Selasa, 3 Julai 2007

Ezam Keluar PKR: Membangkit Satu Memori

(Gambar dari:http://www.umno-reform.com/)


"Ezam keluar PKR, mungkin sertai PAS atau UMNO.." Begitulah tajuk berita di MalaysiaKini 25 Jun lepas. "Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinannya, termasuk mentornya dan ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata berita tu lagi.


Wow.. Selepas hampir 10 tahun Ezam dalam KeADILan, sekarang baru dia keluar. Seingat aku, ramai dah tokoh yang mula-mula berada dalam 'barisan depan' ADIL sewaktu penubuhannya awal dulu ANGKAT KAKI. Antaranya Chandra Muzaffar, Marina Yusoff (mak Ida Nerina) dan makcik Hishammudin Hussein (oppzz, lupa!). Keluarnya Ezam dari PKR menyebabkan MEMORI aku MELAYANG ke era 1999 dan 2000 dulu.. Nak tau apa.. Panjang ceritanya.. Tapi akan aku cantas, jadik PENDEK.

Pastinya, aku teringatkan ZAMAN REFORMASI dulu! AnWar dipecat masa hari kedua aku ambil periksa UPSR, bersamaan 2 September 1998. Ya, aku betul-betuk ingat sebab lepas aku abes paper terakhir (3 September), aku berdebat dengan J. SOBNA @ Shobie, teman seperjuangan di sekolah rendah dulu tentang kebenaran atau kepalsuan tuduhan terhadap AnWar sehingga beliau dipecat! Aku mengikuti kes ANWAR. Buku '50 DALIL MENGAPA ANWAR TIDAK BOLEH MENJADI PM' pun aku khatam.

Selepas KeADILan ditubuhkan, AYAH aku adalah watak penting yang membawa masuk ADIL ke Kota Tinggi. Ayah pegang jawatan Ketua KeADILan Kota Tinggi masa tu. Hermm, kalo ikut kronologinya, ayah mulanya orang UMNO (masa aku kecik), kemudian masuk PARTI MELAYU SEMANGAT 46. Ayah masuk BERTANDING PILIHANRAYA UMUM 1995 atas tiket Semangat 46 dan melawan calon BN iaitu ASMAON ISMAIL di DUN PANTI. Ah, masa tu ayah KECUNDANG lah.. Mana ada PARTI PEMBANGKANG yang pernah menang KERUSI DUN di Johor waktu tu! (PAS menang 1 kerusi DUN pd 2004 pun kerana kesilapan TEKNIKAL seorang calon wanita BN semasa penamaan calon. Bukan kerana PAS dapat sokongan orang Johor). Johor kubu kuat BN. Johor tempat lahirnya UMNO. Kemudian, Parti Melayu Semangat 46 DIBUBARKAN. Selepas lahirnya KeADILan, maka ayah turut serta dalam parti yang lahirnya kerana AnWar.

Huisshh, zaman reformasi dulu, aku pun ikut serta tau. Masa Pilihanraya 1999, aku tingkatan 1. Penuh buku-buku aku TAMPAL sticker "REFORMASI!" yang ada muka AnWar dengan mata lebam kerana dibantai oleh Rahim Noor. Ishh ishh ishh.. Dekat beg pulak tergantung keychain KeADILan. Buku SHIT tulisan SN Shahnon Ahmad pun aku bawak ke sekolah, sampai cikgu Sains aku pinjam. Hehehe.. Pada masa ayah mengepalai panji-panji KeADILan Kota Tinggi, MAK UDA pulak PERTAMA KALI BERTANDING, atas tiket BARISAN NASIONAL! Husss, gempak tak gempak lah masa tu. Lagi GEMPAK kalo ayah BERTANDING LAWAN mak uda masa tu!!! Tapi ayah tak bertanding pada tahun 1999, ada masalah teknikal. Yang paling kelako, satu hari tu aku ikut Mak Uda berkempen. Syed Hamid pun ada sekali. Masa Syed Hamid berucap, dia kata, "... saya ternampak sorang budak naik basikal dengan bawak BENDERA KEADILAN dekat jambatan Kota Tinggi. Saya nak turun dari kereta masa tu, tapi tak dapat. Saya nak tanya kenapa dia bawak bendera KEADILAN!"

Aku dan Mak Ucu yang ikut konvoi BN masa tu KETAWA BAGAI NAK PECAH PERUT! "BUDAK" yang dimaksudkan oleh Syed Hamid tu adalah AKU! Akulah yang dok menjaja BENDERA KEADILAN keliling BANDAR KOTA TINGGI dengan mountain bike kelabu aku. Cuma AKU. Aku dengan semangat dan kegilaan yang maksimum. Ye la, ingat senang ke nak dapat bendera KeADILan free masa tu. Cuma anak Ketua KeADILan je yang dapat! Hwawawawawaa.. Kalo la Syed Hamid tahu, ntah apa reaksi dia waktu tu kan. Huhu.. Takkan aku nak angkat tangan pulak masa dia berucap tu, "Dato' saya la yang bawak bendera KeADILan tu..." Gerenti jadi KONTROVERSI masa tu.. Masa berlalu. Tak lama selepas tu, ayah bersama 3 orang lagi Ketua KeADILan (daerah lain) ISYTIHAR KELUAR PARTI! (Atas sebab-sebab tertentu, selepas balik dari KL bertemu salah seorang pemimpin atasan masa tu..)Eh, aku masih boleh ingat BERITA MUKA DEPAN HARIAN METRO waktu tu. Ayah pakai baju kemeja belang-belang biru. Hehe..

Mak Uda pulak, alhamdulilah, menang dalam Pilihan Raya 1999 di DUN Sedili menentang calon PAS. Ayah, lepas keluar dari parti pembangkang terus menjulang bendera 'bebas'. Tapi semenjak dua menjak ni, ayah jadi penyokong Dr Adham Baba - Ahli Parlimen Tenggara. Tapi tak jadik ahli UMNO pun.. (Penyokong Adham sampai semua Adham. Itu Adham. Ini Adham. Apo eden nak buek..) Hmmm.. Keluarnya Ezam dari KeADILan telah MEMBANGKITKAN SATU MEMORI buat diriku. Memori Reformasi.

Psssttt.. sekarang aku bukan pejuang REFORMASI lagi.. Dulu RASA SIMPATI MENGUASAI DIRI. Kesian Datin Wan Azizah. Kematangan telah mengajar aku. WARNA-WARNI BENDERA POLITIK yang berkibar dalam KELUARGAKU mendewasakan serta memberi corak kepada diriku. Eh, aku sekarang kan 'MAHASISWA', mana boleh BERPOLITIK!!! Kan.. Kan..

Terima kasih Saudara Ezam, membangkitkan memori untuk aku kenang pada hari ini..

Tiada ulasan: