Selasa, 3 Julai 2007

Mariam Johari dan Kota Tinggi


Lagi-lagi Kota Tinggi.. Ye la, aku di Kota Tinggi sekarang ni. Kalo di KK, aku tulis KK, KK dan KK.. Hurm, semua dah tahu tentang MARIAM JOHARI atau nama Koreanya, KIM SOON AE yang berasal dari Plentong, Johor (Plentong sekarang ni sinonim dengan GIANT HYPERMARKET paling besar kat Johor Bahru. Hehe..). Wanita malang tersebut mempunyai tiga anak bersama suami yang dikahwininya sebelum mengikut seorang lelaki Korea - RAMLAH, JELANI dan JAMNAH SONNI. Beliau terpisah dengan anak-anaknya sejak 64 tahun yang lalu.. Panggilan telefon dibuat dengan bantuan Produser Korea Broadcasting System (KBS), Park Keon Young dan Penyelidik KBS, Seo Kyu Won di rumah Jelani, di Taman Kota Jaya di sini.

Aku penat nak masukkan story NENEK MARIAM. Leher dah lenguh sangat ni. Pedih rasanya sebab berjam-jam menatap PC. (Malam tadi tido kol 5 pagi, pastu sambung wat keje pilihanraya ni.) TAPI TAHU APA YANG BERSARANG DALAM KEPALA OTAK AKU SEKARANG??? Aku nak pergi ke rumah PAKCIK JELANI kat Taman kota Jaya!!! Dekat je dengan rumah aku. Rugi lepaskan peluang macam ni. Ala-ala PEPPER DENNIS, gi cari BERITA TERKINI dan SENSASI. Huhuhu.. Ya, inilah MISI aku sebelum balik Sabah. Nak jumpa SENDIRI, bercakap DARI HATI KE HATI dengan PAKCIK JELANI! Kalo diizinkan Allah, aku masukkan nanti "TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA WARIS MARIAM JOHARI DI KOTA TINGGI" di sini! OLEH SIAPA LAGI KALO BUKAN LIPAS KUDUNG YANG SENSASI! Hihihihi..
Alamak, NASI BERIYANI mak dah memanggil-manggil, "Ke mari.. Ke mari.." Gotta go! Malam nanti sambung lagi..

Tiada ulasan: