


Bangunlah, bukalah matamu wahai MELAYU KOTA TINGGI! Jangan hanya menjadi 'YES MAN' dalam berpolitik. Dengan kuasa yang kita ada-kita hancurkan SPESIES-SPESIES TEMBOLOK BESAR yang BERMAHARAJALELA di tanah kita ini! Jangan biar seinci pun tanah ini tergadai ke tangan musuh2 bangsa! Cukuplah dengan 'pengorbanan' demi 'pengorbanan' yang terpaksa kita tempuhi. Jangan esok Pilihanraya, malam ini kita baru nak berdamai. Terlewat!!! Alang-alang terjun dalam politik, biar sampai ke dasarnya. Aku bukan pensyarah POLITIK yang mengaitkan teori itu dan teori ini. Bukan juga penulis politik seperti Syed Hussin Al-Attas (yg aku jumpa semasa di PWTC). Jauh sekali WAKIL RAKYAT. Aku cuma PENCINTA BANGSA yang MELIHAT dengan RASA!

Tiada ulasan: