Rabu, 4 Julai 2007

Sayoonara Maeda Sensei..

Ehmm.. Terperanjat juga aku masa arrange JADUAL KULIAH ari tu. (Alamak, ari Isnin adalah HARI PALING MENYEKSAKAN! Jipun, Sepanyol & subjek Pn Marja! Kalo ada apa-apa XTVT ari Sabtu Ahad, mesti capek. Lepas tu, kene g kuliah Jipun pagi-pagi, pastu sambung dengan Sepanyol terus!Kalo ada TEST, GERENTI Vocabulary Jipun jadik Sepanyol, Sepanyol jadik Jipun! BEY-NGONG!) Untuk subjek UZ 4184 - BAHASA JEPUN TAHAP III, nama pensyarah adalah KATO NAOMI! Eh, eh, eh.. Mana MAEDA SENSEI? Apsal bukan MAEDA TOKUZO? Setelah aku lakukan inkuiri, maka memang betul Kato Sensei yang akan ajo JIPUN.. Hwaaaaa.. Tak dapat la lagi dengo Sensei cakap MELAYU macam cakap TERENGGANU. "IkanG".. "MakanG".. Sedih la..

Tapi apa nak buat. Dah ditetapkan.. Yang patah akan berganti. Tapi tak semestinya sama macam yang lama. Kato Sensei ada keistimewaan. Maeda Sensei ada keCOMELan.. Hehehe.. Taklah, masing-masing ada kelebihan.. BERITA BAIK-tak payah siapkan SHUKUDAI (homework) yang Maeda Sensei bagi sebelum cuti. Yea yea.. BERITA TAK BERAPA BAIK-kena ambik masa untuk mengenali sensei baru. Adusss.. Kalo Maeda Sensei, dah paham dah perangai dia. Hehe..

Selama 2 sem Maeda Sensei ajo Jipun, 2 sem jugaklah aku jadi MONITOR Group 3. Kelas hari Selasa dan Khamis, jam 8-10 pagi. Maeda Sensei dah masak dengan perangai aku n geng2 aku. Kitorang pula dah tahu kebiasaan-kebiasaan Sensei. Yang paling BEST, bila mula-mula Sensei ajo jipun. Menyanyi! 'a', 'i', 'u', 'e', 'oh'.. 'ka', 'ki', 'ku', 'ke', 'koh'.. 'sa', 'shi', 'su', 'sek', 'sok'.. Best! Group 3 la yang paling ramai 'ahli'.. Dan paling SUKA BUAT BISING sampai Sensei PENING.. Tapi memang njoy! Aku antara JUARA BERTAHAN datang lambat ke kelas, selain DAN DARBY, ZIDA n DEL.. Hahahah.. Sensei ni selalu suruh aku g fotostat. Kalo dah panggil "Ajika San!", maka adalah benda nak difotostat. Si Erlina pulak, kalo LISTENING TEST, tak abes-abes dengan AYAT KERAMAT dia: "MO ICHIDO SENSEI! MO ICHIDO!" (Sekali lagi, sensei.) Sensei pun jawab: "DAME!" (Tak Boleh!) Kekeke..

Sensei ni betul-betuk understanding! Masa aku balik BANJIR selama 2 minggu, aku tak dapat ambik TEST Jipun. Tapi aku ada bagi surat kat dia. Jadi, untuk mengelakkan markah aku teruk, dia bagi aku markah ikut purata TEST yang lain. Sensei juga paling tak jemu bertanya tentang BANJIR kat aku. Dia dah macam BAPA kitorang. Sabar mengajar budak-budak IR, daripada TAK TAHU APA-APA, kepada TAHULAH SIKIT-SIKIT! Yang paling aku menyampah - si Naim! (Naim bukan group aku ye..) Hai, Aim.. Aim.. Ko tak abes-abes mempermain-mainkan Sensei kan??? Ko ingat Sensei tu tak paham cakap Melayu ke? Ish, tak senonoh!

Bersama Maeda Sensei di MBJ (makmal Bahasa Jepun).

Sayoonara MAEDA SENSEI.. Sayoonara.. Kitorang akan jadi budak-budak yang BAIK, Sensei. Hehe.. Takkan mintak "MO ICHIDO" bila ada TESTO.. Tapi aku akan usahakan sesuatu yang SPECIAL untuk Sensei daripada semua GANGSTARZ GROUP 3.. Amacam??? Bulih ba kalo SENSEI. Ya, KERANAMU SENSEI..

Tiada ulasan: