Rabu, 4 Julai 2007

Manusia Plastik Episod 2

Manusia Plastik? Aku? Bukaannn...


Tadi aku tertengok drama Kasih Suci, slot Samarinda kat TV3. Ya, tertengok. Alamak, dalam satu babak tu kan, ada mempertemukan AZEAN IRDAWATY n ZILA BAKARIN. Ya Allah, BIBIR dorang sejibik tau! Hmmm.. Aunty Yan n Kak Zila buat kat ‘tempat’ yang sama kerrr??? Bibir dorang dah macam bibir JIM CARREY dalam cite “The Mask” n JOKER (kalo tak silap), watak antagonis dalam cite “Batman”! Menggiurkan? Tak langsung... Dah ‘sepesen’ macam tu, nampak sangat le MANUSIA PLASTIK! Huhu..

Zila Bakarin tu lagi la terserlah keplastikannya! Ntah apa2 lagi ntah yang dia buat agaknya ye.. Sebab nak cantik, fikiran manusia jadi pendek. Tak ada apa sebenarnya yang boleh dibanggakan dengan pelakon-pelakon filem Malaysia ni . Takde identiti sendiri. Hmmm.. Fasha Sandha (kononnya ikon remaja) pun berlakon kayu. Selalu buat muka KESIAN kalo berlakon. Plastik jugak. Tak real seh! (‘seh’-bahasa ‘gaul’ yg bermula di Johor n S’pura. Tempat lain ada ke erk?) Eh, rasanya bukan setakat Aunty Yan (sekarang terlantar sakit-breast cancer) dan Zila aje yang PLASTIK. Ramai lagi. Kan.. Kan..

Cite pasal MANUSIA PLASTIK ni, teringat kisah dulu-aku selalu gak masuk 1 Laman Sawang gosip artis Malaysia (sekarang ada lagi ke tak eh..). Mak aiii, siap kene kumpul ‘point’ untuk tengok gambo2 X-KLUSIF macam gambo CCTV Nasha Aziz, gambo Jeslina Hashim n gambo TERLAMPAU Wan Nor Azlin.. Pastu, ada cite pasal Yasmin Ahmad, ala Pengarah Sepet, Gubra, Mohsin (sekadar menyebut beberapa filem) yang termasuk kategori Pengarah ‘indie’ Malaysia. Menurut laman sawang tu, dulunya Yasmin adalah Zulkiflee Ahmad (pemenang BINTANG RTM seangkatan dengan Jamal Abdillah). Lepas menang BINTANG RTM (lupa tempat keberapa), ZULKIFLEE AHMAD pernah ada LP, buat lagu. Tup tup lepas tu, dia terus menyepi, g overC. Bila YASMIN AHMAD menjadi satu ‘fenomena’ di Malaysia, maka ramai la yang terperasan dan ‘perasaan’ Yasmin=Zulkiflee. Yang aku suka dan percaya, siap ada GAMBO ZULKIFLEE AHMAD dan LPnya bersama-sama GAMBO YASMIN AHMAD di sebelah sebagai perbandingan dan bukti! Hah, apo laie eden nak kato?

Yasmin pun dah kahwin sekarang. (pernah tengok blog Yasmin? Gambo dia seksi2 jugak tau..) Tapi wartawan meja hiburan kat Malaysia tak pernah dedahkan sangat cite ni. Ye la, AIB tau! Aku tak berapa minat dengan karya-karya Yasmin, (aku lebih suka filem BUKIT KEPONG-kalo tengok mesti MENANGIS!) tapi aku tabik dengan kehebatannya dalam menyelami perasaan seorang LELAKI dan WANITA.. Dia berfikir dan merasa dari dua sudut yang berbeza. Apa-apa pun, aku menanti filem Malaysia yang jalan ceritanya macam filem “ENOUGH” lakonan J. Lo. Sape agaknya yang boleh bawa watak PEREMPUAN HEBAT macam tu yerk.. HELIZA AF5 boleh tak? :P Kuang Kuang Kuang..

Tiada ulasan: